Wednesday, November 18, 2009

Mat Sabu - Hang Tuah Hero Pondan !!!! dan Terima kasih kepada Chin Peng !!!!


Baru-baru ini Mat Sabu membuat kenyataan, bahawa orang Melayu perlu berterima kasih kepada ‘Chin Peng’ dan mengakui bahawa ‘agama sebagai candu masyarakat’.

Mat Sabu berkata, untuk mengubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di dalam masyarakat orang Melayu. Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero ?

Hang Tuah bukan hero, ini ‘binatang pondan’.

Kenyataan ini telah diucapkan oleh Mat Sabu dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). KLIK

Beginilah cara percakapan yang sering terkeluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS dan Melayu PKR bila berhadapan dengan majlis-majlis yang dihadiri bukan dari kalangan orang-orang Melayu, apakah lagi di dalam majlis anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang boleh dikatakan banyak persamaan ideologinya dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Dalam suasana kedudukan kuasa Melayu dan keistimewaan orang Melayu semakin dicabar, Islam semakin dihina, demi kepentingan kuasa politik ada dari kalangan orang Melayu sendiri mengagung-agungkan musuh Negara sebagai wira.

Ching Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) sudah mula digambarkan sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan ribuan anggota keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara serta orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis semasa darurat dahulu.

Mungkin Mat Sabu terlupa atau buat-buat lupa, PKM yang diketuai Ching Peng bermula semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kenapa PKM mahu bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun ?

PKM telah mendakwa British berjanji untuk menyerahkan Persekutan Tanah Melayu kepada mereka sekira dapat mengusir penjajahan Jepun, sedangkan polisi British yang sebenarnya anti-komunis.

Apabila Jepun menyerah kalah, satu konflik timbul apabila British tidak menyerahkan Tanah Melayu kepada PKM. PKM telah mula memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.

Konflik perkauman oleh PKM mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan kuasa dari 15 Ogos hingga 3 September 1945 berikutan dengan pengunduran tentera Jepun. (Rujukan seorang Ahli Akademik Cheah Boon Kheng di dalam buku “Red Star Over Malaysia”)

Selepas Jepun berundur, satu konflik perkauman oleh gerila-gerila Cina PKM yang diketuai Ching Peng telah keluar daripada hutan dan menguasai hampir seluruh kampung-kampung dan bandar-bandar kecil di Persekutuan Tanah Melayu.

PKM membalas dendam terhadap individu-individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampong. PKM telah bertindak zalim terhadap penduduk kampung Melayu termasuk sebahagian kaum Cina dan India.

Selain melakukan pembunuhan serta memusnakan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990 ?

Beribu-ribu orang anggota-anggota Polis dan Tentera telah terkorban dan beribu-ribu juga yang mendapat kecederaan dan beribu juga orang-orang awam yang tidaj berdosa juga terbunuh dan cedera angkara kekejaman dan kezaliman PKM.



Peristiwa hitam kekajaman Ching Peng PKM yang masih menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia adalah peristiwa 200 orang pengganas PKM menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 23 Februari 1950. Seramai 17 anggota Polis dan keluarga mereka serta penduduk kampong telah terkorban akibat diserangan dan dibakar hidup-hidup oleh Ching Peng dan PKM.

Pengganas komunis ini bukan sahaja menyerang Balai Polis, berek kelamin juga di serang, pengganas bertindak liar merogol, membunuh dan yang menyayat hato pengganas komunis telah mencampak hidup-hidup kanak-kanak bernama Hassan Bin Abu Bakar anak kepada seorang anggota Polis ke dalam api. Apa yang lebih menyedihkan, dari 200 orang pengganas komunis ini adalah juga pengganas komunis dari bangsa Melayu.

Apa yang komunis Melayu ini buat atau mengambil tindakan di atas pembunuhan kejam ini ?

Inilah namanya Melayu pengkhianat bangsa dan agama yang dipergunakan oleh pengganas Ching Peng dan PKM.

Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain. Orang macam Mat Sabu ini salah seorang pewaris komunis Melayu agaknya, orang Melayu yang bernama MAT SABU yang telah diperkudakan oleh komunis moden dalam Negara.

Hari ini Mat Sabu dengan bangganya mengatakan bahawa Ching Peng dan pengganas komunis PKM dimartabatkan sebagai ‘WIRA’ pejuang Negara.

Inilah cara komunis era baru mempergunakan kepimpanan parti PAS dan PKR untuk meyakinkan kepada generas-genarasi muda bahawa Ching Peng dan pengganas-pengganas komunis PKM adalah ‘WIRA’ negara.…

Mat Sabu, kepimpinan PAS dan Melayu PKR boleh melenyapkan bau hanyir darah yang mengalir dari nenek moyang Melayu yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa serta bumi yang berdaulat ini, semata-mata kerana jawatan dan kuasa.

Hei !!!!!!!! MAT SABU !, mungkin ada yang bersetuju dan akur dengan fakta-fakta itu kamu, tetapi bagaimana pula dengan fakta kekejaman Ching Peng dan pengganas komunis PKM terhadap bangsa Melayu dan rakyat Malaysia ?

Hanyir darah nenek moyang, saudara-saudara sebangsa, seagama serta anggota-anggota keselamatan kami yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah berdaulat ini tidak akan hilang buat selama-lamanya, bahkan ia akan terus melekat pada tubuh dan tulang-temulang kami sebagai tanda yang kami tak mungkin lupa, dosa dan kezaliman yang dulunya dilakukan Ching Peng dan pengganas-pengganas PKM.

Ingatlah, dalam apa juga keadaan, walau apa pun matlamat kepimpinan parti PAS dan PKR mereka tidak boleh menghalalkan segala-galanya kerana kuasa dan jawatan !

Kita rakyat Malaysia yang berdaulat, khususnya bangsa Melayu-Bumiputera wajib mengenepikan pengkhianat-pengkhianat Negara, bangsa dan agama ini….. tinggalkan PAS dan PKR yang sudah mengadaikan segala-galanya semata-,mata untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka.



20 comments:

  1. mungkin mat sabu anak angkat cing peng. untuk pengetahuan semua mat sabu adalah melayu yg tidak mengenal bangsanya sendiri..pengikut pas sedar atau tak?

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah....

    Bro demi kepentingan politik Mat Sabu sanggup nak mengucapkan terima kasih dekat Chin Peng.Awat dia dah lupa ka kekejaman komunis terhadap tentera dan orang-orang yang dibunuh oleh komunis tu.Memang Mat Sabun la dia.......

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..MAT SABUN NI BYK MKN TAIK. SBB TU SYED HUSIN ALI (PRESIDEN SO'SIYAL'IS) DPT NAIK PANGKAT JD ANGGOTA DEWAN, BERKAT MULUT MASIN DIA JUGAK. PAS DAN ADA PEJUANG MILITAN. X LAMA LAGI ADE LA PEJUANG KOMUNIS YG BERANI BERSUARA KAT DEWAN RAKYAT HUHUHU

    ReplyDelete
  4. Salam Yang gambi..Mat Sabun ni bukan kira apa dah bila berucap. Segala jin dan hantu raya dah masuk badan sebab tu cakap ikut sedap tetamu depan mata. CCZ rasa moyang atau nenek Mat Sabun ni pun turut menderita waktu komunis mengganas. Tapi dah dapat cucu yang buta perut nak buat macam mana..

    ReplyDelete
  5. salam.

    Dengan norma pun mat sabu tak dpt berdepan..jgn sembanglah mat sabu oi...hari anwar bukan bagi sirih...tapi bagi daun kaduk pun mat sabu dah pepak...sedarkah mat sabu??

    ReplyDelete
  6. GERAM BETUL TUAH PADA SI MAT NI..

    WOII MAT..APA YG CHIN PENG TU DAH BAGI PADA KAU HA..?

