Saturday, November 28, 2009

Ayah - pemergian yang tidak dapat ku halang.....


Ketika sedang menjalankan tugas di kawasan pendalaman persekitaran Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang, jangkaan tugasan akan selesai sehari sebelum menjelangnya Aidil Adha, kawan akan kembali bersama-sama keluarga menyambutnya……

Takdir telah menentukan, semuanya dalam keadaan kemujuran, bernasib baik kata orang tua-tua, malam itu hati kawan tergerak mengikut teman-teman keluar untuk minum-minum di kampung bersebelahan. Kawan bersetuju menyertai teman-teman walau pun perjalanan menjangkau lebih 20 kilometer di atas dua sebab, pertama di kampung berkenaan ada signal celcom kerana tempat kawan bertugas tiada khidmat tersebut, kedua untuk berhubung dengan keluarga, maklum sajalah sudah dua tiga hari tidak dapat berhubung.

Baru sahaja menikamati hirupan pertama minuman, handphone berdering dari rumah membawa khabar yang amat pedih dirasai………

Ayahnda tercinta, pergi meninggalkan kawan buat selama-lamanya……..

Terima kasih sahabat-sahabat yang mengiringi kawan pulang walau pun sudah lewat malam………..

Al Fatihah buat Ayahnda tercinta, semoga roh mu dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman……

39 comments:

  1. salam
    semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.

    ReplyDelete
  2. Salam Takziah buat Yang Gambi..
    Yang hidup pasti kembali,itulah kehendak Ilahi namun doa anak yang soleh bakal menjadi bekalan dan teman sejati..

    ReplyDelete
  3. YG, takziah diatas pemergian ayahanda tersayang. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh mereka yang solihin. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. SALAM...ucapan takziah dari gengsahabat n crew...semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang=orang yang soleh...alfatihah..sebagai rakan dan kawan saya turut sama merasai kesediha ini..

    ReplyDelete
  5. Tkziah yg.. doakan moga roh beliau di rahmati Allah..

    ReplyDelete
  6. as salam,

    takziah atas kehilangan ayahanda tercinta.Dalam bermimpi kehilangan pun terasa sedihnya.al- Fatihah. Kita yang hidup takkan putus hubungan dengan yang tiada.

    ReplyDelete
  7. salam..

    takziah pada bro sekeluarga...
    moga roh ayahanda anda ditempatkan bersama mereka yang soleh..

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  8. ayah saya pun baru sahaja meninggal dunia.. saya paham perasaan saudara..

    Alfatihah.. Innalillahi wainnalillahi rojiun.

    ReplyDelete
  9. AL-FATIHAH..SMOGA ROH BELIAU DI CUCURI RAHMAT..DAN BELASUNGKAWA UTK BRO DAN SEKELUARGA SEMOGA TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH. AMINNN

    ReplyDelete
  10. salam takziah.innalillah hi wa innailaihi rojiun.
    semoga roh ayahanda anda di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg solihin.Al Fatihah.

    ReplyDelete
  11. Selamat Aidil Adha semua teman-teman.....

    Terima kasih di atas ingatan tuan-tuan kepada kawan..... semoga roh alayarham ayahnda dicurui rahmat.... amin...

    ReplyDelete
  12. Takziah..Semoga rohnya berbahagia di sana..

    ReplyDelete
  13. YG, maafkan saya agak terlewat untuk mengucapkan takziah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang mukminin dan mukminat di syurga Firdaus. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirinya. Al Fatihah.

    Khairul Rizal Osman.

    ReplyDelete
  14. Takziah ! Maaf saya baru mengetahui kisah ini...

    Moga roh ayahanda saudara diberkati dan ditempatkan bersama roh Nabi dan Wali.

    Amin

    saya dah highlight berita ini di facebook saya utk maklumkan kepada rakan kita yang lain.

    ReplyDelete
  15. Sdr YG. salam takziah.innalillah hi wa innailaihi rojiun.
    semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg solihin.Al Fatihah.
    wbt.

    ReplyDelete
  16. Salam YangGambi.

    Al fatihah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

    Jasa ayah memang tak terbalas oleh kita. Rajin2kanlah titipkanlah sekelumit doa kepadanya nanti.


    p/s: Maaf kerana sy baru mengetahui berita ni. Terima kasih kepada PPC kerana upkan di Facebook.

    ReplyDelete
  17. Salam Takziah.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga. Semoga Allah SWY mengurniakan kesabaran buat ahli-ahli keluarga. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  18. Innalilahi wa innalihi rajioun.
    Takziah buat Sdr Yang Gambi dan Keluarga. Semoga Roh Ayahndamu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang solehin. Al Fatihah untuk nya.

