Sunday, June 7, 2009

PR - telah menghapuskan sifat-sifat wajib mematuhi dan mentaati pemimpin di kalangan penyokong-penyokong PAS







Walau pun usul dari Dewan Ulama, supaya jawatan kanan parti diperuntukkan kepada golongan ulama telah ditolak oleh Pengerusi Jawatankuasa Usu Muktamar PAS, Mahfuz Omar. Walau pun sidang Dewan Ulama telah meluluskan usul tersebut dibawa ke sidang mukatamar dan dengan secara terbuka Datuk Hasan Ali, Persuruhjaya PAS Selangor meluahkan rasa kesalnya di atas penolakan usul tesebut yang sepatutnya dibincang serta dibahaskan.

Bukankah Tuan Guru Nik Aziz selalu megingatkan bahawa “ ULAMA ITU PEWARIS NABI”, disitu menjelaskan bahawa golongan-golongan bukan ulama yang selama ini ingin menumpang kekuatan PAS amat takut jika usul ini diterima dan diluluskan para perwakilan. Gambaran sebenar sudah jelas bahawa PAS sudah diserap pengaruh-pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengenepikan pimpinan ulama.

Firasat Mahfuz memang tepat, apabila beliau mengambil keputusan menolak usul tersebut, buktinya apabila para perwakilan telah memilih golongan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dengan mengenepikan “kumpulan erdogan” Husam Musa dan Mat Sabu.

Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden (masih ada segan silu orang nak cabar) dan Nasharuddin Timbalan Presiden kali ini nampaknya akan menghadapi jalan sukar mempertahankan amanat Sunah Rasul yang selama ini disemaikan disudut hati ahli-ahli PAS bahawa setiap umat Islam “wajib mematuhi dan mentaati pemimpin”.

Sifat-sifat wajib mematuhi dan mentaati pemimpin dan Tok Guru yang selama ini sering diperingatkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi sendiri kepada penyokong-penyokongnys terutama di Kelantan dan Trengganu telah menampakkan ada golongan-golongan yang sudah mula cuba mengikiskan sifat-sifat itu.

Di muktamar tahunan PAS, Tuan Guru Haji Hadi dalam ucapan telah mempertahankan ideanya berhubung dengan pembentukan kerjaan perpaduan yang dianggapnya mampu menyeleaikan masalah Negara. Haji Haji juga menyuarakan bahawa, walau PAS tidak memerintah Negara, PAS akan menjadi penasihat kepada kerajaan dan bukannya pembangkang yang membuta tuli. Katanya lagi “mesej PAS supaya perubahan dilakukan dengan Islam dan UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa contoh Islam yang terbaik.

Husam dengan bongkaknya terus mengenepikan hasrat Presiden Tuan Guru Hadi Awang, apabila tegas dengan pendiriannya menyatakan megwujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti PAS. Husam juga berkata “ cadangan itu tidak sesuai, kerana tidak mahu PAS menjadi KUDA TUNGANGAN UMNO” dan jika kedudukan kerusi PAS dengan UMNO tidak setaraf ".

Husam tidak sedar rupanya, PAS sedang ditunggangi DAP dan PKR di Perak, Pualau Pinang dan Selangor. Husam tidak sedar atau buat-buat tidak nampak ? Apakah Allah SWT benar-benar telah membutakan mata, mentulikan telinga Husam sehingga tidak sedar PAS dijadikan kaldai tunggangan ? Atau Husam sebenarnya kader Anwar sebagai guru kake bagi melatih golongan muda dalam PAS. Cuba Tanya Husam, adakah sekarang ini kerusi-kerusi PAS sama taraf dengan PKR dan DAP ?

PAS sebenarnya telah diserapi elemen-elemen politik Anwar yang mahu mengenepikan golongan ulama dalam PAS, Anwar mahukan PAS dikuasi ulama-ulama macam dia, boleh menghalalkan apa sahaja mengikut nafsu luar tabienya.

Begitulah juga Anwar menyerapkan nilai-nilai licik dan jahatnya dalam UMNO dulu, secara halus dan tanpa disedari Anwar mengkaderkan golongan ulama, pensyarah pengajian tinggi, guru-guru, ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, belia dan pelajar, sehingga mereka ini tidak dapat lagi menilai buruk baik terhadap Anwar.

Berjayanya Anwar dan kuncu-kuncunya berperanan terserlah apabila Tun Mahathir menyingkirkan Anwar, beribu kader-kader Anwar seolah-olah sudah hilng ingatan berdemonstrasi ganas membantah pemecatan Anwar. Kader-kader ini sudah tidak mahu menerima kemungkaran yang Anwar buat, melainkan baik belaka, walaupun satu persatu pertunjuk dari Allah menyerlahkan sifat buruk Anwar.

Kini, juga terserlah dalam PAS, apabila dilihat golongan muda PAS dan sebahagian peminat Anwar dalam PAS telah mula tidak mematuhi ajaran dan amanat Tuan-Tuan Guru dalam PAS. Kalau dulu, Tuan Guru Nik Aziz selelalu mengingati anak-anak buahnya, “ mengingkarai arahan Tok Guru, berdosa dan akan masuk neraka jahanam” nampaknya sudah tidak boleh diterima lagi…….


1 comment:

  1. hmm...Melayu pada masa kini sudah hilang semangat bekerjasama...apa yg diorg nak just nak bertengkar jer sesama dia...diorg x sedar ke pihak lain yang sedang bersukaria tengok kelakuan mereka tu????

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..