Memang agak memalukan Negara, merugikan duit rakyat, tapi nak buat macam mana, dia dah nak runtuh, banyaklah lagi benda-benda lain yang runtuh, bangunan yang nak diruntuh pun tak sabar nak runtuh sendiri, inikan pula benda yang memang sengaja orang nak runtuhkan. Macam Negara kita juga !!!!!!!!! dalam keadaan Negara yang begitu harmoni, aman damai, menjadi tempat orang menumpang senang mencari rezki ni pun ramai yang tidak bersyukur.
Macam-macam deme kata, Malaysia dalam keadaan gawatlah, dibawah rejim firaunlah, pemimpin UMNO/BN asyabiyahlah. Tapi yang sebenarnya, Pakatan Komunis Pembangkang iaitu PKR, DAP dan PAS (lepas ni kawan sebut PKP je) yang ingin sangat mengambarkan bahawa Negara kita ini huru hara, kacau bilau, kalau tak masakan deme asyik hasut rakyat buat tunjuk perasaan macam kat Perak tu…….. Kalau tak percaya, deme tengok blog-blog pro PKP, sampai ke deme gelar Najib Altantoya tak kan dapat menjejaki kegemilangan bapanya Alayarham Tun Razak. Takbur sungguh puak-puak deme ni, apa deme ni dah mendahului Qada’ dan Qadar Allah ke ?
Berbalik pada kisah stadium tadi, banyaklah puak-puak pro PKP ini cakap, ada yang suruh Exco Kerajaan Trengganu letak jawatan, ada yang kata Kerajaan merugikan duit rakyat, satu pembaziran besar yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN Trengganu, ada yang kata inilah projek rasuah kuncu-kuncu bekas MB Trengganu Idris Jusuh, macam-macam lagilah, ikut sedap mulut manusia takbur ni nak kata…….
Kawan rasalah, setiap projek pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN, tiada satu pun untuk menyusahkan, merugikan rakyat, semua yang dilaksanakan Kerajaan adalah untuk manfaat rakyat. Contohnya, pembangunan besar-besaran Putra Jaya, apa tak dikata keji oleh puak PKP ni, akhirnya apa yang rakyat semua lihat, Putra Jaya menjadi lambang kemegahan Negara. ( yang kawan pelik, masa tu Anwar Al Juburi tak bangkang pun).
Soal runtuhnya stadium di Trengganu, mengapa kita semua perlu meletak kesalahan kepada Kerajaan Trengganu atau pemimpin-pemimpin tertentu dalam kerajaan UMNO/BN ?
Betullah, kerajaan merancang untuk membina sebuah stadium bagi kemudahan rakyat Trengganu, tetapi adakah pemimpin kerajaan Trengganu pergi bertungkus lumus membangunkan stadium tu ? Deme kena fakir logic sikit, kerajaan Trengganu sudah pastinya memberi tanggung jawab kepada agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakannya, macam Jabatan Kerja Raya (JKR), Kontraktor, Konsulton, Arkitek dan macam-macam lagi lah……..
Siapa yang terlibat, tentulah Jurutera (macam Nizar) yang lebih bertanggung jawab, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, mereka ini mungkin ada juga terdiri dari manusia-manusia pro PKP, kalau gitu, tak mustahil puak-puak ni tak amanah, tak ikhlas dalam melaksanakan projek, tak mustahil puak-puak ni sengaja nak sabotaj projek kerajaan UMNO/BN ? Kalau kawan nak buat fitnah macam tu, apa-apa saja prasangka jahat kawan boleh kata deme ni…….
Walau macam mana pun biarlah kita tunggu Peawai-Pegawai Suruhajaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) buat siasatan dulu, jangan kita semua sudah menghukum. Kawan rasa, SPRM sebagai satu badan yang diamanahkan, tidak mungkin mengkhianati amanah yang diberi, biar deme buat kerja dengan tenang, teliti dan bertanggung jawab……… ( puak PKP mungkin kata SPRM pun sama, ye lah sama juga macam pemimpin deme, pantang ada ruang kebas punya, kalau tak, tak kan DUN Penanti berlaku PRK)
Persoalannya, marilah kita sama melihat akan kebenarnya, jangan buat andaian yang boleh menjejaskan penyiasatan, kalau perlu mari kita sama-sama berdoa agar kebenaran itu diberi petunjuk Allah SWT……………
Yes bro..tepat sekali..tapi biasalah..pembangkang nih mana ada kita betul bro..
ReplyDeleteKawan tak percaya langsung, kononya nak harapkan SPRM bertindak kepada penjenayah kolar putih ni...
ReplyDeleteDema mana berani kalau kerajaan sendiri yang melindungi penjenayah tersebut.
Ini bukan kes pertama, dah berpuluh projek mega yang mengalami nasib yang sama, tak pernah pun di ambil tindakkan, sebab tulah mereka berani...
Siapa yang dapat kontrak dan siapa yang bina itu yang dicari dulu.... bukan kerajaan. Kerajaan bina untuk rakyat dan kemudahan orang ramai. Kalau dah jadi macam ni puak pembangkang tu mesti kata kerajaan buat tak betul, JKR yang kelabu mata dan macam - macam lagi. Tapi tak apa stadium tu dalam aggrement lagi, Carilah kontraktor yang dapat projek tu... suruh dia baiki semula. Kerajaan jangan dipersalahkan.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat,
ReplyDeleteWalau macam mana pun kita kena yakin dengan SPRM sekarang, dan juga MB Trengganu sebenarnya telah pun nampak, dan minta kontrator yang terlibat bertindak, tapi bumbung tu runtuh dulu. Kita cari kontraktor tu dan Jurutera JKR yang meluluskan bahan-bahan untuk bangunan tu..... Kadang-kadang pemimpin jangan kita letak semua kesalahan, yang melaksanakan projek yang tidak amanah...
Masaalahnya, projek tu diperolehi oleh member, duit komesyen dah diambil banyak dah, kontraktor dah dapat hujung, peruntukan semakin kecil, cara nak untung, bahan-bahan yg digunakan di pilih dari yg bermutu rendah.
ReplyDeleteApabila tindakan nak diambil, member merayu.....
Tu lah sebabbya projek MRR2 dulu, upah membaikinya hampir sama mahal dengan harga asal, siapa yg bayar ? .......duit rakyat juga....
Tindakaan denda tidak pernah dikenakan kepada kontraktor, kenapa ?
Sebab komisyen sudah diambil....
Cara mudah, keluarkan peruntukaan baru......
Duit sapa weh .......
Kawan byr cukai RM10,000 setahun, bukan RM10, weh, awak org bolehlah menyokong, walau pun penyelewengan beratus juta, sebab awak org bukan nya bayar cukai pendapatan, kawan dan lain-lain pembayar cukai sakit hati bila penyelewengan berlaku.
Tulah sebabnya org cina sekarang tak mahu sokong lagi BN sebab BN menyelewengkan duit rakyat.
Kita semua bayar cukai, soal pemberian kontrak pada member sendiri itu bukan hak kita nak soal selidik, dalam kerajaan PR juga apa kurang, mesti dahulukan member, dan tetap berlaku rasuah dan pecah amanah.
ReplyDeleteKita harus lebih rasional untuk meletak keburukan orang lain, jangan pandang kepada yang kita benci semua buruk..
Kita perlu yakin dengan penguatkuasaan yang ada, kalau tak awak sendiri cari bukti penyelewengan dan hantar laporan lengkap....