Friday, November 20, 2009

Kunta Kinte: Orang Melayu kini takut pertahan hak


Mungkin ada yang sudah membacanya, bagai yang belum, marilah kita renungi bersama. Kawan amat tertarik dengan tulisan KUNTA KINTE di akhbar Berita Harian hari ini, maka kawan paparkan semula untuk tatapan semua ;

Keistimewaan Bumiputera dijamin perlembagaan perlu diperjuang - KLIK

APABILA pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Kunta Kinte tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah. Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara 'vigil' (tafakur) mereka.

Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat.

Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.

Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Kunta Kinte tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.

Jadi Kunta Kinte kena kata Kunta Kinte hairan. Budak-budak sekarang kata 'konfius'.

Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu apati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Atau adakah Yang Berhormat Melayu hanya makan gaji dan isi tembolok sendiri?

Kunta Kinte bertanya lagi. Apakah nyawa pemuda Melayu kurang berharga daripada nyawa seorang pembantu politik Cina atau seorang India yang disyaki pencuri kereta?

Kunta Kinte tak berani jawab pasal kalau dulu-dulu bukan macam ini. Dulu orang Melayu berani bersuara. Orang Melayu gigih pertahan hak bangsa dan hak negara.

Jadi apa Kunta Kinte nak kata? Kunta Kinte kata tahniah kepada orang Cina dan India kerana berani dan berjaya guna media massa yang mereka milik dan yang tidak mereka milik untuk mempertahan hak dan kebajikan kaum mereka.

Tahniah kepada orang Cina dan India kerana berjaya dapatkan simpati dan empati semua kaum sampai setiap kecelakaan yang timpa kaum mereka digambarkan macam tragedi negara.

Cuma Kunta Kinte nak ulang tanya, di mana pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan NGO Melayu apabila orang Melayu maut ditembak polis dan tahanan Melayu mati dalam lokap?


Atau apabila harta pusaka Melayu dan tanah rizab Melayu diambil alih atas nama pembangunan, tetapi kemudian dibolot oleh mereka yang berduit?

Adakah mereka berasa nyawa dan harta orang Melayu lebih murah harganya daripada nyawa dan harta orang Cina dan India?

Kunta Kinte tidak mahu pertikai tindak tanduk orang Cina dan India. Itu hak mereka. Kalau mereka pandai dan mereka berani tuntut hak mereka, patut sangatlah mereka berjaya, jadi senang dan terbela.

Yang Kunta Kinte rasa wajib Kunta Kinte pertikai adalah ketakutan orang Melayu hendak pertahan hak mereka. Tak apalah kalau ada orang Melayu rasa nyawa orang mengamuk dan tahanan polis tak penting sangat.

Tapi apa halnya dengan hak orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah nak pertahankan apa yang hak dalam perlembagaan pun takut?

Atau pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan penggiat NGO Melayu tak baca pun Perlembagaan Persekutuan.

Jadi kalau tak baca macam mana nak tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Kalau baca Artikel 153 kita tentu tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Raja kita jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam macam-macam bidang.

Misalnya mengadakan kuota untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, pendidikan, latihan dan pemberian lesen.

Tapi kalau tak baca, jadilah kita macam si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya. Atau menang bersorak, kampung tergadai. Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Lembu yang empunya susu, sapi yang dapat nama.

Yang Gambi : Sampai ke mana PAS dan Melayu PKR dapat mempertahankannya jika berterusan bersekongkol dengan DAP untuk merebut kuasa kerajaan Melayu UMNO bersama BN ?

13 comments:

  1. orang melayu hanya asyik ta maaf aje. sesama sendiri asyik mengkafir.itu pun melayu tak pernah sedar. lahirlah islam liberal dan melayu liberal hanya kerana politik. Melayu sanggup gadai melayu. melayu sanggup ditarik hidung ke sana ke sini setelah dapat kedudukan sedikit. Semuanya jadi halal kerana poliyik . itulah melayu kini. itu pun masih yang belum sedar. ini semua gara-gara sang peliwat. dulu dialah di dewakan pejuang islam . kini pejuang islam leberal dan masyarakat liberal pulak. setiap 10 tahun dia bertukar rupa dan kulit. itulah sumbangan dsai kepada negara, agama dan bangsa . inilah jasa terbesar peliwat ini

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..ORG MELAYU HANYE TENGOK AJE KAUM INDIA SAMAN KERAJAAN 105 JUTA RINGGIT..ANUWAR X BERSUARA MALAH JADI BATU API. TBH MATI, GOBIND MATI2 PERJUANGKAN KES. TP ANUWAR TGOK ADE PROSPEK RAIH POPULARITI. MELAYU KE DIA NI??...HARKKK PTUIH!!

    ReplyDelete
  3. Ariff Omar, Jeffry, komen yang baik dari tuan-tuan.....

    Yang peliknya dalam harakahdaily, milik Melayu haprak dengan bangganya membesar-besarkan isu ini, malah mengambarkan UMNO terlalu zalim.... inilah cara Melayu haprak untuk dapatkan sokongan.....

