Wednesday, November 4, 2009

Pewaris PKM pertikai UMNO – Siapa sebenarnya UMNO ?


Disini, kawan sengaja paparkan tulisan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang bernama Mat Amin untuk tatapan semua ;

SIAPA SEBENARNYA UMNO ?

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Datok On bin Jaafar, seorang pegawai pentadbir penjajah Inggeris dengan semboyan Hidup Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan, gelombang perjuangan rakyat untuk kemerdekaan sedang menggelora. Gelombang perjuangan ini dipelopori oleh gerakan kiri berbagai aliran berbagai kaum Malaya.

Kemunculan UMNO pada saat gerakan kemerdekaan rakyat sedang bermekaran itu tak lebih hanyalah sebagai penyokong kerajaan penjajah British yang sedang dilanda kebangkitan rakyat. Kerana masalah prinsip inilah PKMM yang pada awalnya tergabung dalam UMNO telah menarik diri dan membentuk fron persatuan Putera – Amcja. Dan kerana jasa besar UMNO kepada penjajah, ia tidak diharamkan dalam Undang-Undang Darurat 1948.

Itulah sejarah awal UMNO yang kononnya dikatakan “pejuang kemerdekaan”.KLIK

Mat Amin juga memaparkan tulisan Abdullah CD yang bertajuk ‘UMNO WAKIL KELAS KAPITALIS BIROKRAT’. Abdullah CD, menggelarkan Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, bukan Perdana Menteri yang pertama.

Abdullah CD mendakwa kemerdekaan yang diterajui oleh Tunku, Presiden UMNO telah mewarisi jubah penjajah British, mengkhianati rakyat berbagai kaum dan meneruskan perang warisan penjajah terhadap PKM.

Tunku juga di dakwa telah membentuk kelas kapitalis birokrat melakukan perompakan ke atas ekonomi negara dengan mengabaikan kebajikan rakyat. Tanah Simpanan Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan yang telah dirampas dan dibahagikan kepada perbadanan modal birokrat. KLIK


Pendapat kawan, Mat Amin mungkin sejak dari kanak-kanak lagi telah berada bersama-sama komunis dan seterusnya menyertai perjuangan pengganas PKM, maka tidak hairanlah kalau beliau masih dipengaruhi dengan ideology komunis, beliau hanya lihat dan dengar dari apa yang dipropagandakan PKM. Hanya itu yang dia tahu……

Tidak hairanlah, kalau Ching Peng menjadi idola Mat Amin, sebab itu sehingga sekarang Mat Amin terusan berusaha mepropagandakan kebenaran perjuangan pengganas PKM melalui laman blognya. KLIK

Dari awal tulisan Abdullah CD, kawan dapat gambarkan bahawa PKM memang tidak mengikhtiraf bahawa Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu) adalah sebuah Negara berdaulat diterajui Raja Berpelembagaan. Erti sebenarnya, PKM mahu jadikan Malaysia sebuah Negara Republik yang mana Ching Peng sebagai Presidennya.

Maka tidak hairanlah juga sekarang ini ada parti politik dalam Malaysia yang mewarisi PKM untuk meneruskan agenda mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik dengan dibantu oleh parti Melayu sendiri.

Kalau tidak masakan ada pemimpin parti berkenaan berulang alik ke Bangkok, Thailand untuk bertemu dengan ketua pengganas Ching Peng. Apa hasrat dan tujuan mereka ?

Tidak boleh dinafikan agenda mereka akan tercapai jika dilihat mereka ini telah mendapat sokongan padu dari sebahagian besar sokongan dari kalangan orang Melayu melalui PKR dan PAS…….

Mari kita lihat komen-komen dari pembaca blog Mat Amin termasuk kawan sendiri, yang peliknya hanya komen dari ‘penpusaka’ yang mereka jawab, tidak pada komen dari ‘yang gambi’ :

ulasan:

penpusaka berkata...

Sdr ku Mat Amin,harap ulasan saya ini tidak dihalang dari disiarkan, baru adil dan benar.

Bayangkan senario ini:-

Ada dikalangan pegawai-pegawai Kerajaan BN pada masa ini juga menentang kerajaan dan menjadi pejuang pembangkang. Adakah mereka itu ajen kerajaan BN pimpinan UMNO?? Pada puak pembangkang, TIDAK!

