Monday, June 29, 2009

MANEK URAI – UMNO ajaran sesat ?

Mengulas tulisan Arifin Mahmud penulis HarakahDaily hari ini, dalam tulisannya telah mendakwa UMNO adalah parti ajaran sesat. Dakwaan Arifin bahawa “UMNO ajaran sesat” kerana :-

Salinan tulisan Arifin dari HarakahDaily,

Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.

Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?

Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.

Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.

Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin. Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.

Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.

Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.

Ulasan yanggambi,

Kawan rasa Arifin Mahmud ini sengaja hendak mengelirukan umat Melayu dalam tulisannya, tidak boleh hendak di kata juga ya !!! Sebab dia penyokong buta PAS.

Kerajaan UMNO tidak mengaggung-agungkan Henry Gurney seperti yang didakwa Arifin, sebab itu nama Henry Gueney diletakkan pada nama sebuah sekolah pemulihan akhlak di Melaka.

Arifin mungkin lupa atau sengaja hendak memutar belit (memang kerja orang PAS suka memutar belit), kerajaan UMNO tahu Henry Gurney telah ditugaskan oleh British mperluaskan empayar British di Palestin, itu sudah memang kerja penjajah. Itu sejarah di bumi Palestin, yang perlu bagi Kerajaan UMNO adalah membentangkan sejarah perjuangan UMNO bersam-sama orang-orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menumpahkan darah.

Kalau Brtisih menganggap Henry Gurney sebagai wira, itu kerajaan British, kenapa hendak dikaitkan dengan UMNO.

Pengganas macam Ching Peng, dia ini berbeza, dia adalah sorang pengganas yang melakukan kekejaman terhadap rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India. Ching Peng dan PKM telah melakukan kekejaman dengan rakyat Malaysia, sebab itu keseluruhan orang Melayu menentang Ching Peng kembali semula ke Malaysia, kecuali penyokong-penyokong PAS sahaja yang mengidolakan Ching Peng sebagai wira.

British dan Jepun sebagai penjajah di bumi Malaysia, UMNO tetap melebelkan bahawa mereka ini sebagai penjajah, kalau orang-orang British dan Jepun juga melakukan kekejaman terhadap rakyat Malaysia, UMNO tetap juga melebelkan mereka sebagai penjajah yang zalim.

Arifin cuba memesogkan pandangan kerajaan UMNO pada mata umat Melayu di Malaysia dengan mendakwa membawa ajaran sesat, sebenarnya Arifin hendak menafikan bahawa PAS lah sebenarnya PARTI AJARAN SESAT kerana selama ini menggunan agama Islam untuk menipu umat Melayu di bumi ini, samalah macam Ching Peng komuis yang menggunakan orang Melayu Islam untuk menyesatkan orang Melayu sendiri…

PAS akan menjadikan Negara ini macam Negara-negara komunis lain di dunia, cuma bezanya PAS akan menggunakan agama Islam sebagai landasan untuk menarik keparcayaanumat Melayu. Berhati-hatilah wahai saudara-saudara ku di Manek Urai, inilah dia agenda PAS yang sebenarnya untuk mencapai cita-cita untuk berkuasa di Malaysia, sebab itulah PAS berdiri di belakang DAP dan PKR yang terang-terang menolak Islam………

Kawan akan sambung lagi ulasan tulisan Arifin yang mendakwa “UMNO ajaran sesat” akan datang.


2 comments:

  1. pas adalah parti politik islam yg hanya pada nama sahaja..memang banyak putarbelit..hanya nak mengalirukan rakyat!.apakah umno pada hari ini tidak mengamalkan ajaran islam? jgnlah mempersendakan agama suci ini utk kepentingan politik dan peribadi!!!

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..PAS NI SEJAK JOIN ANUWAR MAKIN PANDAI PUTAR BELIT SEJARAH!. KEMUNGKINAN KUMPULAN AL-MAUNAH DAN AL-ARQAM TU ADE BAU2 BACANG DGN PAS. TENGOK MCM IDEOLOGI YG SAMA JEK :-D

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..