Friday, June 5, 2009

ULAMA PAS - HARUS BERBAIK-BAIK DENGAN ORANG-ORANG UMNO ?

Kawan tertatrik juga dengan beberapa ungkapan Mohamad Daud Iraq, mantan Ketua Dewan Ulama PAS. Beliau begitu serius nampaknya agar PAS dapat berbaik-baik dengan orang UMNO atas dasar sesama Islam, sedangkan dengan orang bukan Islam PAS boleh berbaik-baik untuk berdakwah, apakan lagi sesame Islam.

Kawan bukan nak membangkit kisah-kisah lama, tapi apa yang berlaku, itulah yang sebenarnya yang dilakukan PAS terhadap UMNO. Mengapa orang-orang PAS terlalu membenci UMNO, sehingga melihat DAP adalah sahabat yang terbaik PAS ? Mengapa golongan muda PAS begitu ekstrim sekali memusuhi UMNO ?

Cuba kita ingat betul-betul, tidakkah seawal tahun 80an lagi, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS sekarang yang telah membuat fatwa bahawa UMNO itu kafir, darah orang-orang UMNO halal kalau jatuh ke bumi. Kenapa UMNO itu dikatakan kafir, kerana UMNO bersengkokol dengan MCA dan MIC, bukan begitu Tuan Guru ?

Semaian perasan benci yang dipupuk oleh Haji Hadi perpuluh tahun itulah menjadi pegangan orang-orang PAS terutama golongan muda sehingga sekarang. Mengapa tidak ?

Sejak tahun 80an PAS telah mendidik serta menyemai perasaan becnci kepada UMNO, pemimpin UMNO dan orang-orang UMNO ketika usia kanak-kanak berumur 5 tahun lagi.

PASTI – ini lah temapt PAS mula-mula menyemai perasaan benci terhadap UMNO, sifat-sifat kebencian telah disogok dalam pemikiran anak-anak yang berumur 5 tahun. Melatih anak-anak yang tidak tahu apa-apa membenci kepimpinan UMNO, mengenalkan gambar-gambar kepimpinan UMNO sebagai Firaun, zalim, kejam, terutamanya Tun Mahathirlah……….

Kanak-kanak PASTI dibenarkan memijak gambar pemimpin UMNO ketika hendak keluar dan masuk kelas, tidak mustahil pada pilihian raya umum pada tahun 1999, PAS berjaya memikat pengundi-pengundi muda untuk menyokong PAS. Inilah kader-kader yang telah dididik PAS melalui PASTI diseluruh Malaysia.

Bukan itu saja, PAS juga telah menggerakkan agendanya terhadap pelajar-pelajar muda di luar Negara, seperti Mesir dan Moroko. Kenapa tidak, setiap pelajar baru yang sampai ke Negara berkenaan akan ditarbiyah oleh pelajar-pelajar fanatic PAS, sehingga pelajar ini fikirannya mejadi hijau.

Sebab itulah pada era 2000 ini golongan muda PAS sudah tidak dapat dipulihkan dari membenci UMNO, sehingga tidak dapat lagi menilai sedikit kebaikan pun apa yang telah dibuat oleh UMNO, sehinggakan menganggap Ching Peng lebih baik dari Tun Mahathir.

Begitulah berjayanya PAS mentarbiyah golongan muda Melayu Islam, yang teruknya kepimpinan UMNO berterusan membentuk masyarakat muda ke jalan yang lebih sempurna.

PAS bertanggungjawab untuk membenteras kebencian masyarakat terhadap sesama Islam di Malaysia…… Ikhlas kah PAS ? Kawan rasa mustahil PAS akan melakukan ini semua, kerana PAS bimbang mereka tidak akan mendapat sokongan golongan muda untuk mencapai agenda PAS. Sebab itu PAS bersedia bersekongkol dengan DAP, walau pun DAP memusuhi Islam, PAS terpaksa telan apa yang pernah diperkatakan kepada UMNO dulu………..

3 comments:

  1. Allah swt lebih berkuasa bro..Insyaallah jika kita ikhlas, parti sesat ini akan ditewaskan pada pilihanraya akan datang dengan syarat UMNO kembali berubah dengan benar benar memperjuangkan agama, bangsa , tanahair

    ReplyDelete
  2. aku setuju dgn apache! org2 umno jgn berlgak sngt dengan pangkat..mesra skt ngn org ramai.org bukan tak suka umno tp org2 yg berlagak dalam umno.

    ReplyDelete
  3. apani kamu berdua pergi cuci otak kamu yg berkarat tu ,buanglah fikiran kamu yg busak tu tak habis2.beriftifar lah banyak2 poooiiii....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..