Pasukan PKM Regimen 10 ditubuhkan oleh PKM yang jelas KOMUNIS yang berpusat diTanah Besar Cina dgn fahaman ANTI AGAMA. Adakah pejuang Melayu/Islam didalam Reg 10 itu ejen komunis dan berfahaman anti agama dan tidak beriman dan bertakwa kepada Islam??? Pada puak ini jawapannya TIDAK!!! Kami pejuang kemerdekaan dan kami bukan komunis!!

Jadi mengapa Dato Onn yg berkerja dgn Kerajaan Penjajah masa itu, tidak boleh dikatakan pejuang kemerdekaan bangsa dgn slogan HIDUP MELAYU sehingga berjaya mengembeling lebih 40 persatuan melayu seluruh tanahair untuk bersatu hati mengangkat baiah perjuangan didalam satu wadah yg dimuafakatkan bagi melangsungkan perjuangan bernama UMNO????

Ya!! Sebelum UMNO tertubuh, ramai individu-individu sepanjang penjajahan telah berjuang dan terkorban. Begitu juga banyak persatuan dan organisasi yg juga berkorban dan berjuang. TETAPI mereka gagal mencapai matlamat atas berbagai sebab. MAKA salahkah UMNO yg berjaya sehingga membawa kepada Negara Bangsa yg bebas MERDEKA dihari ini???

PKM gagal. PKM telah mengaku kalah dan telah menyerah kepada KERAJAAN BN melalui persetujuan meletak senjata yg diaturkan diantara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. PKM telah akur kepada kehendak RAKYAT MALAYSIA yg menolak PKM dan menerima BN.

Disebalik peperangan dan kegiatan-kegiatan subversif PKM terhadap rakyat dan Kerajaan Malaysia, adakah kerajaan BN membalas dendam dan membawa PKM kemahkamah dan menghukum mereka setelah menyerah kalah??? TIDAL!

Kerajaan Malaysia dan Tahiland telah sepakat mengampunkan serta memberikan TANAH DIKAMPUNG PERDAMAIAN SYUKURIN untuk bekas anggota PKM dan kaum keluarga meneruskan sisa-sia kehidupan dengan bebas, aman dan makmur. BERSYUKUR DAN INSAF lah.

Tidak perlu cuba menegakkan benang KUYUP yg sudah KERING dan terkulai. Hiduplah sebagai rakyat yg setia dan sebagai pihak yg tewas, akurlah dan hurmatilah rakyat ramai yg ramai telah merasa pedih dan korban mempertahankan Negara dari ancaman dan kegaganasan puak-puak KOMUNIS yg telah memerangi rakyat dan Negara ini untuk mencapai hasrat perjuangan KOMUNIS CINA ketika itu.

Syukurlah diKampung SYUKURIN, jgn sibuk hendak menidakkan wadah muafakat rakyat yg telah menewaskan anda!!! Syukurlah di KAMPUNG SYUKURIN untuk persediaan masa-masa mendatang untuk anak cucu dan untuk diri sendiri ke Alam Akhirat, destinasi akhir untuk kita semua. Sementara itu hargailah ketinggian budi Kerajaan BN dipimpin UMNO yg diasaskan oleh Dato Onn. Salam perjuangan dan terima kasih.

2009 November 3 14:28

Mat Amin berkata...
Salam saudaraku pen pusaka,

terima kasih sudi memberikan ulasan di blog ini.

Saya mengakui UMNO juga memperjuangkan kemerdekaan. Tapi setelah Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan UMNO.Sebetulnya terdapat perbezaan yang hakiki antara UMNO dengan parti2 gerakan kiri.Parti gerakan kiri menganggap British sebagai penjajah, tapi UMNO menganggap sebagai pelindung dan pembela – berkebalikan 100% bukan? Orang yang menentang penjajah itu dikatakan pengganas, pendurhaka, anasir subversive manakala orang yang berdiri di pihak penjajah (seperti Datok Onn) dikatakan pejuang bangsa.

1. Sebetulnya tidak salah makan gaji dengan penjajah. Yang menjadi masalah di sini ialah Datok Onn tidak membawa UMNO bergerak ke arah merdeka. Bukan setakat itu sahaja, UMNO pada masa pada masa Dok Onn menentang gerakan kemerdekaan. UMNO menjadi musuh kepada PKMM, API, AWAS, Barisan Tani, dan Kesatuan Buruh Melayu. Dr. Burhanuddin juga ada menyebut tentang perkara ini.

