Tuesday, June 30, 2009

MANEK URAI (siri 2) – UMNO ajaran sesat ?

Kawan sambung lagi ulasan, Arifin Mahmud penulis HarakahDaily dalam tulisannya telah mendakwa UMNO adalah parti ajaran sesat.

Apa kata Arifin dalam HarakahDaily,

Umno 'ajaran sesat'?
Arifin Mahmud Mon Jun 29, 09 1:36:49 pm MYT

Sebenarnya, kerajaan sudah boleh membuat keputusan sama ada mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atau tidak tanpa perlu merujuk kepada rakyat kita.

Mungkin tiada suatu peraturan pun atau prosedur yang menetapkan bahawa sesebuah negara itu perlukan sokongan majoriti rakyat untuk menerima seseorang kembali menjadi warganegara di negara berkenaan.

Ringkasnya, penguasa boleh saja menyatakan tidak ke atas pulangnya Chin Peng dan kita tidak perlu lagi berbalah mengenai hal tersebut.

Tapi, memang sengaja hal komunis ini dikembangkan sebagai wacana baru besar-besaran di media, forum seolah-olahnya ia suatu wabak baru yang mengancam kita; mengalahkan masalah ancaman selesema babi yang melanda negara baru-baru ini.

Kerajaan boleh terus menyatakan tidak kepada usaha mengembalikan Chin Peng dan hal itu terus didiamkan sahaja. Tapi, kenapa ia dipanjangkan ke dalam media?

Umno pun tahu bahawa akan ada kalangan rakyat yang bersedia dengan kembalinya Chin Peng dan ada yang tak bersetuju. Dengan sebab itu, rakyat kita akan kembali dipecahkan dengan menimbulkan isu ini.

Apabila rakyat dipecah-pecahkan, semangat kekitaan dikoyak-rabakkan, maka senanglah Umno meneruskan penjajahannya apabila ikatan perpaduan sesama rakyat musnah.

Matlamat Umno memecahbelahkan ikatan

Itu saja matlamat Umno menimbulkan isu-isu. Bukan ikhlas, tetapi untuk pecahbelahkan umat. Sebab itu Umno takut debat. Debat itu akan menyebabkan tembelang Umno pecah.

Bukti mudah, Najib menolak debat bersama Mursyidul Am Pas dengan 'memperalatkan' kedua-dua mantan PM sebelum ini, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi.
Najib tidak akan berani mengeluarkan kenyataannya sendiri. Yang tersiar adalah gambar dia sedang mengangkat telefon, kononnya sedang menerima panggilan Presiden Obama yang berunding dengannya berhubung usaha membebaskan tahanan Guantanamo.

Kembali kepada isu komunis misalnya, bukan tiada fakta yang menunjukkan bahawa hal pegangan seseorang itu bukanlah penyebab kepada seseorang itu tidak layak memohon menjadi warganegara di negara ini.

Contohnya, ketika mantan ketua pengarang Utusan Melayu Said Zahari dibawa semula masuk ke Malaysia ketika Dr Mahathir mula menjadi PM dahulu.

Dr Mahathir saat itu telah membatalkan larangan yang dikenakan ke atasnya yang pernah dilarang memasuki Malaysia suatu masa dahulu oleh Tunku Abdul Rahman.

Larangan Tunku itu tak pernah dibatalkan ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Tun Husein Onn, bapa kepada Hishammuddin sendiri. Hanya Mahathir yang membatalkan terus, lalu Said Zahari yang pro Sosialis dan perjuangan berhaluan itu akhirnya boleh diterima.

Tiada pula heboh-heboh di media dan tiada pula diangkat sebagai tajuk wacana, forum-forum untuk memecah-belahkan rakyat.

Ulasan yanggambi,

Arifin Mahmud ini bukan penulis yang professional, cara dia menulias pun kita sudah kenal dia menulis ikut apa yang dia terlintas dan sengaja hendak mengelirukan umat Melayu.

Berhubung dengan komunis Ching Peng, kawan rasa kerajaan UMNO bukan dalang memperbesar-besarkan isu itu. Sedar atau tidak oleh Arifin bahawa pendokong-pendokong pembangkanglah yang menguar-uarkan isu Ching Peng ini sama ada dalam akhbar parti atau internet.

Pembangkang sengaja menunjul isu Ching Peng dengan harapan untuk menarik hati pengundi-pengundi Cina yang pro Ching Peng. Apabila tersebarnya suara-suara rakyat mula membantah, PAS mula menuding jari kepada UMNO kononnya sengaja menimbulkan isu Ching Peng untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Munafik sungguh Arifin dan PAS ini, PASlah yang sebenarnya dalang untuk memecahbelahkan ikatan perpaduan kaum dalam Negara. PAS telah menghasut kaum-kaum bukan bumiputera dengan dakyah-dakyah yang berputar belit bagi memastikan kaum bukan bumiputera membenci UMNO. Sedar ke tak sedar wahai Arifin ?

Menyentuh isu Nik Aziz mencabar Dato’ Sri Najib berdebat, Arifin sekali lagi sengaja hendak memutar belit (memang kerja orang PAS pun……), atas dasar apa Nik Aziz hendak berdebat dengan Najib ?

Kalau di atas dasar perpaduan umat Melayu dan agama Islam, perlu apa hendak berdebat, adalah lebih baik berbincang diantara pemimpin-pemimpin sesame Melayu Islam. Kawan setuju dengan pandangan mantan dua orang Perdana Menteri Tun Mahathir dan Tun Abdullah yang mengambil jalan terbaik kalau Nik Aziz dan Najib mengambil jalan dengan cara bermesyuarah.

Alasan Najib memperalatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Adakah seorang Perdana Menteri macam Dato’ Sri Najib sengaja hendak mengada-adakan cerita bila Presiden Amerika Barack Obama menghubungi beliau melalui telefon ?

Janganlah dengki dan iri hati wahai Arifin, kawan rasa, kalaulah Obama menghubungi Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kapal Singah dan Lim Kit Siang-siang, tau tahulah berbulan-bulan hebuh dalam Harakah, entah-entah sudah ada rakaman cd, dvd, video dijual kepada penyangak-penyangak PAS serata kampong.

Mengapalah Allah menjadikan manusia macam Arifin ini terlalu dengkel pemikirannya……..

Kawan tidak menafikan, memang tiada fakta yang kerana pegangan atau fahaman seseorang itu yang menyebabkan mereka tidak boleh menjadi Warganegara. Kita juga kena fakir sebab munasababnya maka semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menerima kembali Said Zahari ke Malaysia.

Adakah Said Zahari serupa macam Ching Peng ? tidak payahlah kawan ulas perbezaan Said Zahari dengan Ching Peng, kalau Arifin tak tahu juga, tidak usahlah menulis lagi dalam HarakahDaily, tidak payahlah hendak memutar belit pemikiran rakyat dengan tulisan bercelaru mavam itu…….

Kalaulah begini rupanya pemikiran yang ada di dalam pemimpin-pemimpin PAS, macam Arifin ni, kawan rasa tunggulah kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia kalau mereka berkuasa……

Berhati-hatilah wahai saudara-saudara ku di Manek Urai, PAS yang sebenarnya sebuah parti PARTI AJARAN SESAT yang sentiasa memesongkan pemikiran rakyat untuk berkuasa……….


Monday, June 29, 2009

MANEK URAI – UMNO ajaran sesat ?

Mengulas tulisan Arifin Mahmud penulis HarakahDaily hari ini, dalam tulisannya telah mendakwa UMNO adalah parti ajaran sesat. Dakwaan Arifin bahawa “UMNO ajaran sesat” kerana :-

Salinan tulisan Arifin dari HarakahDaily,

Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.

Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?

Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.

Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.

Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin. Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.

Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.

Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.

Ulasan yanggambi,

Kawan rasa Arifin Mahmud ini sengaja hendak mengelirukan umat Melayu dalam tulisannya, tidak boleh hendak di kata juga ya !!! Sebab dia penyokong buta PAS.

Kerajaan UMNO tidak mengaggung-agungkan Henry Gurney seperti yang didakwa Arifin, sebab itu nama Henry Gueney diletakkan pada nama sebuah sekolah pemulihan akhlak di Melaka.

Arifin mungkin lupa atau sengaja hendak memutar belit (memang kerja orang PAS suka memutar belit), kerajaan UMNO tahu Henry Gurney telah ditugaskan oleh British mperluaskan empayar British di Palestin, itu sudah memang kerja penjajah. Itu sejarah di bumi Palestin, yang perlu bagi Kerajaan UMNO adalah membentangkan sejarah perjuangan UMNO bersam-sama orang-orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menumpahkan darah.

Kalau Brtisih menganggap Henry Gurney sebagai wira, itu kerajaan British, kenapa hendak dikaitkan dengan UMNO.

Pengganas macam Ching Peng, dia ini berbeza, dia adalah sorang pengganas yang melakukan kekejaman terhadap rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India. Ching Peng dan PKM telah melakukan kekejaman dengan rakyat Malaysia, sebab itu keseluruhan orang Melayu menentang Ching Peng kembali semula ke Malaysia, kecuali penyokong-penyokong PAS sahaja yang mengidolakan Ching Peng sebagai wira.

British dan Jepun sebagai penjajah di bumi Malaysia, UMNO tetap melebelkan bahawa mereka ini sebagai penjajah, kalau orang-orang British dan Jepun juga melakukan kekejaman terhadap rakyat Malaysia, UMNO tetap juga melebelkan mereka sebagai penjajah yang zalim.

Arifin cuba memesogkan pandangan kerajaan UMNO pada mata umat Melayu di Malaysia dengan mendakwa membawa ajaran sesat, sebenarnya Arifin hendak menafikan bahawa PAS lah sebenarnya PARTI AJARAN SESAT kerana selama ini menggunan agama Islam untuk menipu umat Melayu di bumi ini, samalah macam Ching Peng komuis yang menggunakan orang Melayu Islam untuk menyesatkan orang Melayu sendiri…

PAS akan menjadikan Negara ini macam Negara-negara komunis lain di dunia, cuma bezanya PAS akan menggunakan agama Islam sebagai landasan untuk menarik keparcayaanumat Melayu. Berhati-hatilah wahai saudara-saudara ku di Manek Urai, inilah dia agenda PAS yang sebenarnya untuk mencapai cita-cita untuk berkuasa di Malaysia, sebab itulah PAS berdiri di belakang DAP dan PKR yang terang-terang menolak Islam………

Kawan akan sambung lagi ulasan tulisan Arifin yang mendakwa “UMNO ajaran sesat” akan datang.


