Thursday, June 25, 2009

H1N1-PAS buka ruang untuk wabak selsema babi ?


Pemimpin-pemimpin PAS telah membuat keputusan tidak akan menyertai kerajaan perpaduan dengan UMNO, isu yang paling hangat diperkatakan oleh pencaci-pencaci PAS, sama ada dalam blog-blog, akhbar Harakah, dan lebih-lebih lagi di pentas-pentas ceramah, juga dalam khutbah Jumaat di DUN Manek Urai.

Isu kerajaan perpaduan menjadi senjata utama PAS dalam siri kempen, bukan sahaja d Manek Urai, malah di seluruh pelusuk kampung, di mana ada markas, di situ jadi bahan caci umpat terhadap UMNO.

Mengapa UMNO yang dijadikan bahan caci nista ? Mengapa Dato’ Si Najib pula menjadi bahan fitnah ? Salahkah Najib selaku peneraju kepimpinan Negara menyambut baik serta bersedia untuk berbincang kalau ada cadangan atau pandangan itu demi kebaikan rakyat ?

Tidakkah Presiden PAS, Hadi Awang yang mencetuskan idea ini ? Tetapi mengapa UMNO dan Dato’ Sri Najib dituduh sengaja memfitnah PAS untuk memecah belah hubungan rapat dalam pakatan rakyat ? Itulah kemunafikan yang ada dalam PAS.

Kenapa dikatakan kepimpinan PAS munafik ? Kalau dulu mendakwa UMNO itu kafir kerana bersekutu dengan parti orang kafir MCA dan MIC, UMNO tu kafir kerana keahliannya bukan lagi terdiri dari kalangan orang Melayu sahaja, tetapi kaum bumiputera bukan Islam juga menjadi ahli UMNO.

Kawan masih ingat apa kata seorang penceramah PAS terhadap UMNO, “ UMNO sekarang ibaratkan kawah yang dipenuhi lauk berbagai benda, ada daging lembu, kambing, ayam, babi, biawak, ular dan macam-macam lagi “, begitulah penghinaan PAS terhadap UMNO.

PAS telah beri kata putus tidak akan mengujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. UMNO kafir kerana di dakwa menolak Islam. Tetapi adakah PAS itu benar-benar Islam, kalau sudah bersedia menerima orang-orang bukan Islam menjadi ahli dalam PAS ?

Kini, pemimpin-pemimpin PAS dikatakan bersetuju pula menerima masuk orang-orang bukan Islam menjadi ahli parti setelah selesai pindaan perlembagaan yang sedang dijalankan.

Ahli penuh PAS bermakna, mereka dibolehkan memilih atau dipilih dalam apa juga jawatan dalam organisai PAS, termasuklah jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Negeri. Maka akan adalah nanti Ustad Al Fadhil Lim Kit Siang, Ketua Dewan Ulama PAS atau Mursyidul Am PAS……………………………….

Apakah matlamat atau arah tuju pemimpin-pemimpin PAS sebenarnya ? Apakah kepimpinan dan orang-orang UMNO itu lebih kafir dari orang-orang bukan Islam yang bakal menyertai PAS ? Apakah UMNO itu lebih kafir dari DAP ? atau hanya sekadar gimik untuk memancing sokongan kaum-kaum bukan Islam ? Gimik yang sama seperti yang diuar-uarkan iaitu kerajaan perpaduan ?

Apa pun yang mungkin dilemparkan terhadap pemimpin-pemimpin PAS, apa yang jelas PAS sebenarnya bukan berjuang untuk memartabatkan umat Islam, tetapi yang lebihnya adalah untuk mendapat kuasa.

PAS telah menyalahgunakan Islam untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dalam Negara semata-mata untuk berkuasa. Kepimpinan PAS telah menyalahgunakan ilmu yang ada untuk menipu, memutarbelit agama untuk mencapai cita-cita serakah mereka, sekali pun dengan mengadaikan maruah dan hah-hak Melayu Islam dan Bumiputera. Itulah arah tuju serta matlamat kepimpinan PAS sebenarnya……….

Umat Melayu Islam di DUN Manek Urai, hindarkan diri anda dari manusia syaitan ini…………


2 comments:

  1. Salam,

    Setuju. Bila dendam menguasai diri inilah jadinya.

    ReplyDelete
  2. btui3..Parti Melayu ditolak dan Pari lawan diambil....itulah contoh pemimpin yang akan menghancurkan bangsa Melayu..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..