Dalam siri 2, kawan memaparkan Nasruddin Hasan (Tantawi), seorang anak peneroka FELDA yang menyerlah apabila keluarganya yang berasal dari negeri Kelantan berhijrah ke salah satu tanah rancangan FELDA di Keratong 5, Pahang, perpendidikan Ijazah dari salah sebuah Universiti di Mesir.
Apa yang hendak kawan paparkan hari ini, bagaimana Nasruddin telah menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, seimbang dengan pengajiannya di Mesir yang terkenal dengan pengajian Islamnya. Pada pandangan kawan, sememangnya wajar kalau pun beliau dipilih menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat tanpa dipertandingkan.
Semalam, Nasruddin telah menyerlah ungkapan sebagai seorang ulama muda sebenar apabila menyatakan, “ pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghurmati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang “.
Selaku ulama muda, Nasruddin akur dengan Firman Allah dalam Al Quran, yang bermaksud, "hendaklah kamu berkerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu berkerjasam dalam perkara jahat dan dosa".
Seorang pemimpin muda, Nasruddin akur, taat dan setia kepada Presiden parti, seiring dengan ajaran Islam “wajib mentaati pemimpin“, walau pun dikecam serta dibidas oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai “boneka UMNO“. Kata Nik Aziz, “suara sumbang dari dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas“.
Kawan pun keliru dengan kata-kata dari tuan guru atau ulama seorang ni, siapa sebenarnya pemimpin dalam parti PAS ? Adakah ianya Ketua Dewan Ulama, Mursyidul Am atau Presiden ?
Kawan pasti, sudah tentulah Presiden adalah pemimpin tertinggi PAS, maka adalah wajar Nasruddin akur dan taat kepada Presiden, maka kenalah pada tempatnya kalau Nasruddin mempertahan idea Dato’ Sri Abdul Hadi Awang.
Kawan terasa hairan, mengapa seorang yang bergelar Tuan Guru macam Nik Aziz mengeluarkan perkataan “boneka UMNO“ terhadap orang macam Nasruddin yang patuh dan taat kepada pemimpin ?
Adakah Nik Aziz juga salah seorang daripada kumpulan-kumpulan erdogan yang ada dalam PAS ? Kumpulan erdogan yang lebih redha patuh dan akur dengan DAP, atau pun boleh dipanggil “BONEKA DAP“. PKR pula, semua orang dah tahu, termasuk orang-orang dalam PKR pun tahu, PKR sebagai talibarut DAP.
Berbalik kepada kisah Nasruddin, semasa menyampaikan ucapan penutup dalam muktamar PAS ke 55 yang lalu, kawan tertarik juga dengan beberapa perengan kata Nasruddin, antaranya, “walaupun PAS benci kepada Umno dan Barisan Nasional, jangan keciciran daripada menyampaikan dakwah “.
Kawan berpendapat, PAS tidak sepatutnya terus menyemaikan perasaan benci kepada UMNO, kenapa tidak ? UMNO adalah terdiri dari orang-orang Melayu yang juga beragama Islam, orang-orang UMNO juga mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang (kalau nak kata orang UMNO ramai tak semabahyang, orang PAS pun ramai yang ingkar), berpuasa, berzakat dan juga menunaikan haji macam orang-orang PAS, macam pemimpin-pemimpin PAS.
Semua amalan manusia dengan Allah bukan ditentukan atau dinilai oleh UMNO atau PAS. Kalau hendak melebelkan bahawa UMNO itu kafir juga bukan hak mutlak PAS, adakah UMNO lebih kafir dari DAP ? Kawan rasa semua orang tahu bahawa, menuduh seseorang mukmin itu kafir adalah salah, hanya Allah sahaja yang mempunyai hak untuk menentukan serta menilai amalan seseorang hambanya di atas muka bumi ini.
Kesimpulannya, adalah tidak wajar bagi PAS membenci UMNO, merujuk kepada kata-kata Nasruddin juga, kawan rasa lebih baik golongan-golongan yang ada dalam PAS meneliti apa maksud sebenarnya yang dikatakan "KERAJAAN PERPADUAN"
Sebagai seorang Islam tulen, TIDAK baik kita mendahulukan prasangka buruk sebelum sesuatu perkara itu dikaji serta diperhalusi terlebih dahulu. Boleh jadi juga Nik Aziz dan sesetengah erdogan PAS merasakan akan kehilangan kuasa jika mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO ?