2. saudara menyatakan komunis tanpa agama atau menentang agama. Sebetulnya ini tidak tepat. Komunis tidak menentang agama bahkan mengamalkan kebebasan beragama. Begitulah halnya dengan Rejimen Ke-10 yang terdiri dari anak-anak bangsa Melayu dan beragama Islam.

3. Perjuangan golongan kiri sebenarnya tidak gagal. Mereka sebetulnya terus berjuang dan sedang berjuang untuk sebuah negara yang benar-benar dikuasai rakyat, semua kekayaan negara dinikmati oleh rakyat. Sekarang ekonomi negara kita dikontrol oleh sejemput segelintir manusia. (sila baca semula posting berkenaan bagaimana kaum kapitalis birokrat Melayu bersekongkol dengan kaum kapitalis monopoli asing membolot tanah negara)

Maaf jika jawapan saya ini menyinggung persasan. Tapi kita patut berlapang dada bila berdepan dengan masalah yang berkebalikan dengan hasrat kita.

2009 November 3 17:50

PATRIOT berkata...

Sdr Penpusaka,

Jangan risau, komen anda pasti disiarkan oleh Sdr Mat Amin, hanya di blog/siaran UMNO sahaja yang tidak akan menyiarkan tentang sejarah perjuangan Rejimen ke 10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Bukan hanya tidak menyiarkan malah UMNO-British memfitnah dan menokok tambah.

Say rasa anda kurang membaca, Dr Burhanuddin, Rashid Maidin dll adalah orang yang alim. Apakah mereka tidak percaya kepada agama? Ada sesetengah mereka yang telah menunaikan haji. Apakah mereka membelakangkan agama?

Tidak ada salahnya untuk saudara Penpusaka mengatakan SIR Dato Onn pejuang kemerdekaan. Itu pandangan saudara. Tapi kalau saudara banyak membaca, saudara akan nampak hampir kesemua pejuang yang menentang British dihukum bunuh , dibuang negeri dan dipenjarakan. Contohnya, Tok Janggut dan banyak lagi. Mungkin saudara tidak pernah mengenali Lai Raifel, beliau juga turut dihukum pancung oleh fasis Jepun pada usia yang sangat muda 21 tahun. Saudara boleh iktiraf SIR Dato Onn, walaupun beliau selalu duduk dibawah ketiak Tuan Britishnya.

Saudara amat salah dan jauh menyimpang jika saudara katakan perjuangan individu yang telah berkorban darah gagal. Saudara katakan mereka gagal atas berbagai sebab. Apa sebabnya? Perjuangan merekalah yang telah menghalau cengkaman British dan fasis Jepun keluar dari Malaya. Masih buntu? Saudara fikir kemerdekaan yang dicapai hari ini begitu mudah hanya dengan tandatangan Tunku di england sambil bertepuk bahu bergelak ketawa di England?

Sejak dari Rundingan Baling lagi PKM mahu berdamai, tetapi syarat yang UMNO-British telah kenakan ialah tahanan terhadap PKM dan menyerah diri. Tidak ada salahnya mereka berperang menentang Penjajah British. Mengapa mereka Perlu ditahan?

Saya rasa saudara Penpusaka ni tak baca sejarah atau tak pernah memiliki buku sejarah?

Kalau ditanya budak umur 12 tahun pun dia faham perkatan "Berdamai'. Buka kamus, perkataan berdamai bukan bermaksud menyerah kalah. Bila kata berdamai, dan patuh pada perjanjian, kita tidak boleh mendakwa seseorang itu di mahkamah seperti yang saudara katakan. Saya sangat pasti saudara tidak membaca! memang melayu UMNO malas membaca!

Masih benggong? Pergilah membaca buku-buku sejarah perjuangan dengan darah.

1. Memoir Abdulah C.D Bahagian 1, 2 dan 3.( halaman setebal kira-kira 800helai)

2. Memoir Rashid Maidin

3. Memoir Suriani Abdullah4. Chen Ping (My side of history) Setebal 500-600 halaman dan bandingkan dengan buku Tunku

The Road to independence setebal 100 halaman. (penuh dengan perjuangan yang hebat!)

