Monday, November 2, 2009

FELDA 1 DI DUNIA – PWF membantu generasi kedua memiliki rumah sendiri


Baru-baru ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menghadiri majlis penyerahan kunci kepada pembeli rumah di Desa Keratong Indah di Keratong 3.

Rumah kos sederhana rendah berharga sekitar RM35,000 yang di bina oleh di bawah projek Perumahan Warga FELDA (PWF) yang bertujuan untuk membantu generasi kedua memiliki rumah yang sempurna dan selesa diduduki.

PWF akan membinaan sebanyak 3,579 lagi unit projek Perumahan Warga Felda (PWF) untuk generasi kedua di 10 rancangan FELDA di seluruh negara dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. Kawasan FELDA yang terlibat ialah, Pasak dan Sungai Sibul di Johor, Jengka 19, Triang 3, Jengka 11 dan Chini 3 di Pahang; Chiku 5 di Kelantan; Nerang 1 di Terengganu; Chuping di Perlis; dan Raja Alias di Negeri Sembilan.


FELDA telah menyediakan subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 bagi membolehkan generasi kedua FELDA memiliki rumah sendiri seterusnya menetap di tanah rancangan. Bagi generasi yang tidak berpendapatan tetap atau tidak mempunyai slip gaji untuk membuat pinjaman di bank FELDA menawarkan skim sewa beli kepada mereka.


Begitulah perhatinnya Kerajaan UMNO-BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib terhadap generasi kedua FELDA yang secara langsung menolak dakwaan Pengerusi ANAK, yang juga AJK PAS pusat Mazlan Aliman.

Mazlan Aliman yang diberi tanggungjawab oleh parti PAS dengan dana yang besar untuk mempengaruhi dan menghasut peneroka-peneroka serta generasi kedua FELDA supaya membenci kerajaan UMNO-BN.

Penjelasan oleh YB Ahmad Maslan lebih menyerlahkan bahawa selama ini dakwaan yang di bawa oleh Mazlan adalah satu fitnah semata-mata untuk mendapat simpati serta sokongan dari kalangan peneroka FELDA.

Dakwaan yang berunsur fitnah terhadap FELDA dan Kerajaan UMNO-BNmelalui buku tulisannya ‘FELDA, dulu tolong, sekarang along’ adalah semata-mata untuk mengambil keuntungan diri sendiri. Bukan semua peneroka dan generasi kedua FELDA buta dan bodoh tidak dapat menilai apa jasa yang telah FELDA dan Kerajaan UMNO-BN buat untuk mereka.

FELDA-Kerajaan UMNO-BN yang sering didakwa oleh pembangkang sebagai zalim, menipu peneroka bukan sahaja telah mengubah corak hidup warganya dari susah kepada senang, dari hidup merempat kepada hidup bertempat.


Begitu juga dengan generasi keduanya, berbagai-bagai bentuk dana yang disediakan FELDA untuk memberi kesejahteraan mereka melalui pendidikan IPTA/IPTS, kursus-kursus kemahiran, bantuan usahawan dan pelbagai lagi, semuanya untuk menjaga kebajikan perneroka dan genarasi mereka.

Kalau masih ada lagi peneroka yang daif, hidup susah, tidak berumah, itu adalah salah mereka sendiri, mereka yang tidak mahu mengubah hidup, yang tidak mahu mengambil kesempatan di atas kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh FELDA.

Berapa ramai peneroka serta generasi FELDA yang Berjaya dalam hidup mereka, malah ada yang bertaraf jutawan termasuk penyokong-penyokong pembangkang. Ada sebilangan peneroka yang telah menunaikan fardhu Haji lebih daripada dua kali. FELDA-Kerajaan UMNO-BN tidak pernah pun bertanya siapa mereka, parti mana menjadi dokongan mereka.

Adalah wajar, peneroka-peneroka FELDA serta generasi mereka bersyukur dan berterima kasih dengan segala kemudahan serta keperhatinan Kerajaan UMNO-BN untuk menjaga kebajikan mereka lebih dari rakyat Malaysia yang lain.

