Tuesday, August 25, 2009

PAS menang - Mahfud, Nasarudin Berjaya meruntuhkan Masjid !

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,0
67 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

PRU 12, PAS mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi Permatang
Pasir sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Tahniah kepada Mohd Salleh Man !!!!!!!

Komen ;

PAS diketuai Mahfud dengan bantuan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin menggunakan tatik ‘membunuh karektor’ calon BN, Rohaizat cukup berjaya.

PAS tidak perlu bersusah payah menjanjikan membuat pembangunan kepada rakyat di Permatang Pasir, memadai dengan janji ‘SYURGA’ dari Tok Guru Nik Aziz.

Slogan-slogan “ PILIH UMNO ATAU PILIH ISLAM “ dan “ORANG UMNO TIDAK BOLEH MASUK SYURGA” juga telah menambat hati orang-orang Melayu di Permatang Pasir.

Pengundi-pengundi Melayu seolah-olah langsung tidak mahu dengan sogokan-sogokan pembangunan dunia, malah bagaimana isu Islam diperhina serta diperolok-olok oleh DAP sahabat baik PAS juga tidak dapat mengubah hati pengundi-pengundi Permatang Pasir.

Tetapi, apa yang kawan lihat, perkara pokok yang menjayakan PAS mengekalkan kerusi Permatang Pasir adalah isu peribadi calon. Mahfud dan Nasarudin bijak mengeluarkan idea ‘Rohaizat beristeri dua’, boleh dikatakan 90% isu ini mempengaruhi hati pengundi-pengundi.

Mahfud dan Nasrudin Berjaya !!!!

Pertama- Berjaya memecahbelahkan perpaduan umat Melayu Islam di Permatang Pasir.

KeduaBerjaya meruntuhkan rumahtangga Rohaizat.

Sebagai seorang Islam, apakah Mahfud dan Nasrudin boleh berbangga dengan kejayaan ini ?

Kepada Rohaizat, anda kena terima kekalahan, bahawa kekalahan anda kerana ada rahmat disebaliknya dan harus bersyukur kepada Allah SWT.

Pesan kawan, lain kali carilah seorang PEREMPUAN untuk dijadikan isteri ke2, ke3 atau ke4, jangan cari seoarang BETINA, kerana ianya tidak akan membawa kebahagian kepada anda……(maaf kalau terkasar bahasa)

Terimalah hakikat dan kenyataan, kuatkan semangat untuk terus berjuang. InsyaAllah kita akan mencapai kejayaan…..



19 comments:

  1. Bolehlah pas tunaikan janji untuk memasukkan rakyat jelata ke dalam syurga.

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya selepas ni kena calonkan budak2 baru asuk umur 21 tahun, susah sikit nak kena bedal....

    Bila fitnah dan menelanjangkan aib orang menjadi "halal"...... Parti Islam boleh mengubah hukum dan menghadiahkan Syurga....

    Marilah kita pakat2 duduk dalam gua macam cerita Assahabu Kahfi...Dunia penuh dengan fitnah dan maksiat....Serban jadi "lesen" untuk mencaci maki....

    ReplyDelete
  3. Saya tak menangis walaupun sedih dengan isu-isu yang sudah tidak mengenal hukum. Asam garam politik. Kerana itulah hujah mengatakan SUPAYA disatukan dan disebatikan politik dengan iman...LANGSUNG TAK SYA TAK YAKIN.....

    ReplyDelete
  4. apa yang perlu dilakukan oleh BN sekarang ialah menjaga dengan sebaik mungkin kawasan-kawasan yang menang kerana ianya adalah amanah..kawasan yang tak berkenaan bolehlah diserahkan kepada wakil mereka dari pembangkang untuk menjaganya..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kemenangan kepada Parti Islam Se-Malaysia PAS di PRK N11 DUN Permatang Pasir.

    PAS-PR menang dengan majoriti 4551 undi walaupun pada jangkaan awal mungkin menang 65 undi sahaja kerana kawasan DUN itu adalah kawasan majoriti Melayu Islam..!