    ReplyDelete
  4. Kita tak boleh bandingkan sekarang ini dengan dahulu kerana dahulu kalau ada masaalah lintas kaum tu orang Melayu berani bersuara sebab pada masa itu mereka berhadapan dengan kaum lain sahaja. Masaalahnya sekarang kalau ada masaalah macam tu orang Melayu kena berhadapan dengan orang Melayu sendiri dulu sebelum berhadapan dengan kaum lain. Kalau kini Melayu ada 54% kena bahagi 3. Puak menentang Melayu; Puak masih selesa duduk atas pagar (walau turus pagar itu tajam tajam) dan satu pertiga dahaja ie 18% sahaja yang mahu (berani?) bersuara.

    ReplyDelete
  5. salam bro...mantap artikel ini. sememangnya bangsa asing ni akan cuba menutup periuk nasi kita bangsa melayu. tapi yang aku makin angin ni bangsa melayu sendiri yang dah lupa diri. kerana ketaksuban mereka kepada kepimpinan depa tu maka sanggup di aniaya sendiri sesama umat Islam dan bangsa Melayu. Celaka depa ni semua.

    ayuh kita sama sama berjuang bro...
    wa cayo lu...he he he

    ReplyDelete
  6. VC UiTM, Ibrahim Abu Shah pernah berucap dengan mengatakan bahawa bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang kuat bertoleransi. Tambahnya lagi tidak ada bangsa yang baik di dunia ini melebihi sifat kaum Melayu. Ujarnya Malaysia tidak akan aman sekiranya PM adalah bangsa selain dari bangsa Melayu. Hanya orang Melayu sahaja pemimpin paling adil dalam dunia ini.

    ReplyDelete
  7. CCZ begitu terharu dengan komen pena minang..ianya benar. Sikap toleransi yang kuat inilah yang selalu membuatkan bangsa lupa siapa yang septutnya dihormati dan dijaga.

    Yang gambi, penulisan sdra sekali lagi menjerut hati dan jiwa. Betapa kasihannya kepada bangsa kita sendiri. Yang harus ditudingkan ialah PAS dan PKR. Mereka lebih sennag menjual bangsa sendiri demi memperolehi undi dari bangsa yang lain.

    ReplyDelete
  8. Che Lah, Gomo, setuju dgn komen tuan-tuan, tapi terlalu ramai Melayu yang masih melayani sikap benci, PHD, khianat, tamak kuasa semasa sendiri, sebab itu wujud perpevahan parti.

    Pena Minang,sikap toleransi telah ada dikalangan bangsa Melayu sejak era Hang Tuah...... tetapi terlalu banyak juga yang berketurunan si Kitol.

    CCZ, terima kasih dengan pujian, tapi kawan cuma memaparkan tulisan Kunta Kinte untuk kita renungi bersama....

    ReplyDelete
  9. itulah..saya da ckp org melayu sekarang dah bodoh..dah lemah..dah takde semangat juang..takde semangat jihad..

    lepas ni org cina india sepak kepala orang melayu, orang melayu biarkan je..sebabnya orang melayu dah takde otak..hanya pikir kesenangan hari ni..tak pikir nasib anak cucu lepas ni kalau org cina india naik berkuasa..

    ReplyDelete
  10. Kuman Seberang LautSaturday, 21 November, 2009

    MARI KITA PERHATIKAN:

    Bangsawan Melayu dengan Ketua Umno
    Semua menyimpan Tauke dan Proxi
    Janganlah kita Buat DON'T Know
    Masaalah dicipta bangsa sendiri

    ReplyDelete
  11. Muhtiddin Yassin berjaya lahirkan 'Satu Sekolah Untuk Semua' yang pertama di Sentul, Kuala Lumpur. Nak harap Pakatan Rakyat, haram tak akan berjaya Baca disini http://payahsungguh.blogspot.com/2009/11/umno-bn-berjaya-lahirkan-satu-sekolah.html

    ReplyDelete
  12. YB Raz, betul sangat komen tuan dan terima kasih...

    KSL, sama je dengan pemimpin pembangkang, jangan buat-buat tak nampak pulak.....

    1Malaysia, jangan mudah buat andaian semudah kopek kacang, kalau sengaja nak cari kelemahan kita akan dapat kelemahan... cuba kalau kita pandang dari pelbagai sudut demi memperbaikinya....

    ReplyDelete
  13. KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAKSunday, 22 November, 2009

    YA YA JANGANKITA BUAT DONT KNOW
    MASAALAH CIPTAAN BANGSA SENDIRI
    SAYALAH SEJATI ORANG UMNO
    CARI PROJEK UNTUK PROXI

    CAKAP TENTANG KETUANAN MELAYU
    LANTIK TUAN KEPADA YANG LAIN
    ADA DATUK, DATUK TAK MALU
    DENGAN AMOI TIDAK BERKAIN

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..