Wednesday, July 22, 2009

ASM - Sambutan luar biasa dari kaum bukan bumiputera

Kelmarin, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melanggan baki sejumlah 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera yang telah ditawarkan untuk semua kaum.

Disebabkan jualan ASM ini berdasarkan siapa cepat dia dapat, para pelabur sanggup berbaris sejak awal pagi untuk memastikan mereka dapat melanggani unit amanah itu.

Pada tahun 2000 ASM dilancarkan dengan jumlah dana 2 bilion unit. Unit yang diperuntukkan kepaada bukan bumiputera telah habis dijual dalam tempoh 21 hari sahaja.

Lihatlah, apabila ASM ditawarkan untuk semua kaum, bagaimana kaum bukan bumiputera tidak melepaskan peluang untuk melanggan. Kesempatan tetap diambil walaupun pembangkang terutama PAS telah mengekploitasikan ASN, ASB, ASW dan ASM sejak mula dilancarkan.

Bukan kaum bumiputera khusus Melayu tidak mampu membeli unit-unit ini, malah bagi bumiputera yang tidak mampu, kerajaan UMNO-BN telah menyediakan kemudahan-kemudahan pinjaman dari bank-bank.

Mengapa orang Melayu dari PAS tidak mahu mengambil kesempatan ini ?

Dalam permerhatian kawan, ramai orang-orang PAS lebih dari mampu untuk memiliki unit saham yang diperuntukkan, tetapi oleh kerana terlalu taksub dengan kempen fitnah pemimpin-pemimpin PAS, maka 1.6 billion unit direbut oleh kaum lain.

Kalaulah ASM, ASN, ASNB atau ASW2020 tidak mendatangkan faedah kepada rakyat, atau pun kerajaan UMNO-BN dikatakan penipu, pembelit harta rakyat, mengapa kaum-kaum lain berlumba-lumba untuk mendapatkannya ?

Apakah Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang pernah menjadi CEO PNB tidak dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat ?

Atau pun Khalid Ibrahim semasa memegang amanah dalam PNB telah melakukan penyelewengan ?

Mungkin juga betul, kalau tidak masakan Khalid memiliki harta kekayaan, tengok sahajalah rumah Khalid………..

Ringkas cerita, rakyat Malaysia, khusus Melayu, janganlah mudah terlalu taksub dengan hasutan pembangkang, tiada satu pun perancangan Kerajaan UMNO-BN untuk menipu rakyat.

Daripada tiap-tiap hari memberi derma selepas mendengar ceramah caci maki pembangkang, lebuh baik melabur kepada yang berfaedah untuk masa depan….

Cukuplah sekali sahabat-sahabat peneroka FELDA di Pahang kena tipu berjuta ringgit melabur dalam saham anjuran PAS……….



3 comments:

  1. Melihat dari sudut berbeza... actually saya kecewa portion Bumiputera dibuka untuk langganan kaum lain. PNB dah tersasar dari matlamat penubuhan nya oleh Tun Hussein dan Tun M.
    Sekarang mereka lebih pentingkan untung berbanding memperjuangkan nasib Bumiputera. Asal penubuhan adalah sebab Bumiputera sebagai individu tak mampu kuasai ekonomi, jadi diwujudkan tabungan supaya Bumiputera dapat menyumbang penguasaan ekonomi dalam syarikat-syarikat besar.
    Kalau hak ini pun dah dibuka, apa yang tinggal? Yang kat luar dah memang tak boleh compete, ada kekuatan yang sikit ni pun nak dikongsi?
    Ataupun, management dah lupa kenapa in the first place PNB diletakkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera... memang Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas komen PB,

    Dari satu sudut lain juga, kita perlu ingat, politik PAS dan PKR dengan di sokong DAP, telah berperanan utama meniupkan isu perkauman, idelogi UMNO yang dikatakan memperjuangkan bangsa & kebangsaan dikatakan asyabiah.... PAS mendapat sokongan padu kaum bukan bumiputera dalam isu ini.

    Apabila Dato' DSri Najib memperkenalkan 1 Malaysia, apa kata mereka ?

    Bila PNB membuka peluang mengikut sistem 1 Malaysia, menjual saham ASM terbuka kepada semua kaum apa pula kata mereka ?

    Begitu juga dengan Biasiswa Nasional, dulu biasiswa ke IPTA khas untuk Bumiputera sahaja, siapa yang lantang mengkritik Kerajaan UMNO ?

    Pelajar Melayu dari pembangkang, begitu lantang menghentam Kerajaan UMNO dikatakan tidak adil kepada rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

    Akhirnya, Tun Mahathir semasa jadi PM, membuat dasar biasiswa JPA berpandukan merit, berapa ramai pelajar Melayu/Bumiputera terlepaas peluang, dan kini Dato' Sri Najib melancarkan pula Biasiswa Nasional tanpa mengira kaum, pun juga dikritik oleh mereka....

    Yang jelasnya, pihak pengkhianat bangsa ini tidak akan duduk senang walau apa pun Kerajaan UMNO buat.....

    ReplyDelete
  3. saye datang membawa cerita sedih, jom lah datang kawan...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..