Saturday, August 29, 2009

IKLAN VISIT MALAYSIA – kemarahan rakyat Indonesia, mendakwa mencilok budaya masyarakat Bali

Ketika rakyat Malaysia menunggu detik-detik mengebar bendera ‘Jalur Gemilang’ menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52, tanpa kita sedari sebilangan besar rakyat Indonesia menghanburkan berbagai-bagai bantahan kerana terlalu marah dengan iklan ‘Tahun Melawat Malaysia’ yang dikatakan berlatarkan sebuah tarian yang menyerupai ‘tarian pendet’ dari Indonesia.

Segala-galanya kemungkinan berpunca dari seorang mahasiswa dari Indonesia yang mungkin juga sedang belajar di IPTA atau IPTS di Malaysia yang membuat laporan melalui telefon ke SCTV sebuah stesyen televisyen Indonesia.

Inilah petikan akhbar Liputan6.com :

Liputan6.com, Jakarta: Media massa di Indonesia belakangan gencar memberitakan iklan pariwisata Malaysia yang menampilkan seni tari Pendet asal Bali. Tapi bagaimana dengan kondisi di Malaysia?

Menurut mahasiswa asal Indonesia di Malaysia, Joko S., pers di Negeri Jiran itu jarang memberitakan kasus tari Pendet dalam iklan pariwisata tersebut. "Masyarakat di sini kurang tahu karena media kurang mengekspos. Cuma pengakses internet saja yang tahu dari blog-blog dan lainnya," ujar Joko via telepon kepada SCTV dari Kuala Lumpur, Malaysia, Rabu (26/8).

Joko menjelaskan, media massa di Malaysia tidak sebebas di Indonesia. Bila pemerintah Malaysia melarang pemberitaan tentang sesuatu, maka media di sana akan manut. "Karena kalau mereka mengekspos, takut akan dikenakan Undang-undang ISA, Internal Security Act," ucap Joko.

Lebih jauh Joko mengungkapkan, masyarakat Malaysia menganggap Indonesia sebagai bangsa serumpun. Sehingga, kemiripan seni budaya kedua negara dianggap lumrah. Khusus untuk tari Pendet, Joko mengatakan, sebagian besar rekan warga Malaysia mengetahui kesenian itu asli Indonesia.

Meski bertetangga, hubungan Indonesia-Malaysia kerap panas-dingin. Mulai dari masalah perbatasan wilayah, tenaga kerja migran asal Indonesia yang disiksa di Malaysia, hingga yang terakhir soal kesenian asli Indonesia. (sepenuhnya klik)

Ekoran dari laporan tersebut, maka berlakulah demonstrasi oleh Mahasiswa Institut Seni Indonesia (ISI) Denpasar memprotes Malaysia yang dikatakan telah mencuri budaya Bali, Indonesia.

Selain menuntut Malaysia meminta maaf, puluhan mahasiswa ISI juga meminta ketegasan kerajaan Indonesia terhadap Malaysia yang telah mencuri budaya nasional mereka serta mendesak, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta Malaysia bersikap lebih peka mengenai penggunaan Tari Pendet asal Bali dalam iklan ‘Tahun Melawat Malaysia’.

Malaysia bukan sahaja dikatakan telah meniru ‘tarian pendet-Bali’, dikatakan juga meniru seni kebudayaan lain seperti, BATIK, sejenis minum CENDOL dan TARI FOLAYA.

Cuba kita perhatikan gambar-gambar tarian kebudayaan Malaysia yang mungkin menyerupai ‘tarian Pendet’ dari Bali, Indonesia.

Cuba kita lihat juga gambar pembuatan kain BATIK dan TENUN SONGKET di Malaysia :

CENDOL Malaysia,

Kawan sebenarnya tidak tahu dari mana asal usul CENDOL ni, yang kawan tahu MAMAK keturunan India yang sering menjual ‘cendol’ dengan kereta sorong di pecan atau di Bandar-bandar.

WAYANG KULIT

Diriwayatkan ‘wayang kulit’ pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu.

Ada juga berpendapat bahawa ‘wayang kulit’ ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya melalui pengaruh ‘HINDU’ pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita-cerita agama Hindu seperti Ramayana dan Mahabharata.

