Saturday, July 25, 2009

Selalunya jadi mangsa, kini gilirannya pula maut

SHAH ALAM: Dua beradik maut apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini, semalam. Dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu memecahkan cermin kiri Mercedes-Benz wanita berkenaan dan melarikan beg tangan mangsa ketika kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, mangsa bertindak nekad mengejar peragut terbabit dan ketika cuba melarikan diri, motosikal dua beradik itu merempuh belakang sebuah teksi di persimpangan Jalan Batu Tiga Lama.
Abang peragut, cedera parah selepas terperos
ok di bawah teksi dan meninggal dunia setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Adik peragut, terbabit pula terpelanting dan cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang serta badan berlumuran darah, tetapi rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kemalangan.

Begitulah hakikatnya, kalau selama ini kita sering didedahkan dengan mangsa ragut sering menjadi korban, kebanyakan mangsa juga adalah wanita. Kali ini 2 peragut telah maut, seorang wanita yang menjadi mangsa bertindak berani menghambat peragut.

Inilah bandingannya, bila kita hayati, bagaimana selama ini Kerajaan serta kepimpinan UMNO-BN sering menjadi mangsa, kecaman, fitnah, tomahan liar dari pembangkang.

UMNO-BN sentiasa menjadi korban setiap isu yang dilakukan oleh pembangkang sendiri, contohnya :

Teoh - mendiang mati selepas disoalsiasat oleh SPRM, DAP, PKR dan PAS tanpa segan silu menuduh UMNO-BN penyebab kematian.

Pakatan rakyat menghasut rakyat, terutama kaum Cina berhimpun membantah kematian Teoh seolah-olah UMNO-BN yang melakukan jenayah.

Pada hakikatnya, adalah tidak mustahil samseng-samseng pakatan rakyat yang berkepentingan telah melakukan jenayah ini untuk menghapuskan bukti kejahatan mereka.

Sikap UMNO-BN hanya menerima tuduhan, dan menyerahkan kepada siasatan pihak yang bertanggungjawab.

Anwar Al Juburi vs Saiful Bahari - UMNO-BN juga dijadikan mangsa pakatan rakyat untuk bahan ceramah menipu rakyat, UMNO-BN dituduh merancang menjatuhkan Anwar Al Juburi dalam kes liwatnya.

UMNO-BN menjadi mangsa pakatan rakyat.

Anwar Al Juburi, mengadakan road show memukau masyarakat kampung menafikan perbuatan mungkar yang dilakukannya.

ISA (Internal Security Action) – Pakatan rakyat memainkan peranan utama mempengaruhi rakyat betapa kejamnya ISA, merancang berhimpun besar-besaran untuk membantah ISA.

Nik Aziz membuat fatwa ISA lebih teruk dari haiwan.

UMNO-BN juga jadi mangsa maki hamun mereka.

Mereka bukan tidak tahu betapa pentingnya ISA menjadi undang-undang Negara, dengan ISA juga Negara dalam keadaan tenteram, rakyat tidak merasa cemas.

Mungkin, andainya pakatan rakyat memerintah Negara, ISA akan dimansuhkan, tetapi untuk menjaga kuasa, mereka mungkin akan menggantikan dengan undang-undang yang lebih teruk dari ISA. Mungkin juga samseng-samseng yang ada dalam kerajaan pakatan rakyat Selangor di beri kuasa bertindak pengacau-pengacau kuasa mereka, macam komunis………

Nizar pegang lilin – Media dan UMNO-BN dipersalahkan dengan dakwan membuat fitnah, sedangkan jelas dan terang dalam gambar bahawa Nizar menyertai upacara tafakur dengan memegang lili mengikut adapt agama kristian.

UMNO kafir/ajaran sesat - PAS mendakwa UMNO kafir kerana berkawan dengan orang-orang kafir untuk memerintah Negara, yang jelasnya PAS lah lebih kafir kerana bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

UMNO dikatakan ajaran sesat apabila memperjuangakan bangsa, tetapi yang amat jelas, PAS lebih sesat kerana mempermainkan agama untuk menipu umat Islam, PAS menjadi pengkhianat kerana sanggup menghapuskan hak-hak orang Melayu Islam kerana hendak berkuasa.

Pendeknya, kesemua perbuatan yang dilakukan pembangkan, dibebankan ke atas bahu UMNO-BN. Begitulah licik, kejamnya perbuatan peragut-peragut kepada mangsa-mangsa mereka.

Dan adalah tidak mustahil penjenayah, penipu dan pembelit ini akan menerima nasib yang sama dengan 2 peragut tersebut sebagai balasan dari Allah di atas perbuatan mereka sendiri. InsyaAllah…….


4 comments:

  1. Salam,

    Sepandai-pandai tupai melompat, tak masuk olimpik juga.

    ReplyDelete
  2. betul tu yang gambi..UMNO/BN ni sabar dan tak pernah nak mengamuk tak tentu pasal bila dituduh..tak perlu susah bela diri kerana yang mengadili ialah rakyat..siapa pun tak simpati kepada 2 peragut itu yang telah meninggal dunia setelah melakukan jenayah. Peringatan kepada peragut-peragut yang lain..Doa rakyat jangan dipandang enteng..

    ReplyDelete
  3. Salam 1Malaysia yG,

    Pada pandangan saya sejak dulu lagipun macam itu lah... yang menjadi konspirasi Pakatan Pembangkang adalah BN/UMNO. UMNO dan BN lah sebenarnya menjadi mangsa kepada fitnah dan tipu daya pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih komen semua bro,

    Fitnah ke atas UMNO-BN sudah berlarutan turuntemurun dari PAS dan DAP...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..