Thursday, July 23, 2009

KARTIKA-"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan”

(petikan dari kosmo) -Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.”

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.”

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.

Komen : Itulah gambaran keikhlasan dari seorang muslimah sejati, mengakui akan kekhilafan diri, sebagai hamba Allah.

Kalau dipandang dari zahirnya, Kartika adalah seorang model sambilan, bersuamikan seoarang rakyat Singapura dan menetap di Singapura selama 15 tahun. (Singapura, tidak ada Undang-Undang/Mahkamah syariah macam di Malaysia).

Pelbagai pihak mengkritik keputusan Mahkamah Syariah di Kuantan, Pahang mengenakan hukuman sebat ke atas Kartika, terutama dalam blog pro pembangkang PahangDaily. Kartika sebagai penganut agama Islam, beliau reda dengan hukuman sebat yang dikenakan.

Tetapi, ada seorang manusia yang berlagak warak, pandai berpidato perkara-perkara baik tentang soal agama, hukum-hukum Allah lebih teruk perangainya jika nak dibandingkan dengan Kartika…….

Perbuatan-perbuatan mungkarnya, walau pun sudah terbukti, tidak pernah hendak mengakui kekhilafan, malah menipu, memfitnah orang lain untuk menenggelamkan kemungkaran sendiri.

Macam-macam cara si liwat ni buat helah nak menanggohkan perbicaraan, peguambela pulak berpuluh-puluh yang di bawak ke Mahkamah.

Yang peliknya, ada pulak ulamak-ulamak, tok-tok guru menyokong untuka kepentingan politik….

Kalau benar Anwar Al Juburik mendakwa dia di konsprasi oleh Kerajaan UMNO-BN, mengapa Anwar Al Juburik sampai sekarang tidak berani bersumpah macam Saiful ?

Siapa saja buat kerja terkutuk seks luar tabie akan dilaknati Allah SWT dan pasti menerima pembalasanNya, kalau tidak didunia, tunggu sahaja di akhirat..

Hidup pelaku kerja terkutuk ini, tidak akan tenteram jika dia masih percayakan dan redha bahawa Allah itu Tuhannya, sama ada ianya satu ‘konspirasi’ atau tidak, hanya empunya diri itu sahaja yang tahu………




3 comments:

  1. SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: "Selepas Allah SWT mengarahkan orang Islam supaya berpegang dengan tali Allah SWT iaitu al-Quran al-Qarim dan jangan berpecah-belah lantas Allah menerangkan jalan dan cara untuk berpegang iaitu kesatuan dan juga pelaksanaan amar makruf nahi mungkar." Oleh yang demikian Allah SWT fardukannya dengan ayat di atas.

    Iktibar dan fiqh ayat:

    i. Kalimah lam (pada perkataan waltakum adalah lam perintah). Yakni hendaklah terdapat di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

    Ayat ini mengandungi perintah menyeru kepada kebaikan. Ditafsirkan oleh sebahagian ulama seperti berikut. Kalimah man di dalam ayat ini dinamakan litab'ngid ertinya untuk sebahagian.

    ReplyDelete
  2. SLM TUAN..KLU SEORANG YG BERANI MENGAKUI AKAN KESILAPAN DIRI TU ADALAH SEORANG WANITA..KNP ANUWAR SBG SEORG LELAKI BEGITU TAKUT NK MENGAKUI ATAU BERSUMPAH DI KHALAYAK RAMAI?..DIA LANGSUNG TAK RASA MALU KER??

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Semoga tindakan ini menjadi iktibar kpd semua

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..