MANK URAI – PAS samakan UMNO dengan Firaun






Apakah pengundi-pengundi dalam kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai juga beranggapan begitu ?

Kawan rasa cukuplah hanya setakad pemimpin-pemimpin PAS sahaja yang telah buta hati, jangan anda juga terlibat dalam golongan orang-orangyang tidak bersyukur dan berterima kasih.

Pengundi-pengundi DUN Manek Urai lebih matang dan bijak membezakan Firaun dengan UMNO. Firaun sudah tecatat dalam Al Quran dengan sifat-sifat zalimnya serta mengakui diri sendiri Tuhan kepada manusia.

Adakah Pemimpin-Pemimpin UMNO juga mengaku diri mereka Tuhan macam Firaun ?

Setahun kawan, kepimpinan UMNO sejak dari dulu sehingga sekarang tidak ada yang menyebut bahawa mereka Tuhan segala manusia di bumi Malaysia ini. Mereka adalah orang-orang Malayu yang beragama Islam, macam Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS juga.

Adakah kepimpinan UMNO telah menzalimi rakyat Malaysia, rakyat Kelantan khususnya di Manek Urai ?

Setahu kawan, tiada rakyat sengaja dizalimi atau di anianya oleh kepimpinan UMNO, kalau ada yang mendakwa diri mereka dizalimi, itu adalah satu FITNAH yang amat dasyat sekali.

Mungkin ada yang mengatakan, Anwar dizalimi, janganlah kita tepengaruh dengan putar belit Anwar, dia yang telah menzalimi dirinya sendiri.

Cuba kita fakir sewaras-warasnya, walau pun Negeri Kelantan diperintah oleh PAS, kerajaan UMNO/BN tidak pernah mengabaikan kebajikan untuk rakyat Kelantan, fikirlah baik-baik……………… catatkan dalam buku satu persatu perkara yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN untuk rakyat Kelantan…………

Itukah caranya PAS untuk menapatkan sokongan dari pengundi-pengundi Manek Urai ?

Mari kita sama-sama teliti catatan yang didapati dari blog pakcik-orangkampung.blogspot ini :-

pakcik-orangkampung.blogspot.com

Saya tanya lagi, “agok-agok pokcik, BN ko PAS mene ngundi kali ni?”. Katanya, “dulu-dulu kito wi mene ko UMNO, pah tu kita wi ko PAS, tapi kali ni kito raso kito wi ko UMNO pulak. Gilir-gilir lah”.Tanya saya lagi. “Bakpo lagu tu pulok pokcik?”. Katanya, “PAS lo ni koho berat. Habis tanoh-tanoh ore kampong dio nok amik wat lade (lading) rakyat. Amik saline I/C ore kapong nga sain (tandatangan) sekali katanya nok wi tanoh, tapi wat modal untuk nipu. Puok-puok dio gi royat ko Tok Guru Nik Aziz ore kapong stuju doh nok wat lade rakyat. semuo pakat sain doh. Padahal puok-puok dio wi ko tokey-tokey cino untuk buko lade. Cino buleh 2,000 ekar tanoh tapi kito ore kapong buleh RM200 jah sebule. RM200 tu mace gaji mandul jah. Gapo dio lagu tu..”

Jadikan diri kita bebas dari penjajahan pemikiran makhluk-makhluk yang terdapat alam PAS, jadikan diri kita pengundi yang bijak demi untuk genarasi yang akan datang………

Yakinlah, bahawa UMNO/BN akan terus memperjuangkan martabat bangsa dan agama untuk pengundi-pengundi di DUN Manek Urai.





Sunday, June 28, 2009

MANEK URAI - Nik Aziz-pertahan kecaman, UMNO itu komunis dan Hadi-kembali serang UMNO

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mempertahankan kecamannya terhadap UMNO yang disifatkannya sebagai komunis dan sesat sebelum ini kerana didakwa menolak Islam.

Dakwa Nik Aziz lagi, ''UMNO menolak Islam dan mengambil kebangsaan (dasar perjuangan). UMNO tak ikut jalan nabi. Cuba ajar nak kata bagaimana (terhadap UMNO) yang tolak Islam, tolak Tuhan".

Dalam mas yang sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menyerang UMNO dengan menyifatkan UMNO mengkhianati agama kerana tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah.

Hadi mendakwa, Pas berusaha untuk menunjukkan Islam yang berkuasa dan berdaulat di negara ini telah dihalang, dikekang daripada segi kemudahan dan kewangan.

Mengapa lah dua orang yang bergelar Tok Guru ini begitu mudah memutarbelit fakta sebenar, mungkin dari kalangan yang bodoh dan dungu sahaja yang tidak dapar berfikir serta menerima bulat-bulat ungkapan seperti ini.

Ulasan yanggambi,

Cuba kita fikir betul-betul, apakah benar UMNO menolak Islam ? Apakah dalam Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan UMNO sendiri tidak menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam ?

Betullah,dari segi nama UMNO tidak ada perkataan Islam, macam PAS dari asalnya Persatuan Islam SeMalaysia, bertukar kepada Parti Islam SeMalaysia, sepatutnya sebutan singkatnya PIS bukan PAS, kalau PAS sepatutnya Parti Ajaran Sesat, itulah yang betul kalau diambil kira cara pendekatan PAS dengan masyarakat Islam lebih kepada mencelaru, memfitnah serta menghasut.

Kalau kerajaan UMNO menolak Islam, mengapa Perlembagaan Negara masih mengekalkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Negara.

Kenapa dalam Perlembagaan Negara meletakkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Negara ? Tidakkah kita ini terdiri dari kalangan orang Melayu beragama Islam. Pemimpin UMNO menyebut kebangsaan sebagai dasar perjuangan UMNO bererti, memperjuangan bangsa dan agama, kerana setiap orang Melayu beragama Islam.

Kalau tidak kerana bangsa Melayu berbahasa Melayu, mengapa pendokong-pendokong PAS yang paling lantang menentang serta mengkeritik perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggris) di sekolah-sekolah.

Bukankah bahasa Melayu datang dari bangsa Melayu ? Apakah memperjuangkan bangsa Melayu yang berbahasa Melayu juga beragama Islam, UMNO di tuduh telah menolak Islam ?

Kalau PAS begitu lantang menghasut orang-orang Melayu supaya Kerajaan menghapuskan PPSMI, bermakna PAS juga memperjuangkan bangsa, tidak secara langsung PAS juga telah menolak Islam, bukan begitu ?

Tidakkah kerajaan UMNO selama ini telah membangunkan segala-galanya untuk kemudahan umat Islam di Malaysia ? Tidakkah sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara segala peruntukan untuk kepentingan umat Islam tidak boleh dipertikaikan oleh agama-agama lain di Malaysia ?

Apakah DAP yang menjadi tulang belakang PAS untuk berkuasa di Malaysia ini akan sama-sama mempertahankan apa yang telah termaktub dalam Perlembaaan Negara ? atau DAP akan bersetuju dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam tulin ?

Tak payahlah Nik Aziz dan Haji Hadi hendak berbohong dalam perkara ini, janganlah menambah-nambahkan lagi dosa menghasut umat Islam di Malaysia, khususnya di DUN Manek Urai. Janganlah salah gunakan ilmu serta berstatus Tuan Guru untuk kepentingan diri sendiri…..

Kalau Nik Aziz menuduh UMNO penyebab berlakunya perpecahan umat Melayu di Malaysia, sebenarnya PASlah dalang yang bakal menghancurkan umat Melayu dan Islam dalam Negara atas nama agama.


Saturday, June 27, 2009

OBAMA - iktiraf Malaysia sebuah Negara Islam yang maju


Panggilan selama 20 minit itu bermula 9.10 malam, merupakan perbualan melalui telefon pertama antara Obama dengan Najib, sejak kedua-dua pemimpin itu memegang tampuk pemerintahan negara masing-masing.

Dalam perbualan itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, diserah kepada Malaysia serta menjalani hukuman di negara ini serta beberapa isu lain seperti ekonomi, Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Iran dan Korea Utara adalah antara perkara yang disentuh dalam perbualan telefon antara Obama ketika menghubungi Najib malam ini.

Obama memuji kerajaan Malaysia kerana kejayaannya menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang moden, progresif dan maju.

Malaysia juga dipuji kerana sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan Malaysia berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.

Komen yanggambi,

Satu pertanda bahawa Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat mengiktiraf Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 serta melebelkan Malaysia sebuah Negara Islam yang moden, progresif dan maju.
Tetapi mengapa kepimpinan PAS masih tidak menerima bahawa Malaysia sebuah Negara Islam, masih lagi memfitnah UMNO menolak Islam ?

Malaysia yang diterajui UMNO/Barisan Nasional telah menerima pengiktirafan dari Presiden sebuah Negara besar seperti Amerika Syarikat sebagai sebuah Negara Islam serta berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai dengan rakyat yang pelbagai kaum dan agama.

Kalau kepimpinan PAS tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, Negara Islam yang bagaimana sebenarnya yang PAS hendak tonjolkan ?

Berjayakah PAS menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Islam lebih dari apa yang ada sekarang ?

Berjayakah PAS melaksanakan sebuah Negara Islam tulin sedangkan kepimpinan DAP yang menjadi sahabat baik Nik Aziz dengan lantang, jelas dan nyata menentang sekeras-kerasnya jika PAS menubuhkan sebuah Negara Islam ?

Berjayakah PAS melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia kalau Anwar Al Juburi dilantik pakatan rakyat sebagai Perdana Menteri ? Bakal Perdana Menteri yang terkenal mempunyai nafsu di luar tabie……………..

Kesimpulannya, bahawa kepimpinan PAS sebenarnya tidak mampu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam tulin seperti yang diuar-uarkan kalau masih bersekutu dengan parti-parti DAP dan PKR yang nyata memusihi Islam.

Apa yang dicanang oleh kepimpinan PAS selama ini hanya sebagai satu penipuan kepada umat Islam di Malaysia, PAS sekadar hanya ingin berkuasa, tetapi tidak akan mampu melaksanakan Islam sepenuhnya…..

Pesanan kawan, HENTIKAN PEMBOHONGAN INI WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS, hentikan perbuatan memecah belahkan orang Melayu Islam di Malaysia ini……… bertaubatlah………….


