Monday, August 31, 2009

KEPALA LEMBU: Penerusan agenda Utusan Malaysia-Dr Dzulkifli

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka. KLIK

Kenapa 'kepala lembu' yang menjadi pertikaian ?

Kenapa akhbar 'Utusan Melaysia' yang dipersalahkan ?

Kawan rasa, sekumpulan umat Melayu dari penduduk-penduduk Seksyen 23, Shah Alam yang berdemonstrasi dengan membawa 'kepala lembu' bukan bertujuan untuk mempersendakan atau mengina penganut-penganut Hindu.

Mereka mungkin menjadikan 'kelapa lembu' sebagai kiasan kepada Wakil-Wakil Rakyat Melayu dari pakatan rakyat yang sudah seperti ‘lembu dicucuk hidung’.

Sepatutnya, Dr Dzulkifli sebagai wakil rakyat lebih perihatin kepada bantahan yang dibuat oleh umat Melayu di kawasan tersebut, bukannya lebih mempertikaikan kepada ‘kepala lembu’ yang dianggap menghina kepada kaum Hindu.

Kenapa Dr Dzukkifli tidak peka dengan penghinaan DAP yang secara terbuka menghina agama Islam ?

Dr Dzulkifli mendakwa akhbar Utusan Melayu milik UMNO telah banyak menyiarkan siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Dr Dzulkifli sedar tidak, akhbar Utusan Melayu banyak mengingatkan kepada orang-orang Melayu, mengingatkan orang-orang agar sentiasa bersatu mengekalkan perpaduan untuk mempertahankan kuasa dan maruah Melayu di bumi Melayu. Salahkah ?

Kalau orang Melayu mengharapkan Harakah atau suara Keadilan, apa yang banyak tersiar dalam akhbar-akhbar berkenaan ?

Apa yang akhbar-akhbar ini bawa, kalau bukan kepada unsur-unsur fitnah, menghasut serta membimbing umat Melayu ke arah perpecahan.

Kenapa Dr Dzulkifli tidak melihat akhbar-akhbar yang bertulangbelakang kepada DAP ?

Tidakkah Dr Dzul nampak bagaimana DAP mengeksploitasikan isu-isu perkauman di kalangan kaum Cina ?

Dr Dzulkifli sepatutnya lebih banyak mencari penyelesaian bagi mengatasi tuntutan umat Melayu di kawasan tersebut, bukan hanya tahu melemparkan kesalahan kepada ‘kepala lembu’ dan ‘akhbar Utusan Melayu’ sebagai tabir untuk melindungi kemungkaran wakil-wakil rakyat Melayu dalam kerajan pakatan.

Kalau sekadar itu sahaja yang boleh difikirkan oleh Dr Dzul, kawan rasa adalah wajar kalau umat Melayu Seksyen 23, Shah Alam membawa ‘kepala lembu’ ke pejabat SUK Selangor.


Saturday, August 29, 2009

Hina Raja – wanita dipenjara 18 tahun

BANGKOK - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang wanita, Daranee Charncherngsilapakul selepas dia didapati bersalah menghina pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, kata seorang pegawai.

Wanita berusia 46 tahun itu melakukan kesalahan tersebut semasa berucap dalam beberapa perhimpunan antikerajaan anjuran kumpulan Baju Merah yang menyokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Sanam Luang, di sini pada Jun dan Julai tahun lalu.

Dalam ucapannya, Daranee membayangkan bahawa rampasan kuasa oleh junta tentera bagi menggulingkan Thaksin pada 19 September 2006 didalangi Raja Bhumibol dan keluarga diraja Thai.

"Walaupun defendan menyatakan dia tidak bermaksud menghina raja atau mempengaruhi orang ramai, dia tidak terlepas daripada hukuman," kata seorang hakim.

Menghina institusi beraja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang. - Agensiklik

'Menghina institusi Raja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang'.

Bagaimana di Malaysia ?

Adakah rakyat Malaysia sudah menganggap institusi Raja-Raja sudah tidak perlu dihurmati ?

Ada golongan yang begitu angkuh mencabar dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang Negara. Golongan ini begitu biadab menghina institusi Raja-Raja Melayu dan sudah berani mencabar status agama Islam.

Menghormati Institusi Raja-Raja dan agama Islam sudah ada dalam Perlembagaan Negara, tetapi dalam masa yang sama, golongan yang kononnya memperjuangkan Islam dilihat lebih mementingkan kedudukan politik daripada mempertahankannya.

Malah golongan ini sentiasa beranggapan bahawa mempertahankan kedaulatan Raja-Raja serta hak istimewa kaum Melayu-Bumiputera dan agama Islam hanyalah permainan politik UMNO sahaja.

