Tuesday, June 16, 2009

PKPM – ada juga orang gila nak jadi JENERAL !!!


Semalam seluruh rakyat Malaysia dihidangkan dengan cerita satu orang Melayu jadi tidak siuman kerana hilang kuasa jadi MB di Perak, seterusnya buat kacau di Parlimen. Hari ini dalam akhbar-akhbar semua memaparkan ada orang Melayu juga yang meroyan hendak jadi JENERAL di Malaysia. Sama spesies agaknya, masih kurang dapat maklumat yang Negara Malaysia sudah maju, ada undang-undang tersendiri, tidak perlukan undang-undang rimba lagi……….

Bezanya, satu Melayu ini bergerak bersendirian, yang satu lagi pulak, ada tuan-tuan yang memegang rantai dari belakang. Yang peliknya, perangai orang Melayu kita ini mudah sangat terpengaruh, terikut-ikut tanpa menilai keburukkan serta tidak dapat menilai antara siuman dengan gila.

Bila sebut perkara “mudah terpengaruh”, kawan hendak imbas semula kesah orang-orang Melayu dalam FELDA yang jadi GILA, tapi deme ni gila hendak jadi kaya cepat. Peneroka-peneroka FELDA ini terpengaruh hendak jadi kaya cepat sehingga hilang wang pelaburan lebih RM6 juta kerana melabur dalam yang dinamakan “saham untuk masa depan”, pusat operasinya di Kelantan.

Janji penipu-penipu dari Parti PAS (kawan berani sebut PAS, kerana pemimpin-pemimpin PAS setempat menjalankan kempen melabur melalui ceramah di Markas PAS) kepada pelabur-pelabur Melayu bodoh ni, “ inilah masa PAS nak tulung rakyat miskin”. Akhirnya pelaburan pokok lesap, dividen pun entah kemana, badan juga yang merana……………( tak pe lah, niat saja berjihad untuk PAS).

Akibat kebodohan inilah, 36 orang Melayu di tangkap Polis kerana sedang menjalankan ujian untuk menjadi anggota PKPM (Pasukan Khas Persekutuan Malaysia) yang bermotokan “Bersatu membanteras dan menentang musuh Negara“.

Apakah dalam Malaysia ini tidak cukup dan sempurna dari segi pengawalan Negara ? Apakah POLIS dan ANGKATAN TENTERA Malaysia sudah tidak mampu lagi untuk mengawal keamanan Negara ? Tak tau lah kalau Nor Azamie sebenarnya nak wujudkan pasukan TENTERA UPAHAN macam yang ada kat luar Negara tu……….

Kalau hendak di kira bab pertahanan dan pengawalan Negara, banyak lagi Jabatan-Jabatan yang berhubung dengan tugas-tugas ini, Jabatan Maritim, Pertahanan Negara dan macam-macam lagi lah………..

Jadi, apa ke jadah manusia yang bernama Nor Azamie Ahmad Ghazali yang mengaku Dato’ berpangkat Jeneral dalam PKPM masih hendak menggunakan kepintaran akal untuk menipu orang ramai. Nor Azamie seolah-olah tidak mendapat pengajaran apabila kegiatan dia, kuncu-kuncunya serta ahli-ahlinya lebih 2,000 orang ditangkap tahun 2003 lalu.

Itulah kegilaan namanya, gila yang bermacam-macam gila, Nor Azamie mungkin gila hendak jadi Jeneral dan Perdana Menteri Malaysia, gila hendak berkuasa, gila hendak dihurmati, macam-macam gila lah…………. serupa pengila-pengila dalam Dewan Parlimen semalam tu…….

Yang hairannya, macam tidak dapat berfikir langsung pada 36 orang yang hendak menyertai kumpulan PKPM ini, sudahlah hendak menjalani ujian pun kena bayar RM180.00, kena tangkap pulak tu……. Kalau nak sangat menjadi pejuang Negara, masuk saja lah Polis ke, Tentera ke, macam-macam ada………..

Kesimpulannya, orang-orang Melayu perlu berfikiran terbuka, gunakan segala pancaindera yang Allah beri, terlalu banyak manusia yang bijak pandai dalam segala hal, semata-mata untuk menipu manusia lain.

Contohnya, ada yang pandai berpidato, menaikkan semangat, ada yang pandai berhujah menggunakan agama, lemah lembut lidah, tetapi semua untuk menipu orang ramai, semuanya untuk menjaga kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Akibat terlalu alpa serta terlalu taksub, banyak orang-orang Melayu mengenepikan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka, yang di buat oleh kerajaan. Telinga dibiarkan hanya untuk mendengar ungkapan-ungkapan berunsur fitnah dan mencerca orang lain, sedangkan mata telah dibutakan untuk melihat kebenarannya.

4 comments:

  1. Salam sdr. yanggambi,
    Orang Melayu semakin ramai yang gila dan kurang ajar. Pemimimpin pembangkang telah mengajar bahawa menentang kerajaan dan bersikap kurang ajar akan dipandang tinggi dan diiktiraf sebagai pejuang. Kita lihatlah nanti, tuang guru yang kencing berdiri dan pengikutnya yang akan mengencingi tuan-tuan guru itu ~ bERANIKAN hATI

    ReplyDelete
  2. .@blogger.com- kalau pengikut mengencingi tuan guru, tuan guru tak akan mengalah dia akan b***k pulak kt pengikutnya....mcm tu jugak la kalau org bela antu raye satu hari nanti dia kan makan tuan dia balik.

    ReplyDelete
  3. TUAN PENASIHAT 25% ('ANU'WAR) DH LAMA MENGAMALKAN BUDAYA KENCING MENGENCING SEJAK DLM UMNO LG. LEPAS KENA SEPAK KELUAR DIA MASIH LG MENGAMALKANNYA. CUMA KALI INI DIA UBAH GAYA KENCING BARING PULAK

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah.....

    Berhati-hatilah banyak orang gila dalam negara kita sekarang.........

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..