Selamat Membaca saudara Penpusaka!

2009 November 3 18:50

YANG GAMBI berkata...

Salam Mat Amin, kawan bersetju serta menyokong sangat dengan komen dari Penpusaka.....

Kawan agak terkilan dengan komen Mat Amin, yang menyatakan PKM berjuang untuk sebuah negara yang benar-benar dikuasai rakyat, semua kekayaan negara dinikmati oleh rakyat. Tetapi dunia tahu fahaman komunis semua kekayaan negara milik pemerintah, rakyat bekerja dan dibahagi sama rata, di mana datangnya hak milik rakyat...

Sdr juga berkata, Komunis tidak menentang agama bahkan mengamalkan kebebasan beragama. Betul, itu dalam pemerintahan sekarang setelah rakyat dunia bangkit, sebelum itu komunis amat melarang sebarang aktiviti beragama, sebab itu wujudnya buku 'merah'. Tetapi, walau macam mana pun, ahli-ahli atau pengikut-pengikutnya yang tegar tetap meneruskan dengan ajaran 'buku merah'.

PKM dianggap musuh dan penderhaka oleh kerajaan UMNO-BN (dulu Perikatan) kerana setelah mencapai kemerdekaan melalui suara pilihanraya, PKM masih juga menentang kerajaan UMNO_BN, seolah-olah PKM tidak mahu kerajaan Melayu berkuasa dengan cara berkongsi kuasa bersama kaum Cina-MCA dan India-MIC. PKM mahu sendiri memerintah mengikut cara PKM yang didalangi Republik Cina.... waktu itu penjajah sudah tiada, tetapi PKM berterusan menentang askar-askar Melayu...

Dari segi akidah, orang-orang Melayu dalam PKM pada waktu itu, kawan agak keberatan hendak sebut, salah seorang saudara kawan (sudah meninggal) telah menceritakan segalanya......Maaf, kalau kawan tidak dapat menerima penjelasan perjuangan komunis, tetapi kawan kagumi dan hurmati semangat Melayu dalam PKM yang berjuang, mungkin tanpa disedari mereka adalah hanya barisan hadapan kaum Cina komunis sahaja....

2009 November 3 19:33

Hati Merah@Aman berkata...

Jawapan buat penpusaka (1)

Penpusaka: Pasukan PKM Regimen 10 ditubuhkan oleh PKM yang jelas KOMUNIS yang berpusat diTanah Besar Cina dgn fahaman ANTI AGAMA. Adakah pejuang Melayu/Islam didalam Reg 10 itu ejen komunis dan berfahaman anti agama dan tidak beriman dan bertakwa kepada Islam??? Pada puak ini jawapannya TIDAK!!! Kami pejuang kemerdekaan dan kami bukan komunis!!

Jawab: kaum komunis tak kira tanah besar cina, USA atau Tanah Melayu semua sama saja. Mereka adalah kelas proletariat yang memajukan industi kapitalis. Sila lihat Manifesto Parti Komunis dalam siaran lepas.

Komunis tidak menentang agama, tapi mengamalkan dasar kebebasan beragama. Sebetulnya UMNO sekadar menggunakan agama sebagai topeng sahaja. Contohnya sekarang tersebar di internet Dr. Asri menjawab tuduhan JAKIM. JAKIM pun buat fitnah. Islam apa namanya kalau bukan Islam cap UMNO.

Penpusaka: Jadi mengapa Dato Onn yg berkerja dgn Kerajaan Penjajah masa itu, tidak boleh dikatakan pejuang kemerdekaan bangsa dgn slogan HIDUP MELAYU sehingga berjaya mengembeling lebih 40 persatuan melayu seluruh tanahair untuk bersatu hati mengangkat baiah perjuangan didalam satu wadah yg dimuafakatkan bagi melangsungkan perjuangan bernama UMNO????

Jawab: Datok Onn tidak patut disebut pejuang kemerdekaan kerana tak pernah berjuang pun, hanya melaungkan Hidup Melayu sahaja. Walaupun 40 lebih pertubuhan Melayu, tapi pucuk pimpinan kesatuan itu semuanya menyokong penjajah British dan menentang PKMM, API/PETA, AWAS dll. Jadi di manakah perjuangan Datok Onn?

