Monday, June 22, 2009

ADUN Kota Alam Shah – gesa Kerajaan haramkan PERKASA ?



Dey tambi ! yanna dey !!!!!!!!!!

M.Manoharan, ADUN Kota Alam Shah, juga salah seorang pemimpin HINDRAF yang baru saja dilepaskan oleh Kerajaan Malaysia dari tahanan ISA, hari ini menggesa Kemeterian Dalam Negeri segera mengharamkan PERKASA.

Manoharan mendakwa, PERKASA yang dipimpin Dato’ Ibrahim Ali telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang bukan Melayu kerana memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dakwa Manoharan lagi, pertemuan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan PERKASA telah bercanggah dengan “Konsep 1 Malaysia” serta menunjukkan bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Manoharan juga mendakwa, HINDRAF diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri tanpa sebarang sebab. Katanya, "Hindraf hanya memperjuangkan hak kaum India di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kaum India dalam keadaan terdesak dan memerlukan pertolongan. "Integriti dan maruah kaum India Malaysia kini dalam keadaan genting," tambahnya lagi, “kerajaan BN yang Umno menjadi tunggaknya perlu belajar menghormati hak dan hasrat kaum India Malaysia”.

Komen yanggambi :

Manoharan agaknya masih tidak faham maksud “Konsep 1 Malaysia “ yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Konsep 1 Malaysia, salah satunya memberi keutamaan kepada kehendak rakyat tidak kira kaum dan agama, namum konsep itu juga tidak terkeluar dari apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

UMNO tetap releven dalam memperjuangkan martabat Melayu dan agama Islam, sebagaimana parti-parti lain dalam komponen BN, macam Pakatan Rakyat juga, yang mana DAP dengan kaum Cinanya, PAS dengan kaum Melayu Islamnya (tak tahulah kalau PAS menyebutnya dengan “ kaum Islam”) dan PKR dengan etnik rojaknya.

UMNO tetap juga dengan Melayu yang beragama Islam, Islam bangsa Melayu atau Melayu Islam, apa-apa sajalah…………

PAS mungkin tidak mahu mengaku macam UMNO, PAS sering menyebut di kampung-kampung bahawa PAS itu Islam, Islam itu PAS, jadi boleh kita sebut bangsa PAS beragama Islam, agama Islam berbangsa PAS. Sebab apa kawan berkata begitu, sebab PAS tidak mahu perkataan Melayu disebut dalam PAS. Sebab itu juga kita sering dengar penyokong-penyokong PAS mendakwa “ aku orang PAS “, jadi betullah andaian kawan “bangsa PAS beragama Islam”, tidak salah kan ? Kerajaan kena panda Perlembagaan Persekutuan, kena tambah satu nama bangsa lagi, bangsa baru…………

Berbalik pada cerita HINDRAF, Manoharan sepatut lebih sedar mengapa Hindraf diharamkan, memang tiak dinafikan bahawa Hindraf memperjuangkan hak-hak kaum India, tetapi adakah Manoharan sedar cara Hindraf menuntut melampaui batas-batas apa yang termaktub dalam “Kontrak Sosial”. Tindakan Hindraf juga telah mengugat kestabilan Negara dengan menganjurkan demontrasi yang lebih cenderung ke arah keganasan.

PERKASA, sehingga ke hari ini kita belum nampak dan dengar menganjurkan perkara-perkara yang boleh mendatang kemudaratan kepada Negara atau keresahan dikalangan rakyat dalam Negara.

Kawan rasa, Dato’ Ibrahim Ali tidak mudah hilang akal untuk menghuru harakan rakyat, mengajak atau menghasut rakyat membuat tindakan yang boleh mengugat perpaduan kaum di Malaysia.

PERKASA Cuma memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera dengan cara berbincang dengan kerajaan, sebagai contoh, mendesak kerajaan agar melaksanakan pemberian Biasiswa kepada pelajar Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang termaktub di dalam Perlebagaan Persekutuan.

PERKASA wujud kerana ada pihak atau Parti-Parti yang sudah lupa akan hak-hak Melayu dan Bumiputera, ada parti-parti yang mengkhianati Melayu kerana untuk mendapatkan kuasa. Ada orang Melayu yang dayus, sanggup mengkhianati bangsa dan agama semata-mata hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Manoharan, kamu tidak sepatutnya mendesak agar PERKASA diharamkan, jangan cuba menangguk di air yang keruh untuk kepentingan politik parti Pakatan Rakyat. Ini bukan caranya…………


3 comments:

  1. SALAM BRO...
    MEMANG CELAKA ANAK KELING PARIA KEPUNDEK MANOHARAMJADAH NI.

    http://www.gomounited.com/2009/06/manoharamjadah-keling-paria-kepundek.html

    ReplyDelete
  2. Tuan dok Keratong kat Keratong mana?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro mampir ke blog kawan......

    untuk ex starians, kawan duduk di Ulu Keratong Estet, cukuplah dapatkan Duit Untuk Anak beranak berbelanja......

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..