Thursday, June 11, 2009

FELDA 1 DI DUNIA (siri 3 ) - Mazlan Aliman, pembela nasib peneroka-peneroka FELDA ?

Apa yang penting, kawan merasakan diri kawan dapat hidup sebegini bersama keluarga tidak merempat di bumi sendiri, anak- anak dapat belajar sampai ke IPTA, sejak dari ibu bapak, adik beradik 9 orang hingga kepada kawan sendiri, bukan kerana kawan pandai berbodek dengan FELDA atau Pengurus-Pengurus FELDA, tetapi kerana kawan bersyukur dan berterima kasih kerana diberi tempat untuk mengharungi kehidupan sekeluarga.

Terpanggil juga untuk menyambung tulisan siri FELDA 1 DI DUNIA, apabila kawan membaca blog sahabat dalam LKTP1238 suara genarasi FEELDA. Kawan tak kisahlah, apa yang nak dikatakan oleh kalangan sahabat-sahabat peneroka FELDA atau pun anak-anak peneroka sendiri terhadap diri kawan, nak kata kaki bodek ke, kaki ampu ke dengan FELDA, itu terserah pada andaian masing-masing.

MAZLAN ALIMAN, terkenal dikalangan peneroka-peneroka FELDA, terutama yang menyokong PAS, terkenal juga dikalangan peneroka-peneroka yang tidak mahu bernaung dengan FELDA (tetapi masih duduk di FELDA) sebagai Pengerusi Anak-Anak Peneroka Kebangsaan dan baru-baru ini terpilih AJK PAS Pusat di Muktamar PAS ke 55. Syabas dan tahniah…………..

Tidak mustahil kalau ada yang mengatakan Mazlan terkenal dan tidak mustahil juga kalau dalam Muktamar PAS ke 55 ada usul PAS perlu menyumbang RM1 juta untuk dana Mazlan dalam menjalankan kegiatan-kegiatan menawan hati para peneroka FELDA agar menyokong PAS. Begitulah kepercayaan PAS sekarang terhadap Mazlan bagi membantu perjuangan PAS di dalam masyarakat FELDA, apa lagi bila bekas Menteri Kabinet UMNO Dat’ Fauzi Abd Rahman (abang ipar Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia & Alam Sekitar), bersama-sama dibelakang, dulu masa dalam Kabinet UMNO, Dato’ Fauzi tak pernah pun jengok-jengok ambil tahu masalah peneroka FELDA. (kawan kenal sangat dengan Dato’ Fauzi ni…..).

PERSOALANnya, apakah Mazlan benar-benar menyampaikan perkara yang benar dan jelas kepada peneroka ? Tidakkah hanya sekadar untuk glamour dengan tugas-tugas menghasut, memfitnah, memburuk-burukkan pemimpin kerajaan, menanamkan semangat benci membenci, memecahkan perpaduan dikalangan masyarakat FELDA sahaja ?

Fitnah 1 : Mazlan mendakwa Pengerusi FELDA, Yusuf Nor menerima bayaran elaun sebulan tidak kurang RM100,000.00, kerana memegang pelbagai jawatan dalam anak-anak syarikat FELDA, selain elaun tetap sebagai Pengerusi FELDA.


Kalau dakwaan Mazlan benar dan terbukti, mengapa hanya membawa cerita ke hulu ke hilir menjaja isu ini, tidak kah selaku Pengerusi ANAK, beliau boleh terus berjumpa atau hantar surat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Ahmad Maslan, baru-baru ni Ahmad Maslan datang melawat FELDA di Pahang, kenapa Mazlan tak nak jumpa ? Nanti boleh diganti orang lain, pemimpin-pemimpin Pahang ramai yang boleh diharap untuk jadi Pengerusi FELDA, lagi pun Pahang yang paling banyak FELDA. Ramai pemimpin Pahang yang ada pengalaman dengan FELDA, banyak jasa dengan FELDA, contohnya, Dato’ Haji Hasan Arifin (bekas ADUN Bukit Ibam/Tim Menteri Besar Pahang) dan ramai lagi lah……….

