Friday, July 3, 2009

MANEK URAI (siri6)- Anak didik PAS kurang ajar di Universiti Malaya

Kawan pernah menulis bagaimana PAS mendidik, mengasuh anak-anak dari umur empat tahun melalui pusat-pusat asuhan kanak-kanakPASTI.

Kanak-kanak ini di asuh dengan sifat-sifat kebencian yang begitu kritikal kepada UMNO, Kerajaan UMNO, pemimpin UMNO dan seterus penyokong-penyokong UMNO. Boleh dikatakan tidak ada langsung kebaikan dan rasa kesaudraan yang di semai dalam jiwa kanak-kanak ini terhadap UMNO, semua digambarkan sebagai musuh-musuh Islam, lebih mudah kalau dikatakan lebih jijik daripada kandang babi.

Begitulah berjayanya PAS menjalankan dakyah bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Begitulah agaknya yang dikatakan menuju kepada ajaran sunnah dan Al Quran mengikut cara PAS.

Inilah dia hasil bimbingan PASTI kepada pelajar di Univesiti Malaya, pelajar yang telah diselewengkan pemikirannya sehingga lupa diri di mana dan memgapa dia datang untuk belajar di sebuah institusi pengajian tinggi.

Mahasiswa bernama Shazni Mohd Ithnin, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang di cari Polis bagi membantu siasatan kes dakwaan menconteng dan cubaan membakar di sebuah Dewan Unversiti Malaya.

Mahasiswa yang diharapkan menjadi aset negara begitu angkuh dan kurang ajar menentang undang-undang negara tanpa berfikir, tidak sepadan dengan kedudukkannya seorang pelajar sebuah Uiversiti.

Sikap kurang Shazni terserlah bila mempersoalkan tanggungjawab Polis bila dia berkata, "Saya nak tanya pihak polis, atas alasan apa untuk terus-terusan mencari saya sebagai suspek? Sebab saya konsisten menentang kerajaankah ?

"Atau sebab saya ini presiden PMIUM dan mereka yang dituduh ahli PMIUM? Macama tu ke? Atau bagaimana?"

Menulis di blognya Perubah Zaman, Shazni Munir sebaliknya menuntut Rosmah yang didakwanya melaku "dosa-dosa besar" diseret bersama ke muka pengadilan dalam kesnya.

"Ya, baru adil, kerana Rosmah dan saya sama-sama bebas sekarang," katanya.

Shazni juga cuba mengugut pihak Universiti Malaya dengan berkata, "Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," katanya.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Shazni juga mengakui menentang isteri Datuk Seri Najib Razak berdasarkan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin – mengaitkan Rosmah dengan pembuhan Altantuya Shaariibuu – dan 3 klip vedio yang memburuk-burukkan wanita pertama negara.

Kawan rasa, memang pelajar ini sudah tidak dapat berfikiran waras lagi kepala otak Shazni telah dipenuhi dengan dakyah-dakyah songsang pembangkang sehingga tidak mampu mengimbangi lagi pemikirannya.

Alasan Shazni agar isteri Dato’ Sri Najib perlu diheret sama, sungguh melucukan, kalau benar Shazni yakin dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin tidakkah Shazni tefikir mengapa Raja Petra botak ini menghilangkan diri ?

Kalau Raja Petra gondol ini bersikap jujur dalam pendedahan dia, mengapa da mesti takut menghadapi kebenaran ? Begitu juga dengan Shazni, mengapa harus bersembunyi ? tegakkanlah kebenaran seperti yang di dakwa ?

Negara Malaysia ada undang-undang wahai Shzni siswa bengap, janganlah bertindak dengan undang-undang sendiri, lepas itu menghasut serta mengheret pelajar-pelajar lain untuk bersama-sama melanggar batasan. Waima, kalau hendak mengikut undang-undang Islam sekali pun memerlukan peraturan terperinci, bukan dengan cara bodoh begini.

Apa, Tok Guru Nik Aziz, tidak ajar ke bagaimana melaksanakan sesuatu hukuma kepada seseorang Muslim ?

Tak tahu lah pulak, kalau Shazni berguru dengan Anwar Ibrahim, langar depan salah, bila langgar belakang tak salah ? orang lain buat salah mesti di hukum, bila sendiri buat tak boleh di ambil tindakkan. Mengambil tindakkan cara Shazni dan kawan-kawan sama juga cara komunis semasa menguasai Malaya dulu………

Inilah habuan yang kerajaan Malaysia terpaksa tanggung dari hasil didikan PAS melalui PASTI, pelajar-pelajar yang di beri segala kemudahan untuk mencari ilmu di Univesiti, dibazirkan begitu sahaja kerana emosi yang sudah tidak terkawal.

Pengundi-Pengundi Manek Urai, jaga dan didik anak-anak melalui jalan yangbetul serta bertanggungjawab, jangan biarkan orang lain mendidik anak kita tanpa diawasi, perosak-perosak bangsa bermacam-macam cara untuk memusnahkan bangsa dan agama.

Jangan lupa undilah calon BARISAN NASIONAL



4 comments:

  1. Salam,

    Bila dia rasa diri dia besaq sgt, pandai sgt, alim sgt.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pendapat Yang Gami. Reung sudah menjadi buluh. Agak sukar untuk dibentuk lagi.

    ReplyDelete
  3. bodoh 'mahasiswa' ni. dah terang2 dia conteng dinding dan cube nk bakar dewan universiti. dah salah mengaku salah. apa kene mengena dgn kerajaan lak. kerajaan tak pernah libatkn politik dlm pelajar di universiti. Oi 'mahasiswa' bangang, org pergi universiti belajar. bukan buat samseng. dan bkn nk berpolitk kat sana. dapatkan segulung ijazah baru boleh berpolitik. blaja x abis lg nk berlagak.

    ReplyDelete
  4. Inilah hasil didikan PAS kepada keturunanan Melayu...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..