Kawan bersetuju sangat dengan saranan Abu Hasan Majid, Pengerusi JKKK Kampung Gedung Lalang yang menyatakan, “wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memburuk-burukkan kampung mereka sahaja. Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar,"
Kata Abu Hasan lagi, “ Saya tidak tahu mengapa mereka bercakap demikian dalam video itu. Saya rasa sedih dan bagai tidak percaya." Itulah luahan yang dikeluarkan oleh Abu Hasan dengan Malaysia Kini.
Wanita bernama, Che Mah Abdul Hadi (lihat foto), balu bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dikatakan membongkar segala keburukan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sehingga Rosmah dilebel "perempuan puaka".
Komen yanggambi,
Apakah tujuan sebenarnya video klip ini dibuat ? Apakah mereka sudah kehabisan idea untuk mengaibkan serta menjatuhkan Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ?
Kawan tidak mahu sebut dari segi hukumnya bagi seorang Islam kalau mendedahkan keaiban orang Islam lain, setiap orang muslim semua tahu, lebih-lebih lagi pendokong-pendokong PAS.
Che Mah Abdul Hadi, pernah menjadi wanita dikenali masyarakat kerana isteri kepada bekars Wakil Rakyat di Negeri Sembilan, boleh dikatakan seorang wanita matang, kalau sekali pun tidak senang dengan sikap isteri Dato’ Sri Najib, adalah tidak sepatutnya mendedahkan perkara-perkara negative seperti itu.
Sepatutnya, Che Mah berbangga telah menyempurnakan satu majlis perkahwinan pasangan yang istimewa, Che Mah telah membantu pasangan yang hendak mendirikan sebuah Masjid. Sesungguhnya setiap perbuatan yang baik itu, Allah menjanjikan balasan pahala diakhirat kelak.
Tetapi mengapa Che Mah mengungkit di atas perbuatan baik ini yang mana telah dijanjikan Alah akan pahalaNya ?
Atau Che Mah tidak memerlukan ganjaran dari Allah,tetapi amalan yang dibuat itu minta diberi ganjaran besar oleh orang yang telah di tolong ?
Che Mah sanggup mengantikan pahala dari Allah dengan dosa, sebab itu Che Mah rela mengaibkannya pula. Terserahlah kepada pandangan tuan punya diri……..
Pendapat kawan, ijab dan qabul telah ditentukan Allah, memang sudah tertulis bahawa Najib dan Rosmah menjadi suami isteri yang sah. Walau pun Che Mah mendakwa membantu Rosmah mencari bomoh untuk memikat Najib, itu hanya sekadar sampingan sahaja, kalau sudah memang ada jodoh, mereka akan tetap bernikah walau sekali pun tidak pakai bomoh. Kalau Allah menentukan tidak ada jodoh bagi satu-satu pasangan, datanglah bapak bomoh dari mana sekali pun, tidak akan ada jodoh pertemuan itu.
Kesimpulannya, janganlah Che Mah hendak mencari publisiti murahan dengan mendedahkan keburukan orang lain. Jangan biarkan diri kita dipergunakan oleh orang lain yang semata-mata hendak mencari keuntungan politik.
Kalau sekali pun Rosmah tersungkur, Najib tersungkur kerana dendam Ce Mah, kawan rasa Che Mah tidak mendapat keuntungannya, yang untung orang lain, Che Mah akan hanya memperolehi dosa sahaja…………
pe daa bloger ni..ckp cam baik sgt. mengampu je lebih..mmglah jdoh Allah tentukan tapi tengok arr cara nak boleh nikah tue..samada melalui cara baik or jahat..coz perbuatan jahat pon memang Allah izinkan..
ReplyDeletecam masuk neraka syurga..nak kata takdir juga ke kalau dapat neraka?or syurga?semua tu bergantung pada sikap, amalan dan usaha..semua boleh berubah kalau kita berusaha..
kalau buat amalan ahli neraka, memang sah2lah masuk neraka tapi kalau dia usaha bertaubat nasuha..Allah tu Maha Penerima taubat..boleh jadi ngan amalan dia leh masuk syurga..
semua tu terjadi dengan keinginan dan usaha kita..mmg qada' n qadar Allah tentukan tapi sesuatu perkara terjadi dengan sebb usaha n tindakan manusia gak..