Thursday, November 12, 2009

PAS BERBAI’AH – kesesatan atau kesetiaan ?

Berbai’ah dengan melapazkan jatuh talak tiga terhadap isteri-isteri wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti bukanlah satu rahsia dalaman parti itu. Bai’ah talak tiga telah diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti, ini telah lama berlaku di Kelantan yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu.

Tidakkah segalanya terlalu terang dan nyata bahawa kepimpinan PAS telah lama mewarisi faham Syiah atau Khawarij yang meletakkan perjuangan politik dengan cara ‘Taklik’ si suami kepada isteri semasa akad nikah. Apakah ini yang ada dalam dunia Islam PAS ?

Apakah kaum wanita PAS rela diperlakukan demikian oleh PAS, membenarkan pendekatan sebegini dalam ikatan suami isteri yang telah mengikut hukum-hukum Islam telah dilacurkan oleh PAS ?

Sebenarnya, bukan hanya terikat kepada calon-calon PAS sahaja bai’ah seperti ini dipaksa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Bai’ah seperti ini juga berlaku dikalangan penyokong-penyokong PAS yang fanatik terhadap isteri mereka sewaktu pilihanraya.

Banyak kaum wanita dari kalangan isteri-isteri penyokong PAS mendakwa bahawa mereka bukan tidak mahu menyokong UMNO-BN, malah mereka tahu setiap penyelewengan parti PAS, tetapi setiap kali tiba untuk mengundi, suami-suami mereka awal-awal telah memberi amaran ‘akan jatuh talak jika isteri mengundi UMNO-BN’.

Memandangkan, si isteri yang taat dan tidak sanggup melihat rumahtangga serta anak-anak terpisah, maka para isteri penyokong PAS ini hanya mampu memendam rasa, sedangkan dalam hati mereka penuh dengan kekesalan di atas sikap sang suami durjana…….

Inilah yang menjadi senjata kepada PAS, terlalu ramai kaum wanita dari kalangan isteri-isteri penyokong PAS yang menjadi mangsa penyeksaan fizikal dari suami mereka yang terlalu taksub……

Siapa yang menyuruh si suami agar melapazkan ‘akan jatuh talak jika mengundi UMNO-BN’ kepada isteri-isteri mereka ?

Inilah kerja kepimpinan PAS khawarij yang terlalu ghairah untuk berkuasa sehingga sanggup mempertuhankan politik dan demokrasi sehingga mempersendakan kemuliaan seorang isteri seperti barang gadaian untuk menjamin keutuhan politik sesat mereka.

Kalau wanita yang dipanggil ‘isteri’ yang kita memperisterikannya dengan satu amanah serta telah mengakui satu perjanjian yang besar di hadapan Allah, tiba-tiba kerana terikat dengan ‘bai’ah’ serta akur dengan perintah tok-tok guru maka terjatuhlah talak satu, dua atau tiga ke atas isteri kita, apakah itu bukan satu penganiayaan terhadap kaum wanita ?

Terang dan nyata PAS adalah sesat, mengapa tidak……….

Nik Aziz juga berbai’ah kepada penyokong-penyokong PAS, dengan janji-janji ‘syurga’. Melihat, menyimpan, menggantung gambar tok guru di dalam bilik, membawa gambar tok guru tidur bersama pun boleh ‘pahala’……..

Fikir-fikir, renung-renungkanlah wahai kaum wanita……… di mana hak anda pada pandangan lelaki PAS…….



19 comments:

  1. Setia dalan kesesatan!

    ReplyDelete
  2. Ajaran Ustaz Bala dan Murshidul Khusus Ngar Kor Ming le ni.
    Dah keluar ke Kitab Islam ala DAP?

    ReplyDelete
  3. CCZ syorkan golongan wanita dalam UMNO pun boleh lakukan hal yang sama kalau sang suami ahli PAS. Pangkah PAs, jatuh talak 3. Baru buku bertemu ruas.

    ReplyDelete
  4. Salam yang gambi..CCZ link kan posting nih dengan posting terbaru CCZ k..tq

    ReplyDelete
  5. malu.....
    malu nak dengar....
    apakah jawapan, yang sebenarnya....
    dari pihak PAS...

    MARI KITA TENGOK...SIAPAKAH...
    Pembohong Agama yang sebenar....
    Siapakah beliau....

    Kita nanti bersama......

    SYIAH membenarkan pengikutnya putar-belit, putar alam, putar-putar....

    Adakah parti politik di Malaysia spesis SYIAH....

    Kita tunggu jawapannya.....

    Sunnah Nabi...
    Bercakap Benar....

    Amalan Munafik....
    suka koner-koner, kaki temberang, putar-belit....

    Amalan SYIAH... wajib putar-belit, dalam erti kata TUHAN merestui penipuan dan pembohongan demi menegakkan syiar ISLAM SYIAH.

    ADAM AMIN
    Kg Jerlun,
    Kedah

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Che Leh, Anonymous dan adf55650 repon dengan blog kawan.