Fitnah ke 2 : Berkenaan hutang-hutang Peneroka dengan FELDA, bagi kawan hutang wajib dibayar, kita dah berhutang, dengan sesiapa pun wajib kena bayar, kalau takdir kita mati, waris-waris kita wajib juga melunaskannya. Mengapa Mazlan jadi bodoh, macam orang buta agama pulak ?

Peneroka wajib membayar hutang-hutang pembangunan ladang dan rumah, mana ada syarikat kewangan di Malaysia ini yang luluskan pinjaman macam itu tanpa cagaran, peneroka hanya bawak kad pengenalan, surat nikah, sijil lahir anak-anak, tikar bantal, periuk belanga dan terus je masuk dalam rumah. Kenalah bayar sahabat oiiiiiiiii………….. Peneroka yang datang ke FELDA bukan semuanya ada harta benda, kebanyakan papa kedana juga, mana ada bank-bank nak percaya kat orang-orang Melayu. Kawan tidak nafikan ada juga peneroka yang berhijrah ke FELDA dari kalangan orang kaya, kerana nak tambah kekayaan, deme masuk lah FELDA, lepas tu kutuk FELDA, tulah perangai orang-orang Melayu…..

Pinjaman membesarkan rumah, dari RM30 ribu ke RM50 ribu, kita nak membesar dan mencantikkan rumah untuk anak-anak dan keluarga, tanpa cagaran dan faedah tinggi, kenalah bayar, tak kan nak percuma kot……….. kalau dengan bank, lambat bayar tambah bunga, tak bayar lansung rumah kena sita, kena istihar bengkrap………..

Fitnah ke 3 : Rumah untuk genarasi kedua FELDA, harga mampu beli, kenapa Mazlan tidak cerita perkara ini kepada masyarakat ? Mana nak cari lagi harga rumah dan tapak rumah bawah RM30 ribu ? Kalau ada anak-anak peneroka yang merempat, kawan tak tau lah, mungkin salah diri sendiri yang tidak mahu berusaha mencari tempat kehidupan, orang-orang Indon pun tahu nak mencerahkan hidup………. Kalau tidak ada tempat sangat nak buat rumah, kawasan rumah mak bapak pun boleh dirikan rumah, janji ada kemampuan, tak kan itu pun nak suruh FELDA atau kerajaan bantu ?

Mungkin Mazlan sengaja menyembunyikan, berapa banyak peruntukkan yang FELDA sediakan untuk genarasi kedua peneroka, berbagai-bagai bimbingan dan kursus untuk anak-anak peneroka yang kurang bernasib baik dalam pelajaran, sejak kawan masih sekolah lagi. Kenapa anak-anak peneroka tidak mengambil kesempatan atas peluang yang disediakan FELDA ?

Bagi kawan, lebih baik Mazlan, kita bersama-sama memikirkan bagaimana untuk membenteras gejala dadah dikalangan anak-anak FELDA, sama-sama kita cari jalan memperbaikinya, sama-sama membantu penguatkuasaan menghapuskan pengedar, pembekal, peruncit dadah dikalangan anak-anak FELDA. Tauke-tauke Cina yang hidup hasil pengedaran dadah besar-besaran, perosak 80% anak-anak Melayu FELDA, kemanakah akan pergi genarasi muda ini untuk mewarisi kepimpinan Melayu di abad akan datang jika sudah hanyut dan hancur.


Jangan kita asyik nak menyalahkan kerajaan, menyalahkan ibubapa yang tak padai mendidik anak-anak

Fitnah ke 4 : Kerajaan Perpaduan UMNO vs PAS, mengapa Mazlan perlu memutar belit fakta sebenar dengan idea Haji Haji ni, UMNO menerima apa saja bentuk cadangan Kerajaan Perpaduan kerana hendak mengukuhkan kuasa Melayu, tak payahlah nak mencaci hina UMNO dengan isu ini, kalau PAS sudah tidak sudi, silakan dengan perjuangan PAS bersama DAP untuk memertabatkan Islam.

