Wednesday, June 10, 2009

Inikah habuannya ? – Bila pintu perpaduan ditutup, kekuasaan yang ditonjol

Beginilah jadinya kepada umat Islam, apabila Negara tempat berpijak, tempat berteduh tidak seiring budaya, adat dan agama yang diamalkan penghuninya, tempat diduduki hanya dianggap penumpang dinegara sendiri.

Begitu juga apabila sebuah Negara Islam berpenghunikan rakyat yang berpuak-puak, masing-masing ingin menonjolkan siapa lebih Islam dari keIslaman orang lain.

Bila kepuasan kehidupan tidak tercapai, terasa diri tidak mendapat keadilan, perbincangan tidak dihiraukan, perpaduan diketepikan, bila kekerasan dijadikan idola perjuangan.

Akhirnya, rakyat yang tidak berdosa menjadi korban, tidak kira siapa, kaum wanita, kanak-kanak, orang tua, tidak kira dimana, kekerasan tetap dilaksanakan demi mencapai kepuasan kumpulan yang hendak menunjuk kuasa


Di Malaysia, untung kerajaan cepat mengesan serta terus menghapuskan kumpulan-kumpulan pengganas seperti ini dari terus berleluasa bersikap kejam kepada rakyat.

INILAH HABUAN YANG DITERIMA MASYARAKAT



Masjid Al Furqan, Kg Air Tempayan – 50km dari Sungai Golok, Thailand



11 orang terkorban dan 17 cedera dalam Masjid ketika berjemaah solat Isyak, kezaliman sudah tidak mengena tempat lagi, janji sipelakunya merasa puas, sifat-sifat kemanusiaan sudah pudar dari hati seorang bergelar manusia.

Masing-masing menuding jari, pihak tentera menuduh perbuatan kumpulan pemisah Islam, penduduk menuduh pasukan tentera yang melakukan kekejaman terhadap penduduk Islam selatan Thailand.

Kalau perbuatan kumpulan pemisah Islam yang melakukanya, apakah mereka benar-benar pejuang Islam kalau membunuh ketika penduduk sedang menunaikan solat, dalam
Masjid pulak……………

Kalau anggota tentera,apakah motif sebenarnya sehingga sanggup membunuh orang awam yang tidak berdosa, sepatutnya tentera adalah pelindungan orang-orang awam, mengawal keamanan dari penceroboh dan musuh-musuh Negara.

Apakah ada pihak ketiga yang sengaja tidak mahu melihat umat Islam hidup bermasyarakat dalam harmoni, aman damai atau memang sudah wujud dari kalangan yang tidak mahu adanya penganut Islam di selatan Thailand.





Islamabad, Pakistan - 11 orang juga terkorban dan berpuluh-puluh tercedera, apabila Hotel Pearl Continental dibom.

Keganasan begini yang dianggap satu jihad sesetengah kumpulan yang menganggap diri mereka lebih Islam, maka dilihat keIslaman orang yang tidak sehaluan patut dihapuskan. Keghairahan ingin berkuasa, ingin menunjukkan kekuatan, maka kekerasan dan kekejaman juga dijadikan landasan.


Adakah golongan yang melakukan kekejaman ini merasa bangga, megah atau sudah mencapai klimaks kepuasaan ?

Itulah yang dihasratkan oleh kepimpinan UMNO sejak dari dahulu lagi, apa lagi bila Presiden PAS Dato’ Sri Hadi Awang mengeluarka idea Kerajaan Perpaduan dan bila Presiden UMNO Dato’ Sri Najib menyatakan sentiasa terbuka untuk perundingan, berbagai-bagai keji cerca dari puak-puak erdogan dalam PAS, kuncu-kuncu PKR dan DAP.

UMNO sekarng sudah lemah, kami mahu melihat UMNO runtuh ketanah, UMNO sudah merasakan ianya akan berkubur pada PRU ke 13 akan datang. Itulah ungkapan-ungkapan dari orang-orang yang takbur, merasakan mereka benar-benar sudah dapat meguasai Negara.