Apakah, golongan ini sudah merasakan mereka sudah lebih berkuasa daripada Raja-Raja serta undang-undang Negara ?

Pada pandangan anda, sebagai seorang rakyat Malaysia, patutkah mereka ini menerima hukuman berat di atas perbuatan menghina dan menderhaka kepada Raja-Raja ?

Atau, sekiranya, mereka-mereka dapat berkuasa, apakah mereka-mereka ini akan mempertahan kedaulatan Raja-Raja dan hak-hak Melayu-Bumiputera ?

Pada pendapat anda, patutkah mereka-mereka ini dilucutkan taraf kerakyatan Negara ini ?

IKLAN VISIT MALAYSIA – kemarahan rakyat Indonesia, mendakwa mencilok budaya masyarakat Bali

Ketika rakyat Malaysia menunggu detik-detik mengebar bendera ‘Jalur Gemilang’ menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52, tanpa kita sedari sebilangan besar rakyat Indonesia menghanburkan berbagai-bagai bantahan kerana terlalu marah dengan iklan ‘Tahun Melawat Malaysia’ yang dikatakan berlatarkan sebuah tarian yang menyerupai ‘tarian pendet’ dari Indonesia.

Segala-galanya kemungkinan berpunca dari seorang mahasiswa dari Indonesia yang mungkin juga sedang belajar di IPTA atau IPTS di Malaysia yang membuat laporan melalui telefon ke SCTV sebuah stesyen televisyen Indonesia.

Inilah petikan akhbar Liputan6.com :

Liputan6.com, Jakarta: Media massa di Indonesia belakangan gencar memberitakan iklan pariwisata Malaysia yang menampilkan seni tari Pendet asal Bali. Tapi bagaimana dengan kondisi di Malaysia?

Menurut mahasiswa asal Indonesia di Malaysia, Joko S., pers di Negeri Jiran itu jarang memberitakan kasus tari Pendet dalam iklan pariwisata tersebut. "Masyarakat di sini kurang tahu karena media kurang mengekspos. Cuma pengakses internet saja yang tahu dari blog-blog dan lainnya," ujar Joko via telepon kepada SCTV dari Kuala Lumpur, Malaysia, Rabu (26/8).

Joko menjelaskan, media massa di Malaysia tidak sebebas di Indonesia. Bila pemerintah Malaysia melarang pemberitaan tentang sesuatu, maka media di sana akan manut. "Karena kalau mereka mengekspos, takut akan dikenakan Undang-undang ISA, Internal Security Act," ucap Joko.

Lebih jauh Joko mengungkapkan, masyarakat Malaysia menganggap Indonesia sebagai bangsa serumpun. Sehingga, kemiripan seni budaya kedua negara dianggap lumrah. Khusus untuk tari Pendet, Joko mengatakan, sebagian besar rekan warga Malaysia mengetahui kesenian itu asli Indonesia.

Meski bertetangga, hubungan Indonesia-Malaysia kerap panas-dingin. Mulai dari masalah perbatasan wilayah, tenaga kerja migran asal Indonesia yang disiksa di Malaysia, hingga yang terakhir soal kesenian asli Indonesia. (sepenuhnya klik)

Ekoran dari laporan tersebut, maka berlakulah demonstrasi oleh Mahasiswa Institut Seni Indonesia (ISI) Denpasar memprotes Malaysia yang dikatakan telah mencuri budaya Bali, Indonesia.

Selain menuntut Malaysia meminta maaf, puluhan mahasiswa ISI juga meminta ketegasan kerajaan Indonesia terhadap Malaysia yang telah mencuri budaya nasional mereka serta mendesak, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta Malaysia bersikap lebih peka mengenai penggunaan Tari Pendet asal Bali dalam iklan ‘Tahun Melawat Malaysia’.

Malaysia bukan sahaja dikatakan telah meniru ‘tarian pendet-Bali’, dikatakan juga meniru seni kebudayaan lain seperti, BATIK, sejenis minum CENDOL dan TARI FOLAYA.

Cuba kita perhatikan gambar-gambar tarian kebudayaan Malaysia yang mungkin menyerupai ‘tarian Pendet’ dari Bali, Indonesia.

Cuba kita lihat juga gambar pembuatan kain BATIK dan TENUN SONGKET di Malaysia :

CENDOL Malaysia,

Kawan sebenarnya tidak tahu dari mana asal usul CENDOL ni, yang kawan tahu MAMAK keturunan India yang sering menjual ‘cendol’ dengan kereta sorong di pecan atau di Bandar-bandar.

WAYANG KULIT

Diriwayatkan ‘wayang kulit’ pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu.

