Ni kawan paste dari blog pro pembangkang: suwari timur
2009/07/30
ALTANTUYA MANOHARA:POLITIK MEDIA UMNO TAKKAN PERNAH HABIS
umno sangat bijak berpolitik dengan bantuan media mereka segala sudut kehidupan rakyat dan persaudaraan serta kerjasama dijadikannya sebagai bahan tawar menawar politik.
ucapan nik aziz yang seringkali membuat kejutan menjadi lauk untuk umno dan pengampunya memutarkan fakta untuk mendapat kelebihan dari bahasa nik aziz yang tinggi sastera itu untuk kepentingan politik mereka, walhal cara sedemikian sangatlah tidak etika sehingga membuat media mereka terutama utusan meminta maaf dengan artikel mereka,
dengan kenyataan meminta maaf itu kalau tujuannya untuk menunjukkan bahawa mereka telus dan bertanggung jawab adalah nihillah hasil kerja mereka. karena permintaan maaf itu juga menunjukkan bahawa mereka seringkali memutar belit fakta dan menipu dan membuat halayak tahu apa dan siapa utusan itu sebenarnya.
apapun terimakasih kepada utusan yang berani mengambil resiko meminta maaf walaupun boleh dikata mereka berbuat itu untuk tidak disaman.
Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT at 08:35
Komen : UMNO bukan tawar menawar politik mengenai kehidupan rakyat terutama kaum Melayu-Bumiputera, persaudara serta kerjasama seperti yang ditulis. UMNO sejak sebelum dan selepas merdeka lagi telah memperjuangkan perkara ini untuk kesejahteraan rakyat.
UMNO sebagai kerajaan yang memerintah, wajib memastikan semua perkara-perkara yang menjadikan rakyat dan Negara makmur. Tidak timbul soal tawar menawar dalam perkara ini, bukan macam PAS-pakatan rompak yang menjanjikan syurga kepada pengundi-pengundi, sedangkan syurga itu bukan hak Nik Aziz atau PAS, syurga itu hak ALLAH yang menentukanNya.
Oleh kerana PAS-pakatan rompak telah mengaburi mata rakyat dengan putarbelit agama, maka UMNO-BN terpaksa mencelikkan rakyat betapa pentingnya suasana kehidupan yang harmoni bagi memertabatkan bangsa dan agama.
UMNO-BN sentiasa mengingatkan rakyat betapa pentingnya hubungan pwersaudaraan antara kaum, apalagi umat Melayu Islam, sesungguhnya perpecahan umat Melayu yang ketara menyebabkan orang lain mengambil kesempatan berkuasa.
PAS-pakatan rompak terlalu berleluasa menghasut umat Melayu sehingga berlaku perpecahan, benci membenci sesama Islam, mengkafirkan UMNO dan berbagai-bagai fitnah. PAS-pakatan rompak menggunakan agama Islam sebagai landasan menyelewengkan pemikiran umat Melayu Islam di
Nik Aziz, terkenal dengan pangilan Tuan Guru, seharusnya bijak menggunakan lidah sesuai dengan gelaran tuan guru, sebagai Mursydul Am PAS, Nik Aziz sepatutnya lebih menggunakan akal dalam membuat sebarang ungkapan.
Nik Aziz mengenepikan ilmu yang ada pada dirinya semata-mata untuk kepentingan politik, UMNO dilebelkan sebuah parti ajaran sesat jika dibandingkan DAP yang terus terang menentang kewujudan sebuah Negara Islam.
Alangkah malangnya, manusia yang bergelar tuan guru seperti yang di dakwa penulis blog suwari timur mempunyai ketinggian bahasa sastera, telah mempergunakan bahasa sasteranya untuk menghina umat Islam lain…..
Penulis blog ini lebih tidak beretika, kalau keikhlasan media Utusan
Mujurlah ramai pejuang-pejuang bangsa, negara dan agama dalam UMNO-BN cepat sedar dan menggunakan media IT untuk membenteras penyelewengan sibaran dari pengkhianat bangsa, agama dan negara di media IT, inilah yang membuat puak-puak pengkhianat ini cemas dengan penipuan mereka kepada rakyat.
PAS-pakatan rompak sudah lama menggunkan saluran media IT untuk menghasut rakyat, terutama golongan muda berpendidikan, dengan itu UMNO-BN juga mesti menggunakan sepenuhnya untuk menangkis dakyah-dakyah komunis dari PAS-pakatan rompak ini……
DEMI MENEGAK KEBENARAN
SELAMAT BERJUANG SAHABAT-SAHABAT BLOG PENDUKUNG UMNO-BN
yup..ingat protokol zionis bro..la ni nampaknya macam tu lah..
ReplyDelete