Sunday, November 22, 2009

TIADA MAAF BAGI MU - Chin Peng mohon maaf, tapi berkata, ‘jika askar mati, komunis pun mati juga’


Ching Peng, Setiausaha Agung PKM, menawarkan permohonan maafnya kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang pernah mengharungi kesengsaraan akibat keganasan anggota-anggota PKM sewaktu zaman darurat dahulu.

Ching Peng menyatakan semasa ditemuramah dengan wartawan The Star, Eddie Chua di Bangkok baru-baru ini, Chin Peng berkata walaupun PKM berpegang kepada falsafah tidak membunuh orang awam tetapi beliau mengakui adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kesilapan mungkin berlaku di sepanjang era darurat tersebut.

“Apa yang berlaku dulu adalah pada waktu perang. Jika anda kata kami membunuh orang, pihak komunis pun mati dibunuh oleh anggota keselamatan,” kata Chin Peng. KLIK

Sebagai warga negara yang mencintai keamana Negaranya kawan rasa tidak logik untuk memaafkan Chin Peng serta kembali ke tanah air, biar lah dia mati sahaja di luar dari negara ini.

Membawa kembali jenazahnya atau abu mayatnya juga boleh boleh menguris hati keluarga mereka mereka yang terlibat dengan keganasan PKM pinpinan Chin Peng ini, mengapa orang saperti ini perlu di sanjung lagi sedangkan kemusnahan yang di tinggalkan amat amat memedihkan bagi mereka yang terlibat.

Tidak dinafikan kata Ching Peng, ‘jika anda kata kami membunuh orang, pihak komunis pun mati dibunuh oleh anggota keselamatan.”

Kenapa Anggota Keselamatan (Polis dan Tentera) telah membunuh pengganas komunis ?

Kerana mempertahankan negera, pengganas komunis telah menghuruharakan Negara, membunuh penduduk kampung yang tidak berdosa, merosakkan harta benda awam dan melakukan kezaliman kepada rakyat yang tidak mahu menurut ideology komunis.

Komunis membunuh untuk apa ?

Untuk menawan Negara ini dijadikan sebuah negara komunis, yang berkiblatkan negara Cina komunis, orang-orang Melayu di pujuk untuk menyertai perjuangan komunis semata-mata untuk menawan hati orang-orang Melayu, itu sahaja…….. orang Melayu akan dijadikan hamba-hamba komunis jika Ching Peng Berjaya memerintah Persekutuan Tanah Melayu…..

Beginilah juga yang dibuat oleh sebuah parti ala-ala komunis yang ada di Malaysia sekarang, mempergula-gulakan sebahagian pemimpin-pemimpin Melayu yang gila kuasa, gila jawatan untuk memporak-perandakan bangsa Melayu supaya lemah…….

Hanya keturunan ‘KOMUNIS’ sahaja yang akan merestui dan menyanjungi CHIN PENG.

‘TIADA MAAF BAGI MU CHING PENG’



10 comments:

  1. saya rasa ada ada pemimpin politik malaysia ini pergi mengajar binatang ini untuk cakap begitu bagi menarik sokongan rakyat agar menekan kerajaan malaysia agar membenarkannya pulang. Ini serupalah dengan cara membawa masuk jahanam Hisahmuddin rais dulu. DSAI le yang lakukan dan cara lakukan juga sama. akhirnya. inilah manusia yang jadi penggerak deno untuk DSAI hinggalh kini.

    ReplyDelete
  2. Islam menggalakkan umatnya memaafkan kesalahan lampau. Namun adakah sentimen budaya masyarakat Melayu mampu memaafkannya? Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui

    ReplyDelete
  3. Arif Omar, tepat sekali dengan komen tuan, inilah yang berlaku demi kepentingan politik Anwar....

