Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57."Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.
Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.
Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad m Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.
Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka. KLIK
Cerita kedua : Dari Mstar.com.my
Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.
Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.
Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.
Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.
Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. KLIK
Yang Gambi : Cuba kita perhatikan dua bentuk cerita di atas, cerita pertama, cerita yang telah dipolitikan dan manakala cerita kedua pula cerita yang memaparkan kisah seorang pelajar tabah dan gigih…..
Dari cerita yang pertama, oleh kerana ianya sudah dipolitikkan, maka ianya lebih menggambarkan bahawa kerajaan UMNO-BN terlalu zalim, sistem pendidikan percuma yang diumumkan kerajaan hanyalah gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Begitulah dakwa penulis blog yang pro kepada PAS ini…..
Kerana ibubapa kepada pelajar cemerlang, adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent tidak menjelaskan yuran sekolah sebanyak RM57.00, pelajar ini tidak dibenarkan mengambil slip keputusan peperiksaan UPSRnya.
Sedangkan pelajar ini mempunyai kedua ibubapa, bapanya bekerja sebagai pemandu lori (mengikut tinjauan di sini, pendapatan seorang pemandu lori tidak kurang RM1,000 sebulan, ada yang menjangkau RM3,000 sebulan). Tetapi masih menyatakan tidak ada kemampuan menjelaskan yuran sekolah yang hanya dikenakan setahun sekali…….
Berbanding dengan cerita kedua, pelajar adik Siti Amynur Ain Putri dari Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior ini lebih daif kehidupannya dengan kematian bapa yang menjadi tempat bergantung.
Arwah ibunya, semasa hayat berkerja sebagai pembersih sebuah hotel murahan dengan kadar pendapatan RM500 sebulan, menampung dua anak yang sedang bersekolah.
Usaha gigih arwah ibu pelajar ini untuk memastikan anaknya menjacapai kejayaan amat dihargai, walau pun tidak sempat melihat kejayaan anaknya mencapai keputusan cemerlang.
Guru Besar dari sekolah berkenaan menghantar sendiri keputusan UPSR dan kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Tidak ada pun timbul cerita hutang yuran sekolah yang tidak dijelaskan…….
Kawan bukan hendak menafikan kesempitan hidup yang dialami oleh keluarga-keluarga yang benar-benar tidak mampu, tetapi janganlah kerana yuran persekolahan yang dikenakan hanya setahun sekali sengaja hendak dipolitikan…..
Kerajaan UMNO-BN sudah perbagai cara untuk meringankan beban ibubapa dari segi pendidikan anak-anak mereka. Apakah masih zalim atau kejam sistem pendidikan kerajaan UMNO-BN ?
Kawan banyak bertanya kepada sahabat-sahabat di negara Singapura dan Indonesia, mereka dengan ikhlas menyatakan pendidikan di Malaysia adalah termurah dan terbaik di kalangan negara Asia, malah boleh dikategorikan antara terbaik di dunia.
Sahabat di Singapura berkata, jika dibandingkan kos pembelajaran di Singapura, ibu bapa di Malaysia sewajarnya berasa lebih bertuah kerana tidak terlalu dibebani bayaran pendidikan tinggi seperti mana anak-anak mereka yang di republik itu.
Menjelaskan konsep pembayaran yuran sekolah di Singapura, pelajar sekolah rendah perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM24 sebulan, manakala bagi pelajar Melayu di sekolah menengah yuran bulanan yang perlu dibayar RM35 – RM45sebulan.
Bagi kelas tuisyen, di Singapura jauh lebih mahal berbanding negara ini kerana ibu bapa perlu membayar hingga RM400 setahun bagi program kelas tambahan anjuran pertubuhan setempat dan RM150 sebulan bagi satu subjek jika mengikuti kelas tuisyen di luar sekolah.
Tetapi, bagaimana pula dengan Negara yang sebilangan besar rakyatnya hidup dalam kedaifan, malah ada yang lebih fakir dari yang fakir…….