Friday, June 26, 2009

Kini, isteri Dato’ Sri Najib pula jadi sasaran – vedio cemar Rosmah

Kawan bersetuju sangat dengan saranan Abu Hasan Majid, Pengerusi JKKK Kampung Gedung Lalang yang menyatakan, “wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memburuk-burukkan kampung mereka sahaja. Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar,"

Kata Abu Hasan lagi, “ Saya tidak tahu mengapa mereka bercakap demikian dalam video itu. Saya rasa sedih dan bagai tidak percaya." Itulah luahan yang dikeluarkan oleh Abu Hasan dengan Malaysia Kini.

Wanita bernama, Che Mah Abdul Hadi (lihat foto), balu bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dikatakan membongkar segala keburukan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sehingga Rosmah dilebel "perempuan puaka".

Komen yanggambi,

Apakah tujuan sebenarnya video klip ini dibuat ? Apakah mereka sudah kehabisan idea untuk mengaibkan serta menjatuhkan Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ?

Kawan tidak mahu sebut dari segi hukumnya bagi seorang Islam kalau mendedahkan keaiban orang Islam lain, setiap orang muslim semua tahu, lebih-lebih lagi pendokong-pendokong PAS.

Che Mah Abdul Hadi, pernah menjadi wanita dikenali masyarakat kerana isteri kepada bekars Wakil Rakyat di Negeri Sembilan, boleh dikatakan seorang wanita matang, kalau sekali pun tidak senang dengan sikap isteri Dato’ Sri Najib, adalah tidak sepatutnya mendedahkan perkara-perkara negative seperti itu.

Sepatutnya, Che Mah berbangga telah menyempurnakan satu majlis perkahwinan pasangan yang istimewa, Che Mah telah membantu pasangan yang hendak mendirikan sebuah Masjid. Sesungguhnya setiap perbuatan yang baik itu, Allah menjanjikan balasan pahala diakhirat kelak.

Tetapi mengapa Che Mah mengungkit di atas perbuatan baik ini yang mana telah dijanjikan Alah akan pahalaNya ?

Atau Che Mah tidak memerlukan ganjaran dari Allah,tetapi amalan yang dibuat itu minta diberi ganjaran besar oleh orang yang telah di tolong ?

Che Mah sanggup mengantikan pahala dari Allah dengan dosa, sebab itu Che Mah rela mengaibkannya pula. Terserahlah kepada pandangan tuan punya diri……..

Pendapat kawan, ijab dan qabul telah ditentukan Allah, memang sudah tertulis bahawa Najib dan Rosmah menjadi suami isteri yang sah. Walau pun Che Mah mendakwa membantu Rosmah mencari bomoh untuk memikat Najib, itu hanya sekadar sampingan sahaja, kalau sudah memang ada jodoh, mereka akan tetap bernikah walau sekali pun tidak pakai bomoh. Kalau Allah menentukan tidak ada jodoh bagi satu-satu pasangan, datanglah bapak bomoh dari mana sekali pun, tidak akan ada jodoh pertemuan itu.

Kesimpulannya, janganlah Che Mah hendak mencari publisiti murahan dengan mendedahkan keburukan orang lain. Jangan biarkan diri kita dipergunakan oleh orang lain yang semata-mata hendak mencari keuntungan politik.

Kalau sekali pun Rosmah tersungkur, Najib tersungkur kerana dendam Ce Mah, kawan rasa Che Mah tidak mendapat keuntungannya, yang untung orang lain, Che Mah akan hanya memperolehi dosa sahaja…………








Thursday, June 25, 2009

H1N1-PAS buka ruang untuk wabak selsema babi ?


Pemimpin-pemimpin PAS telah membuat keputusan tidak akan menyertai kerajaan perpaduan dengan UMNO, isu yang paling hangat diperkatakan oleh pencaci-pencaci PAS, sama ada dalam blog-blog, akhbar Harakah, dan lebih-lebih lagi di pentas-pentas ceramah, juga dalam khutbah Jumaat di DUN Manek Urai.

Isu kerajaan perpaduan menjadi senjata utama PAS dalam siri kempen, bukan sahaja d Manek Urai, malah di seluruh pelusuk kampung, di mana ada markas, di situ jadi bahan caci umpat terhadap UMNO.

Mengapa UMNO yang dijadikan bahan caci nista ? Mengapa Dato’ Si Najib pula menjadi bahan fitnah ? Salahkah Najib selaku peneraju kepimpinan Negara menyambut baik serta bersedia untuk berbincang kalau ada cadangan atau pandangan itu demi kebaikan rakyat ?

Tidakkah Presiden PAS, Hadi Awang yang mencetuskan idea ini ? Tetapi mengapa UMNO dan Dato’ Sri Najib dituduh sengaja memfitnah PAS untuk memecah belah hubungan rapat dalam pakatan rakyat ? Itulah kemunafikan yang ada dalam PAS.

Kenapa dikatakan kepimpinan PAS munafik ? Kalau dulu mendakwa UMNO itu kafir kerana bersekutu dengan parti orang kafir MCA dan MIC, UMNO tu kafir kerana keahliannya bukan lagi terdiri dari kalangan orang Melayu sahaja, tetapi kaum bumiputera bukan Islam juga menjadi ahli UMNO.

Kawan masih ingat apa kata seorang penceramah PAS terhadap UMNO, “ UMNO sekarang ibaratkan kawah yang dipenuhi lauk berbagai benda, ada daging lembu, kambing, ayam, babi, biawak, ular dan macam-macam lagi “, begitulah penghinaan PAS terhadap UMNO.

PAS telah beri kata putus tidak akan mengujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. UMNO kafir kerana di dakwa menolak Islam. Tetapi adakah PAS itu benar-benar Islam, kalau sudah bersedia menerima orang-orang bukan Islam menjadi ahli dalam PAS ?

Kini, pemimpin-pemimpin PAS dikatakan bersetuju pula menerima masuk orang-orang bukan Islam menjadi ahli parti setelah selesai pindaan perlembagaan yang sedang dijalankan.

Ahli penuh PAS bermakna, mereka dibolehkan memilih atau dipilih dalam apa juga jawatan dalam organisai PAS, termasuklah jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Negeri. Maka akan adalah nanti Ustad Al Fadhil Lim Kit Siang, Ketua Dewan Ulama PAS atau Mursyidul Am PAS……………………………….

Apakah matlamat atau arah tuju pemimpin-pemimpin PAS sebenarnya ? Apakah kepimpinan dan orang-orang UMNO itu lebih kafir dari orang-orang bukan Islam yang bakal menyertai PAS ? Apakah UMNO itu lebih kafir dari DAP ? atau hanya sekadar gimik untuk memancing sokongan kaum-kaum bukan Islam ? Gimik yang sama seperti yang diuar-uarkan iaitu kerajaan perpaduan ?

Apa pun yang mungkin dilemparkan terhadap pemimpin-pemimpin PAS, apa yang jelas PAS sebenarnya bukan berjuang untuk memartabatkan umat Islam, tetapi yang lebihnya adalah untuk mendapat kuasa.

PAS telah menyalahgunakan Islam untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dalam Negara semata-mata untuk berkuasa. Kepimpinan PAS telah menyalahgunakan ilmu yang ada untuk menipu, memutarbelit agama untuk mencapai cita-cita serakah mereka, sekali pun dengan mengadaikan maruah dan hah-hak Melayu Islam dan Bumiputera. Itulah arah tuju serta matlamat kepimpinan PAS sebenarnya……….

Umat Melayu Islam di DUN Manek Urai, hindarkan diri anda dari manusia syaitan ini…………


Wednesday, June 24, 2009

KEMUNGKARAN PAS – Satu lagi perangai buruk pemimpin PAS

Apa kawan cakap sebelum ini ? Sebahagian pemimpin-pemimpin PAS (tak lah semua, ada yang betul…….) yang melalak siang malam berceramah menipu orang-orang kampong, kononnya PAS memperjuangkan Islam, mempertahankan serta megangkat darjat agama Islam di Malaysia. Mereka ini adalah syaitan dan iblis yang menyerupai ulama untuk memperdaya umat Islam dalam Negara, ini dia satu lagi contoh manusia yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri…..

Abdul Rashid Rahman, 59 tahun (tua dah rupanya) KETUA DEWAN ULAMA PAS PERLIS, yang telah bertindak zalim kepada isterinya Ustazah Siti Rosmala Mohamed, 37 tahun (gambar), seorang Ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang. Dakwaan Siti Rosmala dalam tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah, Kangar, Perlis.

APA KEKEJAMAN YANG ULAMA PAS NI BUAT PADA ISTERINYA SELAMA 10 TAHUN BERNIKAH ?



Memberi nafkah hanya sekali sebanyak RM300.00 (bukan RM300,000.00) pada bulan pertama September 1999, selepas itu tiada lagi sampai sekarang. ( Ini termaktub dalam Undang-Undang PAS atau Islam)


  • Bertindak kejam dengan memukul isterinya dikepala selain dirotan, walau pun melakukan kesalahan kecil.

  • Kalau bab bersetubuh, hari-hari Ulama ini mahu, isteri dalam keadaan pantang pun ulama ni mahu bahan juga. (besarnya nafsu puak-puak ni…)

  • Di luar, ulama ini memang nampak baik dan warak, tetapi sebenarnya dia seorang lelaki yang kejam dan panas baran.

  • Itulah yang diceritakan oleh Ustazah Siti Rosmala Mohamed di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah.
Kalau penyokong-penyokong PAS kata kawan buat fitnah, terserahlah…………. Hendak tahu pergilah baca akhbar Berita Harian bertarikh 24 Jun 2009, jangan asyik baca Harakah saja………. Sebagai seorang terbuka minda, kita kena membaca, melihat dan mendengar apa-apa sahaja, tidak kira dari PAS atau UMNO, mana yang baik kita pakai, yang tidak baik kita jadikan sempadan.

Saudara-saudaraku Melayu Islam yang ada dalam PAS, inilah sebahagian kemungkaran pemimpin-pemimpin PAS yang Allah telah pertunjukkan kepada kita semua.

Kepada kaum Muslimat PAS, renung-renunglah apa yang telah berlaku kepada kaum sejenis kamu, puak-puak ini berselindung di sebalik jubah, serban, janggut dan hokum-hukum Allah untuk memperdaya umat Islam lain. Sedarlah, segeralah meninggalkan PAS………..




Anwar kecut perut – Dewan Rakyat lulus Undang-Undang DNA



Semalam Dewan Rakyat telah meluluskan Dewan Rakyat Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 dengan beberapa pindaan sebagai langkah untuk mengenal pasti individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah akan menjadi lebih pantas.

