Monday, July 27, 2009

NAJIB-jangan jadi pembudaya fitnah dan beromongan jahat, guna kewarasan berfikir-MAHASISWA

Ahad, 26 Julai 2009

Dato’ Sri Najib Tun Razak telah melancarkan Kelab Damai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekali gus menutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam (ISCO) di Dewan Sri Budiman.

DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari) iaitu gabungan persatuan Islam di IPTA kini dianggotai 50 persatuan dengan kira-kira 15,000 orang ahli.

DAMAI dipimpin oleh Pengerusi Damai yang baru, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menggantikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, manakala Datuk Dr. Adham Baba dilantik sebagai timbalannya.

Kawan tertarik dengan beberapa ungkapan yang disampaikan oleh Najib pada kedua-dua majlis tersebut :

"Kita faham, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Namun tidak ada juga sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan.”

"Adalah menyedihkan jika ada di kalangan mahasiswa yang berpotensi mengetuai gerakan pelajar tetapi tidak tahu hendak menterjemahkan kepimpinan mereka supaya memberi manfaat kepada diri sendiri mahupun masyarakat keseluruhannya,"

"Pesanan saya, untuk menunjangi kepimpinan mahasiswa, segala inisiatif hendaklah relevan dengan zaman, maksudnya dari segi aktiviti dan program yang dijalankan mestilah mementingkan keperluan belia.”

"Janganlah kegiatan mahasiswa bersifat 'syok sendiri' dan lupa kepada asasnya iaitu membantu dan membimbing golongan muda untuk mencapai impian mereka,"

“Tindakan-tindakan yang tidak menguntungkan perlu dielakkan kerana ia akan mencemarkan gerakan mahasiswa sendiri.

“Damai dapat melahirkan pemimpin mengikut kaedah yang diamalkan Rasulullah yang menitikberatkan unsur tarbiyah dan disiplin.”

“Mahasiswa perlu memenuhi ilmu di dada dengan menjadi seorang pemimpin yang menguasai pelbagai bahasa dan pelbagai kemahiran kerana pada zaman sekarang, penguasaan minda adalah penentuan kepada kecemerlangan sesuatu bangsa.”

“golongan mahasiswa juga perlu menggunakan kewarasan berfikir dalam menapis maklumat berhubung sesuatu isu yang timbul di negara ini.”

“Perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran dan daya intelektual supaya mereka tidak terjerumus dalam budaya memfitnah.”

“Kerajaan mahu melihat kepimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur pemikirannya kerana ia merupakan input besar kepada kejayaan negara.”

“kerajaan akan sentiasa menyokong sebarang inisiatif untuk menggilap pemimpin-pemimpin baru bersandarkan landasan yang betul.

Komen : Dari ungkapan yang disampaikan oleh Najib, jelas bahwa golongan pemimpin pelajar IPTA perlu bijak menggunakan kesempatan yang ada bagi meningkatkan ilmu untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan. Kepimpinan mahasiswa perlu subur pemikiran dan berperinsip supaya tidak terjerumus dalam budaya memfitnah.

Ada sesetengah pemimpin mahasiswa, hanya berlagak dan omong kosong sahaja, pencapaian akademik tidak seberapa, asyik sibuk dengan berpolitik dan tahunya hanya menghentam kerajaan. Pemimpin mahasiswa seperti ini hanya tahu menyebarkan dakyah dan fitnah dikalangan pelajar-pelajar IPTA lain untuk menghuruharakan keadaan.

Golongan seperti ini sudah jauh lupa daratan, lupa tanggungjawab dan lupa amanah. Mereka seolah-olah tidak mahu berfikir bagaiman kerajaan mengorbankan peruntukan Negara yang begitu banyak untuk disalurkan kepada mereka, khusus dari Bumiputera.

Mereka lupa, bahawa kerajaan memberian biasiswa dan pinjaman untuk meneruskan pengajian di IPTA/IPTS semata-mata tidak mahu melihat anak-anak Melayu-Bumiputera keciciran dalam melalui era pembangunan yang berterusan.