Penpusaka: Ya!! Sebelum UMNO tertubuh, ramai individu-individu sepanjang penjajahan telah berjuang dan terkorban. Begitu juga banyak persatuan dan organisasi yg juga berkorban dan berjuang. TETAPI mereka gagal mencapai matlamat atas berbagai sebab. MAKA salahkah UMNO yg berjaya sehingga membawa kepada Negara Bangsa yg bebas MERDEKA dihari ini???

Jawab: Sebetulnya mereka tidak gagal. Perjuangan mereka sebenarnya telah memaksa kaum penjajah British memberikan kemerdekaan. Tapi kemerdekaan itu diserahkah British kepada UMNO. Bukan UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan itu. Tanpa perjuangan mereka penjajah British tidak akan memberikan kemerdekaan begitu mudah kepada UMNO.

Penpusaka: PKM gagal. PKM telah mengaku kalah dan telah menyerah kepada KERAJAAN BN melalui persetujuan meletak senjata yg diaturkan diantara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand.

Jawab: Dalam perundingan Haadyai tidak ada istilah mengaku kalah, baik dokumen rasmi ataupun dalam persidangan.

Penpusaka: PKM telah akur kepada kehendak RAKYAT MALAYSIA yg menolak PKM dan menerima BN. Disebalik peperangan dan kegiatan-kegiatan subversif PKM terhadap rakyat dan Kerajaan Malaysia,

2009 November 3 20:57

Hati Merah@Aman berkata...

Jawapan buat penpusaka (2)

Penpusaka: PKM telah akur kepada kehendak RAKYAT MALAYSIA yg menolak PKM dan menerima BN. Disebalik peperangan dan kegiatan-kegiatan subversif PKM terhadap rakyat dan Kerajaan Malaysia,

Jawab: PKM sentiasa akur dengan kehendak rakyat. Pada tahun 1955 PKM secara inisiatif menulis surat kepada Tunku untuk menamatkan peperangan. Jika PKM mahu terus melancarkan perang, buat apa PKM menulis surat kepada Tunku? Tapi dalam perundingan Baling Tunku telah memaksakan PKM menyerah diri. Kalau nak menyerah diri tak perlu ada rundingan. Tapi PKM bukanlah orang lembik tulang, sekali berjuang terus berjuang.

Penpusaka: adakah kerajaan BN membalas dendam dan membawa PKM kemahkamah dan menghukum mereka setelah menyerah kalah??? TIDAL!

jawab: Kerajaan Malaysia tidak dapat membawa hal2 yang silam di mahkamah kerana sudah termaktub dalam perjanjian damai. Akan tetapi, Kerajaan telah mengerahkan seluruh jentera propagandanya spt TV, Suratkhabat dll mengobarkan semula peristiwa dalam masa darurat dulu. Ini jelas Kerajaan pimpinan UMNO tidak ikhlas.

Penpusaka: Kerajaan Malaysia dan Tahiland telah sepakat mengampunkan serta memberikan TANAH DIKAMPUNG PERDAMAIAN SYUKURIN untuk bekas anggota PKM dan kaum keluarga meneruskan sisa-sia kehidupan dengan bebas, aman dan makmur.

Jawab: Kampung Perdamaian Sukhirin tidak ada sangkut pautnya dengan kerajaan UMNO. Setengah sen pun mereka tak hulur untuk kebajikan bekas perajurit di sini. Hanya kerajaan Thailand sahaja yang ikhlas. Nampaknya, dalam soal ini lbh baik kerajaan Buddha dari kerajaan Islam cap UMNO.

Penpusaka: Tidak perlu cuba menegakkan benang KUYUP yg sudah KERING dan terkulai. Hiduplah sebagai rakyat yg setia dan sebagai pihak yg tewas, akurlah dan hurmatilah rakyat ramai yg ramai telah merasa pedih dan korban mempertahankan Negara dari ancaman dan kegaganasan puak-puak KOMUNIS yg telah memerangi rakyat dan Negara ini untuk mencapai hasrat perjuangan KOMUNIS CINA ketika itu.