Tujuan utama penggubalan rang undang-undang berkenaan ialah menubuhkan Bank Data Forensik DNA Malaysia yang berfungsi menyimpan profil DNA daripada mana-mana analisis forensik yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi lain.

Mengapa wakil-wakil rakyat dari pembangkang terutama PKR beria-ia sangat membahaskan pembentangan Undang-Undang tersebut, sebelum ini beria-ia membantah, lebih-lebih lagi Ketua Pembangkang Anwar Al Juburi.

Puak-puak pembangkang ini kerjanya asyik memandang rendah serta curiga apa sahaja akta dan undang-undang yang dibentangkan oleh Kerajaan BN. Mereka beranggapan, setiap akta dan undang-undang yang diluluskan dalam Dwan Rakyat tidak adil bagi mereka, kalau untuk rakyat tidak mengapa.

Kenapa puak-puak pembangkang ini takut sangat setiap undang-undang Negara diluluskan ?

Tidak lain dan tidak bukan disebabkan puak-puak pembangkang inilah manusia-manusia yang suka melanggar undang-undang. Bagi mereka undang-undang yang ada dalam Negara semuanya tidak adil, undang-undang yang dibuat oleh Barisan Nasional, sebab itu puak-puak ini tidak mahu ikut undang-undang.

Samalah macam satu orang ADUN PAS dari Changkat Jong dulu, sampai kan lorong khas untuk laluan motorsikal pun dia sapu, kerana tidak mahu ikut undang-undang kerajaan.
(lihat gambar)

Yang paling teruk Ketua Pembangkang Anwar Al Juburi, inilah manusia ang jadi idola puak-puak PKR dan PAS, langsung tidak menghurmati Undang-Undang di Malaysia. Segala kemungkaran yang dia buat, dia salahkan kerajaan UMNO/BN, kalau tidak masakan dia beri syarat “gugurkan tuduhan liwat jubur orang” kalau UMNO hendak wujudkan kerajaan perpaduan.

Baru sekejap tadi kawan dapat maklumat dari blog “master dedah” ujian DNA Anwar di Australia didapati positif. Apa lagi bertambah-tambahlah kecut beruk si Anwar ni, kawan dengar-dengar dah cari-cari peluang nak cabut…………….kesian Kak Wan, nampaknya kebasahan sendirian lah lagi………

Ini ada seorang lagi perangai Wakil Rakyat pembangkang, Ahli Parlimen PKR Kapar (seperti digambar), sampai Mahkamah keluarkan waran tangkap setelah didapati gagal menghadiri siasatan awam berhubung kematian mengejut pelakon K. Sujatha. Kalau dengar dari cakap bukan main lagi, dialah orang yang serba tahu hal-hal perbuatan jahat orang-orang BN, tapi kenapa pulak cuba mengelak bila Polis hendak buat siasatan ?

Kepada baluci-baluci pakatan rakyat, sepatutya sudah nampak segala penipuan pemimpin-pemimpin mereka, inilah sebahagian dari manusia-manusia sanggup menipu rakyat untuk berkuasa dalam Negara.

Kalau mereka berjaya menguasai Negara, Malaysia akan diperintah oleh penzalim-penzalim untuk menindas rakyat, mana taknya, undang-undang hanya digunakan pakai untuk rakyat, tetapi tidak untuk mereka, macam komunis……..

Tuesday, June 23, 2009

Syabas Najib-UMNO/BN tidak perlukan kerajaan perpaduan

Pendokong-pendokong UMNO/BN merasa lega dengan huraian yang sudah terlerai. Kalau selama ini UMNO sering disindir diejek dari puak-puak PAS yang munafik, hari ini terungkai sudah, sebenarnya UMNO juga buka kemaruk dengan kerajaan perpaduan. Syabas !!!!! Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia.

Semalam, Haji Hadi Awang telah menonjolkan dirinya yang sebenar sebagai seorang Tuan Guru yang munafik. Apa tidaknya, kalau dia mencari popularity dalam masyarakat dengan mengeluarkan idea kerajaan perpaduan, kini menuduh UMNO yang membuat fitnah untuk memecahkan pakatan haram PAS, PKR dan komunis-komunis DAP. Begitulah sudahnya apabila ulama telah membuat perjanjian dengan syaitan………..

Kawan setuju sangat dengan ulasan Najib, "Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan," dan “Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu ditimbulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan menurut Najib, reaksi kerajaan terhadap cadangan itu adalah sekadar memberikan respon positif”.

"Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang," katanya Najib lagi.

UMNO sejak dari mula lagi sentiasa menerima usaha-usaha yang baik untuk kemakmuran Negara dan rakyat, sebab itulah Negara ini merdeka dari hasil rundingan dengan penjajah, bukan dari pertumpahan darah macam di Indonesia.

UMNO dan orang Melayu bukan penakut, pengecut untuk berperang, seandainya ketika menuntut kemerdekaan, pemimpin UMNO mengajak rakyat menentang dengan cara mengangkat senjata, adakah orang-orang India dan Cina akan ikut sama berperang ?

Kawan rasa tidak, orang-orang Melayu lah yang akan menumpahkan darah, berkorban nyawa untuk mempertahankan tanah air sendiri. Kawan bukan hendak menafikan kaum Cina dari Parti Komunis Malaya mengangkat senjata menentang penjajah, tapi apa tujuan sebenar PKM berjuang ?

Kalau tidak bertujuan menjadikan Negara ini sebuah republik yang berfahaman komunis, kerajaan yang tidak mahu wujudnya kepercayaan kepada Tuhan, kebudayaan, adat resam selain dari ajaran dan budaya perhambaan minda.

Itulah yang diwarisi Dato’ Sri Najib Tun Razak dari Almarhum ayahndanya, sentiasa menyambut baik pandangan serta cadangan untuk kebaikan rakyat dan Negara, tidak kira idea itu datang dari pembangkang atau musuh-musuhnya sekali pun.

Kawan juga tidak menafikan, pada awalnya Haji Haji memang berniat baik untuk kepentingan bangsa dan agama, tetapi apabla Tok Guru Nik Aziz sudah terikat perjanjian dengan syaitan-syaitan DAP dan PKR, Hadi terpaksa akur dengan kehendak Tok Guru. Apa lagi bila bapak syaitan dari Singapore sudah membuat ramalan PAS akan memerintah Negara, makin tegaklah tanduk Tok Guru…….

Teruskan Dato’ Sri Najib, teruskan menjalani tangung jawab membina Negara untuk rakyat, kawan yakin rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera akan sedar juga nanti. Walau pun UMNO/BN sejak dari wujudnya PAS di Malaysia tidak pernah memandang baik kebajikan UMNO/BN pada rakyat dan negara, sering dituduh diktator, firaun, perampas harta rakyat, UMNO/BN akan tetap menerajui Negara.

Allah bersama dengan UMNO dalam mempertahankan maruah bangsa dan agama, insyAllah…………

Monday, June 22, 2009

APA KATA ANWAR AL JUBURI KEPADA PAS ?


Kawan sengaja salin catatan dari blog seratah.blogspot untuk kita sama-sama menilai siapa Anwar Al Juburi Al Minafikin ini.........



TENTANG KENAPA BELIAU TIDAK MENYERTAI PAS

"Saya tidak memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana parti itu mengamalkan pendekatan Islam yang kasar dan gopoh."


--------------------------------------------------------------------------
" Fahaman dan amalan sesetengah tokoh utama PAS telah menghakis minat saya untuk berjuang memajukan umat Islam menerusi parti itu. "


--------------------------------------------------------------------------
"Saya tidak sanggup melihat bagaimana sebuah parti Islam menilai kebolehan pemimpin mereka berdasarkan sejauh mana seseorang itu boleh mengkafirkan saudara sesama Islam."


--------------------------------------------------------------------------
"Saya melihat memperjuangkan Islam menerusi UMNO dan bertanding dalam pilihanraya tahun 1982, saya telah membuat keputusan yang bijak dengan tidak memilih PAS. Pendekatan dakwah dan politik Islam amalan Pas boleh menjatuhkan kesucian Agama ( Anuar berkata demikian dimajlis Taklimat Khas kapada Kakitangan kerajaan di PWTC pada 11 April 1995 ).


---------------------------------------------------------------------------
TENTANG KERJAAN BN.

Tidak ada parti lain yang mampu untuk memerintah kecuali Barisan Nasional yang mewakili semua kaum di negara ini.( Anwar berkata ketika berucap dalam ceramah BN di Kg.Sg. Pasir, Sg. Petani, kedah pada22 Disember 1990.


---------------------------------------------------------------------------
BN Adalah satu parti yang bersedia untuk berkongsi kuasa dengan kaum-kaum yang lain dan tidak seperti DAP yang begitu tamak melalui sentimen-sentimen perkauman yang dibawanya.


---------------------------------------------------------------------------
"Kerajaan telah mendapat maklumat ada pehak-pehak yang secara sedar berusaha mengkhianati langkah-langkah menngembalikan keyakinan umum terhadapnya. Anwar berkata semasa berucap meresmikan Jejambat Satok diKuching pada18 April 1995.


---------------------------------------------------------------------------"Perjuangan Kerjaan BN ada wawasan,toleran dan tidak berjuang hanya untuk sesuatu kaum sahaja.( Anwar berkata berucap meresmikan lapangan terbang sibu Serawakpada 17 April 1995 )


---------------------------------------------------------------------------
" Kerjaan BN tidak pernah tamak kuasa sebaliknya memerlukannya semata-mata untuk berkhidmat kapada rakyat. Kejayaan BN berkhidmat dan menangani masalah rakyat pelbagai kaum di negara ini merupakan satu kejayaan yang dapat ditunjukan kapada dunia."( Anwar Ibrahim berkata semasa melancarkan Projek Perumahan Kos Rendah bagiRakyat Termiskin di jalan Sungai Pinang di Pulau Pinang pada 17 April 1995 )


----------------------------------------------------------------------------
Posted by SERATAH at
5:38 PM


Sebagai orang Melayu Islam sama ada dari golongan PAS mahu pun PKR, cuba renung-renungi setiap patah ungkapan yang dikeluarkan oleh manusia munafik ini dan fikirlah sewaras-warasnya.............

ADUN Kota Alam Shah – gesa Kerajaan haramkan PERKASA ?



Dey tambi ! yanna dey !!!!!!!!!!