Ada juga berpendapat bahawa ‘wayang kulit’ ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya melalui pengaruh ‘HINDU’ pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita-cerita agama Hindu seperti Ramayana dan Mahabharata.

Persembahan ‘wayang kulit’ juga dikatakan satu persembahan seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi.

Sesungguhnya, budaya yang ada di Malaysia terlalu banyak kesamaannya dengan budaya Indonesia seperti yang kita lihat, dan adalah tidak adil kalau rakyat Indonesia membuta tuli mengecam Malaysia oleh kerana budaya yang lebih kurang sama.

MALAYSIA DAN INDONESIA BERASAL DARI SATU RUMPUN KEPULAUAN-KEPULAUAN MELAYU.


Persoalannya, dari manakah iklan VISIT MALAYSIA ini dibuat ?




Thursday, August 27, 2009

NAJIB – guna pendatang asing selamatkan kariernya

sebahagian fitnah dari blog greenboc.blogspot 27 Ogos 2009

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.

Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

greenboc. klik

Begitulah sebahagian fitnah yang di bawa oleh PKR dan PAS untuk membangkitkan kemarahan rakyat, khususnya orang Melayu di Pekan.


G.Ponusamy, Timbalan Pengerusi PKR Pahang juga mendakwa, di Kampung Cenderawasih, a
kibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.

Semua ini berlaku di kawasan Parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran
beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan', dakwaan keling paria ini.....(
isi penuh artikel klik di sini)

Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Ponusamy dalam blog greenboc itu adalah satu dakyah dan pembohongan besar yang sengaja diadakan, sebenarnya ‘paria’ seorang ini tidak tahu sejarah sebenar wujudnya perkampungan keturunan Kemboja (paria ni kata ‘myanmar) ini.

Perkampungan Kemboja ini wujud dari pelarian-pelarian Islam Kemboja yang datang ke negara Malaysia sekitar tahun 1975, kerana waktu itu Kemboja menghadapi krisis pembunuhan etnik.

Ada juga sebahagian etnik Kemboja Muslim ini ditempatkan di Kota Bahagia, Rompin, dan bekerja di Ladang Tabung Haji dan berpindah ke serata Pekan setelah diberi satatus kerakyatan. Itu pun setelah lebih 30 tahun mereka ini bekerja dan menetap di Malaysia.

Inilah satu dakwaan yang berbentuk menghasut dari keling paria sekor ni, penduduk-penduduk keturunan ‘Kemboja' ini sedar mereka diberi menumpang di negara orang, maka mereka telah berusaha memajukan diri mereka sehingga berjaya dalam apa segi untuk menikmati kesenangan dan keselamatan.

Budaya bersatu padu, keberjasama, bantu membantu sesama mereka untuk menjayakan kehidupan menumpang di negara orang patut dicontohi oleh rakyat Malaysia.

Cara mereka berusaha mencapai kejayaan, juga perlu dicontohi oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia, bukan hanya sentiasa mengharapkan subsidi dari kerajaan semata-mata.

Walau pun mereka asalnya pelarian dan diberi status warganegara, mereka ini jenis keturunan yang tahu mengenang budi dan jasa kerajaan Malaysia, bukan macam Ponusamy yang diberi kerakyatan tetapi tidak pandai menghurmati pemberian orang……

Ada juga dikalangan rakyat Malaysia dari negeri luar Pahang yang datang menceroboh tanah-tanah di Kampung Mercung, Nenasi Pakan, membuka tanah-tanah secara haram, namun kerajaan Pahang, mahu pun Dato' Sri Najib tidak pernah mengambil tindakan, tetapi mereka-mereka ini datang ke Pahang menjadi pengkhianat kepada kerajaan Pahang dan Dato' Sri Najib.

Tomahan Ponusamy dari PKR sungguh berat, sepatutnya rakyat Malaysia datang sendiri melihat cara etnik Kemboja ini memajukan diri sehingga melebihi warga tempatan.

Oleh kerana PKR-PAS yang cuba menghasut penduduk-penduduk perkampungan Kemboja supaya mengundi pembangkang tidak berjaya, maka Ponusamy mengambil kesempatan untuk membuat fitnah ke atas Perdana Menteri dan kerajaan UMNO-BN yang sentiasa bersikap perihatin dengan rakyat negara-negara lain yang ditimpa malapetaka.

PONUSAMY, ANDA KENA BELAJAR DARI KETURUNAN KEMBOJA INI PANDAI BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN UMNO-BN YANG MEMBERI MEREKA TEMPAT BERTEDUH.

PONUSAMY, JANGAN CUBA-CUBA HENDAK MENGHASUT ORANG MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN CERITA YANG JAHAT INI.


