Wednesday, July 1, 2009

MANEK URAI (siri 3)-'Bini puaka', 2 siswa UM ke mahkamah, 3 lagi sedang di cari Polis

Berita dari Malaysiakini melaporkan, gara-gara menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini dan Polis masih menjejaki tiga lagi suspek juga dari Universiti berkenaan.

Dua orang siswa yan didakwa ialah Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Polis juga dipercayai sedang mencari Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin serta dua lagi iaitu Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak. Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Rabu lalu, wanita pertama negara akan ke Majlis penutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Apa hendak di kata ?


Pro-pro pembangkang akan medakwa, pihak Polis, Mahkamah dan Kerajaan UMNO/BN kejam, zalim terhadap pelajar atau siswa, bertindak semborono tanpa memikirkan masa depan mereka-mereka yang terlibat.

Begitu ?

Sepatutnya, si dalang kepada pelajar-pelajar ini patut juga lebih berfikir, patutkah pelajar-pelajar yang sedang menuju untuk mencapai puncak gedung ilmu dididik dengan gejala-gejala liar seperti itu ?

Adalah lebih malang lagi pelajar-pelajar yang terlibat dikatakan dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bukan mudah bagi seseorang pelajar untuk menjejak kaki ke situ, kalau bukan mereka-mereka ini dari golongan pelajar yang bijak, cemerlang (kalau kurang cemerlng pun, di atas kuota Bumiputera) dalam peperiksaan.

Budaya liar dan ganas ini, bukan budaya orang Melayu atau pun Islam, mereka ini bukan sahaja cemerlang dari segi akademi, malah juga dari segi pendidikan Islam.

Apakah ini yang diajarkan atau diperturunkan oleh Tok-Tok Guru mereka ?

Adakah ini contoh model sebuah Kerajaan Islam tulin yang hendak dipertunjukan kepada rakyat Malaysia oleh PAS ?

Kalau benar sekali pun seperti yang didakwa oleh pelajar-pelajar terlibat, adalah tidak sepatutnya mereka bertindak seperti pengganas untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Bertindak seolah-olah Negara tidak mempunyai undang-undang lansung, dalam Islam juga ada batas-batas kemanusian dalam melaksanakan undang-undang.

Hanya peraturan dan undang-undang komunis sahaja yang bertindak seperti itu, komunis mengambil tindakan memadai dengan hanya mendengar dan disyaki sahaja sudah cukup untuk diambil tindakan dan terus dijatuhkan hukum tanpa perlu dibicarakan.

Kalau begitulah cara yang hendak dibawa oleh pelajar-pelajar ini, kenapa Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan kesalahan liwat dan Anwar tidak mahu mengaku, begitu juga dengan Mat Sabu yang pernah didakwa berkhalwat dengan isteri orang, juga tidak mahu mengaku, dan banyak lagi kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Mengapa mereka tidak mahu mengambil tindakan ?

Kesimpulanya, janganlah kita bertindak bodoh, dungu tanpa berfikiran waras kononnya untuk menegakkan kebenaran, mengorbankan masa depan diri di atas seruan jihad konon…………

Ibu bapa, janganlah biarkan anak-anak dijajah serta dipengaruhi pemikiran-pemikiran sebegini, jangan biarkan anak-anak dipergunakan oleh manusia-manusia yang hanya tahu untuk mendapatkan kuasa…….

Pengundi-pengundi di Manek Urai, perlu bijak untuk menolak manusia-manusia seperti ini….





4 comments:

  1. betul tu YG... hal-hal camni la dorang nak ambil kesempatan. Dengan sewenang-wenangnya mereka kata polis bertindak kejam terhadap Mahasiswa tu. Ee.. kalau yang bijak menilai, takkan berfikiran terpesong. tapi kalau jenis yang mudah terpengaruh dengan PEROGOL RAKYAT ni ... hancuslah negara kita. alamatnya negara tergadai.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah, sapa yg ajar pelajar jd kurang ajar ni?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas komen, orang kalau terlalu bernafsu nak berkuasa, golongan seperti inilah yang mudah untuk dipengaruhi.....

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Belum masa depan Malaysia, baru masa depan pelajar, lagi kesian kalau kena buang, kesian ibu bapa, Pembangkang makin suka boleh buat isu. Kurang ajar sungguh kesian budak2 yg rasa diri mereka besar sgt tuh.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..