Tindakan rejim pakatan rakyat ini, berlaku bukan sahaja di Negeri Selangor, malah sebelum ini kezaliman terhadap kanak-kanak tabika berlaku juga di Kedah dan Pulau Pinang. Perkara yang sama juga berlaku semasa PAS menguasai Kerajaan Trengganu 1999 – 2004.
Tak salah kalau dikatakan, cara tindakan pakatan rakyat ini lebih kurang ala rejim Israil terhadap kanak-kanak Plastin……………………..
Kerajaan UMNO/BN tidak pernah bertindak menganinya kanak-kanak dari segi pendidikan, berapa banyak kelas-kelas tabika PASTI anjuran PAS yang bercambah di negeri-negeri yang di kuasai UMNO/BN. Berapa banyak bangunan-bangunan PASTI yang berada di atas tanah-tanah KerajaanUMNO/BN ?
Kepimpinan UMNO/BN sama ada di peringkat tinggi mahu pun setempat tidak akan tergamak mengambil tindakan drastic semacam itu, kerana mereka berpandangan luas untuk memberi didikan kepada anak-anak bangsa dan agama.
Kepimpinan UMNO/BN bukannya tidak tahu apa yang diajarkan kepada kanak-kanak PASTI, kanak-kanak pasti didakyahkan oleh PAS untuk membenci UMNO, membenci kepimpinan serta penyokong-penyokong UMNO. Kepimpinan UMNO/BN tahu, walau pun anak-anak penyokong-penyokong PAS di asuh pebelajaran-pembelajaran begitu, namum, UMNO/BN tidak sekejam itu menganianya kanak-kanak.
Apa yang sebenarnya ada dalam pemikiran pemimpin-pemimpin pakatan rakyat ?
Mereka sebenarnya curiga dengan sistem pendidikan yang dijalankan oleh KEMAS, mereka bimbang anak-anak yang mendapat pendidikan KEMAS akan melakukan perkara yang sama macam mereka buat kepada anak-anak yang belajar di PASTI
PAS telah menyongsangkan pemikiran anak-anak di PASTI, maka bayangan itu juga telah menghantui mereka untuk menyekat KEMAS dari meneruskan anak-anak belajar di bangunan-bangunan tabika yang sedia ada. Tidakan mereka ini samalah macam komunis PKM menganianya rakyat di zaman darurat dulu.
PAS, PKR, DAP lebih mementingkan kuasa daripada memberi rakyat hidup selesa tanpa di gangu gugat, kalau hendak di kira berapa banyak pusat-pusat pendidikan anjuran PAS sama ada dari peringkat tabika, menengah hingga ke IPT, semuanya dapat berjalan dengan aman tenteram, malah kerajaan UMNO/BN tetap juga menyalurkan bantuan supaya anak-anak dapat menikmati sebagaimana di sekolah-sekolah Kerajaan.
UMNO/BN sering menerima tuduhan zalim, tetapi berapa ramai tenaga pengajar di sekolah-sekolah yang terang-terang menyeleweng dalam tugas, jadi barua-barua pembangkang menghasut pelajar dan ibubapa di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi yang di singkir.
Orang Melayu perlu sedar, bagaimana nanti kalau mereka ini memerintah Negara, ini baru beberapa buah negeri sahaja yang mereka berkuasa telah menunjukkan sikap liar, ganas dan kurang ajar terhadap anak-anak bangsa Melayu Islam.
Inilah dikatakan Pemimpin Pilihan Rakyat...yang Inginkan anak2nya mundur dalam semua bidang...bangsa lain ke menara gading..bangsa sendiri..menagih di Negara sendiri nanti..Belum terlambat lagi wahai bangsaku..Marilah bersama kita perjuangkan agama, bangsa dan Negara kita yang tercinta ini dari dijajah oleh Petualang Perosak Negara...
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=vX9cv9phRUE
ReplyDeleteMaha zalim.........
ReplyDelete