Usul PAS dalam muktamarnya yang ke 55 supaya mendesak Kerajaan Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan sebuah NGO Wanita iaitu SIS (Sister In Islam) jika terbukti menyeleweng dari akidah Islam.
PAS merasakan pergerakan SIS bertentangan dengan syariat Islam serta meminta ahli-ahli PAS yang terlibat menjalani program pemulihan. PAS juga mendakwa aliran Islam liberal yang dibawa SIS boleh mengelirukan pemikiran serta mengancam umat Islam dan meracuni akidah umat Islam terutamanya golongan muda serta berpendidikan sekular.
Kalau pergerakan SIS ini betul tidak menyimpang, tidak bertujuan untuk menyelewengkan akidah umat Islam yang terdiri dari golongan muda dan terpelajar, masakan PAS perlu membawa usul tersebut sampai keperingkat Muktamar tahunan.
Perlu diingat, perjuangan Pati PAS berlandaskan Islam, mempertahankan akidah orang-orang Islam salah satu daripada asas perjuangannya, adalah wajar usul ini diketengahkan untuk perhatian dan tindakan Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Peliknya, mengapa Teresa Koh kok, Ahli Parlimen DAP Seputih (pernah membuat kontrovesi berhubung azan subuh, menggangu ketenteraman awam) begitu bongkak tidak menghurmati keputusan muktamar PAS yang telah meluluskan usul tersebut tanpa bahas.
Cuba kita teliti komen Teresa Koh- kok ni, "Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP.
Apakah PAS kena tunduk dan akur kalau terbukti SIS sedang menjalankan kegiatan untuk menyelewengkan akidah umat Islam ? Apakah kerana ingin berkuasa dan untuk mendapat sokongan DAP, PAS redha mengabaikan tanggungjawab mempertahanan akidah umat Islam ? Kalau tidak, buang saja perkataan ISLAM dari parti PAS………….

Apa kata Teresa Kok kok lagi, “ kerja mengharamkan sesuatu adalah sifat Umno dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat”. Dan lagi, "Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita (Pakatan Rakyat)," katanya.
Dan lagi katanya, “berharap PAS dapat berpegang teguh dengan janji dan amanah Pakatan Rakyat untuk memastikan hak dan kebebasan rakyat pelbagai pandangan di negara ini dijamin dan dilindungi".
Dan lagi, “Semua pihak, menghormati Islam sebagai agama rasmi di negeri ini” (tapi mengapa PAS masih menafikan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara Islam ? pelik juga kawan….)
Lagi dan lagi, "Selama ini, kita semua berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan Umno dan BN. "Kita tidak harus meniru sikap mereka yang tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya tahu menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang yang berbeza pendapat," tambahnya.
Yang paling pelik, Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub dengan secara terbuka menyatakan bahawa PKR dan anggota Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut.
Siapa Mustaffa ni ? kalau kerana nak pertahankan kuasa atau kalau si Mustaffa ni memang dah murtad, kawan rasa bukan hak Musaffa nak membantah usul PAS tersebut. Perhatikan dulu pergerakan SIS ni…………..
Kita tengok lagi apa kata si murtad ni, “PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahli PAS menjalani proses pemulihan” dan lagi katanya, “Sehubungan itu, PAS perlu diingatkan tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik”.
Dan lagi kata Mustaffa, “ cara yang betul ialah menyelesaikannya dengan berdebat secara matang dan bertamadun, dan bukannya menggesa pengharaman atau mengukum ahli-ahli persatuan terbabit”.
Kawan nak tanya dengan 2 orang ni, bukankah telah tercatat dalam perlembagaan Malaysia, bahawa Islam adalah agama rasmi Negara dan kalau tidak silap ada juga tercatat bahawa Malaysia memberi kebebasan beragama tetapi agama-agama lain tidak boleh mengembangkan agama mereka kepada orang-orang Islam di Malaysia.
UMNO sebenarnya sudah lama memerhatikan aktiviti SIS ni, kebanyakan ahli-ahlinya golongan wanita muda kristian berpelajaran tinggi, setakat ini ada juga golongan pelajar perempuan dari pengajian tinggi Swasta dan juga muslimat-muslimat PAS.
Mengikut maklumat, aktiviti SIS bergerak sungguh halus dan mendalam untuk menyerapkan ajaran-ajaran kristian dikalangan golongan muda dan terpelajar yang boleh merosakan akidah Islam. Rupa-rupanya PAS sedar juga akan perkara ini, syukurlah………….
Orang-orang Melayu Islam PAS dan PKR benar-benar perlu sedar akan pengkhianatan ini, jaganlah kerana terlalu ghairah hendak berkuasa, terlalu ghairah hendak melihat parti orang Melayu UMNO jatuh tersungkur, terlalu ghairah menuduh UMNO menolak Islam, terlalu ghairah menuduh UMNO/BN melakukan kezaliman dan ketidakadilan, martabat agama itu sendiri hendak digadaikan ?
Andai katalah Pakatan Rakyat berjaya memerintah Negara, apakah PAS benar-benar berkuasa dalam Parlimen ? Apakah PAS mampu mempertahankan, menegakkan syiar Islam serta menubuhkan sebuah Negara Islam tulin? Sedangkan di negeri Kelantan pun PAS masih terkial-kial, inikan pula untuk satu Negara. Mampukah PAS memperjuangkan hak-hak orang Melayu Islam ? Kalau dengan usul SIS sahaja DAP sudah mempertikaikannya, apakah lagi perkara-perkara lain.
Adakah orang-orang Melayu Islam dalam PKR akan membantu PAS mempertahankan maruah Islam ? Kalau dah usul SIS juga PKR tidak menghurmati perasaan orang-orang PAS, malah meyokong DAP mendesak PAS membatalkan usul, apalagi berkenaan dengan hal-hal Islam yang lain.
Ingatlah, PKR hanya berjuang untuk mempertahankan Anwar Ibrahim, PKR hanya memperjuangkan kononnya Anwar telah dizalimi oleh kerajaan UMNO/BN, itu sahaja. DAP mengambil kesempatan di atas kebangkitan ini terhadap PKR, adakah PAS mahu terheret sama menentang keadilan malah mempertahan kebathilan Anwar ?
Presiden PAS, Haji Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin memang sudah lama sedar perkara ini, sebab itu timbul idea KERAJAAN PERPADUAN, tetapi oleh kerana ada golongan-golongan erdogan dalam PAS yang kuat mempengaruhi ahli-ahli PAS, maka Haji Hadi dan Nasha terpaksa mengenepikan idea tersebut.
Penyokong-penyokong tulen PAS perlu bersikap terbuka dan sedar tipu helah ini, pelawaan UMNO kepada PAS bukan kerana takut kalah PR akan datang, bukan takut hilang kuasa, bukan takut berkubur. Kalau sudah itu kehendak orang-orang Melayu,UMNO redha jika berlaku itu semua…….
Persoalannya, apakah PAS benar-benar sudah mampu mempertahankan hak-hak orang Melayu Islam dalm Negara ? Apakah PAS mampu menguasai DAP yang dibantu oleh PKR ? atau DAP yang sebenarnya menunggangi PAS dan PKR……..
No comments:
Post a Comment
Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..