Friday, November 13, 2009

Rasuah ibadah Haji – apa dalil tok guru Nik Aziz ?

Dalam bab Nik Aziz Menteri Besar Kelantan pergi mengerjakan ibadah haji bersama-sama keluarga yang dibiayai oleh Abroad Technology Centre Sdn Bhd, boleh dikatakan tiada satu pun bloger-bloger pro pembangkang menulisnya, yang banyak mereka paparkan isu wang ehsan.

Kenapa mereka semua menyepi dengan isu ini ?

Itulah bila sudah terkena batang hidung sendiri, mana dalil-dalil dan fatwa para ulama dan ustad-usatd dari PAS ?

Atau pun hadiah penajaan ini tidak termasuk dalam ketegori rasuah ?

Dibawah ini kawan copypastekan artikel dari blog House PK untuk sama-sama kita menilai sejauh mana dalil tok-tok guru PAS dalam isu ini ;

Saya baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.

Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri!

Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Syarikat ini menaja Nik Aziz dan keluarga semata-mata untuk membalas BUDI-BAIK yang telah diberikan oleh PMBK melalui hak ekslusif pemasangan Billboard seluruh Negeri Kelantan. Apakah harus kita panggil dengan URUSNIAGA ini? Sedekah atau Rasuah!

Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!

Mohon jasa baik kepada rakan-rakan bloggers supaya menyebarkan artikel ini. Terima kasih. House PK

Posted by House PK at 6:15 AM

Syarikat yang menaja tok guru Nik Aziz dan keluarga untuk menunaikan fardhu Haji di Mekah pada bulan ini, adakah ianya berbentuk hadiah atau jenayah rasuah ?

Apakah dalil atau fatwa yang boleh mengenepikan bahawa penajaan ini bukan jenayah rasuah ?

Bukankah ianya lebih kepada jenayah kerana Arifahmi si menantu Nik Aziz ini telah berurusan terus dengan syarikat berkenaan dari segi kontrak papan iklan dengan PMBK

Apakah dalam pentadbiran Kerajaan PAS jenayah rasuah berbentuk begini dihalalkan ?

Pendapat kawan rasuah tetap rasuah, kerana Tok Guru Nik Aziz adalah seorang Menteri Besar kerajaan PAS Kelantan, kalau tidak apa jadahnya syarikat berkenaan berkorban wang ringgit untuk menaja ibadaah Haji Nik Aziz………..

Kepada blogger-blogger pero pembangkang, khususnya PAS, anda buatlah dalil atau fatwa yang mengatakan isu ini bukan ‘jenayah rasuah’………

Sebab itu orang tua-tua kata, kita jangan terlalu riak dalam mengerjakan amal ibadah, jangan keterlaluan menghina serta memfitnah amal ibadah orang lain…….



12 comments:

  1. Assalammualaikum.......

    Ah diorang ni semua mcam sial la....OTAI dah pehatikan dah lama diorang ni....nasib baik bukan "anak beranak technology" yang support...tapi rasanya memang anak beranak la ni....punya kerja....menantu ada kat PMBK dapat duit projek skit apa lagi....nak kipas bapak bertua....kasi hantar la pergi haji......nak jadi cerita tak lepas pulak.....dan melalak orang tua tu.......

    ReplyDelete
  2. Salam,

    dalil xda dalih ada kih3x

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Brother Nam dan JUnah, Nik Aziz dah tak jadi gi dah...... merajuk, dia kata ada orang halang dia pergi Haji..... banyak cerita....

    Yang kita pelik bukan soal nak halang dia buat ibadah, yang dipersoalkan tentang rasuah.... mengapa mesti nak tuduh UMNO-BN yang menghalang dia nak buat ibadah..... inilah dalil seorang ulama PAS, bagi dia semuanya halal......

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Why bring youself down to same level as apposition bloggers as far as "supposed corruption" is concerned. Giving alms and "hadiah" are allowable in Islam. Some pro government bloggers had brought themselves down into the pits where their nemesis (opposition) lurk.

    ReplyDelete
  5. W.salam..

    pernah dengar kisah Rasulullah SAW halang sahabat membunuh Abdullah bin Ubai bin Salul? Boleh kalau Rasulullah arahkan bunuh munafik tu..
    Tapi sebab memikirkan jemaah.. buruk nama Baginda dan pastinya nama Islam akan terpalit sama.. maka Rasulullah tak bagi sahabat membunuh munafik itu..

    teman kaitkan balik dengan isu Nik Aziz ini.. memang dia boleh pergi.. dan memang dia tahu ahli PAS tak kisah dan yakin dengan kredibilitinya. namun memikirkan kepentingan jemaah(parti),dan nama baik dia sendiri(kalau nama dia buruk, kelak munafik UMNO akan palitkan PAS sekali), maka dia batalkan niat ke Mekah dahulu..

    Sama-sama kita doakan dia akan dipanjangkan umur agar dapat menunaikan haji tahun hadapan!
    Allahuakbar! Hancur Toghut!

    ReplyDelete
  6. sememangnya sifat mereka saudara...bermegah dgn islam mereka, kita ni dilabel tak islam....pembiayaan seperti ini mmg sgt keji bagi saya lagi mengejikan penyokong2 dan blooger mereka hanya mengHALALkn atuk guru mereka berbuat begitu...saya sokong Budak Balun, cth yg diberikan jelas...terlintas d hat saya, nik aziz tu berfikir atau tidak..

    ReplyDelete
  7. Ha ha ha memang kelakar puak lebai pas. Kalau kena batang hidung depa, akan ada saja perjuangan Rasulullah yg nak disamakan dgn kes gila yg depa cipta. Kesimpulannya, pas ni mmg parti sesat dan perasan gila.

    ReplyDelete
  8. buruk orang tua merajuk..tambah-tambah dah tahu salah tapi nak kata orang lain salah..piraahhhh!!!

    ReplyDelete
  9. apa kes nak samakan dengan perjuangan rasullullah....apa taraf niki ajis ni......tak layak langsung...cakap merapu...buat fatwa sesat....

    ada juga pencacai bangang yang msih kata bukan rasuah.....itulaah rasuah abad ni tau tak....kalau cetek ilmu kena tipulah dengan niki ni...

    sprm jangan pilih bulu siasat dah berapa kali niki ni pegi haji kena sponsor.....biar jubur dia tak lawas.....

    ReplyDelete
  10. DIS DAH MAKAN CUMA TAK SEMPAT TELAN. MEMANG KENA TUDUH LEPAS INI TERUTAMA MENANTUNYA. INI LAH BALASAN RIAK. MEREKA BUKAN BAIK. CUMA BELUM DIUJI SAHAJA. KITA LAH YANG BAIK DAH DIUJI TETAPI MASIH KEKAL BEGINI. JADI , BIARLAH KITA JADI KITA SELAMANYA.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sahabat-sahabat tolong bantu buat komen, si Budakbalun itu apa tahunya, cuma hendak kutuk orang sahaja...... bila kena kat batang hidung sendiri mulalah buat dalil bukan-bukan.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..