Jawab: Sekali lagi saudara memutarbelitkan fakta. Perjuangan PKM bukan menentang penduduk Negara ini. Perjuangan PKM adalah menentang penjajah Inggeris. Siapa yang berpihak kepada penjajah Inggeris memang merasakan perit maung itu.Apa yang dicatat dalam blog Kini Dan Silam adalah satu pengalaman yang dilalui para kader dan perajurit Rejimen Ke-10, bukan "benang kuyup".

2009 November 3 21:03

Penpusaka berkata...

Terima kasih sdr ku Mat Amin, kerana membuat pengakuan bahawasanya UMNO adalah pejuang kemerdekaan. Itulah kebenaran dan saya amat berterima kasih diatas pengakuan itu supaya tidak mengelirukan.

Komen-komen dari rakan yg lain itu tak payah saya ulas sebab saya takut mereka nanti jadi bengong pula.

2009 November 3 22:00

Kalau begitulah gayanya, rupa-rupanya di dalam negara ini ada juga komunis yang bergerak dari dalam dan tidak mustahil setiap kali demontrasi-demontrasi yang diadakan atas nama parti atau badan-badan tertentu adalah didalangi anasir-anasir komunis sebenarnya.....

Terpulanglah kepada rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu untuk menilai, melilih corak mana kepimpinan kerajaan Malaysia yang mereka mahu........... berhati-hatilah........


25 comments:

  1. salam ziarah bro..
    mgkn mat amin xtau apa maksud komunis...
    apa ideologi mereka..
    mgkn dia terlalu taksub..
    huhu

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO .. Jangan lupa Komunis Malaya hanya "MELETAK SENJATA" bukan "MENYERAH DIRI"
    Mereka tidak aktif dirimba raya tapi menyelinap di bandaraya mem'VIRUS"kan fahaman dan agenda
    dikalangan rakyat dengan cara tersembunyi.Tak
    hairanlah jika masih ada yang memperjuangkan dasar ala-komunis dan membela pemimpin mereka
    sehingga ingin membawa pulang ke tanahair.

    ReplyDelete
  3. as salam,

    siapa yang menyokong komunis perlu memahami konsep dan teori Karl Marx terlebih dahulu. Sebagai saudara Islam, konsep kesamarataan seperti yang diutarakan oleh komunisme sebenarnya tidak dibenarkan dalam Islam. Siapa yang lebih berusaha,maka dia akan mendapat kelebihan dalam ekon. Komunisme hanya menggalakkan orang bermalasan..

    Komunisme juga bermakna 'tiada agama';itu yang diasaskan oleh Karl Mark... mungki ahli pitusan tidak tahu. Republik bermakna 'bangsa' yang sepatutnya memerintah @ raja akan wujud.. pelik jika bangsa sendiri anti raja.

    ReplyDelete
  4. Wakdanial, Udanggalah, Anony, inilah yang amat kita bimbangkan, komunis sekarang ini akan sentiasa membuat pendekatan serta mendakyah mengikut suasana serta budaya hidup masyarakat setempa seolah-olah mereka juga memperkayakan agama sehingga masyarakat terpengaruh... Terima kasih komen.

    ReplyDelete
  5. KAH KAH KAH... LAWAK LAWAK KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  6. Sosialis Hijau, apa yang lawak sangat..... kalau awak memang berpikiran sisialis macam ahli parti PSM, lebih kurang je dengan PKM........

    ReplyDelete
  7. Salam Ziarah.......

    Setuju dengan komen udanggalah,saki baki PKM masih ada dalam negara kita dan mereka ini akan cuba untuk menjahanamkan negara kita secara senyap umpama virus oleh itu jika kita tidak berhati-hati tidak mustahil PKM akan wujud semula .OLEH ITU KITA PATUT TENTANG HABIS-HABISAN SAKI BAKI PKM INI DARI CUBA UNTUK MENCARI PENGARUH MEREKA........

    ReplyDelete
  8. Aku paling benci klu melayu yg tak sedau diri tak ada akal fikiran pg sokong Komunis.
    Klu rejimen ke 10 tu dah memang melayu komunis sudahle, knp masih ada lg generasi baru yg cuba2 nak menyokong komunis.
    Bila le agaknye melayu ni nak sedau yg melayu harus bersatu demi agama, bangsa dan tanah airnya.

    Sedaule yg cina2 sial DAP tu tak lain hanya cuba nak kudakan melayu aje, apa korang ingat cina sial ni semua blh senang ke klu melayu bersatu.