M.Manoharan, ADUN Kota Alam Shah, juga salah seorang pemimpin HINDRAF yang baru saja dilepaskan oleh Kerajaan Malaysia dari tahanan ISA, hari ini menggesa Kemeterian Dalam Negeri segera mengharamkan PERKASA.

Manoharan mendakwa, PERKASA yang dipimpin Dato’ Ibrahim Ali telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang bukan Melayu kerana memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dakwa Manoharan lagi, pertemuan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan PERKASA telah bercanggah dengan “Konsep 1 Malaysia” serta menunjukkan bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Manoharan juga mendakwa, HINDRAF diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri tanpa sebarang sebab. Katanya, "Hindraf hanya memperjuangkan hak kaum India di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kaum India dalam keadaan terdesak dan memerlukan pertolongan. "Integriti dan maruah kaum India Malaysia kini dalam keadaan genting," tambahnya lagi, “kerajaan BN yang Umno menjadi tunggaknya perlu belajar menghormati hak dan hasrat kaum India Malaysia”.

Komen yanggambi :

Manoharan agaknya masih tidak faham maksud “Konsep 1 Malaysia “ yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Konsep 1 Malaysia, salah satunya memberi keutamaan kepada kehendak rakyat tidak kira kaum dan agama, namum konsep itu juga tidak terkeluar dari apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

UMNO tetap releven dalam memperjuangkan martabat Melayu dan agama Islam, sebagaimana parti-parti lain dalam komponen BN, macam Pakatan Rakyat juga, yang mana DAP dengan kaum Cinanya, PAS dengan kaum Melayu Islamnya (tak tahulah kalau PAS menyebutnya dengan “ kaum Islam”) dan PKR dengan etnik rojaknya.

UMNO tetap juga dengan Melayu yang beragama Islam, Islam bangsa Melayu atau Melayu Islam, apa-apa sajalah…………

PAS mungkin tidak mahu mengaku macam UMNO, PAS sering menyebut di kampung-kampung bahawa PAS itu Islam, Islam itu PAS, jadi boleh kita sebut bangsa PAS beragama Islam, agama Islam berbangsa PAS. Sebab apa kawan berkata begitu, sebab PAS tidak mahu perkataan Melayu disebut dalam PAS. Sebab itu juga kita sering dengar penyokong-penyokong PAS mendakwa “ aku orang PAS “, jadi betullah andaian kawan “bangsa PAS beragama Islam”, tidak salah kan ? Kerajaan kena panda Perlembagaan Persekutuan, kena tambah satu nama bangsa lagi, bangsa baru…………

Berbalik pada cerita HINDRAF, Manoharan sepatut lebih sedar mengapa Hindraf diharamkan, memang tiak dinafikan bahawa Hindraf memperjuangkan hak-hak kaum India, tetapi adakah Manoharan sedar cara Hindraf menuntut melampaui batas-batas apa yang termaktub dalam “Kontrak Sosial”. Tindakan Hindraf juga telah mengugat kestabilan Negara dengan menganjurkan demontrasi yang lebih cenderung ke arah keganasan.

PERKASA, sehingga ke hari ini kita belum nampak dan dengar menganjurkan perkara-perkara yang boleh mendatang kemudaratan kepada Negara atau keresahan dikalangan rakyat dalam Negara.

Kawan rasa, Dato’ Ibrahim Ali tidak mudah hilang akal untuk menghuru harakan rakyat, mengajak atau menghasut rakyat membuat tindakan yang boleh mengugat perpaduan kaum di Malaysia.

PERKASA Cuma memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera dengan cara berbincang dengan kerajaan, sebagai contoh, mendesak kerajaan agar melaksanakan pemberian Biasiswa kepada pelajar Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang termaktub di dalam Perlebagaan Persekutuan.

PERKASA wujud kerana ada pihak atau Parti-Parti yang sudah lupa akan hak-hak Melayu dan Bumiputera, ada parti-parti yang mengkhianati Melayu kerana untuk mendapatkan kuasa. Ada orang Melayu yang dayus, sanggup mengkhianati bangsa dan agama semata-mata hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Manoharan, kamu tidak sepatutnya mendesak agar PERKASA diharamkan, jangan cuba menangguk di air yang keruh untuk kepentingan politik parti Pakatan Rakyat. Ini bukan caranya…………


Sunday, June 21, 2009

Manik Urai – Kempen PAS semakin kritikal

Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai hanya menunggu 15hari lagi sebelum bermulanya kempen sebenar, tetap jentera-jentera PAS lebih awal menjalankan aktiviti kempen dengan ceramah-ceramah yang tidak ernah berubah dari dulu, dipenuhi dengan maki hamun dan memfitnah dan yang wajib disebut oleh tukang-tukang kempen PAS “Undi PAS, masuk syurga”.

Perkataan “syurga” inilah yang telah menjadi senjata kepada Tok Guru Nik Aziz sejak berpuluh tahun mendakwah pengikut-pengikut setianya. Senjata yang berjaya menopoli pemikiran orang-orang Melayu terutama di kampung-kampung, surau-surau dan Masjid. Apa lagi kalau di pondok-pondok yang mana penghuninya hanya tahu untuk mendalami agama Islam, penghuni yang tidak mahu melihat lagi keadaan di luar kawasan pondok. Inilah kesempatan yang diambil Tok Guru yang mengguakan ilmu untuk kepentingan dunia.

Kerana kepentingan inilah makaTok Guru Nik Aziz telah membenarkan semua Imam dan Khatib dalam DUN Manik Urai membaca khutbah berbentuk politik. Imam-Imam yang fanatik mengambil kesempatan ini untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Manik Urai agar mengundi PAS, sehingga sanggup mensyirikkan umat Islam lain semata-mata untuk kepentingan parti.

Apa tidaknya, apabila ada Imam-Imam PAS sanggup mengeluarkan fatwa sendiri dengan menyatakan “tengok gambar Tok Guru Nik Aziz pun boleh dapat pahala“ dan “Undi PAS boleh masuk syurga“, ajaran siapa ini semua, kalau bukan Tok Guru Nik Aziz.





Sabda Rasullullah SAW, "Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya”. Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dan Baihaqi.


Maka tidak mustahil, ketika kawan berada di Kelantan, kawan jumpa kaki-kaki judi, kaki minum arak, kaki laga ayam menyokong PAS, semata-mata hendak masuk syurga. Ada yang kawan jumpa juga, beli nombor 4D haram di kedai kopi memakai kopiah di kepala (waktu petang jumaat di Pasir Mas).

Dan tidak mustahil juga bila Mat Sabu boleh dibebaskan dari tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di Kelantan.

Sebenarnya, apa ajaran Islam sebenar di bawa oleh pemimpin-pemimpin PAS ? Kalau hanya untuk menyelewengkan akidah umat Isam serta memecah belahkan perpaduan umat itu sendiri.

Kawan sebenarya tidak hairan kalau Imam-Imam atau penyokong-penyokong PAS berkempen dengan mengatakan “ tengok gambar Tok Guru pun boleh dapat pahala “, sebab dari kanak-kanak berumur 4 tahun lagi PAS sudah mendakwah dengan cara begini, begitulah juga dengan fatwa memijak gambar pemimpin UMNO boleh dapat pahala juga.



Diulangi lagi kata-kata Imam Ghazali :
“Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah, tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sampaikan masyarakat berasa ujub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan.Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia”.

Pengundi-pengundi di Manik Urai perlu membebaskan diri dari dijajah oleh dakyah sebegini, berfikirlah dengan sewaras-warasnya.


Saturday, June 20, 2009

MOHAMAD SAIFUL BUKHARI-Di Mahkamah Allah dibicarakan juga


Selepas subuh tadi, kawan seperti biasa melawat blog teman-teman maya, hati kawan begitu tersentuh bila terbaca blog Siful dengan ungkapan "di Mahsyar (Mahkamah Allah) pasti dibicarakan juga". Saiful merujuk kepada Anwar Al Juburi, jika tuduhan meliwatnya digugurkan oleh Mahkamah, Saiful dengan ikhlas menyatakan " saya redha ".


Bila sebut pasal "Mahkamah Allah", kawan teramat sayu menilai diri sendiri, alangkah kerdilnya diri di atas bumi ini dibandingkan dengan keagungan Allah, sejauh manakah amalan yang kawan tunaikan menurut perintahNya dan sejauh mana pula kemungkaran yang telah dilakukan, sejauhnya pula taubat yang telah kawan pohonkan. Itu antara kawan dengan Allah, bagaimana pula perhubungan kawan sesama manusia, cuma kawan yakin Allah itu sesungguhnya maha penyayang dan pengampun, selagi kawan meredhai bahawa Allah itu Tuhan kawan.




Saiful, pemuda yang gigih menentang kemungkaran, apa lagi kemungkaran yang dilakukan oleh seorang manusia yang menjadi idola kuncu-kuncu serta pengikut setia PKR. Manusia bertopengkan kewarakan untuk menambat, menipu manusia lain sehingga diletakkan ke tempat yang paling tinggi dalam Pakatan Rakyat, itu lah dia manusia yang bergelar Anwar Al Juburi oleh Mat Sabu.

Keikhlasan dan ketabahan hati Saiful menentang kemungkaran Anwar Al Juburi kerana Allah, pemuda yang rela mengorbankan maruah diri demi untuk menyerlahkan kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh manusia yang mengangkat diri sendiri pemimpian agung yang kononnya sebagai pejuang bangsa, agama dan Negara.

Itulah Anwar Al Juburi, manusia yang menggunakan ilmu yang ada pada diri untuk kepentingan nafsu serakahnya. Memang tepat sekali apa yang dikatakan oleh Iman Ghazali wujud manusia seperti ini di dalam dunia ini,

Dikatakan oleh Imam Ghazali, “Ada golongan ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui, namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah, tetapi untuk mencari pengaruh dan nama. Sampaikan masyarakat berasa ujub dan kagum terhadap mereka. Mereka asyik menghiaskan diri mereka dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan perkara yang penting iaitu hati. Ketika mereka lupa musuh utama mereka adalah syaitan. Mereka mendakwa semua yang mereka lakukan bertujuan untuk memuliakan agama sedangkan mereka bersama pemimpin yang zalim untuk memuji serta mendapat kasih sayang dan kelazatan dunia”. (kawan paste dari blog geecantik.blogspot)

Begitulah dalam hati sanubari pemuda yang bernama Saiful, apabila pasrah dengan ketentuan Illahi sekiranya Anwar Al Juburi terlepas dari tuduhan “MELIWAT“. Saiful menulis dalam blognya :
"Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda”."Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga. "Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya lagi, "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh”.