Setahu kawan, di Malaysia ini semua orang-orang Melayu beragama Islam, termasuk India Muslim, Cina Muslim, apa-apa bangsa yang muslim bernaung dengan nama Melayu. Apakah akan terbela maruah agama Islam, kalau bangsa itu sendiri mundur, lemah dan tanpa kuasa ?

Fitnah ke 5 : Apakah kerana adanya Mazlan sekarang baru nasib-nasib peneroka FELDA terbela ? atau baru sekarang Pengurusan/Pentadbiran FELDA sempurna dan berhati-hati menjalankan tanggung jawab ?

Kawan rasa silap besar kalau ada yang beranggapan begitu, dari dulu lagi wakil-wakil peneroka sudah memperjuangkan nasib peneroka dalam FELDA, pemimpin-pemimpin setempat bukan sahaja menyuarakan kepada FELDA, malah terus kepada Kerajaan. Cuba kita lihat, satu persatu kepentingan penroka diperbaiki oleh FELDA dan Kerajaan, bukankah ini kerana suara-suara kepimpinan peneroka yang ada dalam FELDA ?

Kawan tak payah nak cerita, bagaimana suara kawan bertegang leher dengan pengurusan FELDA untuk membela nasib peneroka, sampai kawan nak kena sinkir dari FELDA, tapi akhirnya FELDA memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada walaupun berperingkat-peringkat, tak de pun nak buat ceramah malam-malam memberitahu orang ramai.

Pengurusan/Pentadbiran FELDA sekarang pun sudah ramai dari kalangan genarasi peneroka, kawan rasa mereka lebih arif pahit maung peneroka-peneroka FELDA. Apakah mereka-mereka ini juga tidak sedar diri, sanggup nak menganinya ibubapak mereka ?

Kesimpulannya, BERKATA BENARLAH wahai Mazlan serta pengikut-pengikutnya, kalau benar-benar ikhlas untuk menegak keadilan demi kebajikan peneroka dan genarasi FELDA. JANGANlah kerana untuk mencari keuntungan diri serta parti yang kita dukungi, kita termasuk dalam golongan orang-orang yang MUNAFIK.

11 comments:

  1. SALAM ZIARAH PD TUAN RUMAH
    KEMUNAFIKAN YG DIA CARI DI JADIKAN SEBAGAI SUMBER REZKI DGN MENGHALALKAN PERBUATAN YG TERANG2 BERCANGGAH DGN AGAMA. PAS MAHIR DLM PERKARA2 MENDOLAKDALIK ISU AGAMA UTK KEPENTINGAN INDIVIDU DAN PARTI

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sdr merujuk tulisan saya didlm posting sdr kali ini.
    Sebagai pejuang kebenaran, saya bersetuju dng tulisan sdr itu.
    Seperti yg saya tulis di blog saya itu,saya bukannya bersetuju dng Mazlan Aliman tu,
    cuma saya berpendapat, biarlah Mazlan Aliman wujud.
    Biarkan dia dng cara dia, dan kita dng cara kita.....itukan prinsip demokrasi, kebebasan bersuara.
    Soal dia membuat fitnah, org ramai boleh membuat penilaian,org sekarang dah cerdik2 belaka, Adalah beberapa org yg terpengaruh dngnya, tak jadi masaalah pun .

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas komen tuan jeffry dan azinang, untuk menyatakan yang benar kita perlu bersedia menghadapi kritikan, walau pahit mahu pun manis.

    Maaf kepada azinang kalau kawan tersalah tafsir.... sebagai warga peneroka Felda, kita tiak boleh lari dari pelbagai karenah Pengurusan FELDA, tetapi kita ada tempat yang terbaik untuk menyuarakannya..