    ReplyDelete
  9. saya nak sambung gelak sosialis hijau...kah kah kah...

    saya belajar subjek Malaysian studies di universiti pun sebut" the formation of malaysia is to protect the british interests" - source malaysian studies subject notes .

    Faktor mengapa british terpaksa beri kemerdekaan kepada kita.

    "The communist Threat"

    tak percaya? komunis telah beri kepayahan kepada British untuk menjajah malaya. maka dengan itu british telah merancang untuk melantik baruanya iaitu Tunku, SIR dato Onn untuk menjaga kepentingan ekonominya supaya tidak dirampas oleh komunis.

    cukuplah setakat ini...nanti anda jadi benggong pula.

    * sejarah malaysia sendiri mengakui komunis adalah ancaman(threat) kepada british.

    *kah kah kah...yang gambi ni dia ingat orang tak jawab komen dia sebab dia pandai. kahkahkahakha

    ReplyDelete
  10. Patriot1957, betulah sejarah menyatakan komunis ancaman kepada British, tetapi lepas tu komunis ancam kepada negara..... British dah lama berambus, tapi kenapa komunis masih nak bunuh rakyat ? Nak kuasa....... supaya Malaysia jadi komunis, Ching Peng Presiden, Melayu-Melayu PKM jadi anjing menyalak je..jadi suruhan siksa orang Melayu.....

    Jangan berlagak sangat, pandai-pandai belajar tapi jadi badut komunis.......

    ReplyDelete
  11. SLM BRO...PERJUANGAN KOMUNIS DH BERUBAH. DARI DULU LAGI MEREKA SUDAH MENUKAR KAEDAH UTK MENGEMBANG FAHAMAN MEREKA DGN CARA HALUS CONTOHNYA DAP. PAS TAHU TAPI MEREKA TERPAKSA DIAMKAN SELAGI KERAJAAN SKRG TIDAK RUNTUH..APA PUN ALASAN MEREKA TERNYATA CUKUP BAHAYA!

    ReplyDelete
  12. PENGANAS TETAP PENGGANAS. MEREKA TAK AKAN MENGAKU PENGGANAS. RAMAI LAGI YANG SERUPA DENGANNYA DI MALAYSIA INI.SI TUKAR TIUB TU APA KURANGNYA.

    ReplyDelete
  13. Kalau tak ada ancaman kepada British, adakah Malaya akan merdeka?

    Jawabnya senang saja, fikirkanlah kalau nak fikir.
    British telah mengamanahkan kepada baruanya supaya menjaga kepentingannya di tanah malaya. Sebab itu dilantiknya barua UMNO. Selepas merdeka pun, kalau saudara nak tau, kekuasaan ekonomi British ke atas malaya masih kukuh. Baca la banyak sikit yaa.

    PKM tak mahu berdamai? atau si barua UMNO tak nak berdamai? Siapa yang mencadangkan rundingan baling diadakan? Chen ping yang mencadangkannya, dan selepas merdeka pun PKM masih ingin berdamai, tetapi kerajaan tetap tidak mahu berdamai. Tetapi syaratnya menyerah diri, dan akan dikenakan tahanan seperti orang bersalah. adakah syarat itu logik diterima sebagai seorang pejuang yang telah menyemai benih2 perjuangan anti British orang malaya? Rundingan damai telah diminta diadakan sekali lagi selepas merdeka, tetapi kerajan Tunku-British enggan berbuat demikian.

    Sesetengah orang melayu hari ini pun pemikirannya masih dijajah British samalah seperti di zaman Tok Janggut. Pejuang di anggap pengganas, pemberontak dan musuh kepada rakyat. Cuma hari ini baru kita mengiktiraf Tok janggut. Tapi apa yang dilakukan oleh british kepada pejuang2 dahulu langsung kita tidak simpan di hati. Berapa banyak pejuang yang telah mati ditali gantung, ditembak, dipenjara seumur hidup, buang negeri dll. Dapat lihat disini, otak anda semua otak British. Telah disemai benih British.