Kalau itulah yang sebenarnya tersirat dalam hati erdogan-erdogan PAS, bermakna PAS sebenarnya bukan berjuang diatas landasan Islam sebenar, PAS hanya mempergunakan Islam sebagai lambang untuk menipu serta memutarbelit umat Islam di Malaysia.
ATAU, Tuan Guru Nik Aziz merasakan akan kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan, jika Hadi Awang meneruskan juga idea Kerjaaan Perpaduan ?
Terserah apa yang tersirat dalam hati Tuan Guru, dia yang dipanggil Tuan Guru yang sesetengah penyokong PAS melebelkan “ WALI “ kalau ada sifat-sifat seperti itu………..
Nasruddin, selaku ulama muda perlu lebih ikhlas dan tulus dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam tanpa menyimpan prasangka buruk terhadap sesama Islam, paling utamanya ditengah-tengah masyarakat FELDA, sifat-sifat perpaduan yang telah sedia terjalin dikalangan masyarakat FELDA, tidak kira bangsa, agama, negeri, daerah mahu pun berlainan fahaman politik perlu dieratkan lagi. Itulah selama ini yang telah di semai oleh FELDA...........

Ada lagi ke erdogan dalam pas selepas muktamar ke55 ari tu? semua parasit sudah dicantas dengan kempen hebat demi "kuasa kepimpinan pas untuk ulamak saja". yang lain mana layak duduk dalam pas. orang pas bukan ulamak tu jahil & fasik serta 'gong' belaka. sekadar pak turut bolehlah. kekadang ada "puak erdogan jahil" dalam pas ni dok jadi boneka DAP & PKR saja!?. menyusahkan. pas pun dah mampu lawan secara sendirian lawan segala BN & AMNO. apa yang susahnya. Kalu tak nak lawan pas boleh berkawan dengan AMNO. "kerajaan perpaduan". lagi senang. macam jejak langkah AlFadhiil Ustaz Dato' Nakhaei Ahmad, Ustaz Ghazali terengganu, dll. melayu senang. tak gaduh-gaduh nak demonstrasi la, boikot la ... bantah la ...saman sana, saman sini, kem tahanan ISA Kamunting boleh tutup,.... silap2 dapat tumpang "kemewahan AMNO" yang melimpah ruah itu bila "faktor kegawatan ekonomi" beres dengan gagasan kerajaan perpaduan yang unggul itu. Rasuah & kedurjanaan AMNO selama ini kepada hukum-hakam Allah & umat melayu akan turut beres. apa nak diperjuangkan lagi???
ReplyDeleteTerima kasih atas respon sdr Abuzar, walau pun ramai erdogan PAS sudah kena cantas, tapi masih lantang mengkrittik Presiden termasuk Nik Aziz.
ReplyDeleteSdr pun dah kata bahwa perjuangan PAS selama ini kerana menentang rasuah & kerdurjanaan UMNO, baguslah, mana lebih elok mendakwah dari dalam keluarga daripada mencerca dari luar, segala kepincangan itu dapat diperbaiki dan dibenteras.
Bukankah kepimpinan PAS terkenal dari kalangan ulama dan beriman, kawan rasa adalah mustahil mereka ini akan luntur keimanan dek kerana godaan duniawi. Agak mustahil sangatlah, jika masuk dalam kelompok UMNO akan gugur iman mereka.....
Kalau begitu, PAS bersama DAP sekarang, banyaklah orang-orang PAS gugur iman seterusnya mengikut cara hidup DAP ? Mustahil kan.......
Jadi jangan terlalu emosi dan memandang rendah kepada UMNO, sesungguhnya setiap amalan kita dengan Allah, juga jangan sekali-kali riak, takbur, saya rasa sdr lebih mengetahui sebagai seorang muslim.........