Saiful sudah membanyangkan di Mahkamah dunia ini Anwar Al Juburi akan dibela oleh berpuluh-puluh peguam, beribu penyokong-penyokong yang ujub dan kagum dengan kebijaksana Anwar Al Juburi. Golongan manusia yang sudah buta dan tuli walau apa pun yang telah Anwar Al Juburi lakukan, golongan manusia yang rela membuat huru hara serta keganasan jika Anwar Al Juburi tidak dilepaskan.

TUNGGU LAH KAMU ANWAR AL JUBURI, KALAU KAMU DI DUNIA INI TERLEPAS, KAMU AKAN DIADILI DI MAHKAMAH ALLAH

Friday, June 19, 2009

NIZAR-bila jiwa sudah dikuasai


Petang tadi Nizar telah mefailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah mengisytiharkan Dato’ Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada bulan Mei yang lalu. Nizar bersama peguamnya Leong Cheok membuat permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar dihadapan 11 orang Hakim.

Begitulah bila nafsu sudah menguasi diri, walau pun Nizar selalu mengungkapkan dalam ceramah-ceramah PAS dihadapan orang ramai, bahawa kuasa di atas dunia ini sementara, Allah hanya meminjamkan kepada seseorang manusia yang dikehendakinya dan akan mengambilnya semula bila Allah menghendakinya.

Apa sebenarnya yang telah menguasai diri Nizar ?



Adakah kerana rakyat ? atau agama ? atau bangsa ? atau Negara ? atau rasa ralat untuk meninggalkan, kerusi empuk Menteri Besar, rumah besar, kereta besar ? atau kuasa yang besar ? atau pun kerana diri sudah terpaksa sujud dan tunduk dengan tok-tok dalang ?

Kalau kerana mempertahankan kuasa, rakyat, bangsa, agama, Nizar sepatutnya sudah redha dengan Qada’ dan Qadar Allah. Nizar selaku orang yang berpendidikan dan juga warak sepatutnya boleh menerima hakikat bahawa kerajaan beliau telah tumbang kerana tidak cukup majority kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.

Nak di katakan kerana, kerusi, rumah dan kereta, kawan berpendapat, sebagai seorang yang nampaknya warak, tidak mungkin ada sifat-sifat tamakkan harta benda, ini semua bersifat duniawi sahaja.

Kalau kerana sudah tunduk dengan arahan tok-tok dalang DAP, yang ini kawan rasa betul……….. Kalau tidak, mana mungkin Nizar sanggup menderhaka kepada Sultan Perak, mana mungkin Nizar menentang perlembagaan, mana mungkin Nizar masih tidak berpuas hati dengan keputusan undang-undang Mahkamah, mana mungkin Nizar sanggup menjatuhkan martabat selaku pemimpin Islam dengan melakukan perkara-perkara yang tidak beretika di dalam Dewan Parlimen.

Sepatutnya, Nizar menghurmati maruah Parti PAS yang selama ini menonjolkan Islam sebagai teras perjuangannya, tetapi kerana diri telah dikuasai unsur-unsur ganas, liar, Nizar lupa pesanan Tok Guru. Nizar tidak lebih hanya sebagai boneka bagi DAP dan PKR mencapai cita-cita mereka untuk menghancurkan bangsa, agama dan Negara…… Kalau tidak, mana mungkin DAP dan PKR begitu lantang mempertahankan perjuangan Parti Komunis Malaya…….

Tuesday, June 16, 2009

PKPM – ada juga orang gila nak jadi JENERAL !!!


Semalam seluruh rakyat Malaysia dihidangkan dengan cerita satu orang Melayu jadi tidak siuman kerana hilang kuasa jadi MB di Perak, seterusnya buat kacau di Parlimen. Hari ini dalam akhbar-akhbar semua memaparkan ada orang Melayu juga yang meroyan hendak jadi JENERAL di Malaysia. Sama spesies agaknya, masih kurang dapat maklumat yang Negara Malaysia sudah maju, ada undang-undang tersendiri, tidak perlukan undang-undang rimba lagi……….

Bezanya, satu Melayu ini bergerak bersendirian, yang satu lagi pulak, ada tuan-tuan yang memegang rantai dari belakang. Yang peliknya, perangai orang Melayu kita ini mudah sangat terpengaruh, terikut-ikut tanpa menilai keburukkan serta tidak dapat menilai antara siuman dengan gila.

Bila sebut perkara “mudah terpengaruh”, kawan hendak imbas semula kesah orang-orang Melayu dalam FELDA yang jadi GILA, tapi deme ni gila hendak jadi kaya cepat. Peneroka-peneroka FELDA ini terpengaruh hendak jadi kaya cepat sehingga hilang wang pelaburan lebih RM6 juta kerana melabur dalam yang dinamakan “saham untuk masa depan”, pusat operasinya di Kelantan.

Janji penipu-penipu dari Parti PAS (kawan berani sebut PAS, kerana pemimpin-pemimpin PAS setempat menjalankan kempen melabur melalui ceramah di Markas PAS) kepada pelabur-pelabur Melayu bodoh ni, “ inilah masa PAS nak tulung rakyat miskin”. Akhirnya pelaburan pokok lesap, dividen pun entah kemana, badan juga yang merana……………( tak pe lah, niat saja berjihad untuk PAS).

Akibat kebodohan inilah, 36 orang Melayu di tangkap Polis kerana sedang menjalankan ujian untuk menjadi anggota PKPM (Pasukan Khas Persekutuan Malaysia) yang bermotokan “Bersatu membanteras dan menentang musuh Negara“.

Apakah dalam Malaysia ini tidak cukup dan sempurna dari segi pengawalan Negara ? Apakah POLIS dan ANGKATAN TENTERA Malaysia sudah tidak mampu lagi untuk mengawal keamanan Negara ? Tak tau lah kalau Nor Azamie sebenarnya nak wujudkan pasukan TENTERA UPAHAN macam yang ada kat luar Negara tu……….

Kalau hendak di kira bab pertahanan dan pengawalan Negara, banyak lagi Jabatan-Jabatan yang berhubung dengan tugas-tugas ini, Jabatan Maritim, Pertahanan Negara dan macam-macam lagi lah………..

Jadi, apa ke jadah manusia yang bernama Nor Azamie Ahmad Ghazali yang mengaku Dato’ berpangkat Jeneral dalam PKPM masih hendak menggunakan kepintaran akal untuk menipu orang ramai. Nor Azamie seolah-olah tidak mendapat pengajaran apabila kegiatan dia, kuncu-kuncunya serta ahli-ahlinya lebih 2,000 orang ditangkap tahun 2003 lalu.

Itulah kegilaan namanya, gila yang bermacam-macam gila, Nor Azamie mungkin gila hendak jadi Jeneral dan Perdana Menteri Malaysia, gila hendak berkuasa, gila hendak dihurmati, macam-macam gila lah…………. serupa pengila-pengila dalam Dewan Parlimen semalam tu…….

Yang hairannya, macam tidak dapat berfikir langsung pada 36 orang yang hendak menyertai kumpulan PKPM ini, sudahlah hendak menjalani ujian pun kena bayar RM180.00, kena tangkap pulak tu……. Kalau nak sangat menjadi pejuang Negara, masuk saja lah Polis ke, Tentera ke, macam-macam ada………..

Kesimpulannya, orang-orang Melayu perlu berfikiran terbuka, gunakan segala pancaindera yang Allah beri, terlalu banyak manusia yang bijak pandai dalam segala hal, semata-mata untuk menipu manusia lain.

Contohnya, ada yang pandai berpidato, menaikkan semangat, ada yang pandai berhujah menggunakan agama, lemah lembut lidah, tetapi semua untuk menipu orang ramai, semuanya untuk menjaga kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Akibat terlalu alpa serta terlalu taksub, banyak orang-orang Melayu mengenepikan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka, yang di buat oleh kerajaan. Telinga dibiarkan hanya untuk mendengar ungkapan-ungkapan berunsur fitnah dan mencerca orang lain, sedangkan mata telah dibutakan untuk melihat kebenarannya.

ORANG-ORANG MELAYU - Fikir-fikirkan lah !!!!!!!




Inikah bentuk kerajaan yang Tok Guru Nik Aziz akan bawa kalau dapat menguasai kerajaan Malaysia ?


Ini kah sifat seorang pemimpin Islam yang Tok Guru Nik Aziz nak jadikan contoh dalam kerajaan Islam ?



Inilah perangai pemimpin-pemimpin yang akan bersama PAS untuk memerintah sebuah Negara Islam........

Renung-renunglah wahai saudara-saudara ku.........

Monday, June 15, 2009

MANIK URAI – PAS menanti detik termakbulnya ramalan sifu fengsui Lee Kuan Yu, Menteri Mentor Singapura


Nampaknya menjelang pilihan raya kecil DUN Manik Urai, PAS dan Pakatan Rakyat sudah tidak yakin dengan keangkuhan diri. PAS makin tertekan dengan keangkuhan diri apabila kunjungan hurmat Cina talam dua muka bernama Lee Kuan Yu, Menteri Mentor Singapura memberi pengharapan yang akan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Nik Aziz seolah-olah terpaku, keangkuhan Tuan Guru mula menyerlah lagi bila Lee Kuan Yu memberi keyakinan, Tuan Guru sudah hilang keyakinan dengan ketentuan Allah, sudah mula menunjukan keriakan akan melihat bagaimana kepimpinan UMNO dan penyokong-penyokong UMNO rebah, bertempiaran lari seperti mana Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya selepas Jepun menyerah.

Sifu fengsui Lee Kuan Yu, begitulah keyakinan diberi kepada Tuan Guru, begitulah juga cara-caranya sifu Lee memecah dan memerintah orang-orang Melayu di Singapura.

Cuba kita Tanya orang-orang Melayu di Singapura, apa sifu Lee buat ke atas hak-hak Melayu ?

Bagaimana kampong-kampong Melayu Singapura dibenamkan, penduduknya ditaburkan keserata bumi Singapura supaya tidak ujud kelopok besar Melayu.

Di Malaysia, kalau ada penempatan-penempatan Melayu atau Cina atau India yang hendak dimajukan untuk kepentingan awam, kerajan tetap menyediakan tempat dalam kelompok yang sama disamping pampas an.