Sebab itulah, apabila kawan bertanya kepada pekerja-pekerja dari Indonesia yang ada di Malaysia, mereka berkata bersekolah hanya setakat darjah 3 atau 4, memadai bagi mereka hanya boleh membaca dan menulis.
Tetapi mengapa dari kalangan rakyat Malaysia yang masih mahu mempolitikan perkara-perkata yang kecil………..
Orang kata, inilah dari golongan manusia yang tidak pernah bersyukur, tidak pernah berterima kasih dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN untuk mempertingkatkan pedidikan anak-anak rakyat dalam Malaysia…..
Kalau nak buat isu remeh macam tu yang gambi, macam CCZ cakaplah..kucing berak depan rumah pun kata Kerajaan salah. Kalau budak-budak kena bawa beg sekolah berat pun salah Kerajaan juga, Semua salah kerajaan. Tang depa tak salah. Guna ugama galakkan supaya semua rakyat redha dengan perkhidmatan mereka sedangkan Islam ajar seseorang tu kena berusaha kemudian berdoa. Lepas tu bila dapat melalui Kerajaan, kutuk pulak. Lupa kot rezeki Allah itu datang melalui pelbagai saluran dan cara. Derma pun salah satu cara jugak tapi mana datang RM1 kalau bukan kena pecahkan batu baru dapat duit.
ReplyDeleteBila kerajaan BN berjaya lahirkan 'Satu Sekolah Untuk Semua' tak siapa pun nak puji. Nak harapkan pembangkang, tak mungkin akan tercapai.
ReplyDeleteCCZ, sokong sangat komen tuan.... payah nak ubah pemikiran yang telah terasuk....
ReplyDeleteUMNO Sentul, betul sangat tu, sekarang bukan sahaja mereka nak puji, dah ada keluar dalam blog haprak mereka sekor orang tua datang melawat kat sekolah tu, kononnya pelajar-pelajar Melayu hidup serba kedaifan.....
Salam YG,
ReplyDeleteBetul tu. Yuran sekali setahun sahaja. Malah boleh dibayar sepanjang tahun sebelum tamat persekolahan. Ibu bapa kena ambil cakna. Lainlah macam Adik Siti Amynur Ain yang sudah jadi yatim piatu tidak ada sesiapa yang boleh cari duit untuk tampung persekolahannya. Yang ini wajib masyarakat bantu.
Bagi kawan masalah hutang RM57 ini lebih kepada sikap ibu bapa. Hutang boleh dijelaskan sepanjang tahun. Katakan berhutang di awal tahun persekolahan, ibu bapa kena cari jalan nak jelaskan hutang sehinggalah sampai hujung tahun. Ada murid yang dapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tetapi guna duit tersebut beli benda lain. Bukannya nak jelaskan yuran dan sebagainya. Ada juga kadangkala, guru pula yang dahulukan duit untuk jelaskan yuran. Ada yang langsung sampai sudah tak berbayar pun ada. Ini diceritakan sendiri oleh rodong kawan yang berkerja sebagai guru.
Yang peliknya ada pula pembangkang yang buat modal politik untuk memburukkan Kerajaan. Apa salahnya kalau dah tahu mana-mana keluarga yang ada masalah kewangan ini dia pergi bantu. Hulur duit senyap-senyap. Pembangkang bukannya miskin. Ada yang hadiah saguhati perceraian pun dah cecah RM3juta. Inilah dia cara pembangkang. Nak politikkan sahaja. Cari jalan nak selesaikan tak mahu.
salam Yang Gambi..CCZ ada tambah sedikit dalam posting MB Kedah pandai ngorat? Baca lah..baik punya serangan dari puak PAS.
ReplyDeletesalam bro...nasib baik lah ada kerajaan BN. kalau tidak anak melayu ramai yang tak melanjutkan pelajaran ke luar negara.
ReplyDeletekalau di beri hak sama rata, jawapnya semua yang pi tu 80% anak bangsa cina. melayu 15% je lah....
tapi kesian dengan bebudak melayu sekarang ni. banyak sangat yang lupa jasa kerajaan.
