Saturday, July 4, 2009

Biasiswa Nasional tidak ikut prinsip keadilan - Presiden PAS

Semalam di Harakahdaily, Hadi Awang mempertikaikan pula Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, tidak mengikut prinsip keadialan yang menyeluruh.

Alasan Hadi Awang, pemberian Biasiswa Nasional adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya, iaitu kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata. Dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.

Hadi juga berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar. Ini termasuklah infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira.

Kawan tidaklah hendak nafikan ada betulnya komen Hadi Awang tu, tapi Hadi tak tahu ke, sebelum ini ramai sudah cerdik pandai dalam kerajaan UMNO/BN telah memikir dan merancang perkara ini sebelum perkara itu dilaksanakan. Pemimpin UMNO dah fikir buruk baiknya……..

Hadi tidak payahlah nak cari glamor dengan isu ini pulak, lepas isu kafirkan UMNO, kerajaan perpaduan dan macam-macam isu lagi, ni nak cari glamor dengan isu Biasiswa Nasional pulak………….

Walaupun Hadi tidak sebut Melayu, tapi semua orang tahu kaum Melayu dan Bumiputera lah yang banyak tinggal di kawasan-kawasan luar bandar, yang kekurangan dari segi infrastrutur pembelajaran. Pemimpin UMNO telah memikirkan perkara ini untuk kemajuan orang Melayu dan Bumiputera, Cuma Hadi sahaja yang bongkak takbur tidak mahu mengakuinya.

Tengok sahajalah, bagaimana sesetengah pelajar-pelajar Melayu yang hipokrit, tidak sedar diri mendapat biasiswa kerajaan atas kuota Melayu, dapat masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awan pun atas kuota Melayu, apa mereka buat ?

Pelajar yang berlagak dipanggil siswa ini, bukannya hendak bersaing untuk kecemerlangan akademik bersama kaum-kaum lain, mereka lebih kepada politik untuk menjadi samseng di Universiti, lepas itu melalak mengugut kerajaan, menentang kerajaan, tapi bila tenguk keputusan peperiksaan, macam hampas, ada yang cukup-cukup makan je.............

Biasiswa Nasional diperkenalkan oleh Najib, kawan rasa bukan untuk menganiaya pelajar-pelajar Melayu, tetapi untuk mengingatkan mereka agar terus gigih, terus bersaing dengan pelajar-pelajar bangsa lain untuk mendapatkannya.

Mengapa Hadi masih hendak mengelirukan masyarakat Melayu lagi, cukup-cukuplah dengan isu-isu yang telah memecahbelahkan umat Melayu Islam di Malaysia ini. Tidak nampakkah apa yang sekutu-sekutu Pakatan Rakyat buat di Kedah, Perak dan Pulau Pinang ?

UMNO yang telah berpuluh tahun berjuang memertahankan hak-hak Melayu Islam dan Bumiputera, kerana kuasa hendak memerintah PAS rela mengkhianati bangsa dan agama bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menetang Islam, macam komunis juga............ jangan jadi Melayu yang tidak sedar diri, lupa daratan kerana di buai kata manis DAP.

Melayu-Melayu di Manek Urai, anda perlu sedar akan tipu helah dari golongan yang mempergunakan Islam untuk meruntuhkan Melayu..........







7 comments:

  1. TERIMA KASIH,

    NIK AZIZ PUN SOKONG 30% EKUITI BUMI DIBUANG. REAKSI DARIPADA PEMIMPIN YANG LAIN BELUM KEDENGARAN LAGI.

    TUAN,
    KALAU KAWAN BALIK MUADZAM SHAH KITA PEKENA TEH TARIK....

    ReplyDelete
  2. salam tuan,
    PAS dan Haji Hadi tak payah nak menyebok berkenaan asar kerajaan...kenapa? kerana mereka bukan kerajaan pusat yang menadbir negara ini, selama dia menjadi MB Terengganu dulu apa yang dia buat untuk membantu rakyat terutama rakyat luar bandar? yang kita dengar dok kunci tadika, halau pelajar higga belajar bawah pokok, tadika jadi reban ayam, bagi anak exco duit zakat untuk belajar, tak bagi duit RM100 yang dijanji kepada warga emas, anak syarikat kerajaan negeri rugi berjuta-juta dll yang jelas satu pun tak membantu rakyat termiskin...begitu lah juga di kelantan sebab tu kelantan merupakan negeri terbesar yang menerima tabung KWAM untuk belajar..kenapa? kerana rakyat duduk dibawah paras kemiskinan...sebab? kerajaan negeri diperintah nik aziz GAGAL dan tak mampu untuk membawa perubahan dan pembangunan... yang dia tahu berpolitik untuk berkuasa demi perut dan keluarga...PAS ZALIM
    terima kasih bro!
    salam

    ReplyDelete
  3. Tulisan yang menarik. Saya sokong.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya sokong kenyataan saudara

    "Pelajar yang berlagak dipanggil siswa ini, bukannya hendak bersaing untuk kecemerlangan akademik bersama kaum-kaum lain, mereka lebih kepada politik untuk menjadi samseng di Universiti,"

    saya pun pernah menulis bab ni, memang patut biasiswa nasional ni, kasi ajar sket muka tak tahu berterima kasih tu.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sahabat bro semua, kebanyakan anak-anak kita yang di IPT tidak sedar betapa ibubapak berjuang untuk mempertahankan hak-hak Melayu...

    GM, kawan sedia menunggu GM, pekena teh tarik....

    ReplyDelete
  6. saya sokong kerna kter melihat bila makin dibantu makin pemalas dan tak sedar diri.bagi masuk u suruh belajar tapi melencong tapi tak semua k.coz saya pun pernah jadi student ipt.kaki lencong gak tap syukur great bukan cukup makan.lencong gak tapi tujuan asal jgn tertinggal

    ReplyDelete
  7. Batul caap acai, tak kesemua pelajar begitu, banyak yang ingat akan harapan ibubapa, mereka tahu diri ibubapa mereka bukan warga berada. Macam kawan dulu, betapa perit waktu belajar, tiada apa-apa bantuan macam skarang, dulu (60an)tiada pinjaman buku teks maca sekarang.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..