Thursday, July 9, 2009

NIK AZIZ – UMNO ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Al Arqam


Semalam di Kg Chuchok Puteri, Manek Urai, Nik Aziz masih lagi menggunakan isu UMNO adalah ajaran sesat. Katanya, "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya. "Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," katanya.

Nik Aziz juga menggesa Umno menukar dasar “kebangsaan” yang diamalkan parti itu, kepada dasar Islam.

Kawan pun rasa keliru juga dengan kata-kata tok guru sorang ni, UMNO dikatakan sesat kerana menolak Islam, mengambil fahaman kebangsaan. Kenapa tok guru ini masih hendak mengelirukan umat ?

Tidak ke UMNO itu sebuat pertubuhan Parti Politik macam PAS juga. PAS mendaftarkan parti politik dengan meletak Islam pada namanya iaitu Parti Islam SeMalaysia, sebelum ini dengan nama Persatuan Islam Malaysia. Penjajah British meluluskan pendaftaran parti politik PAS walau pun meletakkan Islam.

Macam UMNO juga, mendaftar atas nama Pertubuhan Kebengsaan Melayu Bersatu, sebuah parti politik yang berjuang untuk memerdekakan Malaya, PAS juga menubuhkan parti politik supaya boleh bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi kerajaan di Malaysia.

PAS, walau pun sebuah parti yang meletakkan perkataan “Islam” pada nama parti, bukan bererti PAS tidak menolak Islam, PAS mengambil kesempatan atas perkataan Islam pada parti dan mempergunakan perkataan Islam itu untuk memutar belit umat Melayu Islam demi untuk berkuasa menjadi kerajaan dalam Negara. Itu saja matlamat PAS……….

UMNO tidak semestinya kerana tidak meletakkan perkataan ”Islam” dalam nama parti, bahawa UMNO telah menolak Islam. UMNO sebuah parti politik untuk di pilih oleh rakyat menjadi kerajaan dalam Malaysia.

Alhamdullilah, rakyat masih sayangkan UMNO, UMNO di pilih menerajui Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia. Apakah UMNO ketua kerajaan telah menolak Islam ?

Apakah rakyat tidak nampak UMNO/BN memperkembangkan dakyah Islam dalam Negara, tidak payahlah kawan nak sebut satu persatu, hanya orang yang sudah buta hati sahaja yang melebelka UMNO kafir menolak Islam.

Apakah UMNO selama ini melarang rakyatnya mengamalkan Islam, membudayakan Islam ? Berapa banyakkah pembangunan dari segi mental dan fizikal yang dilakukan untuk kemudahan umat Melayu Islam di Malaysia ?

Bagaimana dengan DAP ? tidakkah DAP memperjuangkan untuk kepentingan bagi kaum Cina sahaja ? tidakkah DAP secara terangdan nyata menentang kerajaan Islam di Malaysia ?

Bagaimana pulak dengan PKR ? apakah tok guru tidak sedar PKR pengamal secular ? PKR memperjuangkan hanya untuk kepentingan pemimpinnya Anwar…

Mengapa DAP dan PKR tidak dilebelkan sebuah parti ajaran sesat ? Malah tok guru jadikan DAP dan PKR sebagai sekutu untuk menumbangkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia ?

UMNO/BN telah menjadi kerajaan yang tidak pernah menyuruh rakyatnya khusus umat Islam menjalankan kemungkaran. Dengan itu UMNO/BN adalah sebuah kerajaan memerintah yang baik. Apa hukumnya bagi seoarang Islam menentang kerajaan yang memerintah ?

“Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian “ maksud dari surah an-Nisa' ayat 59.

Menurut ulama Salaf as-Soleh yang bersandarkan kepada dalil-dalil syara’, bahawa orang yang suka menghukum masuk neraka dan mengkafirkan pemerintah, mengkafirkan penyokong pemerintah tersebut dan mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar, kerana mereka (yang mudah mengkafirkan seperti itu) adalah golongan Khawarij dan Muktazilah.