    ReplyDelete
  19. HARI NAK BUAT TAHLIL BAGITAULAH
    KITA TAHLIL RAMAI RAMAI

    ReplyDelete
  20. yanggambi

    takziah buat sdr ,moga allah cucuri rahmat keatas ayahanda dan di tempakan di sisi orang orang yang beriman .

    al-fatihah

    ReplyDelete
  21. SALAM TAKZIAH BUAT SEKELUARGA KAWAN...DITIUP ROH KEDALAM JASAD KETIKA DIDALM KANDUNGAN IBU...DIPANGGIL KEMBALI DIATAS KEHENDAK ILAHI JUGA...SEGALANYA TELAH DITENTUKAN OLEH KETENTUAN ILAHI,TIADA APA YG LEMAH DISISI ILAHI :) KENANGAN SHJ MEMBUAT KITA SEMUA MENGENANGKAN PAHIT MANIS KETIKA BERSAMANYA.. TIADA GUNANYA BERSEDIH,TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA...TIADA IBU DAN BAPA YG MAHUKAN ANAK MEREKA BERSEDIH,BUKAN KEHENDAKNYA UTK MENINGGALKAN KAWAN SEKELUARGA TUK SELAMANYA,DIA MASIH MENANTI KAWAN SEKELUARGA UNTUK BERSAMANYA,INSYAALLAH...AL FATIHAH...AMIN!

    ReplyDelete
  22. salam takziah dari saya...alfatihah.

    ReplyDelete
  23. yang hidup akan pergi dan yang muda akan melahirkan generasi baru...

    dunia ini hanya sementara dan ianya adalah sebuah perhentian....

    ikhlas dari abe MIE

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Salam Takziah,

    maaf Yanggambi, saya baru trbaca berita ini.

    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  25. salam,

    ikhlas juga dari saya ,alfatihah buat ayahanda.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.

    Maafkan hamba kerana terlambat mengetahui berita sedih ini.

    Hamba berdoa agar ayahanda saudara ditempatkan dikalangan solafusoleh.

    ReplyDelete
  27. Assalamu 'alaikum,
    Salam takziah, inna lillahi wa inna ilaihi rajioun. Mudahan2 rohnya ditempatkan bersama para arwah orang2 yang beriman amin.. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  28. Takziah.Semoga saudara YG lebih tabah dalam menjalani kehidupan yg sementara ini.Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  29. Salam Yang Gambi,

    Saya rasa sempati dan ucapkan takziah kepada saudara. Saya cuma tahu pada sebelah pagi di program sukanika di Kg Chebong. Semoga saudara kuat bersabar dan saya juga mendoakan ayahanda saudara dicucuri rahmat oleh Allah taala.

    ReplyDelete
  30. alfatihah, teman turut merasakan kehilangan ayahanda tuan, moga cekal kan hati, rasanya apa yang dianjikan dengan allah SWT memang tiada siapa mampu mengubahnya, esok lusa mungkin kita juga kena pergi,

    teman berpesan pada diri teman dan sahabat, tiada apa yang bole disambungkan kepada arwah selepas meninggal cuma tuhan telah menjanjikan satu laluan sahaja melalui doa anak-anak yang soleh.......

    moga tabah menghadapi yang akan datang

    ReplyDelete
  31. Salam tn,

    Al- Fatihah....Takziah...
    Yg Pergi tetap akan pergi...kita juga akan menurutinya..tapi masa yg akan menentukannya...
    Tn, sy teringat dan tersentuh...kalau tn ingat sebelum berita pemergian ayahnda tn, kita ada berbual dekat pondok balai penghulu tu..kemudian lalu nyonya tu..sy kata pd tn, kalau tn nak....tn boleh dapat nyo...tu. Tn terus ckp lebih 56 thn masih pegang pesan ayahnda jangan usik hak orang.....Lepas tu ada dua kejadian, Nyonya kemalangan dan ayahnda tn pergi buat selama-lamanya...mungkin ia kebetulan tapi mungkin itu petunjuk yg kita tidak sedari......

    ReplyDelete
  32. Takziah sahabat..

    Moga doa anak - anak akan selalu dikirimkan kepada allahyarham..

    Moga ditempatkan dikalangan insan yang diredhai oleh-Nya.. Amin

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum.

    salam takziah dari apai ngelai buat ayahanda yanggambi, semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Ingatlah, pemergiannya cuma sedikit terdahulu daripada kita ke alam akhirat. Banyak2kan berdoa untuknya, insyaallah dia tergolong dalam orang2 yg beriman kepada Allah.

    Al fatihah

    ReplyDelete
  34. AMBIL MASA SIKIT ,MISAL NYA 40HARI BERKABONG ,LEPAS TU BOLEHLAH MENCARUT, MAKI HAMUN KAT ORANG PR

    ReplyDelete
  35. Hi there! I recognize it is fairly off-topic nonetheless needed to ask.

    Does indeed owning a well-established weblog for instance your own go
    on a large amount of operate? I will be brand-new in order to posting but I accomplish publish around my diary every day.

    I’d wish to start a website so I can write about my personal practical experience along with ideas on the web.
    Be sure to let me know if you have just about any strategies or maybe approaches for new
    aspiring website homeowners. Enjoy it!
    My web-site :: usachamberofcommercedirectory.com

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..