Sunday, June 21, 2009

Manik Urai – Kempen PAS semakin kritikal

Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai hanya menunggu 15hari lagi sebelum bermulanya kempen sebenar, tetap jentera-jentera PAS lebih awal menjalankan aktiviti kempen dengan ceramah-ceramah yang tidak ernah berubah dari dulu, dipenuhi dengan maki hamun dan memfitnah dan yang wajib disebut oleh tukang-tukang kempen PAS “Undi PAS, masuk syurga”.

Perkataan “syurga” inilah yang telah menjadi senjata kepada Tok Guru Nik Aziz sejak berpuluh tahun mendakwah pengikut-pengikut setianya. Senjata yang berjaya menopoli pemikiran orang-orang Melayu terutama di kampung-kampung, surau-surau dan Masjid. Apa lagi kalau di pondok-pondok yang mana penghuninya hanya tahu untuk mendalami agama Islam, penghuni yang tidak mahu melihat lagi keadaan di luar kawasan pondok. Inilah kesempatan yang diambil Tok Guru yang mengguakan ilmu untuk kepentingan dunia.

Kerana kepentingan inilah makaTok Guru Nik Aziz telah membenarkan semua Imam dan Khatib dalam DUN Manik Urai membaca khutbah berbentuk politik. Imam-Imam yang fanatik mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Manik Urai agar mengundi PAS, sehingga sanggup mensyirikkan umat Islam lain semata-mata untuk kepentingan parti.

Apa tidaknya, apabila ada Imam-Imam PAS sanggup mengeluarkan fatwa sendiri dengan menyatakan “tengok gambar Tok Guru Nik Aziz pun boleh dapat pahala“ dan “Undi PAS boleh masuk syurga“, ajaran siapa ini semua, kalau bukan Tok Guru Nik Aziz.





Sabda Rasullullah SAW, "Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya”. Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dan Baihaqi.


Maka tidak mustahil, ketika kawan berada di Kelantan, kawan jumpa kaki-kaki judi, kaki minum arak, kaki laga ayam menyokong PAS, semata-mata hendak masuk syurga. Ada yang kawan jumpa juga, beli nombor 4D haram di kedai kopi memakai kopiah di kepala (waktu petang jumaat di Pasir Mas).

Dan tidak mustahil juga bila Mat Sabu boleh dibebaskan dari tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di Kelantan.

Sebenarnya, apa ajaran Islam sebenar di bawa oleh pemimpin-pemimpin PAS ? Kalau hanya untuk menyelewengkan akidah umat Isam serta memecah belahkan perpaduan umat itu sendiri.

Kawan sebenarya tidak hairan kalau Imam-Imam atau penyokong-penyokong PAS berkempen dengan mengatakan “ tengok gambar Tok Guru pun boleh dapat pahala “, sebab dari kanak-kanak berumur 4 tahun lagi PAS sudah mendakwah dengan cara begini, begitulah juga dengan fatwa memijak gambar pemimpin UMNO boleh dapat pahala juga.



Diulangi lagi kata-kata Imam Ghazali :
“Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah, tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sampaikan masyarakat berasa ujub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan.Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia”.

Pengundi-pengundi di Manik Urai perlu membebaskan diri dari dijajah oleh dakyah sebegini, berfikirlah dengan sewaras-warasnya.


2 comments:

  1. Salam yanggambi,
    Penyokong PAS semakin biadab. Inilah buah hasil dari didikan ulamak PAS sejak beberapa tahun lalu. Sehinggan mereka tidak lagi dapat melihat kebenaran. Sehinggan ajaran Agama mereka pun ikut songsang. Siapa yang bertanggungjawab? Para ulamak dan tuan-tuan guru serta ustaz-ustaz PAS lah yang akan bertanggungjawab. Mereka nanti akan menjadi kayu api yang membakar. Ulamak-ulamak PAS sudah dirasuk syaitan ~ bERANIKAN hATI

    ReplyDelete
  2. Kawan setuju pandangan tuan, semoga umat Islam di Malaysia tidak terlalu jauh dengan dakyah PAS.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..