Kawan ceduk sikit dakwaan Fadzli dalam tulisannya :
“Pelbagai isu dan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang hari ini amat ketara. Bermula dengan perakuan Ketua Audit Negara yang menyatakan kerajaan Pahang hampir muflis hinggalah kepada tindakan sivil mahkamah terhadap kerajaan negeri dan batang tubuh Menteri Besarnya, Dato' Seri Adnan Yaakub”
“Ia bukan sahaja menghakis integriti sebuah kerajaan, tetapi juga amat jijik dan memalukan bagi pemimpin Umno-BN yang mendakwa mampu membawa kemajuan kepada rakyat dalam setiap manifesto pilihanraya”.
“Selain itu, anak syarikat kerajaan negeri turut diambil execution berbentuk menyita asetnya. Begitu juga saya mewakili 12 orang pembeli rumah projek perumahan di Taman Rompin Permai menyaman sebuah anak syarikat Kerajaan negeri iaitu PASDEC Corporation Sdn Bhd. Terbaru, kerajaan negeri akan saman lagi oleh beberapa syarikat pemaju perumahan yang nilainya berjuta ringgit! “
“Inilah hasil yang diperolehi rakyat Pahang selepas sedekad ditadbir oleh Adnan Yaakub sebagai menteri besar. Jika kes saman RM63 juta dikatakan berlaku di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Tun Mohd Khalil Yaakub, kes mahkamah terbaru ini semua berlaku di bawah pentadbiran Adnan”.
Kawan rasalah, Fadzli lebih memfokaskan kepada kes saman RM63 juta kepada Kerajaan Negeri Pahang dan YAB Dato’ Sri AdnanYaakub, Menteri Besar Pahang oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd., yang lain-lain hanya sekadar untuk menokok tambah, untuk menyedapkan tulisan sahaja.
Kalau itulah sahaja modal Fadzli sehingga satu pengerahan di buat kepada rakyat untuk mengajar pemimpin-pemimpin BN Pahang, Fadzli mungkin silap, rakyat negeri Pahang bukan semuanya bodoh tidak bermata, bertelinga menerima sahaja sogokan-sogokan fitnah seperti ini. Kalau di Kelantan tak tau pulak kawan………
Berhubung dengan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd menyaman RM63 juta kepada Kerajaan Negeri Pahang dan Menteri Besar Pahang, kawan rasa rakyat sudah ramai tahu akan muslihat yang di buat Syed Ali Badaruddin Syed Osman, Pengarah Urusan SGM ini.
Syed Ali ini adalah bekas SO Pejabat Tanah, kawan rasa banyak orang tahu kerja-kerja SO ni, (bukan semua) ada sesetengah SO di Pejabat Tanah Daerah lebih banyak memiliki tanah dari DO (Pegawai Daerah) sendiri, kalau tidak percaya pergilah di mana sahaja pejabat-pejabat Tanah Daerah dalan Pahang, semak pemilik-pemilik tanah, kalau tidak atas nama sendiri, nama-nama ahli keluarga.
Kawan tidak hendak bercerita panjang pasal kes saman ni, sebab masih dalam kes mahkamah, Syed Ali dalam penyiasatan SPRM.
*Kita sama-sama tengoklah nanti, Kerajaan Negeri, Menteri Besar atau Syed Ali sendiri yang kedalam………….
Kadang-kadang tu, manusia ni memang tidak pernah puas mencari kekayaan, tetapi biarlah berpada-pada kata orang, jangan sampai hendak menipu kerajaan atau orang lain melalui kepandaian serta kepakaran yang ada pada kita. Ilmu yang ada pada kita, kalau di salahguna akan memakan diri sendiri…….
Fadzli ada juga menyentuh pencerobohan tanah-tanah kerajaan dalam negeri Pahang, banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat milik tertentu, Fadzli mungkin tidak mahu menyebut kroni-kroni UMNO.
Fadzli mungkin pejam sebelah mata dalam hal penerokaan tanah haram Kerajaan, cuba Fadzli tinjau di Mukim Pianggu, Kg Setajam, Kg Kasing, siapa-siapakah yang telah meneroka tanah-tanah haram sampai 20 ke 30 ekar seoarang ?
Kalau tidak silap, boleh dikatakan 90% mereka ini adalah penyokong-penyokong PAS, mereka ini bukan anak tempatan Pahang atau Rompin (anak-anak tempatan masih ramai tidak bertanah), siapa yang merintis jalan kepada mereka ini ? Tentulah dari orang-orang dalam di Pejabat Tanah Daerah yang tidak bertanggungjawab.
Kerajaan Pahang terpaksa juga pejam mata, kerana mereka semua orang Melayu, tetapi telah menyusahkan Kerajaan Pahang menghadapi karenah-karenah penceroboh ini, mereka semua tidak pandai berterima kasih malah menentang kerajaan UMNO/BN.
Kawan rasa, Fadzli tidak payah menulis isu-isu murahan begini untuk meraih simpati undi, Fadli pun kalau tidak silap sudah dua kali tewas dalam Pilihan Raya.
PAS dan pemimpinnya kan sama taraf pelacur bro, jadi tulisan murah ke mahal dia orang apa peduli, janji dapat buat fitnah...kalau tak macam mana tabung jihad nak bergerak...
ReplyDeletesalam tuan.
Betul komen PM, PAS Pahang sibuk ke hulu ke hilir memujuk orang-orang kampung beri sumbangan untuk dana Bangunan PAS di Temerloh. Inilah peragai PAS, orang kampong yang pendapatan tak seberapa di rayu beri derma atas nama jihad, tapi untuk temolok pemimpin saja......
ReplyDeleteApa lagi yang si syed tu tak puas hati ngan MB. Tunggu jelah keputusan mahkamah. Kita akan tengok si syd tu dok makan nasi bungkus kat dalam lokap kerana terlampau cerdik. Dia sebenarnya bukan nak tipu MB tapi dia nak tipu rakyat negeri Pahang. Hasil rakyat dia nak sapu sorang dengan toke cina tu. Kita sebagai rakyat negeri Pahang banyak - banyaklah bersabar... MB pun kenar sabar banyak - banyak. Yang baik akan terserlah. Bagi MB teruskan perjuangan dan buat kerja untuk rakyat.
ReplyDeleteDia belajar dari big bos Anwar Al Juburi, lepas ni sama-sama duk satu bilik dalam penjara...... boleh juga gili-gilir............... kah....kah...kah, tau lah nanti roket mana besar, roket DAP ke roket PKR.....
ReplyDeletePerjuangan PAS dah lari dari matlamatnya. Sungutan demi sungutan kita dengar dari ahli PAS sendiri. Diantara perkara yang mereka tidak berpuas hati adalah bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan pemimpin yang ada hari ini. Sedangkan DAP itu sendiri sebuah parti yang sentiasa dibawah telunjuk Lee Kuan Yiew di Singapura. Apa pasal PAS diamkan perkara ini? DAP tu kafir zimmi, wajib diperangi....bukan dijadikan rakan seperjuangan merebut kuasa yang ada.
ReplyDelete