Itulah satu doa dari rakyat Melayu Malaysia yang mendapat hidup dengan sempurna hasil dari perjuangan UMNO sejak sebelum merdeka.

Kumpulan ini tidak langsung berfikir, mengapa UMNO dan PAS perlu mengwujudkan Kerajaan perpaduan, UMNO datang dari orang-orang Melayu Islam dan PAS juga dari kalangan Melayu Islam. Tak tahu lah kawan, kalau PAS bermazahab yang berlainan dengan UMNO, mungkin UMNO pengamal Sunnah Waljamaah dan PAS pengamal Syiah, macam di Pakistan, dua puak ini berbunuhan antara satu sama lain.

Kawan rasa, bukan setakat pemimpin sahaja yang bekehendakkan perpaduan, malah lebih ramai yang mengharapkan perpaduan, kecualilah bagi mereka-mereka yang sebenarnya tidak mahukan perpaduan.

Kalau tak salahlah tanggapan kawan, kepimpinan mahukan PAS dan UMNO bersatu untuk mengukuhkan kekuatan bangsa seterusnya agama, supaya tidak mudah diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kepimpinan UMNO mungkin bukan bertujuan untuk mengekalkan kuasa pribadi, tetapi untuk mengukuhkan kuasa orang-orang Melayu tanpa mengenepikan juga hak-hak bangsa lain yang berada di Malaysia ini.

Kepimpinan UMNO bukan semata-mata memujuk rakyat, memfitnah rakyat, membohongi rakyat macam Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim mempengaruhi, menghasut rakyat untuk membuat huru hara dalam Negara semata-mata untuk menyembunyikan perbuatan terkutuk diri dia dan untuk menjadi barua anasir-anasir luar demi kepentingan diri dia, menjadi barua kepada Negara-negara yang tidak mahu lihat ada sebah Negara Islam yang makmur, maju dan berjaya.

Cuba kita berfikir serta menghayati tanpa terlebih dahulu prasangka buruk akan idea kerajaan perpaduan ini. Mengapa DAP, PKR dan erdogan-erdogan dalam PAS begitu ghairah menentang ? Siapa pemimpin DAP ? Siapa menguasai PKR ? dan siapakah pula erdogan-erdogan yang ada dalam PAS ?

Terpulanglah kepada rang-orang Melayu Islam membuat andaian, kalau sudah keputusan untuk melihat sebuah parti Melayu yang selama ini memperjuangkan martabat Melayu Islam rebah ke bumi, silakan, tepuk dada tanya Iman anda….

Sesungguhnya UMNO tidak pernah merasa lemah, tidak peranah merasa hilang kekuatan,tidak pernah rasa kehilangan sokongan orang Melsayu, selagi Allah tahu hasrat serta niat sebenar pejuangan pemimpin-pemimpinnya………

6 comments:

  1. Kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO akan wujud. Cuma tarikhnya belum sesiapa yang dapat menduga. PAS-UMNO telah menyaksikan, jika ummah lemah mudah sungguh ditindas. Lihat di Thailand, contohnya, orang islam yang bersolat menghadap Tuhan Yang MahaEsa pun di bunuh, Di Palastin, umat islam di bunuh, di Iraq umat islam di bunuh.

    Biarkan PKR-DAP jadi pembangkang selama-lamanya untuk cek and balance, kata dr Mahathir pembangkang perlu untuk kita bercermin, melihat diri kita.

    ReplyDelete
  2. KERAJAAN PERPADUAN ANTARA PAS-UMNO TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN SELAGI UMNO MASIH LAGI DENGAN IDEOLOGI KEBANGSAANNYA...PARTI PAS BUKAN PARTI ORANG MELAYU..PAS ADALAH PARTI ORANG ISLAM DAN DIDALAM PAS SENDIRI ADA ORAN INDIA DAN CINA YANG MENGANUT AGAMA ISLAM..