MCA – Dr Chua Soi Lek dipecat, Tee Keat dengan Tiong King macam mana ?



MCA - berita pertama

Tiong buat laporan polis terhadap Tee Keat hari ini

26/08/2009 11:45pm

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing hari ini membuat laporan polis untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat terhadap beliau.

Tiong yang diiringi oleh seorang peguam membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Dang Wangi di sini pagi ini dan bagaimanapun laporan tersebut kemudian dikemukakan kepada Ibu pejabat Polis Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa beliau ada menerima laporan itu. – Bernama

MCA – Berita kedua

MCA pecat Soi Lek

27/08/2009 1:02am

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Krisis kepimpinan MCA semakin meruncing apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana cakera padat digital (DVD) skandal seks Soi Lek yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej parti.

“Berdasarkan Artikel 127 (A) Soi Lek boleh merayu dalam masa 14 hari keputusan ini dibuat”.

“Bagaimanapun, di bawah Artikel 128, sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pusat atas kesalahan disiplin adalah muktamad,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan itu di Wisma MCA di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam ini. - Utusan

Kawan tidak mahu komen apa-apa masalah dalaman MCA, Cuma kawan hendak tanya, macam mana pandangan MCA berhubung dengan kes Tee Keat dengan Tiong King ?

Terserahlah pada pendapat sahabat-sahabat semua……..



Wednesday, August 26, 2009

KARTIKA SARI DEWI - Sepatutnya dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat 6 kali, apa yang nak diriuhkan ? - Mufti Perak

Isu hukuman sebat kepada bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno, pesalah minum arak yang ditangguhan hukuman sebat, telah menarik perhatian pelbagai pihak, tidak ketinggalam blog-blog untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Ada juga dikalangan blog-blog yang memberi pandangan mecaci kerajaan UMNO-BN Pahang terhadap hukuman ini, yang sedihnya cacian ini dari blogger-blogger kalangan umat Islam.

Hukuman di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen sama (pindaan 1987), Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan telah mengenakan hukuman denda RM5,000 dan disebat 6 rotan ke atas Kartika.

Keputusan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika dikatakan bukan kerana mahu menghormati Ramadan tetapi dipengaruhi keengganan pihak Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Demikian penjelasan Ketua Pendakwa Syarie JAIP, Datu’ Abdul Rahim Jaafar mengenai kegagalan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, 32, seperti yang dijadualkan sebelum ini.

"Penangguhan tersebut tidak ada kaitan dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat dilaksanakan dalam bulan puasa untuk tujuan menginsafkan pesalah".

Semalam, di Masjid, Kg Bukit Ibam, Rompin, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah meminta semua pihak agar bersabar dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Baginda yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang bertitah, keputusan menangguhkan hukuman tersebut perlu dihormati bagi membolehkan pihak mahkamah mencari penyelesaian sebaik mungkin dalam masa terdekat.

Hari ini, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, "Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?"

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Kawan setuju sangat dengan Datuk Seri Harussani, apa yang hendak diheboh-hebohkan sangat, Cuma kawan hendak ingatkan kepada umat Islam yang kaki minum arak kena berhati-hati datang ke Pahang. Tak jumpa tak pe ………., kalau jumpa kenalah……..

Bermacam-macam kawan baca komen dan kritikan, yang paling menyedihkan apabila umpat keji dari blog pro pembangkang menuduh, “Kerajaan UMNO-BN Pahang jadikan Kartika kambing hitam untuk menunjukkan hukuman mengikut syari’at Islam"

Kalau dilihat masih ramai masyarakat Islam belum memahami mengenai undang-undang Syari’ah di Pahang, walau pun bentuk Undang-Undang Syari’ah si Pahang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia selari dengan syarak sebagai agama rasmi persekutuan.

Sepatutnya kita menghurmati keputusan Mahkamah,
pelaksanaan hukuman ke atas Kartika, adalah berdasarkan pertimbangan Hakim sendiri yang mengadili kes berkenaan. Sedikit sebanyak boleh menampakkan kemuliaan syariat Islam supaya tidak dilihat beku atau jumud.

Semua masyarakat tahu, Kartika sendiri sudah membuat pengakuan salah. Ini men
unjukkan beliau telah insaf atas perbuatannya. Apalagi yang hendak dipertikaikan……..

Di Kelantan, kawan banyak lihat umat Islam membeli dan minum arak di permis-permis yang ada lesen arak, terutama kat salon-salon dan pusat-pusat hiburan dan bersepah tin-tin dan botol kosong arak di merata pantai……..

Mana perginya pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama Islam di Kelantan ?