Sunday, November 1, 2009

PAS-penyelewengan akidah rakyat Malaysia

BESUT: Penduduk di bebeberapa buah kampung di daerah ini dikesan mengamalkan kepercayaan terpesong kononnya akan beroleh pahala jika mereka tidur bersama dengan gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, ketika mendedahkan perkara itu mahu pihak berkuasa relevan dan ilmun Islam di negara ini supaya mengambil tindakan segera bagi memperbetulkan penyelewengan akidah yang dipercayai didalangi pihak tertentu.

"Selain tidur bersama gambar dan percaya apabila melihat gambar pemimpin berkenaan akan memproleh pahala, penyokongnya juga ditanamkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya bermimpi bertemu pemimpin itu maka pahala berganda akan diperolehi oleh orang tersebut.

“Ini satu perkara serius yang patut diperbetulkan kerana ia jelas telah memesongkan akidah yang bertujuan untuk mengekalkan populariti dalam politik," katanya. KLIK

Kawan tidak akan menafikan cerita tersebut, ianya berlaku dikalangan sebahagian masyarakat Melayu yang terlalu fanatik kepada PAS dan pemimpin-pemimpin PAS bukan sahaja di Kelantan, Trengganu, Pahang malah mungkin juga menular keseluruh tanah air.

Isu seperti ini pernah timbul semasa kempen PRK DUN Manek Urai, ada sesetengah Imam di Manek Urai yang fanatik dengan PAS sengaja menyebarkan jika melihat gambar Tok Guru Nik Aziz sahaja sudah mendapat pahala, apalagi kalau digantungkan di dalam rumah atau kenderaan.

Agak mustahil juga kalau pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu atau tidak sedar akan penyelewengan seperti ini telah menular begitu jauh dikalangan penyokong-penyokong mereka, atau PAS sengaja membiarkannya berterusan demi keuntungan politik.

Apakah penyebaran kepercayaan dan taksub kepada pemimpin yang dibawa oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab seperti ini tidak memesongkan akidah ?

Atau apakah benar kalau dikatakan PAS adalah ‘parti ajaran sesat’ ?

Tidakkah dakyah secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab serta pendekatan ekstrem seperti ini oleh sesetengah kepimpinan PAS di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh negara ?

Kempen menyesatkan seperti ini telah lama dan jauh tertanam di dalam hati penyokong-penyokong fanatik PAS, dan tidak mustahil golongan ini berterusan menyesatkan masyarakat kampung. Sebab itu kita lihat ada sesetengah kampung, masyarakatnya lebih relah hidup dalam serba kedaifan daripada meninggalkan ketaatan, kesetiaan mereka terhadap tok guru-tok guru PAS.

Apa lagi bagi masyarakat yang telah menerima dakyah serta didikan sejak dari usia kanak-kanak lagi, golongan ini akan terus buta dan tuli untuk melihat kebenaran melainkan terus mentaati tok-tok guru PAS……..

Kalau ada yang cuba memberi pandangan bahawa amalan mereka ini salah dari segi hokum hakam agama, maka mereka juga akan dilebelkan kafir oleh puak-puak fanatik ini.

Sampai bila harus dibiarkan PAS berterusan menyesatkan orang Melayu dan umat Islam demi kepentingan politik mereka ?

Kesimpulannya, dakyah seperti inilah yang menyebabkan pengikut-pengikut PAS terlalu memuja pemimpin-pemimpin mereka sehingga mencapai tahap ketaksuban yang melampau. Apa sahaja yang diucapkan oleh tok-tok guru mereka seolah-olah ia satu perintah yang mesti diikuti, langsung tidak boleh ditegur atau dipersoalkan dan apa yang perkatakan semuanya benar.

Masayarakat yang taksub ini langsung sudah tidak mahu menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan untuk menilai, segala apa sahaja yang diucapkan oleh tok-tok gueru adalah benar belaka.

Kalau masyarakat lebih menggunakan akal fikiran yang waras, sudah tentu mereka yang taksub ini dapat menilai bagaimana pemimpin-pemimpin PAS lebih sanggup bersubahat dengan DAP yang terang-terangan tidak mahu menerima kalau PAS mengwujudkan atau membentuk sebuah ‘kerajaan Islam’.

Kalau mereka menggunakan akal yang dianugerahkan Allah, sudah tentu mereka dapat memikirkan dakwaan tok guru Nik Aziz bahawa sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk ke ‘syurga’, sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda, “Allah telah mengharamkan api neraka atas orang yang mengucapkan Lailahailallah dengan ikhlas kerana Allah".

Renung-renungkanlah saudara-saudaraku.............


6 comments:

  1. Tak perlu cerita banyak; kita tanya pemimpin2 Pas. Amalan begitu itu betul ke salah dari segi akidah. Kalau salah sila beri penjelasan yang benar secara terbuka kepada rakyat jelata. Tak perlu nak soal ada atau tiada yang buat begitu. Katakan kalau ada sahaja dah cukup. Berdakwahlah dengan ikhlas untuk membenteras kepesongan akidah yang begini.

    ReplyDelete
  2. Salam Yanggambi,

    sah memang PAS ini sudah sesat jauh dah,,,

    ReplyDelete
  3. Che Leh, Helbert, macam biasalah puak-puak ini akan menafikanya, tetapi hakikatnya benar-benar berlaku di kebanyakan masyarakat kampung, banyak lagi perkara-perkara yang melanggar akidah dilakukan puak-puak ini.......

    ReplyDelete
  4. kalau bersalawat atas tuan guru nek ajis,mungkin lebih besar pahalanya dan mendapat syahfaat di akhirat kelak....kahkahkah.

    Setahu aku hanya mengikut segala perintah Allah swt dan meninggalkan laranganya serta berbuat amal kebajikan,hormat menghormati,tolong menolong sesama manusia dan bersalawat ke atas nabi Muhammad SAW sahaja akan dijanjikan pahala dari Allah SWT.Tak pernah plak dengar tengok gambar org tua tu dapat pahala,dia pun kaki mencarut pahala apa,kepla hotak dia pthuiii

    ReplyDelete
  5. parti orang giler kuasa..

    ReplyDelete
  6. Salam sdr Yang Gambi,

    1. lol. Tapi kalo tiduq tayang bulu ketiaq mcm Eli tuu.."makhluk yang bawa feng sui" ketakutan...ha ha.

    2. Fatwa Ayah Pin menjelma dalam bentuk lain barangkali?

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..