Adalah wajar juga, semua gerakan pembangkang dihapuskandi dalam tanah-tanah rancangan FELDA kerana semasa para peneroka memohon menjejak kaki ke tanah-tanah rancangan FELDA semuanya mengaku menjadi ahli UMNO dan menyokong kerajaan UMNO-BN.

Siapa tipu siapa sekarang ?



9 comments:

  1. SLM BRO...TAHNIAH BUAT WARGA FELDA KERANA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DI PERSADA DUNIA. DAN TAKZIAH KPD MAZLAN ALIMAN KERANA BERJAYA MENJADI BABU KPD PERGERAKAN PARTI "HAMPAS". CUKUP MEMALUKAN WARGA FELDA JEK MAMAT NI...HARKK PTUIHH!

    ReplyDelete
  2. memang kerajaan dah banyak membantu peneroka felda tapi sayang masih ada peneroka felda yang bersikap kacang lupakan company. masih ada yang menyokong pembangkang dan mendakwa kerajaan tidak adil kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. Salam YG,
    Teringat saya masa dipertengahan tahun 80'an saya dipertugaskan menulis satu rencana lengkap berhubung Felda sempena sambutan ulangtahunnya (yg keberapa dah lupa), untuk siaran akhbar tempat saya bertugas waktu itu. Waktu itu pertama kali saya memahami Felda dalam ertikata sebenarnya - tujuan penubuhan, aspirasi & matlamat kerajaan dll.

    Felda adalah skim tanah rancangan rakyat tersusun anjuran kerajaan yg pertama sepertinya di dunia. Saya masih ingat diwaktu itu ada beberapa negara Afrika (kalau tak silap) yg menyatakan hasrat untuk memperlakukan yg sama seperti Felda dan meminta kerajaan kita membantu dari segi advisory.

    Saya bangga dengan pencapaian Felda dalam membaiki taraf hidup rakyat biasa yg tiada mempunyai apa2 selain tulang empat kerat dan kesanggupan bertungkus lumus untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

    Sebab tu bila ada nada-nada sumbang yg menghentam usaha kerajaan re Felda, saya rasa amat sedih dan kesal. Seharusnya mereka bersyukur..

    ReplyDelete
  4. itulah..yang heranya..dalam felda masih banyak pembangkang..susah susah sangat yang membangkang tu keluarkan aje..baru dia orang tahu betapa susahnya orang yang tidak jadi peneroka.gantikan orang yang menyokong kerajaan ni jadi peneroka pulak barulah 1felda sokong kerajaan yang sediada

    ReplyDelete
  5. aku adalah salah saorang anak felda bro,
    mula masuk pada 1963 dan kini dah banyak berubah...
    sekarang perumahan gen 2 pula, tabeek spring untuk felda dan pengurusannya.

    Syukur...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sahabat menyokong blog kawan, walau apa pun yang kerajaan UMNO-BN buat untuk kebajikan rakyat, puak-puak bernafsu tinggi pembangkang tetap tidak pernah menghargainya, bukan sahaja dari kalangan peneroka FELDA, malah di kampung dan bandar juga ramai yang bersikap begitu........ mereka ini sentiasa memandang buruk terhadap UMNO, sedangkan tetap juga serakah setiap kali kerajaan UMNMO-BN hulur bantuan kepada mereka....

    Jeffry, YB Raz, Kama, Kelambu Harimau dan gotah lantun, terima kasih sekali lagi.....

    ReplyDelete
  7. itupun ramai peneroka masih belum insaf dan tidak tahu berterima kaseh

    ReplyDelete
  8. h bjdsbdsb ds
    fekejve
    jdcbf
    dsv
    dsfbdfbdf
    dfbdbd
    dfbdfbdfbndfnfgn
    dfhbdfndfn
    ]dgndfnfg
    nggfnfg

    ReplyDelete
  9. Saya memerlukan rumah sewa di kawasan keratong@bndr tun abdul razak..sesiapa ada info pls pm me..urgent.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..