LU PEGANG DUIT ROYALTI MINYAK KELANTAN TERENGGANU BANYAK CAKAP LAH
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteyg dok bising pasai yuran ni Melayu kita, cina bab pelajaran ni pelaburan depa xkisah sgt. masalh sikap, berkira.
KP, Gomo, Junah, betul sangat dengan komen tuan-tuan, tetapi banyak orang Melayu tidak sedar dengan kabajikan yang kerajaan beri untuk anak-anak bangsa mendapat ilmu.... tetapi berapa kerat yang ambil tahu...
ReplyDeleteManbudu, itulah asyik makan budu sampai kepala otak pun jadi beku....... kebajikan pendidikan untuk anak-anak Melayu dinikmati semua tak kira anak orang PAS atau UMNO, cuma tuan sahaja yang mungkin buta.....
"mereka" akan salahkan UMNO/BN jugak. Sabar dan Tabahlah Pemimpin, Pengikut, ahli UMNO/BN n Geng. "Mereka" diperintah ke, "mereka" memerintah ke, UMNO/BN tetap di salah kan. Semua perkara nak dipersalahkan. Nak dengar "mereka" puji, jauh sekali. Oleh itu, buatlah sesuatu kebaikan itu kerana ALLAH, bukan kerana mulut-mulut "mereka". mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia, busuk baunya...
ReplyDeletebayar sehari RM 1 pun , 50 hari dah habis. apa lah susah. PG pun pakai seluar levis aje untuk jimat. itu pun 10 tahun sekali baru beli. sebab lewis tahan sehingga 15 tahun. ada 4 helai. ini pun sudah 8 tahun tak beli sebarang seluar. kecuali ada 2 seluar slack untuk ke majlis formal. baju ada dua helai untuk rasmi. yang lai tu pakai t shirt longgok aje. tak sampai hari untuk anak dan isteri. mereka dapat makan pakai dan belajar dah cukup. di kl pun pakai honda ex5 aje. tak mati pun.
ReplyDeleteTerima kaasih Anonymous dan Arif Omar, gambaran yang perlu diambil iktibar oleh semua bangsa kita..... sampai bila kita perlu mengharap pda orang lain walau pun perkara yang mudah..... pertologan bukan tidak diperlukan, tetapi biarlah bertempat......
ReplyDeleteas salam, hal inilah yang menjadi 'kudis' kepada kehidupan masyarakat kita orang melayu ni,apabila tiba masalah suka sangat merujuk kepada kelemahan orang lain..semuanya salah kerajaan... kadangkala malu untuk mengaku diri Melayu. Sepatutnya sebagai orang Islam,perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan untuk kemakmuran yang dinikmati.... hairan juga melihat warga asing luar di tempat kita yang mewah kerana gigih dalam kehidupan,sedangkan masyarakat kita asyik 'meminta-minta'...
ReplyDeleteUMNO DAH BERUBAH.
ReplyDeleteKALAU TAK BERUBAH.
NANTI DIUBAH.
UMNO DAH BERUBAH ???
as salam, baru saja melawat blog seorang teman,menceritakan bagaimana Za'aba mengulas culasnya orang Melayu terhadap kemiskinan dan hidup. Orang kita patut membaca buku Prof Diraja Ungku A.Aziz,Jejak2 di Pantai Zaman.
ReplyDeleteRupanya jarak hubungan guru dan murid kini sejauh keluasan kawasan sekolah sahaja, tatkala sang murid melepasi pagar sekolah maka ada guru yang akan berfikir "aku peduli apa?". Sebilangan kecil pentadbir sekolah bertaraf PTD dan guru-guru di sekolah walau lepasan maktab dan universiti namun masih kurang rasa empati dan ihsan. Nampaknya mereka ini perlu disekolahkan lagi! Sebab itulah saya ada menulis pengalaman peribadi yang mungkin agak kritikal - "Guru Tidak Bersekolah"
ReplyDelete