Thursday, November 19, 2009

Dato’ Sri Adnan - “Inilah tempatnya untuk kita hidup, cari makan, anak-anak bersekolah dan untuk kita mati”

“Kita kena ingat bahawa kita tidak ada negara lain selain daripada Malaysia. Inilah tempatnya untuk kita hidup, untuk kita cari makan, untuk anak-anak kita bersekolah, untuk kita mati.

“Saya tak percaya orang Cina akan balik Tongsan, balik China. Saya pun tak mahu balik Indonesia walaupun ada tok-nenek saya di Indonesia. Dan saya tak percaya Dato’ Murugiah mahu balik India.

“Tetapi, bagi kita untuk terus aman-makmur, syarat utama ialah adanya perpaduan antara kaum. Sebab negara kita ni agak pelik sedikit. Inilah satu-satunya negara yang boleh berbagai-bagai kaum duduk, tinggal bersama-sama di dalamnya,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Adnan Yaakob.


Adnan juga berkata, “Kalau tidak ada perpaduan, … maka tidak ada keamanan. Tidak ada keamanan, maka negara tidak dapat membangun”.

Beliau juga tidak menafikan, bukan semua rakyat negara ini yang senang namun sungguhpun ada yang susah, kesusahan itu secara relatifnya tidaklah sepertimana kesusahan lebih buruk dialami oleh rakyat negara lain seperti di benua Asia ini ataupun Afrika.

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak sentiasa memastikan tidak berlaku perselisihan dan pergaduhan antara kaum untuk dapat bersama-sama membangunkan Negara. Kata Adnan lagi.
KLIK

Itulah sebahagian dari ucapan yang telah disampaikan oleh Dato’ Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang ketika mengadakan majlis makan malam sempena Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik 2009 antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Hotel M.S. Garden, Kuantan.

Ungkapan berupa satu ingatan kepada generasi muda, pesanan untuk terus diwarisi dari generasi ke generasi betapa pentingnya perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

‘Perpaduan’ perkataan yang tidak pernah lekang dari diungkapkan oleh kepimpinan-kepimpinan kerajaan UMNO-BN bagi menentukan hala tuju keharmonian dalam Negara, untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.

Tetapi ‘perpaduan’ jugalah dipegunakan oleh individu-individu yang bersikap talam dua muka, menjadi gunting dalam lipatan untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN kerana kepentingan politik yang mereka dukungi.

Sepatutnya, walau apa pun kedudukan idealogi atau manifesto politik individu berkenaan, seharusnya ia tidak akan membangkitkan persoalan-persoalan yang boleh mengeruhkan kesejahteraan dan kerukunan yang sedia terjalin erat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Setiap warga di Malaysia perlu memahami konsep negara Malaysia ini terbina adalah dari ikatan persefahaman antara pelbagai kaum. Kewujudan Malaysia bukan terbina begitu sahaja, ianya melibatkan rundingan demi rundingan antara kepimpinan pelbagai kaum.

Mengambil panduan yang diungkapkan Dato’ Sri Adnan, betapa pentingnya mengekalkan perpaduan antara kaum, masyarakat boleh melihat serta mengambil contoh negara-negara jiran. yang sering berlaku kerana nipisnya ikatan persefahaman warganya.

Berlandaskan demokrasi, kebebasan bersuara yang tidak disertai dengan pemikiran rasional serta kurangnya jati diri warganya, maka ianya lebih menyumbang kepada kekacauan, ketidaktenteraman seterusnya meruntuhkan Negara itu sendiri.

Peristiwa berdarah 13 Mei yang menyebabkan kematian, kecederaan, penahanan kemusnahan dan kerosakan harta benda perlu dijadikan iktibar oleh generasi baru dalam meneruskan keharmonian Negara.

‘Perpaduan’ perlu diletakkan di tangga utama dalam melaksanakan apa jua tuntutan oleh mana-mana individu mahu pun parti politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Dalam suasana politik pada hari ini, cubaan pakatan pembangkang untuk untuk menghancurkan kerajaan UMNO-BN, mereka tanpa sedar atau sengaja telah cuba untuk merobek keamanan dan kesejahteraan serta merosakkan perpaduan antara kaum yang telah terjalin sekian lama dalam kepimpinan kerajaan UMNO-BN.

Menghasut, membuat provokasi serta mengajak untuk mengadakan demonstrasi melalui tulisan-tulisan dalam laman web, sering menjadi keutamaan golongan ini untuk menunjukkan kekuatan mereka. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini sengaja cuba merosakkan hubungan yang telah sedia ada.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, dan penduduknya pula berbilang kaum tentunya kesejahteraan negara mendapat tempat yang istimewa dalam memanifestasikan kelestarian antara kaum dalam rakyat keseluruhannya.

Barisan Nasional yang terdiri dari parti-parti komponan dari pelbagai bangsa, perbezaan agama dan budaya mampu mencapai kata sepakat untuk menerajui Negara.

Kesepakatan perpaduan Barisan Nasional bukan hanya wujud untuk menghadapi pilihan raya macam pakatan pembangkang, tetapi setelah kemenangan dicapai, BN membentuk sebuah kerajaan yang utuh untuk membangunkan Negara serta memakmurkan rakyatnya. Bukan untuk merompak dan berebut-rebut kekayaan Negara.……

Justeru, selamilah segala yang telah menjadi sejarah, lantas jadikanlah peristiwa-peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk kesejahteraan yang berpanjangan.