    KAU MAT..SELURUH KETURUNAN MELAYU AKAN MENGUTUK KEBIADAPAN MU...

    ReplyDelete
  7. Mat Popia, Lagenda, Jeffry, CCZ, Hamdan dan Abang Tuah, terima kasih komen....

    Sebenarnya kawan bukan nak sangat ulang balik isu-isu yang lapok begini, tetapi bila ada Melayu macam Mat Sabu yang lidah biawak, depan Melayu cakap lain, depan Cina India cakap lain, terasa juga nak ulang lagi...... awk semua tengok aja lah macam mana dalam blog mantan komunis bukan main lagi puji kepada Mat sabu ni.....

    ReplyDelete
  8. Memang selaknat manusia
    Berderau darah dibuatnya

    Kama In TTDI

    ReplyDelete
  9. salam, bro apa nak heran perangai dia pun macam komunis... teman percaya dia ada genetik komunis.

    ReplyDelete
  10. mat sabu ni bukan apa, cuma takde modal je..nama dia kan dah sejuk sejak anwar baek dengan pas.

    tu pasallah dia saja buat kecoh biar orang ingat dia tak mati lagi.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Anonymous, Klcitizen, ddinbunga menziarahi blog dan komen....

    YB Raz, terima kasih di atas info Mat Indera.... dan kawan faham....

    ReplyDelete
  12. Sepatutnya komunis bunuh je nenek moyang kau ni yang gambi dan pengikut yang bersekutu dengan kau. Tak lahir keturunan bangsat macam kau

    ReplyDelete
  13. Salam,

    ni pon kira sesumpah politik juga, bercakap dgn sosialis (adk komunis) puji komunis, bckp dlm ceramah pas penuh carut maki hamun

    ReplyDelete
  14. SAYA SUKA KOMINIS.
    ISLAM DIBAWAH KOMINIS JADI KUAT
    BUKTI NYA NEGARA BEKAS SOVIET

    ReplyDelete
  15. ya lah jasa besar kominis untuk merdekakan Tanah Melayu ialah membunoh Henry Gurney 1952. Selepas itu British perlahan lahan mau keluar dari Tanah Melayu. Tapi dengan cara terhormatlah Macam Amerika Keluar dari Vietnam. TAHNIAH REGMIN KE10 !!!

    ReplyDelete
  16. bulantakberbintangThursday, 19 November, 2009

    adakah sesiapa boleh jelaskan
    Siapa Bintang Tiga
    Siapa Bintang Satu
    (seperti gambar diatas)

    ReplyDelete
  17. Islam dibawah kominis jadi kuat?? Bahlol, Islam ditekan dibawah Soviet rule. Bila Soviet Union dah berpecah dan negara-negara satelit Soviet mendapat kemerdekaan baru Islam naik kembali. Pergila baca sejarah dulu, jangan bercakap membabi buta dsan mengesahkan kebingaian kamu!

    Anti-Bodoh

    ReplyDelete
  18. Junah, terima kasih dengan komen tuan.

    Anonymous, setuju sangat dengan komen tuan untuk BUHNOV yang buta dan tuli......

    Zack, kerana keturunan bangsat macam kawan inilah yang mendokong bangsa Melayu, agama Islam tidak dipandang rakyat kelas 2, mungkin termasuk anda.... jangan takbur dan bacul, jadi anak jantan.....

    Kuala Semantan, mungkin betul telahan tuan, British mahu berundur dengan cara terhuramt, itulah kelebihan penjajah..... tetapi apa ertinya kalau merdeka dengan cara peperangan, kalau bangsa tetap juga dijajah oleh komunis yang berkiblatkan Cina.... lihat sahajalah Indonesia, merdeka dari Jepun walau pun bertumpah darah mengusir Belanda, akhirnya pejuangan peribumi sia-sia, kaum lain menguasai ekonomi, peribumi seolah-olah tiada maruah, banyak yang merempat, banyak yang murtad kerana kemiskinan..... ini yang tuan banggakan ?

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..