Selepas subuh tadi, kawan seperti biasa melawat blog teman-teman maya, hati kawan begitu tersentuh bila terbaca blog Siful dengan ungkapan "di Mahsyar (Mahkamah Allah) pasti dibicarakan juga". Saiful merujuk kepada Anwar Al Juburi, jika tuduhan meliwatnya digugurkan oleh Mahkamah, Saiful dengan ikhlas menyatakan " saya redha ".
Bila sebut pasal "Mahkamah Allah", kawan teramat sayu menilai diri sendiri, alangkah kerdilnya diri di atas bumi ini dibandingkan dengan keagungan Allah, sejauh manakah amalan yang kawan tunaikan menurut perintahNya dan sejauh mana pula kemungkaran yang telah dilakukan, sejauhnya pula taubat yang telah kawan pohonkan. Itu antara kawan dengan Allah, bagaimana pula perhubungan kawan sesama manusia, cuma kawan yakin Allah itu sesungguhnya maha penyayang dan pengampun, selagi kawan meredhai bahawa Allah itu Tuhan kawan.
Saiful, pemuda yang gigih menentang kemungkaran, apa lagi kemungkaran yang dilakukan oleh seorang manusia yang menjadi idola kuncu-kuncu serta pengikut setia PKR. Manusia bertopengkan kewarakan untuk menambat, menipu manusia lain sehingga diletakkan ke tempat yang paling tinggi dalam Pakatan Rakyat, itu lah dia manusia yang bergelar Anwar Al Juburi oleh Mat Sabu.
Keikhlasan dan ketabahan hati Saiful menentang kemungkaran Anwar Al Juburi kerana Allah, pemuda yang rela mengorbankan maruah diri demi untuk menyerlahkan kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh manusia yang mengangkat diri sendiri pemimpian agung yang kononnya sebagai pejuang bangsa, agama dan Negara.
Itulah Anwar Al Juburi, manusia yang menggunakan ilmu yang ada pada diri untuk kepentingan nafsu serakahnya. Memang tepat sekali apa yang dikatakan oleh Iman Ghazali wujud manusia seperti ini di dalam dunia ini,
Dikatakan oleh Imam Ghazali, “Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah, tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sampaikan masyarakat berasa ujub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan. Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama sedangkan mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia”. (kawan paste dari blog geecantik.blogspot)
Begitulah dalam hati sanubari pemuda yang bernama Saiful, apabila pasrah dengan ketentuan Illahi sekiranya Anwar Al Juburi terlepas dari tuduhan “MELIWAT“. Saiful menulis dalam blognya : "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda”."Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga. "Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya lagi, "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh”.
Saiful sudah membanyangkan di Mahkamah dunia ini Anwar Al Juburi akan dibela oleh berpuluh-puluh peguam, beribu penyokong-penyokong yang ujub dan kagum dengan kebijaksana Anwar Al Juburi. Golongan manusia yang sudah buta dan tuli walau apa pun yang telah Anwar Al Juburi lakukan, golongan manusia yang rela membuat huru hara serta keganasan jika Anwar Al Juburi tidak dilepaskan.
TUNGGU LAH KAMU ANWAR AL JUBURI, KALAU KAMU DI DUNIA INI TERLEPAS, KAMU AKAN DIADILI DI MAHKAMAH ALLAH
hmm...per nk jd ngan DSAI ni kan...kalu btul dia x bersalah, ngapa dia x berani tampil ke depan, selalu nyorok jerk di sebalik kedutaan asing?
ReplyDeletedalam bab lain saya tak nak komen itu hak masing-masing..............
ReplyDeleteTapi dalam bab ini jangan percaya dengan saiful...
dia kena upah....banyak saya tanya dari hati kehati dengan orang yang rapat dengan Umno di KL semasa saya balik kampong tiga bulan lepas..segalanya duit....
Antara..jawapan mereka.."ada dengan rakaman Mahadir dulu..?.kan semuanya mainan politik.?"
saya sayang saudara kerana saudara minat ugama..saya bimbang saudara pecaya dalam bab ini.
Salam yanggambi,
ReplyDelete1. Manalah si Copy ni tahu saiful diupah? Dia nampak sesiapa membayar si saiful ni ke? Copy ni kalau buntut dia kena sula oleh DSAI dan tak berab banyak hari pun dia tak akan kisah dan dia akan kata itu hanya fitnah semata-mata
2. DSAI sekarang cuba memberikan tekanan politik untuk mengelak dari kes berkenaan, mungkin akan ada konspirasi yang akan membebaskannya dari hukuman? Wallahualam.. ~bERANIKAN hATI..eee takut buntuk aku ditikam dar belakang..huhu
Terima kasih atas teguran tuan-tuan, tapi walau bagaimana pun kita lihatlah kebenarannya nanti.
ReplyDeleteKata orang-orang tua-tua, kalau kita melakukan kezaliman sesama manusia, InsyaAllah, jika umur panjang kita akan lihat Allah memberi pembalasan di atas dunia juga....
siapa lah nak upah2. sanggup ker memfitnah orang dengan mengatakan diri diliwat.
ReplyDeletesepoloh juta pun tak ada makna!
ini maruah beb...
siapa yg tak bersumpah?
bukan ker si anwar tuhhh.......