    CCZ, terima kasih sudi link artikel ini untuk tatapan semua...

    Adan Amin, perkara-perkara yang bercangah dengan agama Islam sering berlaku di kalanagan masyarakat kampung yang mana kebanyakannya terlalu kurang dalam bidang agama, kesempatan ini diambil oleh penyokong-penyokong PAS untuk mendapat sokongan...... Islam dijadikan bahan penipuan bagi mereka...

    ReplyDelete
  7. dah sampai begini pun masih ada yang setia dengan parti sesat nih!

    ReplyDelete
  8. Salam bro,

    PAS sekejap ngaku sekejap tak ngaku.. sekejap kata baiah tu ada oleh pihak muslimat PAS, tapi dinafikan pula oleh kesatuan guru PAS. Memang kluk klek punya parti.

    ReplyDelete
  9. pas sesat dalam kesesatan..pangkal dah jauh hujung tak sampai-sampai lagi..jalan berliku..itulah parjalanan hidup penganut pas!

    ReplyDelete
  10. Kalau Allah Subhanahu wata'ala nak tunjuk, kejap aja.. dah bertahun kafirkan orang, fitnahkan orang, takbur dan taksub.. hari ni segala pekung bernanah yg dah lama dibendung dan diselindung pecah terburai dengan bau yg amat busuk dan hapak sekali... ba'iahlah, rasuah tajaan hajilah, entah apa2 lagi yg akan terburai selepas ni.. Subhanallah..

    KAMA In TTDI

    ReplyDelete
  11. Salam, Yang Gambi,
    Wanita bukan dikorbankan demi pderjuangan PAS. Sudah puas pakai bila mahu sokong UMNO jatuh talak 3. Apa dah jadi, kawas dah meluat dengan cara PAS ini pentingnya perjuangan konon berjuang islam tapi betulkan mereka sahaja. Rakyat telah sedar permainan Pas ini.

    ReplyDelete
  12. Sahabat-sahabat semua, terima kasih menurunkan komen..... inilah yang patut disedari oleh umat Islam, jauhi parti PAS yang menyesatkan....

    ReplyDelete
  13. Salam yang Gambi,teman nasihatkan diri teman dan sdr agar jangan guna bahasa kotor dan lucah, bukannya kita akan menongkat langit dan gambar ulamak dipermainkan.Teman yakin disudut hati kecil sdr , sdr cuba nak buang perangai gitu.insyallah satu hari nanti akan berlaku.

    ReplyDelete
  14. hati-hati nak berbaiah lepas ni yeee

    ReplyDelete
  15. Terima kasih komen PAS CBS2 dan Cemomoi....

    Sdr PAS Cwg Bkt Sentosa2, terima kasihlah atas nasihat tuan, dan adalah lebih afdal juga jika tuan menasihati semua blogger-blogger pero pembangkang agar tidak keterlaluan dalam menulis.... lihat sahajalah bagaiman mereka mempersenda, menghina kepimpinan negara dan UMNO.... sebab itu kawan katakan, muhasabah diri sendiri dulu sebelum kita memuhasabah orang lain.... terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete
  16. salam..
    begitu sedih melihat shbt2 yang masih dalam kegelapan..dulu pun diriku terlalu memburukkan parti islam..dek krn pelbagai fitnah dr media yg telah dikuasai UMNO..aku jua terdidik dlm kluarga UMNO.aku mmg terlalu membenci PAS yg aku anggap mnghina Islam..ttpi,Allah sgt sygkan aku..stelah aku mjejakkan kaki ke IPT di Kuala Lumpur,Allah mmberi hidayah dan kesedaran kepadaku bhw Negaraku sgt daif sbnarnya..sgt jahil..Disana aku melihat dgn mataku sendiri kerosakan akhlak remaja,disko2 trsegam indah utk remaja islam,prgaulan bebas mrata2 dan terlalu byk kejahilan yg berlaku dinegara kita sedangkan UMNO dh memerintah slama 50thun lamanya..generasi kita smakin rosak dan hanyut..dgn Media yg sentiasa mngajak ke arah kemungkaran..
    Setiap tahun menyambut tahun baru dan kemerdekaan,aku turun melihat sendiri anak2 remaja sewenang2nya mmbuat maksiat,minum arak dan pelbagai maksiat dilakukan secara terbuka..aku sgt sedih..dimanakah umat islam diMalaysia??
    Bermula disitu,aku mula sedar..dan aku bersama jemaah islam yg sebenar(PAS) dan skrg aku akan terus memperjuangkan islam!!
    Semoga ia mnjadi iktibar bt kalian..ingatlah..Allah bersama org2 yg memperjuangkan ISLAM..Sedarlah shbt2..marilah kita sama2 mencari pimpinan yg benar2 boleh membawa kita kpd ISLAM..pemimpin yang taat kpd perintah ALLAH..
    W'alam..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..