Friday, July 17, 2009

MANOHARAN – baru sedar berada dalam sebuah Negara yang berbudaya Melayu

ADUN DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan dua hari lepas telah meminta maaf berhubung kenyataannya yang mempertikaikan pemakaian songkok dan mahukan bukan Melayu diberikan status bumiputera.

Manoharan juga bersungguh-sungguh mengakui tidak pernah menyoal hak-hak orang Melayu seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan maaf Manoharan ekoran sikap kurang senangnya melihat Speaker DUN itu dari parti DAP, Teng Chang Khim memakai songkok semasa menjalankan tugasnya. Manoharan juga tidak berapa gembira dengan pemakaian songkok, kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan berbeza.

Manoharan juga didakwa menuntut supaya kerajaan memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini yang lahir selepas 31 Ogos 1957 selaras dengan usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Baguslah kalau Manoharan sudah sedar di mana bumi dipijak dan langit dijunjung, mungkin juga Manoharan dapat pengajaran ini semasa berada dalam tahanan ISA dulu.

Bagi kawan, Manoharan perlu berbuat sesuatu untuk memberitahu pendokong-pendokong HINDRAF yang diharamkan Kerajaan agar mereka faham di mana kedudukan sebenar kaum India di Malaysia.

Kaum India di ikhtiraf sebagai Warganegara Malaysia, yang diberi hak-hak keistimewaan sebagai seorang warganegara tetapi tidak perlu mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

Manoharan bertanggungjawab menjernihkan semula pandangan keruh kaum-kaum India HINDRAF terhadap kaum Melayu dan Bumiputera.

Yang peliknya ada orang Melayu yang tidak menerima hakikat dia bangsa Melayu, mempertikaikan hak-hak Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerana hendak menjaga kepentingan politik, kerana nafsu sudah memuncak hendak berkuasa sanggup menjadi pengkhianat bangsa sendiri.

Contohnya, Mursydul Am PAS Tok Guru Nik Aziz mendakwa UMNO sebuah parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kebangsaan atau bangsa sebagai landasan parti. PAS memperjuangkan Islam, bukan bangsa Melayu, hidup sama rata antara kaum, TIADA hak-hak istimewa kaum atau bumiputera.

Kalau begitu, PAS bukan bangsa Melayu Islam, PAS adalah bangsa PAS Islam, sebab itu pendukung-pedukung PAS dan PKR bersungguh-sungguh hendak menghapuskan hak-hak orang Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Puak-puak PAS dan PKR ini sudah lupa daratan, mereka sudah lupa bahawa dengan adanya hak-hak keistimewaan inilah kesemua cerdik pandai PAS dan PKR berjaya dalam hidup.

DAP yang menjadi idola dan sahabat baik Nik Aziz dan PAS Kelantan hanya menggula-gulakan PAS semata-mata untuk memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Perak sahaja. DAP tahu mereka mustahil akan memerintah Malaysia, tetapi cukup untuk beberapa negeri di Malaysia yang mempunyai majority kaum Cina dan India sahaja,

Matlamat DAP akan menjadikan negeri-negeri tersebut seperti Negara Singapura kalau orang-orang Melayu dan Bumiputera sudah lupa dan berpecah. Kita lihat sahaja bagaimana Kerajaan Singapura melayani kaum Melayu di Singapura.

Itulah sikap kemurahan hati pemimpin-pemimpin Melayu kepada PAP pada waktu itu, menguasai Pulau Pinang dan Singapura, sekarang PAP di Pulau Pinang bertukar kepada DAP, nama sahaja bertukar etapi idealogi masih sama.

Kita lihat sahaja sekarang, bagaimana DAP memerintah Pulau Pinang yang dibantu oleh PAS dan PKR. Mereka langsung tidak menghurmati Undang-Undang Negara, bagi mereka, undang-undang hanya untuk rakyat, bukan untuk pemerintah kerajaan.

Inilah yang menjadi idola PAS dan Nik Aziz, PKR dan Anwar Al Juburi, mereka mempersendakan idea kerajaan perpaduan UMNO dengan PAS, mereka lebih yakin DAP komunis membantu mereka untuk berkuasa.

Apakah saudara-saudara Melayu Islam di Malaysia yakin DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera kalau pakatan rakyat memerintah Negara ?

DAP akan jadikan Malaysia serupa Singapura, bagaimana Lee Kuan Yu memperdaya kaum Melayu di Singapura ketika mula-mula di republikkan. Lee Kuan Yu melantik orang Melayu sebagai Presiden, tetapi sekarang ke mana kedudukan orang Melayu di Singapura ?

Berapa kerat orang Melayu menjadi ketua-ketua kerajaan Singapura ?

Saudara-saudara ku seagama dan sebangsa yang berselingkuh dengan PAS dan PKR wajib memberi nasihat kepada kepimpinan mereka, kalau tidak saudara-saudara wajib juga meninggalkan parti PAS dan PKR yang sudah terlalu jauh tersimpang perjuangannya……….



4 comments:

  1. Terima kaseh sdr yang gambi kerana sudi mengikuti blog saya.Setuju sangat saya dengan kata-kata sdr tentang manoharan dan puak-puak yang tak sedar dek untung terutamanya saudara kita sendiri yang tergamak menjadi talibarut untuk menjayakan matlamat yang songsang.

    Puak tersebut sebenarnya merupakan minoriti didalam masyarakat Malaysia ini tetapi disebabkan ada dikalangan saudara mara kita sendiri yang memberikan dokongan, maka mereka berjaya meletakkan diri sebagai pemimpin dan cuba memaksakan diri mereka keatas kelompok majoriti. Bukankah ini merupakan satu kesalahan dan menyongsang dari fitrah dan ingatlah bahawa apabila dunia ini diperlakukan songsang maka itulah tandanya kemurkaan Allah akan menimpa kita semua. Beringatlah kita dan marilah berjihad agar kita yang majoriti ditanahair bertuah ini tidak terhapus dek kedurjanaan golongan minoriti yang mempergunakan saudara-saudara kita yang gelap mata hati dek kerana nafsu dan kepuasan duniawi.

    ReplyDelete
  2. DAH DEKAT SANGAT DAH DIA NAK MASUK MIC TU ATAU PPP. PG BAI CHANCE DULU. TIDAK TERUK HINDU NI.

    ReplyDelete
  3. salam

    manoharan ni jangan percaya caka berbelit dia tu... esok entah apa pulak dia nak belit...

    dia dapat nasihat ari pakar nasihat politik dia tulah sebab takut pengundi melayu kawasan dia tak undi dia sebab tu dia pusing 180 darjah tu...

    belit punya orang

    ReplyDelete
  4. Terima kasih komen bro,

    Dia orang ada ilmu, tahu undang-undang, dia tahu hak dia sampai kemana.........

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..