    JIKA UMNO INGIN TERUS MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI KEBANGSAAN MAKA TIDAK MUNGKIN IA DAPAT BERSATU DENGAN PAS..UMNO HANYA BOLEH BERSATU DENGAN PARTI PAS BAGI MEWUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN JIKA UMNO MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI MATLAMAT PERJUANGAN..TETAPI RASANYA PEKARA INI SANGAT MUSTAHIL KERANA KITA SEDIA MAKLUM UMNO SANGAT TAKUT AKAN HUKU-HUKUM ALLAH..

    PENULIS BLOG BERKATA UMNO ADALAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN AL-QURAN DAN SUNNAH...APA BENARKAN ATAU HANYA BICARA KOSONG?!!KALAU BENAR MENGAPA PIMPINAN UMNO TIDAK MAMPU MENYURUH AHLI WANITA UMNO MENUTUP AURAT..HATTA ISTERI PM KITA SENDIRI TIDAK MENUTUP AURAT..

    ALASAN YANG SERING DIMAINKAN ADALAH IANYA HAK PRIBADI,TAPI MENGAPA PULA BOLEH DIKUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG MEMAKAI HELMET KETIKA MEMANDU?BUKANKAH IANYA JUGA HAK PRIBADI SAMAADA MAHU MEMAKAI ATAU TIDAK..SEBAB JIKA BERLAKU KEMALANGAN DIRI SENDIRI YANG TERKORBAN..

    JADI ADAKAH RELEVEN MENGATAKAN UMNO MEMPERJUANGKAN AL-QURAN DAN SUNNAH DAN PAS PULA AHLI SYIAH..KITA BOLEH BERKATA MACAM-MACAM MENGIKUT HAWA NAFSU..TETAPI KEBENARAN TELAH NYATA DIDEPAN MATA...JANGAN JADI INSAN YANG BUTA MATA,PEKAK TELINGA DAN BISU MULUT..

    JADI CUBA-CUBA LAH RENUNG-RENUNGKAN...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen tuan jebat_berani, mengapa kita perlu pertikaikan hak manusia dengan Allah SWT, itu urusan Allah.

    Dalam UMNO juga ada India Muslim,Cina Muslim dan Bumiputera, kalau tuan sudah menghitamkan UMNO itu terserah pada tuan sendiri, kawan memandang yang lebih jauh untuk anak-anak bangsa kehadapan... itu sahaja.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak cari perbazaan banyak, kalau nak cari persamaan pon banyak, maka mengapa kita nak cari pebezaan demi kebaikan kita cari persamaan, Allah sendiri pon menurunkan AlQuaran selam 23 tahun, kenapa tak turun serentak saja, tetapi tidak, begitu juga dengan
    kerjaan perpaduan, tapi kalau macam fikiran
    markunman ramai dalam Pas maka tak boleh jadi kerjaan perpaduan, tetapi Tuan Guru Hj. Hadi
    dan Ketua Pemuda Pas orang yang berpandangan Jauh demi kepenting Agama dan Negara, sangup menyaran idea tersebut, tetapi malang nya Pas terlalu banyak pengikutnya orang seperti Mrakunman, yang merosakkan Pas, mereka bukan penasihat tetapi PUNAHSIHAT.

    ReplyDelete
  5. PEMBETULAN BUKAN MRAKUNMAN TETAPI JEBAT BERANI

    ReplyDelete
  6. salam ziarah YG...
    terima kasih kerana sudi menziarah blog ana
    ana sendiri pun hairan kenapa mereka masih tak sedar lagi dengan apa yang berlaku sekarang...tunggu anak bini, saudara mara kena tembak, kena bom macam di Thailand baru nak sedra kot...Jebatberani takkan berani punye kalo berada di Thailand..kat Malaysia..beranilah cakap...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..