Sunday, July 5, 2009

Pas-anjur konsert maksiat juga untuk tarik pengundi muda di Manek Urai

Betullah orang tua-tua kata, kalau kita selalu menghina, mencemuh, memfitnah orang lain, semua ayang kita lakukan berbalik kepada kita semula.


Peribahasa Melayu juga ada menyebut, “ Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri “


PAS terlalu terdesak untuk meraih pengundi-pengundi PRK Manek Urai telah memecah tradisinya apabila Urusetia Penerangan PAS Kelantan menganjurkan Konsert hiburan alternatif yang diadakan di Padang Majlis Daerah Kuala Krai malam tadi turut menampilkan penyanyi rock, Ringgo yang juga bekas vokalis kumpulan Arrow. Turut menghiburkan penduduk setempat ialah Johan Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan dan pendikir terkenal, Megat Nordin.


Apa kata, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Dr. Mohamed Fadzli Hassan, “konsert itu diadakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai bahawa Islam membenarkan hiburan tetapi mesti dalam batas-batas tertentu”.


Itulah perkataan munafik dari seorang manusia yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan PAS.

Kalau sebelum ini, PAS dengan sikap tegasnya menentang sebarang bentuk hiburan, bagaimana tindakan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan membantah setiap kali ada anjuran konsert dalam Negara.

Tok Guru Nik Aziz begitu tegas mengharamkan anjuran berbentuk hiburan termasuk hiburan tradisional seperti Dikir Barat, Mak Yong, Wayang Kulit dan macam-macam lagi, sehinggakan peyertaan kaum wanita dalam musabaqah Al Quran pun Nik Aziz kata haram…………… alasannya suara wanita adalah aurat.

Pelik weh kawan...................

Kalau sudah konsert tersebut diadakan di tengah padang, pada waktu malam, bercampur pengunjung lelaki dan perempuan, konsert itu tidak jauh berbeza dengan program hiburan lain.

Apakah Tok Guru Nik Aziz yakin tidak ada berlakunya maksiat dalam konsert tersebut ?

Kalau Nik Aziz selalu melebelkan parti sekular kerana UMNO menolak Islam, UMNO suka kepada perkara-perkara berbentuk hiburaan yang melalaikan umat, mengundang ke arah kerja-kerja maksiat.


Lo ni macam mane Tok Guru ?


Begitulah kesudahannya apa agama dan Islam dijadikan tunggangan untuk kepentingan politik PAS. Memperdaya umat Melayu Islam dengan cirri-ciri agama untuk kepentingan nafsu sendiri, tidak salah kalau kawan ibaratkan pemimpin-pemimpin PAS ini lebih kurang sahaja dengan AYAH PIN, manusia yang mempergunakan agama untuk memenuhi nafsu serakah sendiri.


Tidak salah kalau kawan katakan sekali lagi PAS sama juga dengan ajaran sesat AYAH PIN………











6 comments:

  1. oo.. ada juga konsert ya... tak taulah nak kata apa..

    ReplyDelete
  2. konsert?konsert dan persembahan di kelantan mungkin dalam batas2 tertentu. Tetapi disebaik konsert?maksiat yang tidak nmpak mungkin wujud terutama selepas selesai konsert tersebut

    ReplyDelete
  3. Terima kasih komen anda,

    Maksiat ini sebenarnya di mana-mana sahaja, selagi sipelakunya berkeinginan melakukannya, waima di dalam kawasan masjid sekali pun....
    Kawan cuma nak menjelaskan, kita jaga terlalu takbur menegur sesuatu perkara yang kita tidak suka kepada orang lain,akhirnya akan kembali kepada diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah,

    fuh dkt2 PRK ni tak cukup dgn wayang ditambah pula dgn konsert, makin cerah la cam ni, knp BN msh tido lg?

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum, salam kenal dari jauh datang berkunjung di blog kawan....

    ReplyDelete
  6. "Betullah orang tua-tua kata, kalau kita selalu menghina, mencemuh, memfitnah orang lain, semua ayang kita lakukan berbalik kepada kita semula.

    Peribahasa Melayu juga ada menyebut, “ Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri “.

    Elok juga sekiranya YANG GAMBI dapat merenung kembali apa yang terpapar dalam laman blog kelolaan YANG GAMBI ini dan lihat perkaitan dengan apa yang YANG GAMBI ungkapkan, sebagaimana saya petik di atas.

    Saya berpandangan bahawa banyak baiknya kita mengingatkan orang lain akan perlakuan mereka, namun lebih baik jika kita sendiri tidak melakukan apa yang bercanggah.

    Namun sebagai manusia, kita tidak akan lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Lalu apabila ada teguran, wajar kita perhati dengan teliti supaya kita dapat memperbaiki perlakuan kita.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..