Saturday, June 27, 2009

OBAMA - iktiraf Malaysia sebuah Negara Islam yang maju


Panggilan selama 20 minit itu bermula 9.10 malam, merupakan perbualan melalui telefon pertama antara Obama dengan Najib, sejak kedua-dua pemimpin itu memegang tampuk pemerintahan negara masing-masing.

Dalam perbualan itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, diserah kepada Malaysia serta menjalani hukuman di negara ini serta beberapa isu lain seperti ekonomi, Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Iran dan Korea Utara adalah antara perkara yang disentuh dalam perbualan telefon antara Obama ketika menghubungi Najib malam ini.

Obama memuji kerajaan Malaysia kerana kejayaannya menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang moden, progresif dan maju.

Malaysia juga dipuji kerana sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan Malaysia berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.

Komen yanggambi,

Satu pertanda bahawa Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat mengiktiraf Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 serta melebelkan Malaysia sebuah Negara Islam yang moden, progresif dan maju.
Tetapi mengapa kepimpinan PAS masih tidak menerima bahawa Malaysia sebuah Negara Islam, masih lagi memfitnah UMNO menolak Islam ?

Malaysia yang diterajui UMNO/Barisan Nasional telah menerima pengiktirafan dari Presiden sebuah Negara besar seperti Amerika Syarikat sebagai sebuah Negara Islam serta berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai dengan rakyat yang pelbagai kaum dan agama.

Kalau kepimpinan PAS tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, Negara Islam yang bagaimana sebenarnya yang PAS hendak tonjolkan ?

Berjayakah PAS menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Islam lebih dari apa yang ada sekarang ?

Berjayakah PAS melaksanakan sebuah Negara Islam tulin sedangkan kepimpinan DAP yang menjadi sahabat baik Nik Aziz dengan lantang, jelas dan nyata menentang sekeras-kerasnya jika PAS menubuhkan sebuah Negara Islam ?

Berjayakah PAS melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia kalau Anwar Al Juburi dilantik pakatan rakyat sebagai Perdana Menteri ? Bakal Perdana Menteri yang terkenal mempunyai nafsu di luar tabie……………..

Kesimpulannya, bahawa kepimpinan PAS sebenarnya tidak mampu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam tulin seperti yang diuar-uarkan kalau masih bersekutu dengan parti-parti DAP dan PKR yang nyata memusihi Islam.

Apa yang dicanang oleh kepimpinan PAS selama ini hanya sebagai satu penipuan kepada umat Islam di Malaysia, PAS sekadar hanya ingin berkuasa, tetapi tidak akan mampu melaksanakan Islam sepenuhnya…..

Pesanan kawan, HENTIKAN PEMBOHONGAN INI WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS, hentikan perbuatan memecah belahkan orang Melayu Islam di Malaysia ini……… bertaubatlah………….


1 comment:

  1. Amerika buat baik dengan Malaysia kerana Dasar Luar Negara kita yang perlu hubungan diplomatik bagi urusan politik,ekonomi,perdagangan dll. Bagi Anwar dia buat baik dengan Amerika kerana dia jual maklumat negara ita pas dia mintak duit utk belanja PKR. Yang penting bagi dia nak minta pelindungan politik, manalah tau kot - kot kes bedal jubor dia sangkut kat mahkamah. Orang macam di kat dunia dia boleh berdalih.... Kat Padang Mahshar nanti Nabi tak mengaku umat dia.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..