Thursday, July 16, 2009

Kerajaan PR Selangor - SPRM serbu pejabat 2 tokoh DAP, Khir Toyo digantung

Lim Kit Siang begitu lantangdan bersemangat mengkritik kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak pengamal rasuah, Najib dalam 100 hari pemerintahan gagal menghapuskan serta tiada usaha-usaha untuk membenteras gejala rasuah.

Nampaknya Kit Siang sudah terlalu kesiangan bangkit dari tidur untuk mengawal ADUN-ADUN DAP di Selangor ari terlibat dengan rasuah. Ibarat pepatah baru Malaysian Malaysia (idea Kit Siang) “ Tungau di jubur ayam boleh nampak, tungau di jubur gajah, depan mata pun tak nampak “.

Apa sudah jadi dengan DAP di Selangor ?

Petang semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN.

Lima pegawai SPRM berada di bilik Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru dan kilang haram, selama 15 minit di bangunan sekretariat kerajaan Selangor dan sebelum itu tiga pegawai SPRM menyerbu bilik gerakannya di Seri Kembangan mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut diserbu SPRM.

Itulah, kata dulang paku serpih, mengata orang DAP yang lebih-lebih……….

Ini pulak, kisah tindak tanduk kerajaan pakatan rakyatdi Selangor, seperti pepatah kata “ kaduk naik junjung “

Petang semalam juga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul menggantung ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri persidangan selama setahun, berkuatkuasa serta merta.

Usul untuk menggantung Khir selama setahun tanpa elaun dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN (JKHK). Ia ekoran kegagalan Khir menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).

Jawatankuasa itu juga mencadangkan supaya empat lagi ADUN BN digantung dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina SELCAT di media.

Itulah yang dikatakan “ kaduk naik junjung “ atau “ beruk dapat bunga “, bukannya tahu hendak buat apa-apa. Kerja yang dia tahu Cuma hendak menjahanamkan sahaja.

Apa tidaknya, sepatutnya ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Kerajaan Selangor lebih banyak membincang serta membahaskan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada rakayat di siding Dewan, ini tidak, kerja mereka hanya untuk mencari kesalahan-kesalahan orang lain, kerja mereka hanya untuk membalas dendam sahaja…………. Apa boleh buat ye………… rakyat Selangor yang pilih mereka…….

Perangai ADUN-ADUN pakatan rakyat ini, lebih kurang sama dengan perangai penyokong-penyokong PAS di tempat kawan. Lepas je berjemaah solat maghrib, sementara nak menunggu waktu isyak, kerja mereka dalam Masjid asyik umpat keji, memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan orang-orang UMNO, itulah kerja mereka dalam Masjid………..

LU PIKIR LAH SENDIRI……………………………………
























5 comments:

  1. Salam,

    Muka pon mcm samseng xbleh blah btul.

    ReplyDelete
  2. Memang pun Adun PR tunggu peluang nak gantung pembangkang.Pas ni selama setahun takde pengacau dalam dewan,nanti bolehlah diaorang buat suka hati nak lulus apapun.Rakyat kenalah nilai balik kerajan yang mereka pilih ni nak buat keja ke nak balas dendam......

    ReplyDelete
  3. Biasa laa mereka bersuara dahulu sewaktu belum berkuasa..tetapi bila dah berkuasa mereka gelap mata dan dalam pemikiran mereka masa nie laa nak sebab sebab masa pru13 nanti mereka akan terlungkup...sebab tu lah nizar kat perak tu dok meroyan sakan sebab kocek dia dan nga bersaudara tu belum penuh lagik..

    ReplyDelete
  4. Khalid PKR...Pakar Tipu Rakyat...apalah agaknya perasaan dia tnkk melayu diperkotak katik di DUN Selangor..pas 2 mintak tolong nak guna wang baitumal...tukat nama Baitumal kepada BYE 2 MELAYU....BAITUMEL..

    ReplyDelete
  5. ooi tuan gambi....
    nilah masa yang ditunggu tunggu oleh PKR,PAS n DAP
    mereka boleh buat apa yang terlintas dihati mereka...dunia selangor mereka punya...
    kerakusan PKR n DAP dan di sokong oleh parti islam menghalalkan apa perkara sekali pun dengan angguk dan tiada ngeleng...
    ini disebabkan BN dah tiada dalam dewan dan tiada yang tukang larang...
    Tuan Gambi tengoklah dalam sebulan dua ni kandang babi akan bertambah...mintak mintak jauh dari Allah janganlah dibina kandang babi di sebelah pagar Masjid sudah lah....
    PKR,DAP n PAS pemusnah negara....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..