Mereka sudah lupa, kerajaan mengwujudkan pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta semata-mata untuk memberi peluang kepada anak-anak Melayu-Bumiputera yang pencapaian akademik di tahap yang rendah.

Cuba mahasiswa ini renung dan berfikir, mengapa kerajaan mengwujudkan ITM (Institut Teknologi Mara) dan sekarang UiTM ? Mengapa kerajaan mengwujudkan Maktab Rendah Sain MARA ?

Ini semua adalah untuk memberi peluang pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera yang kurang cemerlang dalam keputusan SPM untuk meneruskan pengajian.

Mengapa kerajaan mengwujudkan kuota Bumiputera di IPTA ?

Mahasiswa perlu tahu, kalau tidak wujudnya kuota ini, berapa ramai pelajar-pelajar Bumiputera akan ketinggalan untuk bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Bumiputera. Walau pun kerajaan telah menyediakan semua kemudahan ini, masih terlalu jauh jurang perbezaan pencapaian akademik antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Kesimpulannya, kawan rasa, pemimpin-pemimpin Mahasiswa dan juga pelajar-pelajar sama ada di IPTA mahu pun IPTS perlu sedar dan perlu tahu tugas dan tanggungjawab mereka, memadailah hanya dengan memberi keputusan cemerlang dalam keputusan peperiksaan akademik sebagai membalas jasa pemimpin-pemimpin kerajaan yang berjuang untuk memertabatkan anak-anak Melayu-Bumiputera.

Elakkan dari sikap sombong, riak, takbur, rasa diri sudah bijakpandai serta mudah terpedaya dengan dakyah, hasutan politik tertentu yang hanya mahu melihat golongan muda Melayu-Bumiputera ketinggalan arus perjuagan. Cukup sudah dengan jumlah remaja Melayu-Bumiputera yang terjerumus dengan gejala dadah, social yang membimbangkan kerajaan, jangan di tambah lagi dengan kejahilan pelajar-pelajar di IPTA/IPTS……….

Tanggungjawab memastikan Negara terus maju dan kaum Melayu-Bumiputera terus bermartabat di hari mendatang terletak di bahu anda…………



9 comments:

  1. Salam,

    Dulu masa aku mula2 menjejakkan kaki ke IPT, mak aku pesan awai2 politik jgn masuk campur, ambil tahu takpe.

    ReplyDelete
  2. Kawan setuju dengan komen awak, ambik tahu adalah penting untuk panduan, bukan terlalu ambik tahu untuk mencemuh, menghasut orang lain......

    Bijak kita dalam akademik tidak bererti kita sudah melebihi orang lain dalam segala hal....

    ReplyDelete
  3. Rasanya peredaran masa tetap tidak akan mengurangkan pelajar-pelajar yang masih berfikiran sama seperti pelajar-pelajar 10 tahun 20 tahun yang lepas malah mungkin lebih teruk di tambah dengan adanya kemudahan internet. Ada yang terlampau ektrim dan ada yang terlampau terbuka. Ada yang merasa terlebih warak dan ada yang rasa semua yang ada di kampus, semua tak kena. Di tambah pula adanya gerakan-gerakan oleh pembangkang menganjurkan kem-kem atas nama motivasi pelajar tetapi bertujuan menyuntik jarum membenci kerajaan. Adakah mereka lupa hukum alam? Sekali kita buat pada orang 10 kali orang buat pada kita. Jangan ajar pelajar tidak bersyukur hanya kerana kepentingan parti kelak binasa pekerti.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Salam Ukhwah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Yang Gambi kerana sudi melawat blog saya.

    Pada pendapat saya Mahasiswa tidak perlu terlalu memfokuskan mengenai soal politik, kerana keutamaan mereka adalah menuntut ilmu.

    Biarlah soal politik ini diuruskan oleh mereka yang ahlinya. Tidak perlulah mahasiswa campur tangan. Saya bukan mahu mengata, namun ternyata kebanyakkan pemimpin pelajar ini bukanlah dari kalangan mereka yang cemerlang dalam akademiknya. Mereka hanya berada pada tahap sederhana.

