Saturday, November 7, 2009

Aziz Bari ejen UMNO, biadab mahu guling Presiden PAS - Nasrudin Tantawi

Kenapa UMNO juga yang diburuk-burukkan ?

Menulis dalam ‘themalaysianinsider’, Nasrudin Tantawi mendakwa Aziz Bari adalah ejen UMNO kerana lagak Aziz seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan-pemimpin PAS yang tidak digemarinya.

Nasrudin berkata, ‘Aziz semakin lantang dan celupar kenyataannya. Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab (tiada adab) menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok’.

‘Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau. Biarpun pedas dan keras, namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya, Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok.’

Kata Nasrudin lagi, ‘saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang ejen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak. Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan,’ KLIK

Marah sungguh Nasrudin di atas kenytaan Aziz Bari nampaknya…………..

Tidakkah Nasrudin tahu bahwa Aziz Bari adalah proksi kepada Anwar dan PKR ?

Mengapa Nasrudin tidak nampak bagaimana erdogan-erdogan dalam PAS juga memainkan peranan untuk menyingkirkan kumpulan UG seperti yang didakwa oleh tok guru Nik Aziz ?

Anwar dan PKR terasa amat bimbang serta takut bila mendapat tahu Presiden PAS mengadakan rundingan sulit dengan UMNO untuk mengwujudkan ‘kerajaan perpaduan’. Apatah lagi bila dilihat pada pemilihan pucuk pimpinan PAS semasa Muktamar PAS yang lalu, banyak kumpulan erdogan tewas ditangan kumpulan UG.

Sedarkah Nasrudin, bagaimana Anwar menggunakan erdogan-erdogan ini untuk mempengaruhi tok guru Nik Aziz supaya menyingkirkan kumpulan-kumpulan yang dikatakan UG ?

Maka sudah tentulah Aziz Bari peneraju utama sebagai barua Anwar akan berterusan menyerang kumpulan Presiden dan Timbalan Presiden termasuk Nasrudin sendiri sebelum menjelangnya majlis seminar politik PAS.

Anwar dan erdogan-erdogan ini bimbang suasana seminar akan lebih menumpukan ke arah ‘kerajaan perpaduan’ daripada membincangkan perkara-perkara penyingkiran sebahagian kumpulan yang dikatakan pro UG……..

Mereka ini juga bimbang akan pengaruh Presiden PAS dapat merubah Susana seminar yang bakal diadakan, maka adalah lebih baik proksi Anwar si Aziz Bari mendahului melemparkan pandangan-pandangan untuk menyingkirkan kumpulan pro Presiden.

Inilah suara-suara dan tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan untuk mengkucarkacir keharmonian kepimpinan PAS……..

Suara-suara dan tangan-tangan ghaib ini terlalu takut ‘kerjaan perpaduan’ direalisasikan yang akan menghancurkan cita-cita dan harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Itulah hakikatnya yang perlu Nasrudin sedar, jangan begitu mudah meletakkan keburukkan kepada UMNO…………… buruk sangatkah UMNO ?

Sebagai seorang permimpin muda, berpendidikan agama, adalah tidak wajar Nasrudin juga bersikap sentiasa buruk sangka kepada UMNO.

Kelebihan ilmu agama yang ada, gunakan sebaik-baiknya untuk mencari jalan kebenaran, muhasabah diri sendiri dulu sebelum menyuruh orang lain melakukannya……..





14 comments:

  1. Masih bernafsukah Anwar untuk menjadi Perdana Menteri? Sesungguhnya manusia-manusia yang hipokrit dan menduga kuasa Tuhan sentiasa ada di mana-mana. Anwar Ibrahim berjalan di atas bara api sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. jahanam lah..laknatlah si ANWARIBRAHIM ni..
    sebenarnye bro..pemimpin2 dalam PAS sedar agenda geng2 erdogan ni...

    tak pecaya?..tungguuuuu

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha. Itu le. Dulu kau orang sanjung dan punggung si Aziz bari ini pun kau orang nak jilat. Cakapnya kalau dalam krisis politik Perak , PAS pegangnya seolah hadith nabi kalau tak ayat suci Al-Quran.
    2. Sekarang , baru kau orang tahu siapa dia si Aziz ini. Dia ini pendokong DSAI / PR ( islam liberal ). Sebab itu si Aziz ini tak suka benar kumpulan dalam PAS yang cuba berbaik dengan UMNO seperti Hadi, Mustafa Ali dan lain-lain. Ini kerana menggugat DSAI dalam pakatan dan menggugat DSAI bermimpin nak jadi PM.


