Wednesday, July 8, 2009

HADI – PAS masih sedia temui UMNO



Hari ini - Presiden PAS Datuk Sri Hadi Awang berkata, “ PAS masih bersedia berbincang dengan UMNO dalamhal politik dan ekonomi demi kebaikan Negara, tetapi perlu berhati-hati sebelum berbuat demikian. PAS juga akan menimbangkan terlebih dahulu perkara yang akan dibincang bagi mengelak pertemuan itu memberi kesan negatif kepada PAS dan sekutu-sekutunya “.

Semalam Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, “ ruang PAS dan UMNO berbincang mengenai kerajaan perpaduan sebagai telah berkubur “.

Dan katanya lagi, “ Melayu buat apa ? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dan baca talkin, jadi apa masalahnya “.

Dan semalam juga – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Naib Tun Razak berkata, “ saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikan “. Katanya lagi, “ kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu “. Dato’ Sri Najib mengulas hasrat Nik Aziz bertemu bagi membincangkan perdebatan terbuka antara PAS dengan UMNO.

Untuk apa ? Untuk apa Hadi Awang mengeluarkan idea seperti itu ? Tidak cukupkah idea kerajaan perpaduan yang diuar-uarkan dulu menjadi bahan ejekkan serta hinaan barua-barua PAS terhadap UMNO ?

Apa ? Hadi tidak ketar lutut dengan amaran keras Nik Aziz ? Tidak nampakkah Nasharuddin yang setia menyokong idea Presiden PAS di arah Nik Aziz supaya keluar dari PAS ? Sampai sekarang Nasharuddin tidak dibenarkan berada di PRK Manek Urai…………… kesian Nasha………

Dato’ Sri Najib, selaku Perdana Menteri Malaysia, juga Presiden UMNO, seorang pemimpin bermaruah kerana menerima dengan hati terbuka dengan idea Presiden PAS. Najib juga bermaruah menolak debat yang dicadangkan Nik Aziz dan Najib bermaruah menolak Nik Aziz hendak berjumpa untuk berbincang pasal debat.

Untuk apa berdebat ? Kalau PAS tidak beserta dengan keikhlasan ? PAS hanya hendak menunjukkan kehebatan ? PAS hanya hendak memperlekeh dan memperbodohkan UMNO ?

PAS yang sebenarnya tidak ada maruah, PAS tidak bermaruah kerana mempergunakan Islam sebagai landasan menipu umat Melayu untuk mendapatkan kuasa. PAS tidak bermaruah menggunakan Islam memecahkan perpaduan umat Melayu.

PAS tidak bermaruah kerana lebih rela bersenkongkol dengan DAP yang secara terbuka menolak sebarang bentuk sebuah Negara Islam dan ingin menghapuskan hak-hak umat Melayu dan Bumiputera.

PAS tidak bermaruah apabila bersekutu dengan PKR yang semata-mata mempunyai niat untuk meruntuhkan sebuah kerajaan pimpinan umat Melayu dan PKR perjuangan mereka semata untuk melepaskan perbuatan-perbuatan mungkar yang dilakukan Anwar Ibrahim.

Dan PAS lebih tidak bermaruah apabila menganggap perjuangan pengganas Ching Peng dan Parti Komunis Malaya sebagai wira negara.

Rakyat terutamanya umat Melayu perlu sedar bahawa PAS tidak bermaruah.




8 comments:

  1. Ye betul, PAS dah tak de relevannya lagi ngan Islam

    ReplyDelete
  2. pok nik ni dah mcm gila kuasa..tak kira kawan..lawan..entahlah..rasa cam org tua nyanyuk plak..daripada menceceh,fitnah,kutuk keji baik tumpu pada amalan..usia pun dah senja..tak tau kalau rasa diri dah cukup amal...yelah..awak tu kan tok guru..tapi kalau guru kencing berdiri...murid?

    ReplyDelete
  3. aPA LAGI YANG pas NAK DARI umno NI. DEBAT ...DEBAT...DEBAT Tak Ada Kerja LAin ke?. Tak PAYah layan. Kalau KIta CaKaP pun DIa Bukan Nak DengaR. Dia JE yang BEtul. TAK RELEVAN....

    ReplyDelete
  4. xfaham naper fanatik ngat kat PAS terutama belia muda mudi nih... padahal meke masa zaman Universiti dulu pun kalau berdating, naik motor, peluk pinggang bf...Bila dah kuar universiti, siap leh kata kerajaan seme xbetul.. kalau kerajaan wat betul2, sure deme pun xleh kuar tonggeng motor berkepit ngan bf.. nak gituh??? jangan cakap lar awak an-nisa ker serinkandi baguih ngat...

    ReplyDelete
  5. Nak tergelak aku dengan sikap putar alam pemimpin PAS nie...mana satu cakap mereka yang betul dan boleh dipakai..cakap sering berubah-rubah..macam ni ke dinamakan pemimpin

    ReplyDelete
  6. Bila agama dijadikan landasan untuk kepentingan politik, bila umat Islam telah taksub dengan tok guru, maka semua ungkapan di lihat seperti wahyu bagi mereka, segala penipuan dari pengucap tidak akan diperhalusi lagi. Itulah yang terjadi pada umat Islam sekarang......

    ReplyDelete
  7. Salam Ziarah,

    Bila DAP Kedah bercakaran dgn PAS kedah, Lims family mengeluarkan statement anak bapak menyokong DAP kedah, komen Tn Guru pula? biar dorg selesai sendiri, kami sibuk nk debat ni.

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah dari indonesia kawan...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..