“Jan
gan kamu memaki hamun para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki kepada mereka dan janganlah kamu membenci para pemimpin kamu. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkaranya (bertakwa dan bersabar) adalah dekat.” – Hadith diriwayatkan oleh Ibn Abi ‘Asim. Disohihkan oleh Nasruddin al-Albani.

“Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu…”

(al-Maidah: 9).

Rasulullah telah menjelaskan tanda-tanda khawarij :

"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang orang yang benar benar jelas kekafirannya)" - Hadith Riwayat Bukhari, Muslim

Terserahlah apa pandangan dari sahabat-sahabat kawan sebangsa, satu agama untuk memikirkannya. Kawan bukan menyalin maksud dari ayat-ayat Al Quran dan Hadis untuk kepentingan politik UMNO, tetapi untuk sama-sama kita ingat memperingati sesame Islam.

Pemimpin PAS mungkin berbuat begitu, PAS akan mencari ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang ada bersangkutan untuk kepentingan parti PAS. Itulah yang sedang dipergunakan oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai, sesungguhnya Allah akan tetap memberi pertunjuk, walau pun kadang kala terlalu lambat……….InsyaAllah…..

Mulai esok, kawan berehat menulis blog 2-3 hari, kerana ada arahan tugas dari bos besar di luar daerah. InsyaAllah, kawan akan jawab segala komen bro-bro selepas itu……..( arahan bos kena taat, kena amanah, selagi dia tidak menyuruh kepada jalan yang mungkar)



9 comments:

  1. Salam Ziarah......

    Tak habis-habis lagi tok guru kita seorang ni ye.Nak menyamakan UMNO sama dengan Komunis dengan ayah pin.Depa dah tak dak isu dok reka cipta macam-macam la bagi ada isu nak tawan hati pengundi.Yang penting BN pasti menang di Manek Urai........

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara. ambillah petikan hadis yang mana berkenaan. itupun saya ambil dr blogger lain juga.

    ReplyDelete
  3. salam bro...pas yg sebenarnya yang sesat..die tuduh2 umno sesat tu pun dah kire sesat coz menuduh tanpa bukti dan memfitnah...

    trime kasih bro coz support blog aku...thanks a lot...

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah,

    Oleh kerana kafir mengkafir sudah jilat kahak sendiri, maka sesat menyesatkan pula, nanti ayah Pin pun nak sepakat dengan PAS maka hilang pula sesat menyesat timbul yang baru pula.

    ReplyDelete
  5. Salam semua, terima kasih atas komen bro...

    Bersama kita menentang kebathilan dari manusia-manusia yang mehu melihat kehacuran umat Melayu Islam.

    Kebenaran terserlah, Negara cemerlang...

    ReplyDelete
  6. siapa yang tolak islam?masa zaman nabi..sape yg tolak islam...lu pikir sendiri la mamat wei..aku xnak sebut....

    ReplyDelete
  7. SLM BRO..WALLY SLIPOR SENDIRI DH KELIRU DGN DIA PUNYE FATWA. ADE TELOW PLAK NK SYIRIKKN ORG LAIN!. MMG DIA NI SATU ALIRAN DGN AYAH PIN DAN AL ARQAM DAHHH KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya, PAS nie sudah jauh sesat dalam terang. Penyokong2 mereka telah dbutakan, dipekakkan dan dibisukan. Tu la Islam cara Nik Najis. Di akhirat kelak terdapat 72 golongan. hanya 1 je golongan je yg masuk syurga. yang laen sesat.. jadi dikhuatiri PAS tergolong... minta diorg bertaubat. yang pelik nya, kalau la PAS terkinja2 nk mentadbir negara kenapa harus Anwar Aljuburi Ibn Munafikin yg harus jd perdana menteri? kenpa tidak dari kalangan ULAMAK? tp bukan nik najis la...wakaka...anwar bukan nyer ulamak...tapi alamakkk....pukimak... PAS sendiri tolak ISLAM.... ckp nak haramkan ARAK diselangor.... ITU YG REZEKI DIORG GILA@KAN gak... munafiq la tu.... MARI TOLAK DAP BANGSAT>>> KEADILAN BUSHSHITT>....PAS yg SESAT

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..