Persembahan ‘wayang kulit’ juga dikatakan satu persembahan seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi.

Sesungguhnya, budaya yang ada di Malaysia terlalu banyak kesamaannya dengan budaya Indonesia seperti yang kita lihat, dan adalah tidak adil kalau rakyat Indonesia membuta tuli mengecam Malaysia oleh kerana budaya yang lebih kurang sama.

MALAYSIA DAN INDONESIA BERASAL DARI SATU RUMPUN KEPULAUAN-KEPULAUAN MELAYU.


Persoalannya, dari manakah iklan VISIT MALAYSIA ini dibuat ?




22 comments:

  1. Salam kawan,

    Isu pencalonan rohaizat ada similariti dgn isu ini, knp tidak di selak habis dulu?

    ReplyDelete
  2. Salam yang gambi..nape Anwar tak ajak penyokong-penyokongnya berdemonstrasi sama kat sini. bukankah budaya berdemonstrasi itu sudah kebiasaan di Seberang sana. Tunggu apa lagi..Ayuh bang nuar.Kita serumpun dari serba serbi. Antaranya Melayu itu mudah lupa. Patutlah dijajah untuk sekian lama.

    Tentang iklan tu, takkan seluruh Kementerian tak buat research kot. letaklah gambar lain dah tahu nak sama dengan negara seberang yang kebanyakan rakyatnya tak reti bersyukur dan faham tentang Nusantara Melayu.

    ReplyDelete
  3. hmm..budaya Indonesia sama melayu memang hampir sama.But masalah pengiklanan tari pendet juga memang benar di lakukan oleh pihak TV swasta Malaysia.kedubes malysiapun telah mengakuinya>bisa lihat di http://www.detiknews.com/read/2009/08/24/153322/1188669/10/iklan-tari-pendet-buatan-swasta-malaysia-tak-pernah-klaim.
    Saya sama sekali tidak setuju, bila rakyat malay dengan Indonesia saling bermusuhan.Saling balas mencaci dan memaki.Hanya karena masalah sepele.Sedangkan pemerintah Malay dan Indonesia damai-damai aja.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Junah, Terima kasih CCZ respon blog kawan.

    Aishalife-Line, terima kasih memberi panduan, kadang-kadang ada orang yang tidak bertanggung jawab sengaja memperlakukannya demi keuntungan sendiri tanpa perdulikan sensetiviti orang lain.

    ReplyDelete
  5. SLM YG..PIHAK YG BERTANGGUNGJWB MENGELUARKAN FILEM BERKENAAN BERPUSAT DI SINGAPURA. UMUM SUDAH TAHU BAHWA SINGAPURA DAN M'SIA BKN LAH TERLALU 'MESRA'. APA MOTIF SEBENAR MEREKA MENGELUARKAN FILEM SEDEMIKIAN TANPA MERUJUK PIHAK KERAJAAN M'SIA?..ADKAH KERANA NK MENANGGUK DI AIR KERUH MELIHAT SITUASI POLITIK DI SINI ATAU MMG ADE UDANG DI SBALIK MEE?

    ReplyDelete
  6. Itulah yang sebenarnya, tapi mengapa pihak yang bertanggungjawab dengan iklan ini membisu seribu bahasa, tiada penapisan sebelum disiarkan...

    Terima kasih memberi komen, Jeffry.

    ReplyDelete
  7. yang nak dilayan si indon tu pasal apa?

    Tak payah layan... kalau dilayan, makin menjadi-jadiler diorang nih... sudahlah papa, bodoh, tongong, bahlol dan pemalas... bila negara sendiri jadi porakperanda hasil demonstrasi dan tunjuk perasaan, nak minta negara lain pun ikut macam depa juga...

    biarkan si bingong indon itu meracau sendirian... nanti letih, dia akan minta Malaysia hantar bantuan ler... atau pun tambahkan kuota pengambilan tenaga kerja dari negaranya...

    Pedulikan!

    ReplyDelete
  8. salam bro,

    dah satu rumpun, bila jadi rojak...
    sedikit mesti ada yang sama.