Aku rasalah, bukan PAS tidak mahu bersama kerajaan perpaduan, tetapi PAS sudah terlalu banyak mengutuk UMNO, dia rasa malu juga.
ReplyDeleteUMNO juga terlalu banyak buat kesilapan kepada orang-orang Melayu termasuk orang-orang UMNO sendiri, berapa ramai pemimpin-pemimpin yang baik, disukai rakyat dikerat, dibuang begitu sahaja. Ahli-Ahli UMNO yang mata duitan lebih rela mengagungkan pemimpin yang jahat kerana dikaburi dengan duit, segala kebaikan hilang...
Cuba awak renung betul-betul, lepas DARA ditutp, TDK ambil alih,apa yang TDK buat untuk pembangunan kawasan DARA dulu, yang kita tahu semua dijual TDK. Bosnya siapa ? Itulah manusia yang ahli-ahli UMNO sekarang muliakan, dia beri duit pada kamu semua, tapi hasil jualan harta-harta kamu yang ada di Rompin.
Aku rasa, selagi perangai ahli-ahli UMNO tidak berubah dari segi pantang tengok duit, selagi itulah UMNO semakin dijauhi orang-orang Melayu.
Kamu semua peganglah pesan Bah ini......
Salam Yang Gambi,
ReplyDeleteIsu yang diberikan ulasan sangat menarik dan mendambakan pandangan dari berbagai pihak, hanya, pihak pambangkang ini telah membutakan mata dan hati mereka untuk melihat kebenaran ~ bERANIKAN hATI
hafszack said
ReplyDeleteBuat saudara Gambi...
di sini kita nak berhujah secara ilmiah atau sembang merapu2..???
Selaku org yg berilmu serta bertamadun kita kena berhujah serta membalas dan membidas semula apa yang pihak lawan nyatakan secara ilmiah berdasarkan dalil serta fakta2 yang nyata.. bukannya berhujah tanpa fakta serta penuh emosi dan merepek2..
Tempoh hari aku pergi forum 'CONVERSATION' UMNO MENEMPUH ARUS. dan yg menjadi salah seorang Ahli panelnya ada Syed Hamid Alba..
Semasa sidang media forum tersebut Hamid Albar menyatakan bahawa semua blogger Politik merupa lidah2 parti politik yg terdapat dalam negara kita beliau juga memberitahu bahawa semenjak tidak memegang apa2 jawatan dalam kabinet beliau sering membaca blog2 politik dlm negara kita baik blog kerajaan mahu pun blog dari pembangkang.
Beliau dgn rendah diri mengakui bahawa hampir semua blog pembangkang dipersembahkan dgn begitu menarik dan menggunakan bahasa yang beradab.. cuma ada satu dua sahaja yg mengedit ( super impose ) gambar peminpin2 kerajaan - tetapi dgn cara yg tidak keterlaluan dan masih boleh diterima..
Tetapi bila beliau mbuka blog penulis2 pecisan yg menyokong kjaan rata2nya mereka menghina serta memaki hamun pemimpin2 pembangkang dgn begitu keterlaluan sehinggakan menyamakan pemimpin pembangkang seperti babi dan anjing, mengedit gambar pemimpin pembangkang dgn begitu jelek,ada yg meletakkan gambar ulamak PAS memakai serban duduk disebelah anjing yang juga memakai serban ( ini bukan sahaja cubaan utk menghina pemimpin pembangkang tetapi secara tak langsung menghina sunnah Rasulullah ) apa yang kita dapat dgn berbuat begitu..? dulu kita merentangkan kain dgn gambar pemimpin PAS memakai serban sambil menunggang babi sudahnyerr kita kalah teruk dalam kesemua pilihanraya kecil. kerana rakyat melihat itulah perangai serta keperibadian ahli2 UMNO / BN.
Rata2 penulis Blog yg menyokong kjaan menulis mengikut hawa nafsu kerana kecewa serta marah tanpa fakta yg kukuh lagi sohih terus menabur fitnah..
Imej UMNO bukan sahaja teruk dan buruk dihadapan mata masyarakat kita secara nyata tetapi juga secara maya di dalam blog2.. setiap kali saya buka blog pecisan ini saya menjadi loya dgn gambar2 dipaparkan serta pening dgn tulisan2 yg berbelit2 tanpa sebarang hujah dan fakta..