Bagaimana tanah-tanah milik orang Melayu dirampas begitu sahaja dengan alasan untuk kepentingan awam ? Kalau di Malaysia, satu inci tanah milik kaum Cina kerajaan terpaksa membayar berjuta-juta ringgit walaupun setiap pembangunan itu untuk kepentingan awam.

Bagaimana tapak waris kesulatan Melayu Singapura dirampas dari keturunan akhir Singapura ? Kalau di Malaysia, sudah pasti kerajaan akan dapat perarakan mega dari rakyat untuk membantah, lebih-lebih lagi dari penyokong-peyokong DAP, PKR dan PAS (dia orang ni kerja lain tak de, asyik nak berdemontrasi je).

Bagaimana sifu Lee menangni kumpulan-kumpulan parti pebangkang di Singapura ? Tidak ada rakyat Singapura berani menonjol diri mengaku penyokong pembangkang, lebih-lebih lagi orang Melayu. Cuba Tanya Sifu Lee, macam mana dia bersikap tidak adil kepada pemmpin-pemimpin pebangkang Singapura ? Kalau di Malaysia macam-macamlah kena lebel dari luar atau dalam Negara, Rejim Firaunlah, mencabul hak asasi manusialah.

Bagaimana pula dengan agama Islam ? Tanya sifu Lee, masjid mana yang boleh pasang pembesar suara diluar, nak dengar azan pun jangan harap. Kalau hari Jumaat, kalau yang tidak ke Masjid, jangan harap hendak dengar khatib baca khutbah. Di Malaysia, kalau khatib tu penyokong PAS yang baca, pendek kata 5 batu dapat dengar ceramah dalam khutbah, puak-puak ni pasang sekuat-kuatnya supaya orang dengar ceramah PAS, bukannya khutbah Jumaat.

Itulah saat-saat yang ditunggu oleh Tuan Guru Nik Aziz, nak tunggu terakbulnya ramalam sifu Lee, “ PAS dan Pakatan Rakyat sudah sampai masa untuk memerintah Malaysia dengan pertolongan sahabat-sahabat Cina di Malaysia “

Mengapa sifu fengsui Lee, tanpa malu dan segan berkata begitu ? dan apa janji Tok Guru Nik Aziz padanya bila sifu fengsui Lee bertanya, “apa akan berlaku kepada rakyat berbilang kaum ( sebenarnya kaum Cina) di negara ini jika parti Islam itu memerintah”

Janji Tok Guru Nik Aziz, “PAS akan menjadi pembela kepada semua kaum kerana itulah slogan PAS iaitu "PAS untuk semua".

Janji Tok Guru Nik Aziz lagi, “rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang".

YG nak Tanya Tok Guru: Sama rata macam mana Tok Guru ? Ada kah sama rata macam pemrintah komunis, rakyat dibagi sama rata, tidak ada lebih atau kurang, harta-harta semua milik kerajaan, syarikat hak kerajaan, industri hak kerajaan, kebun ladang hak kerajaan, lain semua hak Tok-Tok Guru dan kuncu-kuncu Pakatan Rakyat, macam tu ? Kata nak wujudkan sebuah Negara Islam sebenar, macam mana Tok Guru ?

Janji Tok Guru Nik Aziz pada sifu fengsui Lee, “hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam”.

Komen YG : Di Kelantan mungkin boleh Tok Guru, Kelantan majority orang Melayu Islam +- 90%, kalau seluruh Malaysia, dicampur pulak dengan DAP dan PKR, boleh ke ? Karpal Sing dan Lim Kit Siang bagi ke ? Anwar suka ke ? nanti bertambah teruklah hukuman liwat yang Anwar kena kalau mengikut hukum hudud, tapi Anwar kata tak pe, Tok Guru boleh bebaskan, macam Mat Sabu dulu tu………

Kata Tok Guru lagi, “kehadiran saya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu”.

Komen YG : Patung Hindu kat Batu Cave tu, Kerajaan PAS ke yang benar buat besar-besar, bukan kerajaan UMNO/BN ? Setahu kawan penyokong-penyokong PAS yang bersemangat menghasut orang-orang Melayu buat demo membantah apa-apa sahaja yang kerajaan UMNO/BN meluluskan apa saja berhubung dengan Agama lain……

Apa jawab penyokong-penyokong Pakatan Rakyatdalam blog mereka “Orang2 Singapore pun dah tahu UMNO akan Bee End akan dkuburkan....Pastikan Manik Urai tempat pesemadian UMNO!”

Begitulah keangkuhan, ketakburan, keriakkan pendokong-pendokong PAS, tanpa menghiraukan janji-janji Tok Guru itulah bakal pemusnah bangsa dan agama. Kerana itulah Tok Guru melebel pendokong-penokong Kerajaan Perpaduan macam Haji Hadi “boneka UMNO”

Kerana itu juga Yap Kok Seng, Timbalan Presiden Kelab Penyokong PAS menghalang penyokong-penyokong kerajaan macam Haji Haji dan kawan-kawannya datang ke Manik Urai untuk berkempen. Cina sekor ni nak pastikan Tok Guru Nik Aziz dapat menjayakan ramalan sifu fengsui Lee di DUN Manik Urai termakbul.

Pengundi-Pengundi bijak di DUN Manik Urai, berfikirlah sematang-matangnya, awasi manusia-manusia yang menggunakan agama Islam untuk menjual Negara, bangsa dan agama untuk kepentingnya.

Friday, June 12, 2009

FELDA 1 DI DUNIA ( siri 4 ) – Nasruddin menyerlahkan kematangan seorang pemimpin muda PAS




Dalam siri 2, kawan memaparkan Nasruddin Hasan (Tantawi), seorang anak peneroka FELDA yang menyerlah apabila keluarganya yang berasal dari negeri Kelantan berhijrah ke salah satu tanah rancangan FELDA di Keratong 5, Pahang, perpendidikan Ijazah dari salah sebuah Universiti di Mesir.

Apa yang hendak kawan paparkan hari ini, bagaimana Nasruddin telah menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, seimbang dengan pengajiannya di Mesir yang terkenal dengan pengajian Islamnya. Pada pandangan kawan, sememangnya wajar kalau pun beliau dipilih menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat tanpa dipertandingkan.

Semalam, Nasruddin telah menyerlah ungkapan sebagai seorang ulama muda sebenar apabila menyatakan, “ pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghurmati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang “.

Selaku ulama muda, Nasruddin akur dengan Firman Allah dalam Al Quran, yang bermaksud, "hendaklah kamu berkerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu berkerjasam dalam perkara jahat dan dosa".

Seorang pemimpin muda, Nasruddin akur, taat dan setia kepada Presiden parti, seiring dengan ajaran Islam “wajib mentaati pemimpin“, walau pun dikecam serta dibidas oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai “boneka UMNO“. Kata Nik Aziz, “suara sumbang dari dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas“.

Kawan pun keliru dengan kata-kata dari tuan guru atau ulama seorang ni, siapa sebenarnya pemimpin dalam parti PAS ? Adakah ianya Ketua Dewan Ulama, Mursyidul Am atau Presiden ?

Kawan pasti, sudah tentulah Presiden adalah pemimpin tertinggi PAS, maka adalah wajar Nasruddin akur dan taat kepada Presiden, maka kenalah pada tempatnya kalau Nasruddin mempertahan idea Dato’ Sri Abdul Hadi Awang.

Kawan terasa hairan, mengapa seorang yang bergelar Tuan Guru macam Nik Aziz mengeluarkan perkataan “boneka UMNO“ terhadap orang macam Nasruddin yang patuh dan taat kepada pemimpin ?

Adakah Nik Aziz juga salah seorang daripada kumpulan-kumpulan erdogan yang ada dalam PAS ? Kumpulan erdogan yang lebih redha patuh dan akur dengan DAP, atau pun boleh dipanggil “BONEKA DAP“. PKR pula, semua orang dah tahu, termasuk orang-orang dalam PKR pun tahu, PKR sebagai talibarut DAP.

Berbalik kepada kisah Nasruddin, semasa menyampaikan ucapan penutup dalam muktamar PAS ke 55 yang lalu, kawan tertarik juga dengan beberapa perengan kata Nasruddin, antaranya, “walaupun PAS benci kepada Umno dan Barisan Nasional, jangan keciciran daripada menyampaikan dakwah “.

Kawan berpendapat, PAS tidak sepatutnya terus menyemaikan perasaan benci kepada UMNO, kenapa tidak ? UMNO adalah terdiri dari orang-orang Melayu yang juga beragama Islam, orang-orang UMNO juga mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang (kalau nak kata orang UMNO ramai tak semabahyang, orang PAS pun ramai yang ingkar), berpuasa, berzakat dan juga menunaikan haji macam orang-orang PAS, macam pemimpin-pemimpin PAS.

Semua amalan manusia dengan Allah bukan ditentukan atau dinilai oleh UMNO atau PAS. Kalau hendak melebelkan bahawa UMNO itu kafir juga bukan hak mutlak PAS, adakah UMNO lebih kafir dari DAP ? Kawan rasa semua orang tahu bahawa, menuduh seseorang mukmin itu kafir adalah salah, hanya Allah sahaja yang mempunyai hak untuk menentukan serta menilai amalan seseorang hambanya di atas muka bumi ini.

Kesimpulannya, adalah tidak wajar bagi PAS membenci UMNO, merujuk kepada kata-kata Nasruddin juga, kawan rasa lebih baik golongan-golongan yang ada dalam PAS meneliti apa maksud sebenarnya yang dikatakan "KERAJAAN PERPADUAN"

Sebagai seorang Islam tulen, TIDAK baik kita mendahulukan prasangka buruk sebelum sesuatu perkara itu dikaji serta diperhalusi terlebih dahulu. Boleh jadi juga Nik Aziz dan sesetengah erdogan PAS merasakan akan kehilangan kuasa jika mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO ?

Kalau itulah yang sebenarnya tersirat dalam hati erdogan-erdogan PAS, bermakna PAS sebenarnya bukan berjuang diatas landasan Islam sebenar, PAS hanya mempergunakan Islam sebagai lambang untuk menipu serta memutarbelit umat Islam di Malaysia.

ATAU, Tuan Guru Nik Aziz merasakan akan kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan, jika Hadi Awang meneruskan juga idea Kerjaaan Perpaduan ?

Terserah apa yang tersirat dalam hati Tuan Guru, dia yang dipanggil Tuan Guru yang sesetengah penyokong PAS melebelkan “ WALI “ kalau ada sifat-sifat seperti itu………..

