Cerita dari akhbar :hmetro
KUALA LUMPUR: Hanya kerana menanggung beban hutang menimbun, dua pekerja syarikat sanggup merancang drama rompakan palsu kononnya dilakukan oleh ‘16 penjenayah halimunan’ yang didakwa merompak mereka sebelum melarikan wang syarikat berjumlah lebih RM100,000.
“Berikutan itu kedua-dua pekerja syarikat pengurup wang terbabit ditahan sebelum masing-masing mengaku merancang rompakan palsu itu untuk membayar hutang,” katanya.
Menurutnya, polis yang melakukan siasatan susulan menyerbu sebuah rumah milik saudara seorang daripada suspek di Pandan Indah, Ampang, menemui wang RM113,000 disembunyikan dalam rumah berkenaan.
Bagaimanapun lakonan kedua-dua ‘mangsa’ rompakan berkenaan tidak menjadi apabila polis berjaya membongkar penipuan itu sebelum memberkas kedua-dua penjenayah sebenar.
CERITA 2 - Kantoi di balai polis
Cerita dari akhbar :hmetro
GOMBAK: Lakonan seorang pemandu treler berusia 21 tahun memperdayakan polis dengan menyamar sebagai mangsa rompakan gagal apabila dia ditahan kerana dipercayai bertindak sebagai perancang utama ‘rompakan’ itu.
Bagaimanapun, Polis yang curiga dengan kenyataan ‘mangsa’ berikutan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian melakukan soal siasat terhadap pemandu treler itu.
Pemandu itu bekerjasama dengan empat suspek lain untuk mencuri besi itu sebelum dijual kepada kedai besi buruk dengan harga tinggi.
Pakatan jahat lelaki terbabit gagal mengelirukan pihak berkuasa apabila siasatan turut menemui beberapa petunjuk dia turut terbabit dalam kerja jahat itu.
CERITA 3 – ROMPAKAN KERAJAAN “PAKATAN ROMPAK SELANGOR”
Dicopypaste dari utusan
SPRM terima maklumat daripada blogger
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.
Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.
“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.
Antara lain, blog itu mendakwa seorang individu telah memperoleh sehingga 84 projek berlainan bernilai lebih RM200,000 secara rundingan terus bagi tahun 2008 di kawasan DUN Exco tersebut.
Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘truth for Teoh Beng Hock (kebenaran untuk Teoh Beng Hock)’ turut mendakwa mendiang telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil tersebut.
“Bagi menyelamatkan diri, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen, lengkap dengan nama syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan parti pembangkang dan Exco Selangor.
“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut yang disimpan di dalam cakera keras kepada seseorang,” dakwa blog itu lagi.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan beliau terlibat dalam aktiviti mengelapkan wang peruntukan pembangunan ADUN.
Katanya, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog hari ini adalah tidak berasas dan satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di Selangor.
“Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menjelaskan mungkin ada pihak tertentu yang mahu mengenakannya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Beng Hock.
Komen : Dari cerita 3, kawan berpendapat kerajaan “Pakatan Rakyat Selangor ("PAKATAN ROMPAK”) sama sahaja dengan watak-watak perompak dalam cerita 1 dan 2, Cuma bezanya perompak-perompak dari “pakatan rompak” ni lebih professional kerana telah di beri mandat oleh rakyat Selangor sendiri.
Apabila ada rakyat yang sedar di atas perbuatan jahat geng-geng “pakatan rompak” ini, maka perompak-perompak ini terpaksa membuat pengorban “kambing hitam” untuk menutup kejahatan mereka.
Begitulah dengan jayanya “PAKATAN ROMPAK” yang diketuai Anwar Al Juburi, gabungan DAP, PKR dan PAS mengaburi rakyat, semata-mata untuk merampas harta rakyat dalam Negara.
wah..ternyata banyak masalah juga di Malay ya.thanks infonya sister.
ReplyDelete