    3. Apa khabar si Tantawi. Ada fatwa untuk Prof ini ke? Berilah fatwa dan hadith-hadith tertentu untuk menghukum si Aziz ini. Tunggu apa lagi.

    ReplyDelete
  4. CCZ, Najamarine, Anwar baru Yahudi inilah manusia yang telah menghalalkan segala apa yang pernah diharamkan oleh PAS.... nilah cara Yahudi melemahkan Islam....

    Arif Omar, si tantawi ini kalau bercakap ngalahkan ulama muktabar, tetapi hanya sekadar bercakap untuk menarik hati orang-orang tua kat Masjid je....... hakikat sebenarnya kaki kelentong juga...... bila kena kat muka hidung sendiri tahulah....... kah...kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  5. Biarlah siluncai PAS tu (Nasruddin Tantawi) terjun dengan labu2 nya...Biarkan...biarkan...

    ReplyDelete
  6. Bro, semua org tahu Aziz Bebiri ni orang suruhan Brader Anwar B Ibrahim. Tapi Pas sengaja nak tuding jari pada UMNO. Ingat lagi apa betapa excitednya Aziz Bebiri bagi bacaan undang2 supaya Brader Anwar boleh take over Putrajaya? La ni dia tak nak bersuara pula pasal keghairahan PR di Perak yang gila nak bubar DUN padahal apa yang dia cakap kira kena atas batang hidung dia lah. Ludah ke langit jatuh dalam mulut semula. Nak senyapkan orang PR ni mudah saje. Bagi semula apa yang dia kata dulu. Saya tengok sini. Memang bagus.

    http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/04/bubar-dun-lain-hulu-lain-parang.html

    ReplyDelete
  7. Salam Ziarah.......

    Kalau kena batang hidung depa semua depa salahkan.Tapi kalau ada yang menguntungkan depa tak pa masuk syurga lagi .Itulah PAS .........

    ReplyDelete
  8. Tahniah Aziz Bari kerana telah berjaya meletakkan diri pada tempat yang mulia di mata tantawi tu.

    Abu Hasan bagaimana ? Lagi parahla.

    ReplyDelete
  9. Salam Yang Gambi,
    Itulah sikap Pas yang tidak tentu pasal tuduh Aziz Bari kata agen UMNO, sebenarnya beliau menyampaikan pandangan yang baik dan perlu diambil perhatian, yang membina untuk Pas.Sebenarnya penggundi sudar tahu temberang Pas dan banyak kembali terus menyokong UMNO.

    ReplyDelete
  10. salam
    pas sentiasa mahukan mereka sentiasa dipuji melangit, jangan sesekali dikritik.

    ReplyDelete
  11. Salam sdr UMNO sekelian, temanpun tak setuju Aziz Bari dikaitkan dengan UMNO.Lebihlebih lagi UMNO diburukkan dalam hal ini.Tapi bab perkataan celupa Yang Gambi dalam blog sdr memang buruklah ,itu memang tak dinafikan lagi. Yang teman tau Prof ini suka beri kenyataan berdasarkan undang-undang dan kekadang ada keterlanjuran sedikit sebagai manusia biasalah tetapi jangan kena terima teguran melenting pula.

    ReplyDelete
  12. SLM BRO...DIA NI TALAM BYK MUKE BROO!. KLU DIA RASE TECEKIK DIA AKAN SPIN CERITA SAMPAI DIA BRENAPAS BALIK. SEBIJIK MCM SUMPAH SUMPIT!. TP DH BYK PUN SPESIS NI BERANAK DLM PAKATAN. HEHEH

    ReplyDelete
  13. KENA TENGOK BEGINI
    DIA TU LAWYER
    BOLEH DUDUK
    MANA MANA PIHAK
    DIPIHAK POLIS
    ATAU PIHAK PEROMPAK

    DUDUK SEBELAH POLIS
    NAMANYA PENDAKWA RAYA
    DUDUK BELAH PEROMPAK
    NAMANYA PEGUAMBELA

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..