Nasruddin, selaku ulama muda perlu lebih ikhlas dan tulus dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam tanpa menyimpan prasangka buruk terhadap sesama Islam, paling utamanya ditengah-tengah masyarakat FELDA, sifat-sifat perpaduan yang telah sedia terjalin dikalangan masyarakat FELDA, tidak kira bangsa, agama, negeri, daerah mahu pun berlainan fahaman politik perlu dieratkan lagi. Itulah selama ini yang telah di semai oleh FELDA...........

Thursday, June 11, 2009

FELDA 1 DI DUNIA (siri 3 ) - Mazlan Aliman, pembela nasib peneroka-peneroka FELDA ?

Apa yang penting, kawan merasakan diri kawan dapat hidup sebegini bersama keluarga tidak merempat di bumi sendiri, anak- anak dapat belajar sampai ke IPTA, sejak dari ibu bapak, adik beradik 9 orang hingga kepada kawan sendiri, bukan kerana kawan pandai berbodek dengan FELDA atau Pengurus-Pengurus FELDA, tetapi kerana kawan bersyukur dan berterima kasih kerana diberi tempat untuk mengharungi kehidupan sekeluarga.

Terpanggil juga untuk menyambung tulisan siri FELDA 1 DI DUNIA, apabila kawan membaca blog sahabat dalam LKTP1238 suara genarasi FEELDA. Kawan tak kisahlah, apa yang nak dikatakan oleh kalangan sahabat-sahabat peneroka FELDA atau pun anak-anak peneroka sendiri terhadap diri kawan, nak kata kaki bodek ke, kaki ampu ke dengan FELDA, itu terserah pada andaian masing-masing.

MAZLAN ALIMAN, terkenal dikalangan peneroka-peneroka FELDA, terutama yang menyokong PAS, terkenal juga dikalangan peneroka-peneroka yang tidak mahu bernaung dengan FELDA (tetapi masih duduk di FELDA) sebagai Pengerusi Anak-Anak Peneroka Kebangsaan dan baru-baru ini terpilih AJK PAS Pusat di Muktamar PAS ke 55. Syabas dan tahniah…………..

Tidak mustahil kalau ada yang mengatakan Mazlan terkenal dan tidak mustahil juga kalau dalam Muktamar PAS ke 55 ada usul PAS perlu menyumbang RM1 juta untuk dana Mazlan dalam menjalankan kegiatan-kegiatan menawan hati para peneroka FELDA agar menyokong PAS. Begitulah kepercayaan PAS sekarang terhadap Mazlan bagi membantu perjuangan PAS di dalam masyarakat FELDA, apa lagi bila bekas Menteri Kabinet UMNO Dat’ Fauzi Abd Rahman (abang ipar Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia & Alam Sekitar), bersama-sama dibelakang, dulu masa dalam Kabinet UMNO, Dato’ Fauzi tak pernah pun jengok-jengok ambil tahu masalah peneroka FELDA. (kawan kenal sangat dengan Dato’ Fauzi ni…..).

PERSOALANnya, apakah Mazlan benar-benar menyampaikan perkara yang benar dan jelas kepada peneroka ? Tidakkah hanya sekadar untuk glamour dengan tugas-tugas menghasut, memfitnah, memburuk-burukkan pemimpin kerajaan, menanamkan semangat benci membenci, memecahkan perpaduan dikalangan masyarakat FELDA sahaja ?

Fitnah 1 : Mazlan mendakwa Pengerusi FELDA, Yusuf Nor menerima bayaran elaun sebulan tidak kurang RM100,000.00, kerana memegang pelbagai jawatan dalam anak-anak syarikat FELDA, selain elaun tetap sebagai Pengerusi FELDA.


Kalau dakwaan Mazlan benar dan terbukti, mengapa hanya membawa cerita ke hulu ke hilir menjaja isu ini, tidak kah selaku Pengerusi ANAK, beliau boleh terus berjumpa atau hantar surat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Ahmad Maslan, baru-baru ni Ahmad Maslan datang melawat FELDA di Pahang, kenapa Mazlan tak nak jumpa ? Nanti boleh diganti orang lain, pemimpin-pemimpin Pahang ramai yang boleh diharap untuk jadi Pengerusi FELDA, lagi pun Pahang yang paling banyak FELDA. Ramai pemimpin Pahang yang ada pengalaman dengan FELDA, banyak jasa dengan FELDA, contohnya, Dato’ Haji Hasan Arifin (bekas ADUN Bukit Ibam/Tim Menteri Besar Pahang) dan ramai lagi lah……….

Fitnah ke 2 : Berkenaan hutang-hutang Peneroka dengan FELDA, bagi kawan hutang wajib dibayar, kita dah berhutang, dengan sesiapa pun wajib kena bayar, kalau takdir kita mati, waris-waris kita wajib juga melunaskannya. Mengapa Mazlan jadi bodoh, macam orang buta agama pulak ?

Peneroka wajib membayar hutang-hutang pembangunan ladang dan rumah, mana ada syarikat kewangan di Malaysia ini yang luluskan pinjaman macam itu tanpa cagaran, peneroka hanya bawak kad pengenalan, surat nikah, sijil lahir anak-anak, tikar bantal, periuk belanga dan terus je masuk dalam rumah. Kenalah bayar sahabat oiiiiiiiii………….. Peneroka yang datang ke FELDA bukan semuanya ada harta benda, kebanyakan papa kedana juga, mana ada bank-bank nak percaya kat orang-orang Melayu. Kawan tidak nafikan ada juga peneroka yang berhijrah ke FELDA dari kalangan orang kaya, kerana nak tambah kekayaan, deme masuk lah FELDA, lepas tu kutuk FELDA, tulah perangai orang-orang Melayu…..

Pinjaman membesarkan rumah, dari RM30 ribu ke RM50 ribu, kita nak membesar dan mencantikkan rumah untuk anak-anak dan keluarga, tanpa cagaran dan faedah tinggi, kenalah bayar, tak kan nak percuma kot……….. kalau dengan bank, lambat bayar tambah bunga, tak bayar lansung rumah kena sita, kena istihar bengkrap………..

Fitnah ke 3 : Rumah untuk genarasi kedua FELDA, harga mampu beli, kenapa Mazlan tidak cerita perkara ini kepada masyarakat ? Mana nak cari lagi harga rumah dan tapak rumah bawah RM30 ribu ? Kalau ada anak-anak peneroka yang merempat, kawan tak tau lah, mungkin salah diri sendiri yang tidak mahu berusaha mencari tempat kehidupan, orang-orang Indon pun tahu nak mencerahkan hidup………. Kalau tidak ada tempat sangat nak buat rumah, kawasan rumah mak bapak pun boleh dirikan rumah, janji ada kemampuan, tak kan itu pun nak suruh FELDA atau kerajaan bantu ?

Mungkin Mazlan sengaja menyembunyikan, berapa banyak peruntukkan yang FELDA sediakan untuk genarasi kedua peneroka, berbagai-bagai bimbingan dan kursus untuk anak-anak peneroka yang kurang bernasib baik dalam pelajaran, sejak kawan masih sekolah lagi. Kenapa anak-anak peneroka tidak mengambil kesempatan atas peluang yang disediakan FELDA ?

Bagi kawan, lebih baik Mazlan, kita bersama-sama memikirkan bagaimana untuk membenteras gejala dadah dikalangan anak-anak FELDA, sama-sama kita cari jalan memperbaikinya, sama-sama membantu penguatkuasaan menghapuskan pengedar, pembekal, peruncit dadah dikalangan anak-anak FELDA. Tauke-tauke Cina yang hidup hasil pengedaran dadah besar-besaran, perosak 80% anak-anak Melayu FELDA, kemanakah akan pergi genarasi muda ini untuk mewarisi kepimpinan Melayu di abad akan datang jika sudah hanyut dan hancur.


Jangan kita asyik nak menyalahkan kerajaan, menyalahkan ibubapa yang tak padai mendidik anak-anak

Fitnah ke 4 : Kerajaan Perpaduan UMNO vs PAS, mengapa Mazlan perlu memutar belit fakta sebenar dengan idea Haji Haji ni, UMNO menerima apa saja bentuk cadangan Kerajaan Perpaduan kerana hendak mengukuhkan kuasa Melayu, tak payahlah nak mencaci hina UMNO dengan isu ini, kalau PAS sudah tidak sudi, silakan dengan perjuangan PAS bersama DAP untuk memertabatkan Islam.

Setahu kawan, di Malaysia ini semua orang-orang Melayu beragama Islam, termasuk India Muslim, Cina Muslim, apa-apa bangsa yang muslim bernaung dengan nama Melayu. Apakah akan terbela maruah agama Islam, kalau bangsa itu sendiri mundur, lemah dan tanpa kuasa ?

Fitnah ke 5 : Apakah kerana adanya Mazlan sekarang baru nasib-nasib peneroka FELDA terbela ? atau baru sekarang Pengurusan/Pentadbiran FELDA sempurna dan berhati-hati menjalankan tanggung jawab ?

Kawan rasa silap besar kalau ada yang beranggapan begitu, dari dulu lagi wakil-wakil peneroka sudah memperjuangkan nasib peneroka dalam FELDA, pemimpin-pemimpin setempat bukan sahaja menyuarakan kepada FELDA, malah terus kepada Kerajaan. Cuba kita lihat, satu persatu kepentingan penroka diperbaiki oleh FELDA dan Kerajaan, bukankah ini kerana suara-suara kepimpinan peneroka yang ada dalam FELDA ?

Kawan tak payah nak cerita, bagaimana suara kawan bertegang leher dengan pengurusan FELDA untuk membela nasib peneroka, sampai kawan nak kena sinkir dari FELDA, tapi akhirnya FELDA memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada walaupun berperingkat-peringkat, tak de pun nak buat ceramah malam-malam memberitahu orang ramai.

Pengurusan/Pentadbiran FELDA sekarang pun sudah ramai dari kalangan genarasi peneroka, kawan rasa mereka lebih arif pahit maung peneroka-peneroka FELDA. Apakah mereka-mereka ini juga tidak sedar diri, sanggup nak menganinya ibubapak mereka ?

Kesimpulannya, BERKATA BENARLAH wahai Mazlan serta pengikut-pengikutnya, kalau benar-benar ikhlas untuk menegak keadilan demi kebajikan peneroka dan genarasi FELDA. JANGANlah kerana untuk mencari keuntungan diri serta parti yang kita dukungi, kita termasuk dalam golongan orang-orang yang MUNAFIK.