14 comments:

  1. Salam Tuan.

    Perpaduan merupakan aspek terpenting dalam konsep sebuah negara bangsa. Tanpa perpaduan tidak wujud istilah keamanan. Dan tanpa keamanan tidak wujud peluang ekonomi dan pekerjaan.

    Terbaru sikap persatuan Cina yang begitu hebat menentang cadangan pembentukan sekolah satu aliran membuktikan siapa mereka ini sebenarnya. Beberapa hari yang lepas, dalam program diluar lingkungan tv1, saya benar-benar terperanjat apabila seorang vateran persatuan cina, sehingga kini tidak fasih berbahasa Melayu, walaupun sudah memiliki taraf kerakyatan. Saya amat berharap taraf kerakyatan kepada kaum bukan bumiputra diselidik semula.

    ReplyDelete
  2. Yang Gambi,

    Setuju 100% dengan apa yang diucapkan oleh Tok Nan.

    ReplyDelete
  3. Pena Minang, benar sangat dengan komen tuan itu, inilah yang sepatutnya disedari oleh rakyat Malaysia kalau mahu menunjukkan kesetiaannya sebagai rakyat Malaysia.

    CTS, terima kasih dengan sokongan tuan.....

    ReplyDelete
  4. Suara Tok Nan macam Suara Long Jaafar diTaiping mendamaikan Puak Gee Hin dng Hai San.

    ReplyDelete
  5. Matpelangai, itulah keihlasan yang ada dari kalangan kepimpinan Melayu UMNO untuk menimbangi masyarakat pelbagai kaum. Tetapi adakah kepimpinan kaum-kaum bukan bumiputera ikhlas seperti ini ?

    Terima kasih dengan komen tuan.....

    ReplyDelete
  6. SLM BRO..MANA ADA LG NEGARA MALAYSIA KT DUNIA NI? CUBA LA PEMBANGKANG CARI KLU ADA LG NEGARA SEBIJIK MCM MALAYSIA. JGN HANYA TAU NAK MERANAPKAN NEGARA JEK!. KLU DH BOSAN DUDUK KAT SINI BAIK BERAMBUS!

    ReplyDelete
  7. inilah yang saya bangga sangat dengan Dato Adnan ini sebagai saya orang kuantan pahang ( rumah mak di beserah ). Dia cakap bersahaja dan santai aje. tetapi tepat dan kena pada sasaran. orang nak faham pun senang. samua kaum dan peringkat umur faham kalau dia cakap.

    ReplyDelete
  8. Salam Yanggambi,

    setuju benar dengan apa yang dikatakan oleh YAB Datuk Seri Adnan...beliau telah menjelaskan perkara atau hakikat yang sebenar-benarnya yang harus seluruh rakyat Malaysia fahami tentang apa itu Malaysia.

    Sebenar saya gemar melihat cara Datuk Seri Adnan ini memimpin Pahang..berani dan bertanggungjawab dan selain itu dulu juga saya mengkagumi cara kepimpinan bekas MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang sentiasa menyerlah dan sihat, cergas.

    ReplyDelete
  9. Bro, bagi orang-orang melayu yang faham sejarah Malaya memang rindukan keamanan. Tetapi ada dikalangan orang-orang melayu samada dalam politik, pendidikan, peniaga dan lain-lain yang sengaja nak hancurkan negara kerana nakkan kuasa, nakkan jadi PM, nakkan jadi YB dan macam-macam..

    ReplyDelete
  10. Tembelang PAS yang buat samakan hukum Allah dengan hukum ciptaan manusia rakyat satu malaya dah tau...Huru-hara PKR yang sesama pemimpinnya bertelagah kerana kepentingan peribadi, keluar parti, sex-maniac dan lain-lain...seluruh malaya dah tahu.....Isunya, mampu ke deme tu memerintah negara supaya jadi lebih aman daripada keadaan sekarang...

    ReplyDelete
  11. yanggambi,

    Ada silap mata bila mereka kecoh.Menyerang KeUtara, bergerak keSelatan. Bukan sahaja Menangguk di Air Keroh tetapi Keruhkan air barulah menangguk.

    Silapnya "Long Jaafar" memberi gelaran Datok dsbnya setelah mereka "berdamai" menjadikan merekan termasuk golongan bangsawan juga akhirnya mereka menuntut taraf ketuanan seperti Long Jaafar. Itulah politik MCA hari ini. Tamadunmereka telah 5000 tahun.....

    ReplyDelete
  12. MAJU TONG KIAT KERAMA JENGKA
    MAJU SERI JAYA KERANA LEPAR
    KALAU YANG GAMBI ORANG YG PEKA
    KENALAH JADI MULUT CELUPAR

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat apa yang disebutkan YAB Dato Seri Adnan tu Yanggambi. Inilah bumi bertuah, kita cuba pastikan anak cucu kita hidup lebih merdeka dan lebih aman dari zaman kita tok moyang mereka. Orang china akan balik ke negara asal, India pun akan balik negeri kalau berlaku apa-apa. Kita? Kita nak ke mana? Nak ke Singapore? nak ke Indonesia? Nak ke Fillipine? nak ke selatan Pattani?
    Bermakna, apa pun yang berlaku di bumi bertuah ini, kita mesti berkubu betis.....menang mempertahankan kedamaian anugera Allah, kalah...mati kita syahid mempertahankan agama dan negara....
    Begitulah adanya...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..