    ReplyDelete
  9. masyarakat sekarang langsung tidak mengenal sejarah. sudah tercatat dalam lipatan sejarah, malaysia, indonesia, filipina malah seluruh kepulauan asia tenggara adalah milik bangsa melayu.

    dahulu kita semua adalah bangsa yang sama. sejak kedatangan penjajah britsh, belanda dan sepanyol, mereka memecah belahkan bangsa melayu kepada negara negara kecil sehinggalah wujud negara negara di asia tenggara pada hari ini.

    lantaklah rakyat indonesia tu nak demonstari ke hapa. mereka semuanya bodoh. kalau pandai, takdenya indonesia tu boleh hancur ekonomi sehingga ada pengganas di negara mereka.

    kita ni rakyat malaysia harus bersatu supaya kita tak menjadi bodoh seperti mereka.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah .... semoga Alloh mengampuni dosa manusia yang suka mencaci maki.
    Sahabatku ....
    Marilah kita menjadi manusia yang bijaksana.

    Salam sejahtera sahabat.
    Rachel from Indonesia

    ReplyDelete
  11. Anon00,GL dan MH, trimakasih komen tuan dan dihargai.

    Rachel, kita perlu berfikir dan bijaksana sebagao seorang warga tidak kira di mana. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Tuan,

    Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

    Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

    Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

    Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

    di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

    ______________________

    It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

    Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

    We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


    Terima kasih.

    Satu Sekolah Untuk Semua

    ReplyDelete
  13. Terima kasih SSS di atas penghargaan tuan. Kawan akan sentisa bersama.....

    ReplyDelete
  14. Tahniah Yang Gambi. Tulisan yang dibentangkan menunjukkan ada kajian dan penyelidikan. Hamba kagum walau pun banyak perincian terlepas pandang, anda telah berjaya membentangkan tinjauan yang bijak.

    Perhatian hamba adalah kepada sikap kita semua yang serumpun ini. Kita menjadi terpisah2 kerana sengaja dipisah pisahkan oleh dunia Barat. Ini bukan satu kebetulan semata2. Malahan sebagai lanjutan dendam(sensiviti) daripada perang salib di Jerussalem.

    Permulaan ketara bermula apabila ada dasar yang dikeluarkan mulanya di Britain dan kemudian berkembang ke lain lain kuasa di atas angin sana. Dasarnya ialah bahawa bumi yang diperintah oleh orang Islam hendaklah dipecah pecahkan untuk senang diperintah.

    Dari situlah kerajaan Othmaniah dipecahkan menjadi negara negara arab yang kecil2 dan sentiasa curiga mencurigai malah menyimpan dendam antara satu sama lain.

    Begitulah alam kepulauan Melayu ini. Anglo Dutch Treaty 1824 meletakkan garisan berfokus dalam usaha menceraikan keharmonian sebangsa serantau ini melalui stratrgi pemisahan budaya.

    Maka itulah kita hari ini mempusakai ketegangan budaya antara negara2 dalam rumpun serantau ini. Perlaksanaan pemisahan budaya bermatlamat ini malahannya ikut menimbulkan keperasaan (sensiviti) antara ethnik ethnik kecil dan dikecilkan lagi dalam lingkungan sempadan satu negara yang sama pun. Contohnya boleh dilihat dengan jelas di Malaysia dan Indonesia pun.

    Hamba membentangkan gambaran ini dengan harapan agar kita semua janganlah hendaknya menjadi terlalu perasa dan perasan (emosional) apabila timbul isu2 mengenai kelainan budaya yang dihangatkan oleh ketegangan sikap tak wajar begitu.

    Reaksi kita kalau perlu janganlah hendaknya terkeluar dari batas2 adat dan susila kita kerana adat itu kalau diamati secara cermat adalah berteraskan syariat.

    Inshaallah dan mudah mudahan hamba diberikan kekuatan dan kesempatan masa untuk membuat sedikit lagi rujukan ulangkaji dan semuga dapat menulis secara lebih panjang dan terperinci sedikit di masa hadapan.

    Untuk ruangan ini; ini pun sudah cukup panjang. Maaf dan Inshaallah.

    ReplyDelete
  15. Salam Yang Gambi,

    Adat budaya dan adat resam akan sama, rumpun melayu akan ada persamaan. Berfikirlah secara bijak bukankah isu kecil ini mahu dijadikan isu besar dan lihatlah ramai rakyat mereka mencari rezeki di bumi malaysia. Ini isu kecil.....
    melaysia menerima pekerja mereka untuk berkerja di bumi ini dan telah banyak bekerja.

