Monday, July 6, 2009

MANEK URAI - PAS singkir Nasharuddin ?

Hari ini bukan sahaja penduduk di DUN Manek Urai merasa bahang penamaan calon PRK, seluruh warga Malaysia merasai bahangnya. Bermacam-macam andai kawan dapat lihat terutama dari blogers-blogers pro pembangkang, biasalah dengan sifat angkuh dan takbur mereka “ belum ngundi PAS dah pasti menang “

Berbeza sekali bagi UMNO/BN, yang sentiasa bersikap sederhana tidak henti-henti bertemu rakyat, terpulanglah kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai menentukan siapa wakil rakyat yang akan di pilih. Apa yang penting, pengundi-pengundi Manek Urai perlu membebaskan diri dan pemikiran dari apa yang dicanangkan Tok Guru Nik Aziz “undi PAS boleh masuk syurga“.

Dalam hiruk pikuk penamaan calon, PAS yang mendakwa didatangi lebih 5,000 penyokong, kawan tidak langsung nampak kelibat wajah Nasharuddin Mat Isa mengiringi calon PAS bersama-sama pemimpin pakatan rakyat yang lain.

Kemanakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Itulah persoalan yang meniti di fikiran setiap orang di Manek Urai agaknya, peresoalan ini mungkin bukan datang dari penyokong PAS sahaja, malah dari penyokong UMNO juga tertanya-tanya…..

"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal", jawapan mudah dan bongkak Nik Aziz.

" Mengapa Najib tidak datang? Itu biasa sahaja", jawapan Hadi Awang

Bagaimana pun, ada juga khabar-khabar angin menyatakan Nik Aziz ada menyebut pasal perbincangan kerajaan perpaduan yang di sokong Nasharuddin. Nik Aziz mengeluarkan kata cadangan itu sudat mati, PAS bersatu padu dalam pakatan rakyat.

Nik Aziz terlalu berang apabila sebut cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno itu, kerana cadangan itu telah mencetuskan ketegangan dalam PAS apabila para pemimpinnya bercanggah pandangan mengenainya.

Persoalannya, siapakah yang mencetus idea kerajaan perpaduan ? Tidakkah cadangan itu pada mulanya dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang Hadi dan disokong oleh Nasharuddin ? Kenapa pulak Nik Aziz menghina keikhlasan Nasharuddin sehingga meminta beliau keluar dari PAS ?

Nampaknya memang sudah jelas kepala Tok Guru benar-benar telah dipengaruhi Anwar Al Juburi dan Lim Kit Siang DAP komunis atau mungkin telah menerima mandat dari Mentor dari Singapore Lee Kuan Yu.

“PAS jangan join sama UMNO kalau PAS mahu memerintah Malaysia” begitulah mungkin yang di pesan oleh mentor Singapore, agaknya lah..........

Tapi, apa yang paling kawan musykil, mengapa Hadi Awang melepas diri begitu sahaja ? sebagai orang yang mula-mula melempar batu, tidak sepatutnya menyembunyikan tangan sendiri.

Ini lah sifat-sifat munafik yang terserlah dari kedua-dua Tok Guru ini, kerana diri telah dikuasai nafsu yang memuncak untuk berkuasa, pandangan-pandangan yang baik untuk membangunkan umat Melayu Islam dihumban jauh-jauh.

Kasihan Nasha, terpinggir begitu sahaja, segala perjuangan bersama PAS selama ini langsung tidak di pandang kerana sikap tamak dan munfik sebahagian besar pemimpin-pemimpin yang ada dalam PAS.

Kawan rasa, orang yang mempunyai keikhlasan untuk kepetingan umat Melayu Islam seperti Nasha ini perlu melangkah bersama UMNO, berjuang bersama UMNO........




4 comments:

  1. Salam Ziarah,

    "PAS jgn join sama UMNO klu KITA mau sama-sama memerintah Malaysia" agaknya yg dipesan mentor singapore :)

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz ni makin bongkak dan sombong sejak berkawan ngan DAP & PKR.

    ReplyDelete
  3. Begitulah perangan orang PAS........ kalau tak kena dengan juz, dihentamlah. Orang tua yang tak ada fikiran, dia ingat dia kuat sbb dah pegang MB 18 tahun. Sikit masa lagi kena tarikhlah jawatan tu.

    ReplyDelete
  4. Salam Bro

    Nak kata apa..Nik Aziz ni boleh berkawan dengan syaitan..boleh mencarut sebab ALLAH pun mencarut dia cuba nak sama kan diri dia dengan ALLAH dan saya tak rasa ALLAH mencarut sebab yang baik2 semuanya dari ALLAH...Haram berkawan dengan UMNO tapi halal berkawan dengan DAP kafir harbi..Bila agaknya dia nak sedar dah macam orang lalok dadah...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..