    ReplyDelete
  4. bersyukurlah dengan apa yg kita miliki..koi pun anak peneroka FELDA gak!

    ReplyDelete
  5. Kawe takbirlah pada sdr Yang Gambir di atas perjelasan yang dibuat terhadap fitnah yang dilakukan oleh Mazlan Aliman. Kawe nak cadangkan pada sdr, kalau Mazlan Aliman ni peneroka Felda atau anak peneroka Felda , kita minta dia keluarlah dari Felda kalau dah dituduh Felda ni menipu Peneroka.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas komen dr.todak dan hujanemas, tak payahlah kita buat macam itu, itu bukan perangai kita. Kalau lah kerajaan bersikap macam itu, ramai dah yang kena halau dari FELDA.

    Mungkin kalau Pakatan Rakyat memerintah, itulah yang dia buat kat orang-orang Melayu FELDA, tak ikut cakap dia kena halau. PAS mana bereani nak bantah dengan DAP, PKR lagi pulak, kalau bantah kang kea lewat anwar sapa nak bela.......

    ReplyDelete
  7. Datuk,ayahanda dan mertuaku adalah peneroka felda..sekarang ini pun aku bertugas di kawasan felda.Telah banyak tranfomasi dan pembangunan yang aku lihat.Aku cukup berbangga dan bersyukur atas semua ini.Namun ada juga yang mengaku generasi felda sanggup ke hulu ke hilir menabur fitnah ke atas felda yang telah banyak merubah kehidupan keluarganya..tak tau lah aku kalau dia ni memang asalnya orang kaya..tapi aku rasa tidak..kalau niat nak berjuang untuk anak-anak felda mari bersama melalui flatfom yang betul..baru suara kita sampai ke telinga felda..ini tidak..berceramah yang kononnya ceramah penerangan..lepas tu balik dengan sebahagian wang kutipan(SUMBANGAN??) tinggalkan peneroka dalam kecelaruan minda..

    ReplyDelete
  8. mazlan alimat ni anak felda ke...yang biasa mengarok ni org luar aje...nak popular le katakan.walau siapapun dia sepatutnya beliau lebih berkerjasama utk mengamankan generasi felda ni,lebih membantu muda mudi felda yaag terkenal dengan dadah supaya generasi ni dengan sendiri dapat membangunkan felda dengan adanya.Kerana tenaga muda ni amat diperlukan di kawasan felda untuk meningkat pedapatan keluarga

    ReplyDelete
  9. paklurah_p9@ymail.comSunday, 04 July, 2010

    peneroka felda waras tidak mudah terpadaya dengan tipu daya mazlan aliman

    ReplyDelete
  10. salam tuan tanah..
    saya bukan org felda, tetapi isteri saya org felda..telah berkahwin selam 16 tahun.. apa yg saya nampak ialah pepcahan dlm kelompok felda tidak menguntungkan sesiapa..sepatutnya mazlan aliman memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah penagihan dadah dikalangan anak-anak peneroka .. lihat la bagaimana anak-anak generasi felda yang keluar dari felda meninggalkan orgtua mereka terkial-kial mengerjakan kebun masing2..dan kemudian kerja2 didlm kebun dilakukan oleh pekerja asing..
    majukan anak2 generasi peneroka ini..bukan memcahbelahkan mereka..
    lahai..15 tahun balik ke felda mcm tu gak..ni lagi nak tambah masaalah..!!

    ReplyDelete
  11. Salam, saya bukan anak felda dan bukan pula memihak pada sesiapa..cuma saya terpanggil untuk bertanya..ada terbaca di satu laman web yg agak terkenal dgn cerita2 sensasinya (sila rujuk laman web ini : http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/jangan-tipu-warga-felda.html...saya mohon penjelasan saudara..sekadar utk pengetahuan sendiri...terima kasih...

    wanspk

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..