    Pada pendapat saya juga tidak perlulah diadakan pilihanraya kampus, kerana ianya lebih membawa keburukan dari kebaikan. Mahasiswa ini apabila dilantik menjadi pemimpin, mereka perasan bahawa mereka adalah 'menteri' dalam Universiti.

    ReplyDelete
  5. MAHASISWA YANG OTAK TAK BERJALAN DAN BODOH SOMBONG INI CUMA YANG BERSEKONGKOL DENGAN PERSATUAN MAHASISWA ISLAM DI SEMUA UNIVERSITI DI MALAYSIA AJE. MAHASISWA LAIN OK. MEREKA INI OTAK JUMUD. BERKAWAN PUN DENGAN KUMPULANNYA SAHAJ. JENIS CERDIK TAK BOLEH DIIKUT BODOH TAK BOLEH DIAJAR. ITULAH YANG MERUGIKAN NEGARA DAN AGAMA SERTA BANGSA MELAYU

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sokongan PM dan AO dan terima kasih kerana sudi melawat blog kawan...

    ReplyDelete
  7. Salam 1Malaysia kawan,

    Sebelum tu saya nak katakan bahawa saya tertarik melihat foto-foto yang kawan letak kat navbar atas...tempat-tempat yang begitu menarik sekali..Endau Rompin.

    Syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Pahang kerana negeri anda Pahang Darul Makmur telah menghasilkan seorang pemimpin yang semakin maju, bergaya, cekap dan bijak untuk memimpin negara Malaysia ini.

    YAB Datuk Seri Mohd Najib, selepas 100 hari pentadbiran beliau, ternyata YAB PM adalah seorang yang paling sesuai untuk menggantikan bekas PM yang ke-5 dulu YABhg. Tun Dr. Mahathir.

    Saya berpendapat, jika Datuk Seri Najib yang terus dilantik oleh Tun Dr M bagi menggantikan tempat beliau sebaga PM, pasti keadaan politik di negara ini tidak akan jadi seperti sekarang yang setiap hari riuh-rendah dengan saman-menyaman...

    Apabila kerajaan pada awal tahun 2004 telah mengambil keputusan untuk membebaskan Anwar Ibrahim lebih awal dari jadual yang sebenar, tambahan lagi dengan tindakan khairy yang tergesa-gesa untuk mendapatkan passport antarabangsa Anwar bagi membolehkan dia pergi ke German, maka disitulah mulanya saya melihat kesilapan Tun M untuk memilih individu yang tidak sesuai ke jawatan PM.

    Bukan saya nak mengungkit, tetapi itulah hakikatnya. Siapa yang menjadi mangsa, tentu sekali rakyat. Namun saya bersyukur, walaupun banyak sudah perkara yang tidak disukai oleh rakyat telah berlaku sepanjang tempoh 5 tahun setelah Tun M bersara, kini saya sangat yakin keadaan akan kembali pulih semula dibawah kepimpinan yang mantap dan bertenaga YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

    Diharap Datuk Seri Najib juga akan dapat memimpin Malaysia lebih lama sama dengan Tun Dr M, 25 tahun begitu... percayalah, kita akan dapat menyaksikan banyak lagi kemajuan yang akan kita nikmati dibawah pentadbiran YAB Datuk Seri Najib.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    hanya mahasiswa Melayu saja yang sibuk dok demonstrasi...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih bro,

    Buat helbertmontell, terima kasih atas sokongan khusus untuk Dato' Sri Najib, PM kita. Kerana sering melakukan kesilapan ,maka orang Melayu terpaksa menuruti kehendak orang lain, tetapi itu memang sudah sifat-sifat Melayu tulin turun temurun, tidak lekang dari mengamalkan budi bicara, tidak pendendam...

    Melayu telah membuat kesilapan sejak zaman pemerintahan Kerajaan Melaka lagi, ada Melayu macam si kitol.

    Lepas tu semasa kemerdekaan, Melayu buat kesilapan juga bermurah hati dengan kontrak sosial.

    Era 60an, Melayu lagi sekali membuat kesilapan dengan melepaskan Singapura dan kesilapan seterusnya bila tahu 2004, murtad Melayu di bebaskan seperti yang tuan cakap...

    Harap-harap Melayu tidak akan buat silap lagi....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..