    Selamat membaca dan berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada kompromi dgn PKM. Alhamdulillah PKM sudah terkubur. 99 persen rakyat Malaysia Melayu Islam tolak komunis. Bangang Melayu yang jadi baruah Cina2 dan Chin Peng aka Boon Ah Hua. Komunis tak percaya Allah SWT. Macam mana lawan British tapi akidah hancur? Sedarlah Melayu yang diperkuda Chin Peng. Pi lah puja abu Chin Peng tu. Reputlah saki baki PKM di Thailand tu.

      Delete
  14. Terima kasih Jeffry, Ariff Omar sentiasa memberi pandangan baik dalam blog kawan....

    Patriot1957, kawan tidak nafikan ramai pahlawan-pahlawan besar macam Tok Gajah di Pahang, ramai yang gugur menentang penjajah British. Tetapi sesetengah pahlawan Melayu mudah gugur kerana pengkhianatan dari orang Melayu juga, macam sekarang ini, berapa ramai Melayu bersekongkol dengan DAP untuk hancurkan Melayu, mungkin sama macan sdr yang lebih mengidolakan Cing Peng sebagi pemerintah......

    Kepimpinan UMNO nampak perkara ini, mereka sedar, sekuat mana, segagah mana, sekebal mana sekali pun pahlawan Melayu tidak akan dapat menentang dengan cara tumpah darah, sebab itu mereka memikirkan jalan terbaik untuk membebaskan Tanah Melayu....... jangan hendak menafikan Melayu UMNO yang sama berjuang serta membangkitkan orang Melayu berdaulat selepas merdeka sehingga sekarang.... fikirkan di mana kedudukan Melayu sebelum 13 Mei..... mungkin sdr belum lahir kot atau memang berada dalam belantara bersama PKM.....

    ReplyDelete
  15. Tepat sekali "saudara kata pahlawan melayu gugur kerana pengkhianatan dari orang melayu juga". Itulah kerja UMNO, dari dulu lagi. kalau saudara nak tahu, UMNO dulu mana ada reti pejuang kemerdekaan. Dia tak tau dan tak nak pun kemerdekaan. Bak kata pepatah SIR Dato Onn, lebih baik Orang melayu nak buat jarum pun tak reti, inikan nak merdeka. Setelah beberapa anggota PKMM seperti Mustapha Hussein, Saadon zubir, Tun Ghafar baba dll memasuki UMNO barulah ditukar slogan dari Hidup Melayu Kepada UMNO.

    Apa jalan terbaik membebaskan malaya? Pergi ke London, isap sigar dengan penjajah British sign borang merdeka, tepuk bahu penjajah, begitu mudah? kenapalah pejuang2 terdahulu terlalu bodoh tak dapat memikirkan cara merdeka seperti TUNKU.

    ReplyDelete
  16. *Ditukar slogan hidpu melayu kepada "Merdeka'

    ReplyDelete
  17. DATO MAHARAJA LELA
    MEMBUNUH JWW BIRCH DIPERAK
    CHIN PENG PULA
    MEMBUNUH HENREY GURNEY
    DIBUKIT FRESER

    DUA DUA KENA BUANG DAERAH
    SEORANG KAT PULAU LAUTAN HINDI
    SEORANG LAGI KAT THAILAND

    MEMANG ITU MACAM !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semestinya komunis laknat Boon Ah Hua tu kita jadikan qira Tanah Melayu? Bingai sungguhlah yg sokong komunis Cina si Malaysia PKM.

      Delete
  18. sebuah pulau di lautan andaman bersebelahan thailand.

    ReplyDelete
  19. As'lkm.Yg dikatakan bangsa "AKU" itu ada 5.Back to 6666 orait..agama itu rahsia ku.maaf dr aku yg bodoh busuk kencing hahah

    ReplyDelete
  20. MEMANG ITU MACAM... Betul mmg sama Dato Maharajalela senasib hukuman dgn Chin Peng tapi x serupa, "Dato Maharajalela baik JWW Birch jahat! Chin Peng Jahat Henry Gurney baik sikitlah dari Chin Peng..."

    ReplyDelete
  21. Bangang Melayu yg jadi baruah Chin Peng aka Boon Ah Hua.

    ReplyDelete
  22. Sesat Melayu2 yang sokong Ong Boon Hua latnatullah tu.

    ReplyDelete
  23. Komunis, Shiah dan Ahmadiah dan yang sewaktu dengannya adalah musuh Islam.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..