Sunday, November 1, 2009

Sayu hati tok guru bila diboikot-DAP pula jadikan sebagai dewa


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh Majlis Pakatan Rakyat di Perak.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak”.

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat. KLIK

Inilah cara kaum kerabat komunis Ching Peng macam Ngeh memperdaya pemimpin-pemimpin Melayu dungu dengan pujian-pujian melambung mengoda untuk meruntuhkan bangsa Melayu.

Mengapa bersungguh-sungguh benar memuji, melambung, Nik Aziz dan Nizar ?

Ikhlaskah kerabat Ching Peng ini meluahkan rasa kagumnya terrhadap Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu amat tegas mempertahankan gagasan pakatan rakyat dari diperdaya oleh UMNO ?

Bukankah kerana Nik Aziz telah berjanji untuk menghapuskan ketuanan Melayu bersama dengan Anwar ?

Bukankah Nik Aziz telah berakad dengan DAP tidak akan mengwujudkan sebuah Negara Islam ?

Nik Aziz lebih bersedia melihat PAS berpecah daripada meneruskan matlamat perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam.

Nik Aziz bersama Anwar lebih bersedia menghapuskan hak-hak orang Melayu-Bumiputera asalkan mereka berdua diberi jawatan.

Nik Aziz bersama Anwar lebih bersedia menghapuskan system Raja Berpelembagaan serta menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik.

Itulah sumpah setia Nik Aziz dan Anwar dengan DAP asalkan mereka dapat menumbangkan kuasa sebuah parti Melayu iaitu UMNO.

Kerana terlalu ingin berkuasa, Nik Aziz bersedia menggunakan pengaruhnya di dalam PAS semata-mata untuk mempertahankan pakatan mereka. Nik Aziz bersama Anwar bersedia menghapuskan pemimpin-pemimpin yang menyokong ‘kerajaan perpaduan’ semata-mata kuasa dan jawatan. Nik Aziz-Anwar bersedia mengadaikan maruah bangsa Melayu dan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan jawatan……….

Nik Aziz mahukan UMNO berkubur, biar PAS berpecah dan hancur asalkan Amwar dan dirinya diberi tempat dan jawatan oleh DAP…….

Tidak hairanlah Ngah-Ngeh dan kuncu-kuncu komunis lain dalam DAP menyanjung tinggi akan kewibawaan Nik Aziz, kerana dapat mempengaruhi umat Islam, dapat mempengaruhi orang Melayu walau pun dengan cara menyesatkan asal saja DAP dapat berkuasa penuh dalam Negara………

Apakah Ngah-Ngeh-DAP komunis ini akan menyanjungi Nik Aziz-Anwar kalau mereka berdua ini tidak punya pengaruh ?

Lihat sahajalah sejarah, sebelum Malaysia digerakkan oleh Alayarham Tun Razak dengan DEB, sebelum Tun Mahathir memertabatkan bangsa Melayu, mereka menganggap Melayu sebagai rakyat kelas 2 di bumi Melayu ini……



14 comments:

  1. Salam Lagi Sdr Yang Gambi,
    Saya teringat pula DAP, suatu masa dulu , meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif kerana DA kate hubungan dengan PAS tidak menguntungkan DAP malah merugikan DAP.

    Agaknya, masa kini, DAP bekerja sama @ JV dengan PAS, DAP untung besar agaknya yee!! berapa % dividen PAS dapat?. No wonderlah DAP bakar kemenyan cina kat gambaq "Atok Nik AZIZ" mcm confucius zaman moden!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    PAS kehilangan strategisnya Arwah Ust Fadhil Noor, dulu PAS yg perkudakan DAP tp DAP cpt sedar, sekarang terbalik tp PAS xsedar.

    ReplyDelete
  3. Posting yang cukup berkesan..Tapi sebelum cita-cita yang membawa bala kepada Melayu ini tercapai, Nik Aziz dan Anwar mungkin dapat digagalkan dengan kesedaran dalam diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  4. salam
    sedih melihat melayu/islam diperkudakan DAP/PKR. bukan di palestine, bukan di bosnia, tapi di malaysia.

    ReplyDelete
  5. Nak buat macam mana sahabat semua, pua-puak yang cerdik ilmu agama mengambil kesempatan di atas kejahilam orang lain..... maka mereka gunakan sepenuhnya untuk kepentingan nafsu mereka....

    Terima kasig, Senja Liza, Junah, CCZ dan Dr 1221 memberi komen yang baik....

    ReplyDelete
  6. "Ulama" yang dibimbangi oleh Rasullallaah saw rupanya ada didepan kita sekarang ini.

    ReplyDelete
  7. NIK AJIS PASTI AKAN DIBERKAN JAWATAN PRESIDEN..
    SEBAGAIMANA DISINGAPURA MELAYU DIBERIKAN JAWATAN PRESIDEN PERTAMA..BAGUS SANGATLAH TU

    ReplyDelete
  8. Penyokong PAS dah bertahlik dengan Nik Ajis dan dia pulak dah bertahlik dengan PR maka kalau dia sokong UG maka menjanda ler bini dier...

    ReplyDelete
  9. Dulu cakap TUn mahathir nyayuk...suruh letak jawatan..kenapa hingga sekarang Nik aziz nak berkuasa pulak

    ReplyDelete
  10. dah tua. biasa le. boleh buat tongkat pun kira ok juga. he he he he

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Apakah Hj Hadi dan geng akan dipecat atau Nik Aziz yang akan diberikan undi tidak percaya.

    P/S:harap yang gambi,dapat hubunggi saya dengan segera... ada email dikirimkan.....

    ReplyDelete
  13. SLM BRO..NAMPAKNYE AHLI2 PAS DH MULA KENDUR DGN 'DEWA' NIK AJIS. TAPI SAPE YG AMIK KESEMPATAN DR KEBENGAPAN TOK GURU? AKHIRNYA TERJAWAB SUDAH SANDIWARA YG DI MAINKAN OLEH DAP

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Che Leh, Abg Tuah, Anony, KH, Arif Omar, PC dan Jeffry buat komen. Harap-harap orang Melayu lebih sedar akan permainan DAP terhadap kekukuhan perpaduan Melayu.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..