Tuesday, July 21, 2009

PAS – giliran Roslan dijadikan korban oleh kumpulan erdogan


Kumpulan erdogan dalam PAS nampaknya telah memperluaskan kuasanya apabila memutuskan Setiausaha akhbar kepada Presiden, Hadi Awang pula disinhkirkan. Sebelum ini, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa telah dipinggirkan oleh kumpulan ini sehingga Mursyidul Am PAS Nik Aziz mendesak Nasharuddin keluar dari PAS.

Begitu kuatnya pengaruh Anwar Al Juburi melalui erdogan-erdogan ini untuk menentang sebarang bentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kekuatan pengaruh erdogan ini juga sehinggakan Nik Aziz lebih lantang melebelkan UMNO sebuah parti ajaran sesat.

Hadi, selaku pencetus idea kerajaan perpaduan, sudah kehilangan taring dan kuku dengan desakan ini, mangsa pertama Nasharudin dan yang terbaru Roslan korban kedua dalam pergelutan dua aliran PAS, khususnya berhubung dengan kerajaan perpaduan dan rundingan sulit dengan Umno.

Roslan juga dikatakan, memainkan peranan di belakang kempen mengekalkan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dalam usaha menentang gerakan "kumpulan Erdogan" menjelang muktamar tahunan PAS yang lalu. Roslan dituduh berperanan di dalam dan di luar parti, termasuk di internet, berhubung pergeseran dalaman sehingga pernah dilabelkan memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan".

Sebagai seorang pemimpin, Hadi sepatutnya berpendirian tegas mempertahankan orang-orang yang setia pada kepimpinan termasuk anak buah jagaannya. Apa tidaknya, kalau Hadi berpendirian, beliau sepatutnya lebih dulu berundur jika tidak dapat mempertahankan idea sendiri.

Inilah sikap sebenar pemimpin PAS, Hadi lebih sayangkan jawatannya daripada menegak kebenaran. Hadi lebih rela mengorbankan orang lain daripada diri terkorban.

Nik Aziz dengan kumpulan erdogannya akan bercawat ekor dengan DAP dan lebih rela meletakkan UMNO sebuah parti Melayu sebagai seteru. Lihat sahajalah bagaimana pemimpin-pemimpin PAS mencemar tatasusila agama semasa upacara pengebumian Teoh semata-mata untuk menjaga hati dan sokongan DAP.

Kalau beginilah cara dan sikap kepimpinan PAS yang tidak berperinsip, bagaimana pula PAS akan menghadapi DAP dan PKR untuk mempertahankan Islam jika memerintah Malaysia ?

Fatwa Hadi dan Nik Aziz boleh berubah mengikut kehendak politik mereka, dan adalah mustahil PAS benar-benar mengikut lunas-lunas Islam jika berpeluang memerintah.

Umat Melayu Islam akan merempat di bumi sendiri ...........



7 comments:

  1. gara gara DSAI..lingkuplah pAS...sedar sedar lah..cepat berubat sebelum terlambat..NIKI ajis terlampau taksub dengan DSAI..memang cunning DSAI

    ReplyDelete
  2. salam hangat menjalin persahabatan sesama tetangga

    ReplyDelete
  3. Kumpulan mafia yang suka melontar batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete
  4. Aku doakan semoga Tuan Guru Haji hadi pula moga-moga dikorbankan oleh gang-gang Erdogan. Baru lah Tuan Guru boleh cakap soal Kerajaan Perpaduan

    ReplyDelete
  5. Thank bro buat komen,

    Bila, H1N1 Anwar sudah merasap dalam PAS, PAS dilihat sudah menjadi parti ajaran sesat bila tok-tok guru deme mula buat fatwa-fatwa yang bercelaru, pemimpin-pemimpin deme dah tak kira hala haram asal dapat sokongan....... maruah agama tolak tepi....

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya parti PAS lagi terok menggunakan sistem diktator..sape yang tak dengar nasihat nik ajis dan geng nya akan dimaki hamun dan ditendang keluar..sama laa jugak dengan cara pemerintahan PKR di selangor...sebab mereka meletakkan diri mereka sebagai terlalu mulia dan tidak boleh disentuh oleh sesiapa..dengan cara ini diaorang boleh sebat apa sahaja hasil ekonomi dis selangor...tiada siapa pun yang boleh mencegahnya..sigagap melakukan sebegini disebabkan dia tau dlm tempoh 3-4 tahun ni sahaja dia nak rasa berkuasa disebabkan menjelang PRU13..kerajaan pakatan riot akan tersungkur

    ReplyDelete
  7. Salam,

    waris purba, aku pun doakan gitu.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..