    ReplyDelete
  16. salam Yang Gambi,

    Terima kasih kerana memberikan fakta2 anda. Pada pendapat saya, isu tarian, isu batik, isu pelbagai yang ada kaitan dengan ketidakpuasan hati negara jiran kita hanyalah sebilangan kecil rakyatnya yang mungkin berkecil hati setelah bekerja di negara kita kerana tidak mendapat layanan atau gaji dimainkan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab. Isu yang utama ialah media indonesia dengan sesukahatinya mencerca kita, sebaliknya media kita tidak suka membuat keadaan kucar-kacir seperti berlaku dinegara jiran kita. Saya percaya keadaan kucar-kacir di negara jiran kita berpunca dari medianya sendiri yang kononnya bebas bersuara. Kalau bebas bersuara dengan ada tanggungjawab ok juga. Ini tidak, membabibuta sahaja... dalam hal ini walaupun negara kita lebih muda usianya dari negara jiran tetapi lebih matang pemikirannya... wassalam

    ReplyDelete
  17. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi sah dan syarikat amanah berlesen yang dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat dan pinjaman lebih permohonan membentuk perniagaan bersama, melalui

    e-mel: fastcashfirm@gmail.com


    BEST REGARD,
    Mr.Anthony Smith.
    Fast Cash Company
    Tel: +60182905378
    Email fastcashfirm@gmail.com
    webisite:fastcashfirm.wordpress.com

    ReplyDelete
  18. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi sah dan syarikat amanah berlesen yang dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat dan pinjaman lebih permohonan membentuk perniagaan bersama, melalui

    e-mel: fastcashfirm@gmail.com

    BEST REGARD,
    Mr.Anthony Smith.
    Fast Cash Company
    Tel: +60182905378
    Email fastcashfirm@gmail.com
    webisite:fastcashfirm.wordpress.com

    ReplyDelete
  19. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi sah dan syarikat amanah berlesen yang dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat dan pinjaman lebih permohonan membentuk perniagaan bersama, melalui

    e-mel: trustloanfirm12@gmail.com



    BEST REGARD,
    Mr.Anthony Dave.
    Trust Loan Company
    Email trustloanfirm12@gmail.com

    ReplyDelete
  20. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi sah dan syarikat amanah berlesen yang dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat dan pinjaman lebih permohonan membentuk perniagaan bersama, melalui

    e-mel: trustloanfirm12@gmail.com



    BEST REGARD,
    Mr.Anthony Dave.
    Trust Loan Company
    Email trustloanfirm12@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Nama saya Elang Endah Saya seorang wanita bisnis di Indonesia dan saya bepergian ke negara lain karena bisnis, saya beberapa waktu yang lalu saya memiliki kemunduran dalam bisnis saya karena seseorang yang saya percayai begitu banyak berbohong kepada saya dan mengambil banyak uang saya. modal dengan harapan mengirimi saya barang. Saya mulai mencari bantuan dan seorang teman memperkenalkan saya ke Arab Credit Group Beberapa bulan yang lalu, saya takut karena cerita yang saya dengar tentang pinjaman online sebelumnya, tetapi saya berkata pada diri sendiri bahwa saya harus mencobanya, setelah menyelesaikan semua persyaratan yang saya miliki. pinjaman sebesar 700jt telah ditransfer kepada saya dan hari ini saya sepenuhnya kembali ke bisnis, jika Anda memiliki tantangan keuangan atau Anda mencari modal untuk memulai bisnis Anda sendiri di sini adalah kesempatan Anda, jika mereka dapat membantu saya tahu mereka akan membantu Anda juga . hubungi Arab Credit Group hari ini dan Anda akan senang melakukannya.

    Detail saya
    nama: Elang Endah
    mail: elangendah7@gmail.com

    hubungi Arab Credit Group menggunakan;
    Perusahaan: Arab Credit Group 
    Email: Arabcreditgroup@gmail.com

    ReplyDelete
  22. Kabar baik!!!

    Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
    pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

    Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Email saya: teddyteddy2234@gmail.com

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..