    Mengumpat dibolehkan oleh syarak dalam 3 keadaan;
    1. Isteri yang nak mengadu tentang suami kepada kadhi, supaya kadhi boleh menjatuhkan hukuman.
    2. Tentang Perawi Hadis yang tidak adil, supaya orang tidak mengambil Hadis daripadanya yang fasik.
    3. Pemimpin yang jahat, supaya rakyat tidak memilihnya menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Syabas DAP menang! Takebeer, takebeer, takebeer penggemar babi sekalian!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih bero buat komen,

    Kuda perang, begitulah kalau fatwa yang memihak kepada awak, PAS kerjanya memutar belitkan fatwa kalau meguntungkan politik diri.... teruskan kerja-kerja laknat PAS...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. PAS janji syurga ka..aku sampai mati pun tak akan ikut..sebab pemimpin PAS lagi kepala penipu..aku tahula..sebab kat kampung aku ada pemimpin PAS yang sebegini..nak masuk syurga pun aku ikut jalan lain...tak mahu ikut jalan PAS!kita yang dalam umno ni dikatakan tak masuk syurga..hampeh punya PAS

    ReplyDelete
  10. Tahniah orang Pas! Anda adalah ahli syurga...

    Aku nak ucap tahniah kepada semua yang telah memberi undi kepada Pas kerana anda semua bakal masuk syurga.

    Itulah yang tok guru kata. Kalau sokong Pas kalian akan masuk syurga walaupun kalian kaki perompak, penyamun, penzina, pelancap, perogol, penipu dan segala macam kejahatan yang kalian lakukan tetapi kerana pada hari pengundian kalian memangkah calon Pas maka kalian masuk syurga.

    Salam Hurmat..

    ReplyDelete
  11. Setahu aku Umnolah yg robah MASJID BUJAL, Nasrudin dan Mahfuz hanya membela seorang wanita yang rumah tangganya dizalimi dan diruntuhkan oleh calon UMNO

    ReplyDelete
  12. Nampaknya bolehlah masuk syurga kata tok guru mereka, menjatuhkan keaiban seorang menjadi senjata bagi memenangan PAS....

    ReplyDelete
  13. sama je dua-dua tu pon...
    cuma yg kalah tu paneh la skit...

    ReplyDelete
  14. NAK MASUK SYURGA KEMBALI KEPADA ISLAM SEBENAR LAH.. BUKANNYA SEMESTINYA MASUK PAS.. PERJUANGKAN ISLAM YANG SEBENAR BUKANNYA ISLAM HADHARI @ ISLAM NASIONALIS...

    ReplyDelete
  15. Sekali lagi terima kasih komen anda semua.

    Kepada, Khairul Azmi & Kuda Perang, kita sebagai seorang berilmu cuba menilai dan menghukum mengikut Ilmu yang ada, bukan mengikut parti yang kita anuti..

    Islam Hadhari, bukan satu mazahab baru, atau agama Islam baru, kena paham dengan adil. Islam Hadhari untuk sama-sama umat Islam memajukan diri mengikut arus zaman dari pelbagai aspek, kalau negara, mesti mempunyai kekauatan dari segi akidah, ekonomi, pertahanan, pendidikan, sosial dan sebagainya, bukan mengajak umat Islam ke arah agama baru. Dari segi melengkapkan diri kita dalam semua aspek, mungkin tuan berdua juga maju dalam hidup sekarang hasil dari dasar Islam Hadhari yang di rangka kerajaan untuk pembangunan umat.

    Itu pun kalau umat Islam nak ikut, kalau awak semua nak mengekal pada prinsip Hadi Awang 'Hadharah Islamiah' terserah pada tuan-tuan. 'Hadharah Islamiah' hanya mengajak umat Islam sentiasa mengenang keangungan Islam terdahulu, bukan untuk mengikut jejaknya...

    ReplyDelete
  16. Kalau sokong Islam insyaAllah syurga balasannya.. (namun ada lagi pertimbangan lain) masing2 dah tau, dah belajar..
    Tapi basic nya kena sokong Islam 100% bukannya sokong sekerat, tolak sekerat...

    ReplyDelete
  17. Terima kasih Kuda Perang perihatin dengan blog kawan, terserah bagaimana seseorang itu menilai keIslaman orang lain, hanya Allah sahaja maha mengetahwinya.......

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..