Pada sidang media itu juga Syed hamid albar menasihatkan penulis2 blog percisan yg menyokong UMNO dan kerajaan agar lebih bersopan dan beradab dgn bahasa yg digunakan kerana ketika ini rakyat sudah cerdik dan berilmu. setiap kenyataan haruslah disertakan dgn bukti dan fakta.. setiap hujah yg diberikan oleh pihak lawan hendaklah dibalas dgn fakta yg kukuh bukannya merapu2.. sebenarnya saya sedih bila membaca blog penyokong umno/BN ni.. usaha dan niat mereka murni utk memperjuangkan bangsa tetapi kerasa emosi dan kecetekan pemikiran serta kekuarangan ilmu mereka tidak mampu berhujah dgn baik - ujar syed hamid albar.
Umno sebenarnya bernasib malang kerana selama ini tiada budaya ilmu di dalamnya..cuba lihat pada kesemua pemimpin2 muda dalam PAS dan PKR semuanya berkelulusan tinggi. bekas ketua2 pelajar di universiti dalam dan luar negara sudah tentulah mereka ini hebat serta penuh dgn ciri2 kepimpinan dan berkarisma serta mempunyai pandangan yg jauh kehadapan serta berkemampuan mengerakkan parti dgn jayanya berbanding dgn UMNO.. kerani di pejabat MB Selangor sahaja sudah mempunyai ijazah kerana di pejabat2 umno cuma setakat SPM gred 2.. rata2 golongan muda yg terpelajar tidak mahu berama2 dgn UMNO..- ujar yed Hamid Albar dgn sinis..
Gambi sila buka youtube dan masuk ke FORUM 'CONVERSATION' UMNO MENEMPUH ARUS. dengar dan hayatilah komen2 serta pandangan ikhlas dari syed hamid Albar, dengar apa komen syed hamid Albar tentang pemimpin2 muda dalam pembangkan terutama dalam PAS dan PKR.. juga dengarkan apa komen ahli penel lain tentang kedaulatan raja2 melayu dan siapa sebenarnya yg manghapuskan kuasa raja2 melayu dan meyokong penghapusan tersebut pada tahun 90an dulu..
Hafszack
Sdr YG,
ReplyDeleteYANG GAMBI said...
Jadi jangan terlalu emosi dan memandang rendah kepada UMNO, sesungguhnya setiap amalan kita dengan Allah, juga jangan sekali-kali riak, takbur, saya rasa sdr lebih mengetahui sebagai seorang muslim.........
June 13, 2009 12:18 AM
Saya ingin tahu secara fakta, tidak pernahkah parti UMNO, ahli UMNO, kerajaan UMNO terlibat dengan sebarang RASUAH, PENYELEWENGAN KUASA, MENGANJUR PROGRAM MAKSIAT, MENOLAK HUKUM HAKAM ALLAH SWT?
Jika TIADA, hujjah saya bohong dan fitnah.
Saya minta maaf dari semua jika terlanjur. minta ampun dari Allah jika berdosa.
Jika ADA, hujjah saya ada sedikit benar.
Tugas saya maklumkan, cegah, mengingatkan mengikut kadar kemampuan. Supaya saudara sebangsa dalam AMNO maklum dan segera kembali kepada jalan Allah.
Saya tegur dari luar AMNO sajalah... Sebab dalam AMNO, para ustaz, mufti, qadhi, muallim, professor agama sudah terlalu ramai. Mereka2 ini patut2nya yang betulkan AMNO dari dalam.
Mengapa AMNO tak lantik para2 ahli agama ini jadi Presiden ke, Timbalan Presiden ke, PM ke, TPM ke, jadi Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Panglima ATM, KSU2 dikementerian ke, ....? asyik2 jadi tukang baca doa saja dimajlis2 tertentu .. imam kampong pun boleh hafal ..
Lagipun pemimpin2 /tokoh2 AMNO yang agak bersih & telus sikit asyik kena cantas jee .....
YG, tidaklah emosi tapi nak tahu justifikasinya .....