    Pena Minang, budaya Melayu dan Islam sentiasa mengingatkan agar maaf memaaf sesama manusia. Nik Aziz sendiri selaku ulama tersohor katanya, tetapi sampai sekarang mendendami UMNO kerana kesilapan kepimpinan terdahulu... Persoalan Ching Peng ia berdasarkan kepentingan politik parti tertentu, sekiranya Ching Peng ini berjaya dibawa kembali, kawan yakin, berbaris-baris samapi berpuluh kilometer puak-puak pembangkang DAP-PKR-PAS menyambut Ching Peng sebagai 'wira negara' lebih dari menyambut ketibaan Yang DiPertuan Agung.

    Mengapa Ching Peng perlu pulang ke negara Malaysia, kalau dihatinya masih tidak merelakan akan kedaulatan Malaysia, dan masih lagi menganggap Malaysia sebuah negara republik.... mahukah dia mematuhi Perlembagaan Malaysia ?

    ReplyDelete
  4. pena minang sekadar backup pemimpin dia..
    dlm hati dia mmg benci chin peng sbb ramai tok nenek kita dibunuh chen peng suatu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  5. HAFAL RUKUN NEGARAMonday, 23 November, 2009

    SEMUA PIHAK KENA AKUR
    KEPADA PERJANJIAN HAADYAI
    DTELAH DITANDATANGANI TIGA PENJURU
    PKM - KERAJAAN MALAYSIA - KERAJAAN THAILAND

    WALAU SIAPA PUN
    KENA AKUR KEPADA PERJANJIAN
    KEPADA PERLEMBAGAAN
    KEPADA UNDANG UNDANG TUBUH
    AKTA , KANUN, ODINAN dll

    PERJANJIAN DENGAN PKM
    PERJANJIAN CARIGALI PETROLIUM KELANTAN
    ROYALTI MINYAK TERENGGANU
    UNDANG UNDANG TUBUH NEGERI PERAK.....

    SEMUANYA ATAS NAMA
    DYMM SERI PADUKA BAGINDA
    YANG DIPERTUAN AGONG !!!

    ReplyDelete
  6. berbuih bercakap org mlayu tetap begitu.. berpecah kendian cari org luar untuk bantu dia sebebenarnya mengkhianati bangsa untuk survival politik jadi le seperti raja mendeliar menjemput portugis menumpaskan musuh politik di istana melaka akhirnya semua menjadi abu

    ReplyDelete
  7. Orang Muda, kawan rasa Penang Minang tak bermaksud begitu...... dia tahu apa yang dia tulis...

    Hafal Rukun Negara, kalau tuan nak sangat bapak komunis ini balik ke Malaysia....perjuangkanlah......

    Cemomoi, begitulah kalau Melayu yang sangat gilakan kuasa dan jawatan, mereka sangup buat apa sahaja asal hajat mereka tercapai....

    ReplyDelete
  8. Salam tuan,

    Masalah ada kalangan orang Melayu kita sendiri yang jadi barua.Nak wat balik chin peng tu.Mereka sangguh memapah ketua kominis tu sambil bertongkat.

    Apa faedahnya dok puja sangat ketua komonis tu yang tak laku gadai kat sini.Melayu yang sokong chin pen,Melayu yang mudah lupa ko.Askar yang kaki kudung kena jerankap samar kominis masih hidup lagi...ingat sikit.

    ReplyDelete
  9. SEJARAH TETAP SEJARAH
    YANG BETUL LAGI BENAR
    YAP AH LOY DENGAN KUALA LUMPUR
    TAN CHENG LOCK DENGAN MCA NYA
    TAN SIEW SIN MENTERI KEWANGAN
    PG LIM KEBANGSA BANGSA BERSATU
    CHIN PENG PEMBUNUH HENRY GURNEY !!!

    ReplyDelete
  10. Aduuuh ! Kawan Chin Peng Minta Maaf
    Dengan terbunuhnya Henrey Gurney
    Adakah Dato' Maharaja Lela pun begitu
    Diatas terbunuhnya JWW Birch ???

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..